Showing posts with label feelin'. Show all posts
Showing posts with label feelin'. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

66

Moga
tiada apa-apa,tiada siapa-siapa yang boleh
datang dan membawa pergi rasa percaya kita ini

moga kau terus
percaya


There are still more questions than answers

 dalam : hidup dan mengenali Tuhan
Allah yang Esa menguasai semesta alam
yang maha mengetahui segala sesuatu

profesional exam lagi 3hari
haih : )


Saturday, February 25, 2012

play guitar and sing it out loud

Ya,manusia melakukannya apabila ianya dianggap betul
dan betulnya itu ditentukan oleh pengetahuan 
pengetahuan yang
 ditimba daripada pembacaan,pengalaman dan persekitaran

mengetahui sesuatu dari satu sudut akan menjadikan 
kau selalu merasa betul
lalu,perasaan selalu betul itu akan membuatkan kau 
merasakan manusia lain yang berada di utara/selatan/timur salah
yang selain dari kau adalah pesalah

Dan,pabila perasaan selalu betul ini ada 
kerana limited knowldege
kau buta,dan pekak dalam mendengar pendapat orang lain
terlalu susah untuk memberikan waktu bagi berfikir
tentang kata-kata yang manusia lain

kau tau ,orang bijak tak selalu merasa betul
because they know
there's always room for improvement


hmmmmm...kau kan.
bikin hangat

it doesn't speak

optimis,pessimiss,yakin atau ragu-ragu
semuanya telah menjadi pemenang pada diri dan hati aku
telah berjaya mendiami hati aku pada beberapa ketika
dan telah meninggalkannya pada sesuatu ketika yang lain

dan ianya masih begitu
mereka masih sesuka hati datang dan pergi

Sunday, February 19, 2012

hari yang lebih baik

mencari redha Allah melalui redha ibubapa

KAU campakkan aku dimana sahaja
aku sanggup menerima sebagai satu pelajaran
KAu berikan aku apa sahaja musibah
aku akan terima ,dan anggap ianya sebagai tanda kasih sayangMu pada aku

cuma,
mohon tetapkan hatiku pada tujuan yang satu itu
tetapkan hati aku hanya untukMU

seseungguhnya ..
aku yang teruambang-ambing dalam duniaMu
sesat tanpa hidayahmu

Saturday, February 18, 2012

bukan medical term

perasaan kita ini,perasaan aku pada kau
perasaan kau pada aku ini adalah

acute on chronic

cari definasi acute,kemudia definasi chronic
keadaan ini sebenarnya lebih teruk dari keadaan acute
dan lebih menyeksakan daripada yang chronic

dan kau akan faham
macam mana rasa acute on chronic tu

Monday, February 13, 2012

midlife crisis

Aku bukan suruh kau orang tinggalkan kehidupan duniawi,
tapi aku suruh kau orang tinggalkan dosa.
Untuk tinggalkan duniawi itu dikira terpuji,
tapi untuk tinggalkan dosa itu tanggujawab

Dan untuk tinggalkan dosa itu lebih penting 
daripada tinggalkan dunia

(Yahya ibnu Mu'adh)

Wednesday, January 25, 2012

we go together like winter and a sweater

waktu petang seperti ini 
dia mungkin sedang sibuk dengan silat-rugbi atau badmintonnya
.....................................
tadi exam dengan doc dari myammar,maka medium komunikasi
kami hanyalah bahasa english

student (aku): we cut medio-lateral make 45degree angle
doc:what are the thing that you're going to cut through
student: (dalam kepala,ingat2 lupa,tapi aku tahu word tu bermula dari huruf f)
I know, 'F" word
doc: what?
student: opss,(seb baik doc tak dengar ),something that start with F
doc: ya,you're right.so,tell me the word..
student:....ok...bla bla bla bla

.................................................
waktu malam camni,
dia mesti sibuk study-kerja2 persatuan-group work-homework

haih...dia tu siapa sebenarnya?
jeng jeng jeng

Monday, January 2, 2012

I'm still alive..: )

KLIA-cuti raya 2011-
sekaran' aku homesick...damn sick
3minggu dari sekarang ,aku ada peperiksaan
peperiksaan yang terakhir, sebelum peperiksaan besar
student dan exam kan,mana boleh dipisahkan
kan?

dan, lebih kurang sebulan dua lagi, peperiksaan besar itu akan tiba
untuk lebih accurate, lebih kurang,dalam 60 hari lagi
peperiksaan besar, yang mana akan merangkumi 3 tahun pengajian aku

3tahun,tak lama,tapi dalam masa yang tak lama ini
beberapa bijik buku tebal in the range of 1 to 2.5kg yang aku kena baca
yang patutnya aku baca,dan faham
bukan sekadar baca sahaja

ketika hari pertama memijak tangga kapal terbang airasia
di lapangan Terbang Sultan Mahmud dulu,
aku nekad, mahu menjadi anak yang baik-manusia yang baik
mahu hidup aku 5 tahun disabah nanti, lebih gemilang berbanding secondary school
aku  mahu itu...

tentang manusia-manusia lain yang datang besama aku ke sini
aku tak kisah apa yang dieorang mahukan
antara kita, definasi bahagia-berjaya berbeza
kerana dari awalnya lagi, cita-cita kita berbeza, kan teman?

lagaknya manusia
diantara 3 tahun yang  bersamaan dengan 36 bulan itu.
terkadang aku hilang arah,lupa tujuan,hanyut dalam perasaan..

antara 'aku di tangga kapal terbang airasia' dulu
dengan 'aku' yang sedang menaip cerita ini"
berapa banyak bahagian buruk dalam hidup aku telah berjaya aku buang?
berapa banyak iman aku bertambah pada Tuhan?
berapa banyak jenis tanggunjawab yang telah aku selesaikan?
berapa banyak yang aku berikan pada manusia?
berapa banyak yang Allah hitungkan?

antara
aku yang dulu,atau aku yang sekarang ini
mana yang lebih baik?

Tuhan, beritahu aku mana yang lebih ?

Thursday, December 29, 2011

I'm not afraid of messing up...

Once you fall in love
just stay still-strong and hold it-

if you still feel the same love after years
that yours

...hah...
bukan susah pun,
andai tidak dapat memilih-mati kutu
let it be,jangan pilih lagi

Do it,when you really mean it,when you really need it

Thursday, December 22, 2011

aku mahu dekat dengan mereka...

aku: ya' (adik aku),abang(adik aku juga) mana?
ya' (adik aku): oh,dia g usrah dekat kuala terengganu
aku: aik,jauhnya,mau dua jam tu
ya': ntah dia,sekolah kot,tapi buat dekat masjid luar sekolah
aku: oh,usrah luar eh..ok,bila balik
ya':ntah la,esok lusa kot...

bilamana difikir-fikir balik,ditenung-tenung balik
keluarga kecil dan juga keluarga besarku
 bukan tergolong daripada manusia-manusia jahil agama
beberapa mereka belajar bertahun-tahun nun jauh di timur tengah,
di sekolah-sekolah agama,di pondok-pondok
bahkan ada yang telah menghafal 'kalam Tuhan"

dan segala ilmu yang dipelari mereka itu,dapat dilihat kerana
mereka mengamalkan dalam kehidupan mereka..

keluarga aku memang macam tu?

aku?

kan ke iman itu bukan benda yang boleh diwarisi ataupun
genetically inherited

kan?

Friday, December 9, 2011

selepas 4 bulan lebih,hari ini baru aku katakannya

seperti mana manusia-manusia lain,
aku juga punya perasaan seperti mereka

dan pada sesuatu ketika yang entah macam mana
aku boleh menjadi setenang 
penjaga kandang buaya walau aku berisiko dimakan buaya hidup-hidup
tapi ada pula pada ketika yang lain,
aku ibarat puting beliung yang mampu memusnahkan bukan sekadar kampung bahkan bandar
( habis bahagian pendahuluan cerita malam ini)

semalam aku menyambut kelahiran seorang bayi perempuan seberat 3.15kg
pada pukul 11:44 malam waktu malaysia
-perasaan sedih,gembira dan segala macam rasa berbaur bilamana
si mama mengucapkan terima kasih kepadaku-

pagi tadi di klinik obs& gyne
seorang makcik datang dengan masalah ketulan di bahagian perut
tidak dapat menerima rawatan yang sepatutnya kerana 
dia non-local dan ketiadaan wang untuk biayai kos perubatan
-aku sedih,mahu marah tapi tidak tahu siapa yang patut dipertanggunjawabkan-
satu soalan timbul
jika wang kerajaan@cukai rakyat,digunakan untuk membiayai
manusia-manusia bukan warganegara ini atas dasar kemanusian
apa kau rakyat yang membayar cukai rela
atau kau lebih rela beberapa jenis pemimpin kerajaan menggunkan duit
untuk kempen-kempen politik,melawat@bersantai keluar negara
antara yang dua ini,mana lebih memerlukan?

petangnya ketika dalam perjalanan pulang kerumah,
seorang pakcik anggaran umur 70-80 an yang memakai pakaian lusuh
melintas jalan dan dilanggar lari oleh sebuah kereta,
kemana anak-anak/saudara-mara pakcik?
dan yang melanggar,sanggup biarkan pakcik terbaring berdarah di tepi jalan begitu aja
-aku penat dengan kehidupan yang selalu menagih simpati aku-

selepas jogging,aku telefon rumah bertanyakan khabar
selepas berehat seketika aku ke giant tanpa arah tujuan
selesai tiga pusingan aku melangkah dari rak ke rak
aku pulang ke rumah
dan malamnya,satu benda pon aku tidak dapat aku lakukan dengan betul.
dan perasaan aku kali ini melebihi
 perasaan ketika menyambut bayi
dan  melebihi juga perasaan aku pada pakcik dan juga makcik

Apa-apa pun yang jadi,expect atau tak,buruk atau tak
aku tetap kena hadapi.

kan?

Moga Allah akan selalu berikan aku kekuatan dan ilham
untuk menghadapi segalanya
memang kita boleh rely pada DIA je sebenarnya

Sunday, December 4, 2011

kerjakan apa yang disukai dan sukai apa yang dikerjakan

hidup dan memasang impian menjadikan 
kehidupan yang sesulit manapun indah
menjadikan hidup-hidup yang payah tidak terasa mencarik-carik
kerana mimpi-mimpi indah menutupi tiap carikan

Wednesday, November 30, 2011

berangkat menjadi dewasa ya.


TQ

kerana selain Along kesayangan aku,
tiada lagi manusia lain yang suka bagi aku benda-benda 
semacam ini.

Tuesday, November 29, 2011

: (

I miss him

sikit je,
tapi tetap penat


Sunday, November 20, 2011

Don't need to rush this..just take it slow

prof+student...farawel party Prof HMP singh
pertandingan berlari 2011...hahahaha
kan betul kan,
masa akan merubah banyak benda..
.."banyak benda"..

GUD LUCK EXAM TEMAN-TEMAN

Monday, November 14, 2011

Bila ianya datang dari hati,itu adalah kebenaran


17:37
Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini 
dengan sombong,karena sesungguhnya
engkau tidak akan dapat menembus bumi dan 
tidak akan mampu menjulang setinggi gunung
( 17:37)


..balaroh cantik kan kalam Allah ni..?

haih.
dulu aku selalu je tido time matapelajaran SPM
A-quran dan Sunnah tahun 2006/07

dengan tido...apa yang aku dapat?
hahahahaha

Friday, October 28, 2011

we're not here for nothing..dan kita tahu itu

comel kan....hahahahaha

sekarang ini
aku punyai ibubapa yang mengharap
sedara mara yang menanti aku pulang dan berjaya
adik adik yang menaruh percaya

dan nanti,
aku akan ada kerja yang menagih bukan sikit pengorbanan
akan ada pesakit yang aku perlu jagakan
dan akan ada ibubapa yang perlu aku bahagiakan
adik-adik yang perlukan perhatian
sedara-mara yang mengharap kunjungan

dan aku tahu, yang kamu juga punyai 'tanggungan'
yang sama seperti aku.
sekarang dan juga nanti..
kan??

sebab itu aku rasa aku perlu bertukar menjadi power ranger
dan kamu juga perlu bertukar jadi batman atau superman

tunggu,
sampai nanti kamu dan aku punya kekuatan untuk
menggabungkan tanggunganmu dan tanggunganku
menjadi satu..

kita menjadi satu..

note:
aku rasa kan,cuti seminggu ni
buat aku jadi 'macam-macam'

Sunday, October 23, 2011

entah kenapa aku terasa..

report:
seorang lelaki berumur 21 tahun
telah terlibat dalam kemalangan langgar lari seminggu yang lepas
patah paha kanan dan lengan kiri,
juga mengalami pendarahan di otak,
telah koma selama 5 hari di hospital sandakan
jantungnya berhenti berfungsi pada pukul 1:00 petang rabu lepas
dan dia di disahkan meninggal dunia pada pukul 1:35 petang

aku mimpi arwah fariz semalam
di hospital itu.
aku lihat arwah berdiri dengan kaki,tangan dan kepala berbalut
berjalan perlahan menuju pintu keluar,
sejenak arwah berpusing dan tersenyum pada aku yang masih memandang
sebelum arwah terus keluar dan menghilang

-al-fatihah untuk arwah fariz-

Wednesday, September 28, 2011

posterior anterior

dalam dunia ini
walau kau lakukan segalanya atas dasar kebaikan
kau lakukan segalanya atas nama tuhan
kau telah cuba lakukan sebaik mungkin,sehabis daya dan kudrat
hingga kau lupa
penat diri kau,sakit diri kau,perasaan dan hati kau

tapi..masih ada manusia
yang akan berdiri dan berteriak meruntuhkan segala apa
yang kau pertahan
yang kau usahakan
yang kau taburkan

dan saat itu,kau akan rasakan dunia ini tidak adil
kau akan rasakan manusia2 itu tidak reti berterima kasih
yang usaha kau itu bukan apa2 ,hanya debu dan pasir

itulah realiti tentang dunia yang aku huni sekarang
terima kasih kerana 'memberitahu' hakikat ini ya teman..