Sunday, September 7, 2014

my bad habit...???

Aku adalah manusia y tidak 
Konsisten..

Aku akan membaca 3 buku pada satu2 masa secara bergilir2
Buku pertama aku jadikan peneman di bilik tidur,
Yang kedua, aku buka terbentang di meja makan
Dan y terakhir, di kerusi ruang tamu ia aku tinggalkan

Tiada jadual, tiada time limit dan tiada peraturan apa2
Hanya,apabila ada mana2 buku aku berjaya habiskan
Akan kuganti dengan y baru..

Jika aku malas membaca di meja makan
Berbulan-bulan buku dimeja makan tiada kemajuan
Selepas berbulan2, bacaanku masih lagi dibahagian permulaan
Manakala
Dalam waktu sebulan, buku di  ruang tamu telah 2 kali berganti
Hanya kerana secara tiba2 aku merasakan bahawa
Ruang tamu adalah tempat yang paling selesa untuk membaca

"Tidak konsiaten, tidak berjadual dan tidak berdisiplin",
Kata adikku, kata mereka padaku

Tanpa mereka tahu, 
Aku masih konsisten, cuma dalam satu perkara...
Bertahun sudah berlalu, aku masih lagi konsisten "menjagamu"..

Kau tahu kan..... yang itu...
Nah, tidak perlu lagi ku ulang-ulang..



Thursday, September 4, 2014

little thing that's matter

Aku menyedup capucino latte y dibeli di 
"The coffee bean & tea leaf" perlahan-lahan
Berseorangan menghirup coffee di tepi pantai
Sambil memikirkanmu telah menjadi rutin hidupku

Sesudah kembali dari hospital, aku akan kepantai
Atau selesai sahaja kuliah di uni aku akan ke pantai juga
Atau waktu hari cuti, selesai saja solat asar,
Dengan berpakaian sukan aku akan ke pantai

Begitulah, sejak 5 tahun y lalu
Pantai seakan-akan telah menjadi medium untuk aku 
Mengingatimu, lantas merinduimu

Capucino latte "coffee bean & tea leaf"
Untuk membelinya,
Aku perlu bermotosikal sejauh 10km
Tapi tidak apa, coffea selalu menjadi kegemaranku
Seperti juga kamu...

Jadi 
jarak, masa dan wang tidak pernah menjadi penghalang
Untuk terus mengemarimu

uncertainty

Maybe we dont love each other enough...
We??
Or
maybe it's just you...




bangun dengan senyuman

Beberapa bulan telah berlalu
Aku kini mahu menulis lagi
Mungkin selepas ini, aku menulis dengan bahasa dan gaya yang 
lebih romantis
Kerana, romantis itu adalah sifat semulajadiku
(Jika kamu mahu percayainya).
Hahahahaha.

Ya udah, itu sahaja intro nya...

Jika suatu hari nanti kamu ditakdirkan menemui 
Seseorang yang membenci hidupnyanya,
Kamu akan mula belajar mencintai hidupmu sendiri..

Waktu itu,Kau akan mencintai 
Kisah cintamu y putus di tengah jalan
Cita2mu yang tidak kesampaian
Dan juga insan2 kesayangnamu yang telah diambil tuhan

Hidup dan bahagia
Bukanlah hanya berkisar tentang apa yang kau miliki
Ianya juga tentang apa yang kau telah lepaskan ia pergi














Saturday, June 7, 2014

The reason

Kali pertama semangat aku hilang adalah
pada tahun 2007
Ekoran peristiwa itu
Aku bangkit mencari kesalahan dalam kehidupan aku sendiri
di keramaian orang, di sunyinya malam 
aku terus berfikir dan mencari 
jawapan untuk satu persoalan dan permasalahan itu

7 tahun selepas tahun 2007,
semangat aku jatuh untuk kesekian kali lagi
dan pada kali ini
aku masih juga mencari jawapan untuk satu musibah ini
Dengan apa yang tersisa
harapannya, semoga
kesusahan ini tidak hanya berlalu begitu sahaja

Semoga ianya menjadi pengajaran untuk aku
dan juga untuk semua

Semoga kita tidak pernah lupa
yang Tuhan itu selalu ada
dimana-mana sahaja

DIA ada di  hati kita sentiasa...

Monday, May 19, 2014

Our battle

  setiap manusia mempunyai perjuangan mereka
Ada antara kita struggle dalam pelajaran,
ada yang struggle dalam mencari kasih sayang keluarga
ada yang struggle dalam mencari iman dan Tuhan
Ada yang struggle mencari diri yang hilang
Ada yang struggle memenuhi impian orang kesayangan

di sudut yang lain,
ada ayah yang struggle dalam mencari rezeki
Ibu yang struggle menyediakan kasih sayang
Ibubapa yang struggle mendidik anak-anak
Guru-guru yang struggle membina sahsiah murid2
Kawan-kawan yang struggle membimbing satu sama lain

Semua antara kita mempunyai 'perjuangan' kita sendiri
So,why don't we respect each other priority and efforts

Be awesome people.... be wonderful for each other

Kesetiaan bukan hanya waktu kita bersama.... Ianya selama-lamanya

Sekarang semua orang sibuk menceritakan tentang cinta
Bercakap hal cinta waktu exit exam hanya berbaki 14hari,
hah....


Rilex, exam akan tetap datang
cinta akan singgah, kemudian pergi
mati akan sampai jua nanti...
Bukan kah begitu putaran hidup ini??

Sudah terlampau banyak coretan puisi-puisi cinta
yang aku lakarkan dimerata-rata

Cuma hari ini ingin aku khabarkan ini sahaja,
Tidak kira kau dimana, tidak kira kau bagaimana sekarang
tidak kira kau masih mengingati aku ini atau sepenuhnya sudah melupakan,

sekali kau pernah datang dan singgah dihati,
tempat kau itu tidak akan dapat diganti oleh sesiapa lagi

Ianya hanyalah,
sama ada kau datang kembali mengisi tempat itu
atau
bahagian hati aku  yang pernah dihuni kau itu akan kosong selama-lamanya
menjadi tanda yang kita pernah bersama mencipta bahagia

Aku tidak pernah ingin mengulangi cinta aku dengan sesiapape
percintaan kau dan aku,percintaan  dia dan aku..
ianya akan terus kekal hanya antara kita

-Si pencinta Gila-