Showing posts with label duniaku. Show all posts
Showing posts with label duniaku. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Am i doing it for HIM


10 hari lagi exam besar itu
lulus gagal KAU tetapkan untuk aku
jika dengan lulus aku akan dapat pulang dan mendekatkan diri dengan keluarga
luluskan aku,
jika gagal akan menjadikan aku lebih pandai, lebih mengenaliMU
maka aku terima kegagalan itu
gagal atau lulus...berkatilah hidup aku
: )

p/s:
Native deen datang malaysia
UIAM
mimpilah nak datang UMS kan?

Friday, January 27, 2012

kau perlu merasa keduanya....untuk mengetahui segalanya

beberapa bulan yang lepas
aku membuka ruang hidup aku untuk beberapa manusia yang tidak aku kenali
cuma berpegang atas dasar percaya,
aku meneruskan gerakan hidup untuk memperoleh balasannya
balasan yang aku percaya akan menjadi setimpal

mungkin,sepatutnya dari awal lagi
aku perlu lebih berhati-hati dengan sesetengah manusia
mungkin bukan hanya dengan sesetengah manusia
tapi dengan segolongan besar dari mereka

entahlah,
mengambil posisi sebagai pengkhianat bukan lah sesuatu yang patut dibanggakan
bahkan seperti dikhianati juga.
itu bukan posisi yang patut dikenang-kenangkan sebelum tidur

what the ....

Thursday, January 26, 2012

battle-field

Andai itu yang terbaik untukku,
aku mohon tunjukanlah aku hikmahnya
berikan aku hati yang lapang dan sedia menerima segala ketentuanmu
kerana aku percaya yang
 Engkau Ya Allah Maha adil lagi maha mengetahui
segala sesuatu,segala yang telah dan bakal terjadi

Sebenarnya
I really have a bad feelin about tomorrow exam
curious tau,what'll gonna happen tomorrow.
I love u (my family) all this much
aku: rasa tak best ar nak exam esok,rasa berdebar-debar je
adik aku:ok,nanti lepas isyak ya(nickname) buat solat hajat
aku:ok,tq,doa panjang2,kekgi balik,upah cokelat
adik aku: hahahaha,ok upah cokelat eh....hahahaha

haih

Wednesday, January 25, 2012

we go together like winter and a sweater

waktu petang seperti ini 
dia mungkin sedang sibuk dengan silat-rugbi atau badmintonnya
.....................................
tadi exam dengan doc dari myammar,maka medium komunikasi
kami hanyalah bahasa english

student (aku): we cut medio-lateral make 45degree angle
doc:what are the thing that you're going to cut through
student: (dalam kepala,ingat2 lupa,tapi aku tahu word tu bermula dari huruf f)
I know, 'F" word
doc: what?
student: opss,(seb baik doc tak dengar ),something that start with F
doc: ya,you're right.so,tell me the word..
student:....ok...bla bla bla bla

.................................................
waktu malam camni,
dia mesti sibuk study-kerja2 persatuan-group work-homework

haih...dia tu siapa sebenarnya?
jeng jeng jeng

Wednesday, January 18, 2012

I'm gonna miss this

Lagi 2hari sebelum exam posting bermula
dan kiranya lebih kurang 3 hari lagi 
sebelum tanggunjawab saya sebagai ketua...berakhir

memang penat,memang penin,
dan selalu sahaja membuatkan darah naik secara tiba-tiba
dengan adanya beberapa manusia "special"
1.suka mempersoalkan segalanya,hatta jadual pon dipersoalkan (jadual dari pihak uni)
2.selfish,she act like dia langsung tak ada connection dengan university
3.tak pernah nak dengar orang cakap sbb he think he know everything
4.sangat 'rajin' sampai perlu diingatkan,diberitahu selalu-datang kelas
5.Ignorance,telah diberitahu tapi masih tidak tahu

sebenarnya,saya sangat berbesar hati menerima tanggunjawab ini,
You never know your own capabilities unless u try and do it..kan?
at least at the end of this posting saya bukan sahaja tahu sambut baby semata-mata
tapi juga
1. tahu macam mana nk handle manusia yang suka mempersoalkan semua benda
2.sabar saya makin tinggi...alhamdullilah
3. perbualan seharian  bm-bi saya improved sikit
4.lebih rapat dengan doktor dan staff2 hospital
 (dah muka ni yang kena selalu jumpa mereka)

yang paling penting
saya terima tangunjawab itu dengan rela dan tanpa ada hard feelin
saya lepaskan tanggunjawab dengan gembira tanpa ada hurt feelin

 sub-group for O&G posting

Apa lagi yang kau mahu, melebihi kemahuan untuk punya hati yang tenang
tanpa sebarang rasa tidak senang?

Thursday, January 5, 2012

Aku ada limit,so, don't break them ya..

Macam facebook yang aku tak sabar nk dectivated tu,
dalam banyak-banyak benda bagus yang boleh dipos,dibaca
nak jugak pos benda-benda yang tak patut
nak juga mengarut melarat-larat-mengata situ sini-menyindir sana sini
tak cukup kata-sindir secara berdepan-tambah lagi sindir dosa 24 jam
kan ke fb 24 jam kan?


Macam you tube,dalam banyak-banyak perkara bagus-membina-
membawa kita dekat pada tuhan untuk dilihat
ramai yang download benda yang bukan-bukan,tengok segala macam realiti
tv dan gelak-gelak macam hidup mereka selamanya
haih

macam buku,sebijik buku yang sama dibaca oleh dua orang yang berbeza
boleh ditafsirkan secara berbeza oleh kedua-dua mereka
ye lah kan,seorang baca dan gelak-gelak..apa yang digelakkan pun tak tahu
dan seorang lagi baca, dan berfikir,berfikir bukan hanya untuk bergelak ketawa
walau ujang sekalipun,inside it ada benda bagus untuk dipelajari
bukan setakat lawak bodoh semata...

suka sangat eh gelak, korang ni
gelaklah korang, sampai mati

gelak lah banyak-banyak

Saturday, December 31, 2011

we all in same sick little games

kamu tahu ,dan kononnya kamu kenali aku,
bertahun-tahun lama kau dengan aku,
jadi,kamu yakin kamu kenali aku luaran ,juga dalaman

kau tahu bukan?
aku tidak mudah percaya pada manusia
yang aku ceritakan pada manusia-manusia sekeliling aku
ianya hanya 2/10 daripada cerita-latarbelakang-full story aku 

pengalaman mengajar aku untuk tidak terlalu percaya,
kerana sakitnya rasa, bilamana ianya dikhianati ,bukan mudah untuk dihilangkan
bukan mudah untuk dilupakan

hanya 5 orang teman selama 21tahun kehidupan aku ini
yang tahu segala-galanya mengenai aku
5 orang yang berada di merata negeri
ya...mereka tahu sepenuhnya tentang diri aku

mudah,
aku percaya pada mereka waktu mereka tidak 
pernah mahu aku percayai pada mereka..

and they still treat me equal, after knowing who am I...
exactly,what am I

miss you all budy

note:
My second baby is baby boy,3.4kg at HDOK 3:00am 31/12/2011

Sunday, December 11, 2011

gugur atau tidak 1

Sudah lebih kurang seminggu aku di ward bersalin
satu kemusykilan timbul dalam kepala aku

mengenai solat ketika sakit hendak bersalin,
sebab sekarang sudah aku tahu sakit bersalin tu kadang2
mengambil masa satu hari satu malam (5 waktu solat)..

...ok...

untuk waktu sekarang,aku memang tidak tahu
gugur atau tidak tanggunjawab solat,
dan dalam keadaan apa tanggunjawab itu gugur
dan jika masih perlu solat,macam mana ia perlu dilakukan.

kau tahu kenapa aku concern sangat
sebab sakit bersalin itu seperti sakit jantung
bukan mainan sakitnya,,bukan mainan

..ok..
bilamana,Si ustaz menjawab dan memberi hukum berdasarkan dalil-dalil
nanti,aku akan ceritakan lagi disini

..nanti ya..

Friday, December 9, 2011

selepas 4 bulan lebih,hari ini baru aku katakannya

seperti mana manusia-manusia lain,
aku juga punya perasaan seperti mereka

dan pada sesuatu ketika yang entah macam mana
aku boleh menjadi setenang 
penjaga kandang buaya walau aku berisiko dimakan buaya hidup-hidup
tapi ada pula pada ketika yang lain,
aku ibarat puting beliung yang mampu memusnahkan bukan sekadar kampung bahkan bandar
( habis bahagian pendahuluan cerita malam ini)

semalam aku menyambut kelahiran seorang bayi perempuan seberat 3.15kg
pada pukul 11:44 malam waktu malaysia
-perasaan sedih,gembira dan segala macam rasa berbaur bilamana
si mama mengucapkan terima kasih kepadaku-

pagi tadi di klinik obs& gyne
seorang makcik datang dengan masalah ketulan di bahagian perut
tidak dapat menerima rawatan yang sepatutnya kerana 
dia non-local dan ketiadaan wang untuk biayai kos perubatan
-aku sedih,mahu marah tapi tidak tahu siapa yang patut dipertanggunjawabkan-
satu soalan timbul
jika wang kerajaan@cukai rakyat,digunakan untuk membiayai
manusia-manusia bukan warganegara ini atas dasar kemanusian
apa kau rakyat yang membayar cukai rela
atau kau lebih rela beberapa jenis pemimpin kerajaan menggunkan duit
untuk kempen-kempen politik,melawat@bersantai keluar negara
antara yang dua ini,mana lebih memerlukan?

petangnya ketika dalam perjalanan pulang kerumah,
seorang pakcik anggaran umur 70-80 an yang memakai pakaian lusuh
melintas jalan dan dilanggar lari oleh sebuah kereta,
kemana anak-anak/saudara-mara pakcik?
dan yang melanggar,sanggup biarkan pakcik terbaring berdarah di tepi jalan begitu aja
-aku penat dengan kehidupan yang selalu menagih simpati aku-

selepas jogging,aku telefon rumah bertanyakan khabar
selepas berehat seketika aku ke giant tanpa arah tujuan
selesai tiga pusingan aku melangkah dari rak ke rak
aku pulang ke rumah
dan malamnya,satu benda pon aku tidak dapat aku lakukan dengan betul.
dan perasaan aku kali ini melebihi
 perasaan ketika menyambut bayi
dan  melebihi juga perasaan aku pada pakcik dan juga makcik

Apa-apa pun yang jadi,expect atau tak,buruk atau tak
aku tetap kena hadapi.

kan?

Moga Allah akan selalu berikan aku kekuatan dan ilham
untuk menghadapi segalanya
memang kita boleh rely pada DIA je sebenarnya

Sunday, November 13, 2011

well-behaved women? ye lah kan...

Pada mana-mana bahagian-perkara yang aku berhak
aku akan bersuara-bertindak
untuk mempertahankan hak aku

dalam mempertahankan hak,ianya tidak silap
bilamana ada yang tidak berpuas hati-marah-terasa
tapi,
se-elok-eloknya,perkara-perkara macam ini patut dihindari
tapi
jika tidak dapat dihindari,
aku berpendapat tidak apa,
yang terasa itu patut tahu yang 'aku' sedang mempertahankan hak aku

kau kena tahu,
menghormati hak orang lain itu penting.

kau juga kena tahu
tak semua orang macam kau,
dan tak semua orang menjaga haknya seperti kau menjaga hak kau
lain orang,lain caranya

dah jelas bukan sekarang?
hak aku,suka hati aku lah nak jaga macam mana pun
farewall party Prof HMP singh

Thursday, November 3, 2011

you have to get hurt,that's how you learn

sila refer pada post yang ini


dan aku ulang tulis disini,

ask permission before you do anything
because a man past is his business

belajar menghormati hak orang lain,
dan hak kau akan dihormati.
..

Wednesday, November 2, 2011

kesalahan itu adalah bukti yang kita pernah mencuba..

semua orang berlagak pandai ya sekarang
berebut-rebut mahu menonjolkan bahawasanya
"aku tahu lebih daripada kau"

berlagak seolah-olah mengetahui segala benda
dan mahu pula memberitahu satu 'dunia'
bahawa kau lah orang yang tahu itu..

bila ada kenalan yang kurang tahu
tidak dapat memberi jawapan yang tepat,
kau gelak-gelak,merendahkan
"itu pun tak tahu,benda senang tu"

ilmu Tuhan itu,kalau digunakan lautan pun sebagai tinta
untuk ditulis,dibukukan takkan habis

baru je belajar 21 tahun tentang ilmu dunia
dah nak berlagak-lagak macam tahu semua benda
21 tahun je kot...bukannya lama sangat

Oh,aku tak ingat,
kau tak percaya Tuhan kan?

jadi bila lah kau nak percaya?

NOte:
Aku sedang berkira-kira untuk berlagak bodoh,
bagi dua hari yang mendatang...
tengok apa yang akan jadi
bila manusia "yang berlagak bodoh"
berjumpa dengan manusia "yang berlagak pandai"

menarik kan

Saturday, October 22, 2011

It was....but now is different..

untuk waktu-waktu lepas aku
yang tidak seperti yang sepatutnya itu
kau tidak punyai hak untuk campur dengannya,
tidak punya hak untuk mengungkit-ungkitnya

walau aku tidak sebagus kau pada waktu sekarang,
tapi,kau masih tidak punya hak untuk
merendah-rendahkan aku
bukan??

sama ada waktu dulu atau waktu sekarang
ini adalah kehidupan aku
dan kau tidak punya kuasa untuk campur tangan dengannya,

berubah kepada kebaikan,sama ada banyak atau sikit
itu sudah cukup bagus,
tidak perlu diungkit dosa-dosa yang lepas,
tidak perlu terikat dengan masa yang sudah,
apa kau ingat aku suka untuk mengenang segala silap salah yang dulu itu?
apa kau ingat aku suka segala dosa aku?
apa kau ingat aku suka berdosa?

sejahat-jahat manusia atau
sebaik-baik manusia,
mereka semua mampu berubah menjadi yang sebaliknya
dengan izin Allah

apa kau lupa?
yang Allah maha berkuasa,melebihi segalanya

Thursday, October 20, 2011

cerita sebuah buku

aku sudah berada di sandakan dalam 3 bulan lebih
dan satu-satunya tempat yang aku suka pergi
untuk mencari segala macam keperluan adalah
...Giant...haih...

oh di pintu keluar Giant sandakan,
ada satu deret penjual yang menjual buku-buku ilmiah dan keagamaan
aku selalunya akan singgah seketika
buka sikit-sikit,usha2 pengarang dan harga buku
letak balik buku-senyum dekat penjual buku-dan blah

sepatutnya hari ini aku top4 fon klasik aku
tapi disebabkan aku punyai seorang along yang baik hati
dan dengan senang hati dia telah m'top4 kan' aku adiknya
hahahahaha...tQ along

dan kerana punyai duit lebih,
sejurus kelas habis-solat magrib-ambik duit-terus aku menuju ke giant
selepas 'berlari-lari' di dalam Giant aku terus ke deretan buku

dari jauh,kelihatan seorang lelaki akhir 20-an aku agak
sedang asyik dengan telefonnya,
dengan berbaju hitam,sedikit janggut dan berkopiah putih.
how sweet..kan?

aku angkat sebuah buku,yang selalu aku usha
yang bertajuk "Apa ertinya saya menganut islam"
selesai melihat isi kandungan aku baca sinopsis di belakang
kemudian terjadinya perbualan antara

aku (pembeli buku) vs abang janggut (penjual buku)

aku: abang,buku ni harga dia berapa
abang J: oh,RM8
aku: dalam hati(murah je,kenapalah aku tak pernah tanya)
oh...boleh kurang tak bang?
abang J: (nampak makin selesa berbual) oh,boleh,
berapa nak?
aku: kurang seringgit
abang J: boleh,boleh je,betul nak?buku ni lama,tinggal satu ni je
aku: nak,tapi bang,
sebenarnya kan,apa yang buku ni nak sampaikan
secara rumusannya,abang tahu?
(sambil angkat kening)
abang J: muka gelabah...hmm,dia cerita pasal islam...
hmmm...hmmm..orang islam patut tahu
aku: oh,terima kasih,saya ambik...salam abang

aku bertanya,selesai saja aku baca sinopsis di belakang buku
aku tak expect abang J akan baca semua buku yang dia jual
tapi sinopsis abang J bole baca 5 minit je bang
plus: yang saya perasan buku tu dah ada di atas meja bersama
buku-buku lain da dekat 3 bulan,takkan abang tak pernah terbaca..
plus: abang jual buku kan,mesti lah tahu sedikt sebanyak pasal barang jualan

aku sebenarnya tidak lah ingin permainkan abang itu
aku betul2 mahu membelinya
cuma aku harap lepas ni abang J lebih suka
untuk membaca buku-buku jualannya
untuk
dirinya,dan pengaruhi orang lain untuk membelinya (dia jual benda bagus)
dengan penerangan yang menarik mengenai sesebuah buku

oh,sebelum aku lupa,
rumusan yang abang J ceritakan
langsung tidak tertulis di belakang buku itu...
abang J nak tipu aku lah tu...hahahaha
dan aku tinggalkan abang j dengan tanda tanya
abang J takkan pernah tahu adakah
penerangan aci tibai dia mengena atau tak
sebab buku yang aku beli itu adalah yang terakhir dalam simpanan dia...

pengajaran hari ini
manusia berjanggut juga tidak terlepas dari
menipu bila terdesak...hahahahah...
(main-main je ni)

Sunday, October 9, 2011

Feed the 'winner'...

tingkatan 4 tahun 2006,
aku dipanggil menghadap cikgu disiplin,yang mana ini adalah biasa bagi aku
dan dalam perjalanan ke sana
kepala aku ligat berfikir,..."kali ini kesalahan yang mana pulak ya?"

di bilik berhawa dingin cikgu disiplin
cikgu:saya dapat laporan yang kamu lompat pagar(fly) 3 malam lepas
aku:saya rasa cikgu silap orang,bukan saya tu...(sambil gelak2)
cikgu:kamu jangan main2,kamu bole diambil tindakan gantung sekolah
(muka dia da macam singa)
aku:cikgu mana bole main tuduh saja,cikgu ada nampak?ada saksi y nampak
cikgu: saya sendiri nampak kamu berdiri di tepi pagar sekolah tu,
aku:oh,masa tu..saya pon nampak cikgu...
tapi cikgu nampak saya berdiri saja kan,tak ada nampak saya lompat pagar
cikgu:ya,tapi apa kamu buat tepi pagar pada waktu macam tu
aku:saya tengok lukisan di pagar,saya kan suka melukis.

penghabisan cikgu disiplin give up sebab tidak dapat membuatkan aku mengaku kesalahan
honestly,malam tu memang aku fly kerana sebatang askrim pelangi walls
hahahaha...

selepas 5tahun aku belajar untuk 'bercakap' untuk hidup di sekolah
aku lebih "memahami"perkataan dan maksud2 dari setiap nada y dituturkan
by praktikal selama 5 tahun...orang lain pun akan pandai juga kalau jadi aku

dia:kau dulu posting macam mana lah
aku:oh,kiteorang selalu balik lewat
dia:ye k?aku call xxxx tengahari ada je dia dekat bilik
aku:.......(aku senyap je)

sebenarnya aku mahu jawab macam ini,tapi sebab dia y bertanya,
maka dengan rela hati aku lebih suka nampak bodoh,
aku lebih suka bagi dia menang...

dia:ye k?aku call xxxx tengahari dia ade dekat bilik je
aku:kau call tiap2 tengahri ke?
dia:(mungkin akan jawab) selalu lah,atau tak lah
aku: aku bukan tiap2 hari balik lambat,tapi selalu lah
sambil terus menyambung
dont' talk like u know everything when u just know nothing
sebab ia kedengaran sangat annoying

satu hari aku realize,yang bila aku bercakap dengan manusia2 yang suka menang
bukan dengan kalahkan mereka,aku akan berpuas hati,
mengalah dan bagi mereka kemenangan...kemenangan yang gemilang
dengan ,melihat senyum mengejek mereka,muka kemenangan mereka
ianya lebih memuaskan hati

"ya,mereke berjaya buatkan aku nampak bodoh kan??"
hahahaha
apa salahnya nampak bodoh bukan...??

dia suka sahaja bila dia menang dan berjaya memperbodohkan aku
dan aku juga senang melihat dia gembira bila dapat buatkan aku
kelihatan bodoh dan dia menang...
tiada yang salah bukan....tiada hati yang terasa kan???hahahah

lagipun,
malaikat sebelah kanan aku complain,buku tulisannya nipis sahaja
manakala,yang sebelah kiri sibuk2 cakap yang bukunya makin menebal
cukuplah dosa aku dengan
Tuhan aku,cikgu2 aku,kawan2 baik aku,mak bapak aku,keluarga aku
nak tambah dosa dengan sakitkan hati manusia lain..

nanti bila malaikat belah kanan aku cakap,buku dia da tebal,
mungkin aku bole consider untuk jatuhkan kemenangan korang2...

hahahahahah....
yang paling berbisa dalam dunia adalah kata-kata...
Rasulullah saw bersabda: Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka” – Riwayat at Tarmiziy dan al Hakim

aku tidak mahu ada siapa2 tersekat utk masuk syurga kerana kata2 dia pada aku
dan aku juga tidak mahu aku tersekat utk ke syurga kerana kata2 aku pada dia

note utk cikgu disiplin:
lepas saya habis degree,saya balik negeri,
saya akan ceritakan segala kesalahan saya...(dulu da mintak maaf kan selepas spm tu)
oleh itu...jangan mati dulu kalau mahu dengar cerita..

Friday, October 7, 2011

cukuplah bercakap,pada yang tak pernah mahu mendengar

aku: salam,sihat kawan
dia: salam kembali,sihat2 sahaja
aku:hahahahaha.....hidup macam mana
dia:tak pernah jadi mudah kan?hahahahah....pehal call?
dia: oh...kiss me??
.............
dia senyap untuk beberapa ketika sebelum aku dengar nafasnya dihela
...panjang...

dia: where and when?
aku: here and there..
dia: hahahaha..bila lah kau nk berubah,suka je main2 ye...
aku:hahahahaha..aku je,kau??
dia: so,mana datang kiss kiss ni
aku: oh,aku beli perfume yang ada tulis....kiss me...
dia:da agak...mesti ada benda2 macam ni..
aku:hahahahaha....mind reader eh kau ni
aku:maybe ya..

bukan mudah nak cari kawan yang dapat tembus perasaan aku
yang berlapis-lapis seperti kerak bumi ini,

maka..sekali dapat...
takkan aku sesekali persiakan..takkan walaupun sekali

Monday, October 3, 2011

tiada rasa menyesal itu lebih penting dari kemenangan..

serik
serik untuk merasa serik
...

On the real if you stop then it's no pain...
but if you can't feel pain then it's no gain
Rearrange and you change and it's all bad and you try to maintain but you fall back
And you crawl and you slip and you slide down
Wanna make it to the top better start now

... one day I'm gonna be free and they won't try to kill me for being me ...
-flipsyde-


katakan apa2 sahaja
asalkan ia menarik,asalkan ia dapat buatkan aku tertarik
..katakan ia..

benda2 bagus tak elok simpan sorang2
kongsi lah...

ya kan...
3 benda yang tidak akan putus selepas matinya anak2 adam
salah satunya adalah ilmu yang memberi faedah
katakan ia dan kongsikan

Thursday, September 22, 2011

birunya langit dan hijaunya bumi hidupkan naluri aku..


flashback..
..............................................................................................
cuba ingatkan balik
berapa kata,prasa dan juga ayat2 yang dituturkan hari ini,
semalam,semalam semalam,minggu lepas,tahun2 lalu

berapa banyak yang kau katakan dan kau maksudkan
berapa banyak yang sampai maksudnya..?
berapa banyak yang disalah ertikan..?
berapa banyak kata-kata yang buatkan manusia lain terasa hati..?
berapa banyak yang memberi faedah,memberi motivasi,..?

hakikatnya..
every single thing yang dilakukan,disebut bahkan terlintas dihati
penjaga dibahu kanan dan kiri setia menjadi saksi..
...

Wednesday, September 21, 2011

when I meet 'you'...

chorus

With a little love
You will survive
With a little love
You will get by
Do what you want
Go your own way
'Cause its your life

note:
-stand for something or you will fall for anything-
Michelle Hornbuckle
...

Saturday, September 17, 2011

tunaikan,atau lepaskan...

..memiliki..

memiliki itu sebenarnya datang dengan
tanggunjawab..

aku lupa yang aku adalah pemilik itu
lupa yang aku punyai tanggunjawab padanya
...