Thursday, February 22, 2018

2018 yang membahagiakan

baru sahaja selesai menjalani majlis bertunang 
iya, bertunang 
ianya masih lelaki yang sama 
yang terus menerus aku puisikan didalam blog ini 
ianya masih lelaki yang sama 
yang pada satu ketika sangat kubenci
dan pada satu ketika yang lain sangat kusukai

semoga pertunangan ini 
membawa kebaikan kepada kami 
dan semoga jodoh kami berkekalan hingga syurgawi

2018 yang membahagiakan 
aku berada di jabatan pembedahan plastik HSNZ
pertama kali didalam hidup aku ini 
aku memulai sesuatu dengan buruk 
iya, kedatangan ku ke jabatan bedah plastik 
tidak disukai..
tapi persetankan semua,
persetankan segalanya
aku bukan hidup untuk mereka
dan seperti y aku jangkakan 
aku menyukai apa yang aku lakukan 

2018 yang membahagiakan 
pada tahun ini juga
adik kesayangan akan berkahwin (majlisnya serentak denganku)
dan adik yang berada di luar negara akan pulang 
kepulangan yang dinanti 
kepulangan anak pada ibunya, pulangnya adik pada kakaknya
kepulangan yang akan diingati 
semoga selamat kembali 
kembali melihat kami disini

mungkin selepas ini akan ada lagi cerita tentang 
rasa-rasa yang berbaur 

mungkin ...

Thursday, June 22, 2017

kembali

aku ingin kembali menulis lagi
aku berhenti menulis apabila aku berhenti belajar

aku kembali menulis apabila aku
kembali semula belajar

2 tahun latihan housemanship telah berjaya aku lalui
dan aku akan melalui tahun tahun y mendatang sebagai seorang
pegawai perubatan

takdir tuhan itu,tiada siapa yang menyangka

sebenarnya banyak yang ingin diperkatakan
2 tahun y berlalu, y ceritanya tidak ku tuliskan disini
cerita cerita yang menjadikan aku manusia pada hari ini

arghh.. aku tidak tahu dari mana aku patut mulai cerita ini
cerita aku yang patah hati
atau cerita aku mematahkan hati ...
hahahaha


yang pentingnya
aku kini mencari tuhan aku .






Thursday, December 10, 2015

Nawaitu

jika wang mampu berimu bahagia, kejarlah ia
jika cinta mampu berimu bahagia, teruskan keghairahanmu denganya

aku hanya mahu kehidupan yang sederhana
jika wangku 1 ribu, aku akan hidup dengan 1 ribu
jika wang itu 10 ribu, dengan 1o ribu aku akan tunaikan kewajipanku

wang tidak pernah menjanjikan kebahagian
jadi kenapa wang yang kau jadikan sandaran

kenapa sayang??

Monday, August 31, 2015

Element of suprise

Hidup ini penuh dengan kejutan

Seperti yang pernah difahamkan padaku
Bahawa kejutan ini adalah rancangan Tuhan

Kau tahu, kau merancang
Dan Tuhan juga merancang

Dan kau tidak akan pernah mampu untuk menolak/meneka  rancangannya..

Tapi,kau masih lagi mampu untuk bergembira dengan kejutan ini..
It's depend on how you take it..

Ingin mati,mati lah.
Ingin meratap,merataplah sampai kepagi
Ingin menyerah , berserahlah..

Sebelum kau belum begitu selesa pada kejutan pertama..
Tuhan menghantarkan pula kejutan kedua dan seterusnya..

Dan kejutan yang terakhir nanti apabila datangnya Izrail memberi salam untuk membawa kau pergi..

Jadi begitulah.
Hidup ini adalah kejutan

Nota kaki:
dah 9bulan menjadi doktor,
Aku masih lagi ingin menjadi engineer
Tapi ini tidak bermakna aku bukan doktor y berjaya..

Friday, November 28, 2014

I could give you love

Katanya hidup ini satu perjalanan
Yang punyai berbagai jenis jalan dan persimpangan
Dimana, setiap jalan dan persimpangan y dilalui
Akan menukar kita menjadi seseorang yang lain
Sama ada mau atau tidak, itu aturnnya
Sama ada sedar atau tidak, itu takdirnya

Katanya lagi,
Hidup ini adalah satu perjuangan  dan peperangan
Musuhnya itu terdiri daripada y nampak dan juga y tersembunyi
Adat berperang,
Terluka dan kalah akan diselang-seli dengan kemenangan juga kegembiraan
Oleh kerana, peperangan itu memerlukan senjata
Maka, kita harus mempersiapkan diri selengkapnya
Agar nanti jika terluka, lukanya itu tidak akan mematikan kita

Katanya juga,
Hidup ini adalah tanggunjawab
Roh yang dikandung telah berjanji pada Tuhan untuk taat
Maka, janji itu perlu dikota
Jadi, hidup ini macam mana dan lama mana pun
 ianya adalah untuk taat padaNYA

Dia ada juga berkata,
Hidup ini adalah sebuah cinta
Kamu dilahirkan dengan cinta Sang Pencipta
Waktu kecilmu, kamu adalah cinta ibubapamu
Waktu kamu meningkat dewasa, kamu menenali cinta disekelingmu
Setelah berkahwin kamu mencintai pasanganmu
Kerana dicintai, kamu mencintai
Kadang2, walau disakiti, kamu masih juga mencintai

Itu katanya, mengenai kehidupan

Katamu apa?



Sunday, September 7, 2014

my bad habit...???

Aku adalah manusia y tidak 
Konsisten..

Aku akan membaca 3 buku pada satu2 masa secara bergilir2
Buku pertama aku jadikan peneman di bilik tidur,
Yang kedua, aku buka terbentang di meja makan
Dan y terakhir, di kerusi ruang tamu ia aku tinggalkan

Tiada jadual, tiada time limit dan tiada peraturan apa2
Hanya,apabila ada mana2 buku aku berjaya habiskan
Akan kuganti dengan y baru..

Jika aku malas membaca di meja makan
Berbulan-bulan buku dimeja makan tiada kemajuan
Selepas berbulan2, bacaanku masih lagi dibahagian permulaan
Manakala
Dalam waktu sebulan, buku di  ruang tamu telah 2 kali berganti
Hanya kerana secara tiba2 aku merasakan bahawa
Ruang tamu adalah tempat yang paling selesa untuk membaca

"Tidak konsiaten, tidak berjadual dan tidak berdisiplin",
Kata adikku, kata mereka padaku

Tanpa mereka tahu, 
Aku masih konsisten, cuma dalam satu perkara...
Bertahun sudah berlalu, aku masih lagi konsisten "menjagamu"..

Kau tahu kan..... yang itu...
Nah, tidak perlu lagi ku ulang-ulang..



Thursday, September 4, 2014

little thing that's matter

Aku menyedup capucino latte y dibeli di 
"The coffee bean & tea leaf" perlahan-lahan
Berseorangan menghirup coffee di tepi pantai
Sambil memikirkanmu telah menjadi rutin hidupku

Sesudah kembali dari hospital, aku akan kepantai
Atau selesai sahaja kuliah di uni aku akan ke pantai juga
Atau waktu hari cuti, selesai saja solat asar,
Dengan berpakaian sukan aku akan ke pantai

Begitulah, sejak 5 tahun y lalu
Pantai seakan-akan telah menjadi medium untuk aku 
Mengingatimu, lantas merinduimu

Capucino latte "coffee bean & tea leaf"
Untuk membelinya,
Aku perlu bermotosikal sejauh 10km
Tapi tidak apa, coffea selalu menjadi kegemaranku
Seperti juga kamu...

Jadi 
jarak, masa dan wang tidak pernah menjadi penghalang
Untuk terus mengemarimu

uncertainty

Maybe we dont love each other enough...
We??
Or
maybe it's just you...




bangun dengan senyuman

Beberapa bulan telah berlalu
Aku kini mahu menulis lagi
Mungkin selepas ini, aku menulis dengan bahasa dan gaya yang 
lebih romantis
Kerana, romantis itu adalah sifat semulajadiku
(Jika kamu mahu percayainya).
Hahahahaha.

Ya udah, itu sahaja intro nya...

Jika suatu hari nanti kamu ditakdirkan menemui 
Seseorang yang membenci hidupnyanya,
Kamu akan mula belajar mencintai hidupmu sendiri..

Waktu itu,Kau akan mencintai 
Kisah cintamu y putus di tengah jalan
Cita2mu yang tidak kesampaian
Dan juga insan2 kesayangnamu yang telah diambil tuhan

Hidup dan bahagia
Bukanlah hanya berkisar tentang apa yang kau miliki
Ianya juga tentang apa yang kau telah lepaskan ia pergi














Saturday, June 7, 2014

The reason

Kali pertama semangat aku hilang adalah
pada tahun 2007
Ekoran peristiwa itu
Aku bangkit mencari kesalahan dalam kehidupan aku sendiri
di keramaian orang, di sunyinya malam 
aku terus berfikir dan mencari 
jawapan untuk satu persoalan dan permasalahan itu

7 tahun selepas tahun 2007,
semangat aku jatuh untuk kesekian kali lagi
dan pada kali ini
aku masih juga mencari jawapan untuk satu musibah ini
Dengan apa yang tersisa
harapannya, semoga
kesusahan ini tidak hanya berlalu begitu sahaja

Semoga ianya menjadi pengajaran untuk aku
dan juga untuk semua

Semoga kita tidak pernah lupa
yang Tuhan itu selalu ada
dimana-mana sahaja

DIA ada di  hati kita sentiasa...

Monday, May 19, 2014

Our battle

  setiap manusia mempunyai perjuangan mereka
Ada antara kita struggle dalam pelajaran,
ada yang struggle dalam mencari kasih sayang keluarga
ada yang struggle dalam mencari iman dan Tuhan
Ada yang struggle mencari diri yang hilang
Ada yang struggle memenuhi impian orang kesayangan

di sudut yang lain,
ada ayah yang struggle dalam mencari rezeki
Ibu yang struggle menyediakan kasih sayang
Ibubapa yang struggle mendidik anak-anak
Guru-guru yang struggle membina sahsiah murid2
Kawan-kawan yang struggle membimbing satu sama lain

Semua antara kita mempunyai 'perjuangan' kita sendiri
So,why don't we respect each other priority and efforts

Be awesome people.... be wonderful for each other

Kesetiaan bukan hanya waktu kita bersama.... Ianya selama-lamanya

Sekarang semua orang sibuk menceritakan tentang cinta
Bercakap hal cinta waktu exit exam hanya berbaki 14hari,
hah....


Rilex, exam akan tetap datang
cinta akan singgah, kemudian pergi
mati akan sampai jua nanti...
Bukan kah begitu putaran hidup ini??

Sudah terlampau banyak coretan puisi-puisi cinta
yang aku lakarkan dimerata-rata

Cuma hari ini ingin aku khabarkan ini sahaja,
Tidak kira kau dimana, tidak kira kau bagaimana sekarang
tidak kira kau masih mengingati aku ini atau sepenuhnya sudah melupakan,

sekali kau pernah datang dan singgah dihati,
tempat kau itu tidak akan dapat diganti oleh sesiapa lagi

Ianya hanyalah,
sama ada kau datang kembali mengisi tempat itu
atau
bahagian hati aku  yang pernah dihuni kau itu akan kosong selama-lamanya
menjadi tanda yang kita pernah bersama mencipta bahagia

Aku tidak pernah ingin mengulangi cinta aku dengan sesiapape
percintaan kau dan aku,percintaan  dia dan aku..
ianya akan terus kekal hanya antara kita

-Si pencinta Gila-

Friday, January 3, 2014

endless battle

Selamat tahun baru 2014
tahun yang baru, semestinya dengan azam yang baru

hah, biarkan sahaja
perkara-perkara yang tidak diselesaikan dulu
mimpi-mimpi yang tidak tergapai itu
harapan-harapan yang tidak tergapai itu
kita merancang, Tuhan yang menentukan
berusaha dan tidak berjaya
sama seperti berusaha dan berjaya
andai kita tidak meletakkan kejayaan itu sebagai sole reason kenapa kita berusaha

sebenarnya, 
perjalanan-usaha-kegigihan dalam mengejar kejayaan itu yang kekal,
yang kekal adalah attitude yang tercipta dalam diri itu
kejayaan/kegagalan adalah penilaian manusia lain pada diri ini
sedadngkan diri sendiri tahu, 
kejayaan yang sebenar adalah segala pengalaman-kesusahan yang
membawa kepada attitude yang lebih baik itu adalah kejayaan yang sebenar
kejayaan untuk tahun yang lalu (2013) adalah attitude yang sekarang

Jadi untuk tahun yang baru ini,
sekali lagi kita berdoa untuk dipanjangkan umur untuk
agar mampu memberi sebanyak yang mungkin
menjadi sebagus yang mungkin

semoga umur yang panjang itu
dibasahi keberkatan dari tuhan
agar apa sahaja yang berlaku , hati ini tenang dengan redha Tuhan

subtle kiss

Maybe 
it's time to say goodbye
to the love that's not even mine

Sunday, December 29, 2013

why

beberapa bulan ini,
rasa macam hilang arah..
hilang fokus
hilang aim
hilang lah...

hilang segala-galanya

semoga, yang hilang itu akan datang balik
because i'm desperately needing it, back..

Wednesday, December 25, 2013

Daddy little girl..always

Dalam dunia dan seluruh alam semesta ini
Hanya ada seorang lelaki yang akan nicknamed aku 
nicknamed aku  dalam tiap ucapan yang dia ingin katakan

ucapan-ucapan seperti
"selamat berjaya/maju jaya sebelum exam"
"Tahniah untuk kejayaan"

malahan untuk memujuk juga

"waktu aku mengamuk tak hendak itu, tak hendak ini"
"waktu aku menangis sebab sakit demam-
kemudian nak makan belimbing tapi tak dapat"
"waktu aku sedih-tapi tak tahu kenapa sedih"

ayah... ayah seorang je yang akan memangil aku
'puteri'
'kenapa, puteri ayah sedih'
'tahniah, puteriku'
'terus berjuang puteriku'

dan aku telah jatuh cinta pada ayah, dan kata-katanya
sejak aku kecil, sampai sekarang
dan akan terus ....sampai mati


Monday, December 23, 2013

shape

Macam pelik,
macam pelik bila kau mula perasan ada certain-certain orang
punyai reaksi yang sangat tidak patut pada sesuatu kejadian

Paling senang nak detect apabila reaksi itu terlebih atau terkurang
contohnya:
1.terlebih marah pada sesuatu yang 'alah, kalau tak marah pon, ok je kot..benda kecik"
2. tak pandai nk marah pada benda y sgt teruk, " Buat mcam tu, semua orang akan marah kot"

Setelah belajar mengenai psikiatrik aku mula faham sedikit demi sedikit
bahawa weird behaviour atau rekasi2 abnormal itu adalah
cara mereka mmpertahankan diri sendiri
diri sendiri ini bermaksud 'perasaan' lah

So, bila berhadapan dengan seseorang yang macam pelik je perangai dia
so, bagus kalau kita mula fikir, mungkin,dia punyai masa lalu yang teruk
yang membuatkan dia tanpa sedar mempunyai satu habit
yang kononnya boleh menjaga 'perasaan' dia..
yang unconsiously develop dalam diri dia..

sekarang, setelah mengetahui ini semua
diharapkan kita semua tidaklah terlalu cepat nak judge manusia lain

mungkin, 
buruk perangai dia itu adalah satu-satunya cari yang dia ada
agar dia tak lagi terluka

kan.. jangan lah terlalu kejam,
sampaikan the last shield yang dia ada untuk menjaga diri dia tu
yang the last piece tu pon, kau nak runtuhkan

Biarlah dia,kalau tak mampu nak tolong (tak reti nak tolong)
Janganlah pula jadi yang merosakkan

Sunday, November 3, 2013

kebahagian adalah kesetiaan

Hari minggu sebagai seorang pelajar tahun akhir, banyak masa  dihabiskan 
dengan mmebaca buku, menulis report,
kemudian termenung , mengingati orang-orang yang tersayang

selalunya.. begitulah yang terjadi pada hari minggu

berhenti menulis report seketika,
kerana aku ingin bercerita tentang 'setia' yang sedang aku saksikan

Ia mengenai setia seorang perempuan pada seorang lelaki bergelar suami
Ini mengenai setianya umi pada ayah

Dari kecil , aku selalu memerhatikan semua perkara disekeliling
Yang terjadi,yang diperkatakan malah yang disembunyikan,
kemudian aku cuba berfikir mengenainya

sejak aku mula belajar mengingati, dan mula berupaya untuk mengingati,
aku selalu tahu yang umi akan selalu setia menunggu ayah pulang
Ya..selalu sahaja setia,
menunggu ayah pulang dari kerja, dari surau, dari kem
atau menunggu ayah pulang dari memancing

tidak kira selewat mana ayah pulang, umi akan tetap setia menunggu
membukakan pintu, dan menyambut ayah dengan senyuman,
kemudian, bertanyakan ayah sama ada mahu makan atau minum

Jika waktu ayah pulang, umi sedang menjahit..umi akan berhenti menjahit
jika waktu itu , umi sedang didapur memotong sayur,
umi akan berhenti memotong, membasuh tangan kemudian berbgegas membuka pintu
jika umi sedang menyapu dedaun kering  di laman waktu ayah pulang,
umi acapkali  memberi penyapu padaku, lalu bergegas menemui ayah di kereta
kadangkala, umi menunggu ayah sampai tertidur,
dan waktu ayah sampai, umi cepat-cepat bangun dan membuka pintu  

Dan selalunya ayah , walau selewat-sepenat mana pun dirinya 
Ayah akan selalu tersenyum pada umi yang setia menunggunya,
Dan selalunya ayah duduk di meja makan dan meminta segelas teh panas
Sambil minum teh di meja makan, ayah akan bertanya pada umi
tentang hal-hal dirumah,tentang anak2, dan juga apa2 sahaja.
Umi akan bercerita dan ayah setia mendengarnya

Dan sekarang , selepas 23 tahun aku hidup ,ianya masih sama
waktu pulang dari universiti, aku masih lagi melihat perkara yang sama 
berlaku saban hari

Ya..masih 

Umi masih juga begitu setia menunggu ayah pulang
dan ayah masih juga begitu,
Pulang-pulang saja terus duduk dikerusi dan  meminta teh panas buatan umi  
Umi bercerita dan ayah masih setia mendengarnya
Mereka bercerita dan bercerita,
dan ketawa terus ketawa.

Ayah cakap,
"Jika manusia itu tahu setia pada Tuhannya,
dia akan tahu untuk setia pada manusia-manusia
yang Tuhan hantar untuk mereka.."








Monday, October 14, 2013

DId you really want this

berhenti ketawa ye..
bukan aku tidak suka mendengar ketawamu
Cuma,
ketawamu itu buataku sasau berminggu-minggu


you willing to

Hari raya korban 
yang terakhir di sabah , yang terakhir sebagai seorang pelajar
 
yang terakhir, 
InsyaAllah