Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

There are still more questions than answers

 dalam : hidup dan mengenali Tuhan
Allah yang Esa menguasai semesta alam
yang maha mengetahui segala sesuatu

profesional exam lagi 3hari
haih : )


Saturday, February 25, 2012

Am i doing it for HIM


10 hari lagi exam besar itu
lulus gagal KAU tetapkan untuk aku
jika dengan lulus aku akan dapat pulang dan mendekatkan diri dengan keluarga
luluskan aku,
jika gagal akan menjadikan aku lebih pandai, lebih mengenaliMU
maka aku terima kegagalan itu
gagal atau lulus...berkatilah hidup aku
: )

p/s:
Native deen datang malaysia
UIAM
mimpilah nak datang UMS kan?

Thursday, January 26, 2012

battle-field

Andai itu yang terbaik untukku,
aku mohon tunjukanlah aku hikmahnya
berikan aku hati yang lapang dan sedia menerima segala ketentuanmu
kerana aku percaya yang
 Engkau Ya Allah Maha adil lagi maha mengetahui
segala sesuatu,segala yang telah dan bakal terjadi

Sebenarnya
I really have a bad feelin about tomorrow exam
curious tau,what'll gonna happen tomorrow.
I love u (my family) all this much
aku: rasa tak best ar nak exam esok,rasa berdebar-debar je
adik aku:ok,nanti lepas isyak ya(nickname) buat solat hajat
aku:ok,tq,doa panjang2,kekgi balik,upah cokelat
adik aku: hahahaha,ok upah cokelat eh....hahahaha

haih

Wednesday, January 18, 2012

I'm gonna miss this

Lagi 2hari sebelum exam posting bermula
dan kiranya lebih kurang 3 hari lagi 
sebelum tanggunjawab saya sebagai ketua...berakhir

memang penat,memang penin,
dan selalu sahaja membuatkan darah naik secara tiba-tiba
dengan adanya beberapa manusia "special"
1.suka mempersoalkan segalanya,hatta jadual pon dipersoalkan (jadual dari pihak uni)
2.selfish,she act like dia langsung tak ada connection dengan university
3.tak pernah nak dengar orang cakap sbb he think he know everything
4.sangat 'rajin' sampai perlu diingatkan,diberitahu selalu-datang kelas
5.Ignorance,telah diberitahu tapi masih tidak tahu

sebenarnya,saya sangat berbesar hati menerima tanggunjawab ini,
You never know your own capabilities unless u try and do it..kan?
at least at the end of this posting saya bukan sahaja tahu sambut baby semata-mata
tapi juga
1. tahu macam mana nk handle manusia yang suka mempersoalkan semua benda
2.sabar saya makin tinggi...alhamdullilah
3. perbualan seharian  bm-bi saya improved sikit
4.lebih rapat dengan doktor dan staff2 hospital
 (dah muka ni yang kena selalu jumpa mereka)

yang paling penting
saya terima tangunjawab itu dengan rela dan tanpa ada hard feelin
saya lepaskan tanggunjawab dengan gembira tanpa ada hurt feelin

 sub-group for O&G posting

Apa lagi yang kau mahu, melebihi kemahuan untuk punya hati yang tenang
tanpa sebarang rasa tidak senang?

Sunday, December 11, 2011

gugur atau tidak 1

Sudah lebih kurang seminggu aku di ward bersalin
satu kemusykilan timbul dalam kepala aku

mengenai solat ketika sakit hendak bersalin,
sebab sekarang sudah aku tahu sakit bersalin tu kadang2
mengambil masa satu hari satu malam (5 waktu solat)..

...ok...

untuk waktu sekarang,aku memang tidak tahu
gugur atau tidak tanggunjawab solat,
dan dalam keadaan apa tanggunjawab itu gugur
dan jika masih perlu solat,macam mana ia perlu dilakukan.

kau tahu kenapa aku concern sangat
sebab sakit bersalin itu seperti sakit jantung
bukan mainan sakitnya,,bukan mainan

..ok..
bilamana,Si ustaz menjawab dan memberi hukum berdasarkan dalil-dalil
nanti,aku akan ceritakan lagi disini

..nanti ya..

Thursday, November 10, 2011

It's in your hands now. ..

Intro: even 
aku tahu melalui pembacaan,pemahaman
bukan senang mahu terapkan  dalam penghidupan....
kan??

one word...superb

Asas rukun iman/islam yang kukuh,kenalnya manusia dengan pencipta
melalui sifat-sifat dan nama-namaNYA
akidah yang mantap-pengetahuan sirah yang meluas-berakhlak mengikut islam
menjadikan seseorang lengkap sebagai muslim

dan pengetahuan ini-pengetahuan 'apa maknanya menjadi islam',
diterapkan dalam keluarga,
ibubapa-sanaksaudara

permualaan sebuah keluarga dengan 
cara yang diredhai Allah menjamin keberkatan dalam penghidupan
melahirkan insan-insan yang i/Allah 
akan berjuang menegakkan islam  tanpa ragu-ragu 

Adanya keluarga-keluarga yang berpaksi atas nama agama
akan melahirkan masyarakat
yang takutkan Tuhan
dan kecurian-masalah sosial-penipuan-rasuah
akan hilang dalam kehidupan

ianya bermula dari diri sendiri
seperti rumah yang dibina dengan batu-bata
keteguhan rumah itu bergantung pada kekuatan asas binaanya

-ringkasan daripada buku dari abang Janggut untuk setakat ini-

note:
buku belum habis digest,sbb banyak yang tak faham
he (book) make some points,but I don't get it
haih


Sunday, October 23, 2011

entah kenapa aku terasa..

report:
seorang lelaki berumur 21 tahun
telah terlibat dalam kemalangan langgar lari seminggu yang lepas
patah paha kanan dan lengan kiri,
juga mengalami pendarahan di otak,
telah koma selama 5 hari di hospital sandakan
jantungnya berhenti berfungsi pada pukul 1:00 petang rabu lepas
dan dia di disahkan meninggal dunia pada pukul 1:35 petang

aku mimpi arwah fariz semalam
di hospital itu.
aku lihat arwah berdiri dengan kaki,tangan dan kepala berbalut
berjalan perlahan menuju pintu keluar,
sejenak arwah berpusing dan tersenyum pada aku yang masih memandang
sebelum arwah terus keluar dan menghilang

-al-fatihah untuk arwah fariz-

Friday, October 14, 2011

no risk ,no reward...hahahaha

sudah masuk 2 minggu,aku sakit belakang
bukan pinggang, ...belakang
bawah rib tapi atas dari kawasan pinggang sebelah kanan

sejak 2 hari yang lalu,
severe sakit,sampai aku kena tido mengiring sebelah kiri
ya..lagi memberi tekanan pada jantung
rasullah tido mengiring sebelah kanan kan?
kenapa?sbb jantung terletak di sebelah kiri

aku hanya buat exercise kecil2 bagi menghilangkan sakit
aku lakukan movement dan aku tahu
apa jenis gerakan yang akan buatkan
sakit itu bertambah,berkurang atau gila sakit

lagi 2 minggu mungkin,
kalau sakit ini tidak mahu juga hilang
aku akan cari cara untuk hilangkan ia
lagi 2 minggu

tentang belajar,
sangat lah banyak lagi yang aku tidak tahu
macam mana lah ye nak buat??

Wednesday, September 21, 2011

lab no 16

jika kau katakan aku bagus dan akan lulus
atau kau mengatakan aku tidak bagus dan akan gagal
tidak ada apa-apa sebenarnya
kerana aku tahu apa yang aku tahu,aku tahu apa yang aku buat

dan untuk exam first time kali ini
aku failed
mengenai teori part,aku failed
mengenai clinical part,aku juga failed.
aku mengharapkan kertas yang berbaki lagi satu ini,
aku dapat puaskan hati aku dengannya

keputusan yang prof akan umumkan minggu depan,
aku sudah tidak berminat lagi untuk mengetahuinya...
failed atau lulus bagi mereka..ianya tetap failed bagi aku

dan aku kecewa dengan ketidaktetapan hati aku dalam perjalananan ini
ianya bukannya tidak boleh dilakukan
cuma aku tidak mahu lakukan dengan sepenuh hati
ianya cuma hati aku yang masih berbelah bagi...

I'm going to light up the spirit
dan ianya memerlukan lebih daripada aku..

Wednesday, September 7, 2011

emo aku bertempat...kan??

haih...haih..

pada siapa2 yang ambik medic

tiada benda dalam perubatan ini fixed
semua akan berubah,tiap2 hari,tiap2 tahun dan tiap2 negara
dan setiap hari mereka akan belajar
kena belajar dan wajib ke atas mereka untuk belajar
sebelum atau sesudah bergelar doktor
tiada yang terkecuali
things keep changing and mereka mesti update knowldege..
kan??

so..bila difikir-fikir
adik2,kakak2,kawan2 yang ambik medic ini mengikut apa yang disarankan
belajar dari dalam buaian sampai ke liang lahad
i/Allah.....kan??

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah...! Dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui.” (Surah Al-‘Alaq 96: 1-5)

mengikut kata Iman Al-Ghazali
keperluan membaca ini jatuh pada dua benda
1. maqru'ah (al-quran)
2.manzurah (alam dan segala ciptaan Allah)
kedua-dua ini membentuk ilmu naqli (al-quran dan hadis) dan juga aqli( sains,math dan lain2)
dan ...sebarang bentuk pemisahan antara dua ilmu ini
membawa kepada masalah moral masyrakat
khalifah atau lebih sesuai pada masa kini kita panggil PM
pentadbir negara itu perlu lah mereka yang arif tentang ilmu2 ini.
kan??

masalah tentang ilmu yang dipisahkan ini terjadi di malaysia
sekolah agama budak2 pondok hanya belajar agama
sekolah sains, hanya belajar sains.
kalau ditanya antara kita pelajar sains
"terangkan dan nyatakan dengan terperinci sifat 20"
berapa kerat yang bole jawab dengan lancar....berapa kerat??
aku pon baru nk belajar balik sebenarnya...
kan??

second..
bacalah dengan nama TUHANMU
ilmu itu sempurna bila tiap pengetahuan dari pembacaan itu
kita refer balik pada keEsaanya dan kekuasaanya..
anything,semua benda itu milik DIA...
kan??

seperti kata iman As-syafie
(dan juga kata2 yang ayah dok cakap je, sampai aku pon da familiar)
jika kamu inginkan dunia,hendaklah dengan ilmu,
jika inginkan akhirat,hendaklah dengan ilmu,
dan jika inginkan kedua-duanya juga dengan ilmu

note:
post ini refer pada beberapa teman yang mempersoalkan bidang aku
aku tak bole nak buat apa2 kalau sistem pembelajaran medic di mesia
ni mengikut sistem english,
aku tak boleh nak bubar sistem,dan juga tak bole nk boikot tak nak belajar..
kan??

memang kiteorang tak ada diajar kitab ibnu sina,
dan aku juga tak baca kitab2 tauhid,feqah yang korang baca tu
tapi tolong lah faham, ini juga ilmu Tuhan
tak patut cakap yang aku tak patut belajar ilmu ni sebelum khatam ilmu agama
belajar kan sepanjang hidup
faham kan sekarang??

Saturday, August 27, 2011

fight for what's worth fighting for


bila kau berada dalam situasi yang kau tidak boleh ubah,
dan tiada siapa2 pun yang mampu mengubahnya

mungkin itulah masanya..itu petanda
untuk kau pulak yang berubah...

sebenarnya berbaloi untuk mencuba
.....fighting......

sebulan ini banyak yang aku tidak puas hati
dengan
suasana belajar-sandakan yang panas-ward yang serabut,
manusia yang macam2-dengan orang2 sekelilng yang samseng ntah apa2-
nurse yang berlagak-jadual tunggang-langgang-ketua macam2
bagaikan aku terlupa yang
itu qada dan qadar Tuhan,yang dia adakan bersebab

masalah bukan bila asas keimanan pada qadar dan qadar itu longgar??
hmmm....haih..
jadikan aku manusia yang redha dengan tiap kejadian dan ketentuan

Thursday, August 11, 2011

maybe I expect to much..

yang pernah belajar di matrikulasi program satu tahun
mesti ingat matapelajaran biology
based on campbell (buku yang sokong darwinism-evolusi- punya teori ni)..haih
mesti belajar tentang natural selection kan??
(sila refer link dibawah utk faham tentang natural selection)

dan kerana (bukan aku tidak suka bio),
tapi aku lebih suka physic dan kimia,
maka untuk lulus aku telah melakukan segalanya double
terpaksa melakukanya double..
study double-bertanya double-fikirkan tentangnya sehari2 double

kau tahu apa yang akan jadi bila kita memikirkanya lebih dari
yang patut difikirkan...
jadi mengarut lah..
bukan ke dalam islam disuruh bersederhana dalam semua perkara?
(oh,aku ni budak yang selalu tidur time kuliah agama,maka aku kurang arif tentang agama)

"stabilising buatkan yang boleh adapt dengan warna-warni matrik sahaja
terus success,
Directional berlaku pabila yang kuat-pandai-cepat adapt terus hidup cemerlang
kerana faktor University mahukan hanya yang terbaik,

Dan,disruptive berlaku bila yang bijak terus diberi peluang,
yang kurang bijak terus ketinggalan,
maka,,adalah 2 species yang berbeza pemikiran,tindakan
dan juga perbuatan"

perasaan tak? pemikiran orang yang byk ilmu dengan yang kurang ilmu,
banyak bezanya..
and ianya bole dilihat jelas pada percakapan,perbuatan..
perhatilah sekeliling...banyak benda bole dipelajari hari-hari..

note:
kejayaan yang dapat selepas berusaha itu
lebih manis daripada
yang datang bergolek masuk terus ke poket seluar kiri,
still berjaya..cuma rasanya berbeza

Monday, August 8, 2011

yap....painless life!!!

hari ini,aku tido berdiri,penat punya pasal..
sedang sibuk prof bercakap,tiba2 aku tenggelam.
alam sunyi,aku terawang-awang..
5minit selepas itu ,baru aku sedar betapa bisingnya sekeliling
yang aku sedang tido in the middle of class and didalam ward
..haih...hidup,hecticnya..

malam ni kena tido awal,kena cari semangat balik untuk esok
standard lah semangat turun naik tu kan..??
benda2 macam ni bole mintak Tolong Tuhan je...

painless life ni walau aku tak mintak,tapi DIA bagi...
tak ke banyak punya derhaka kalau aku refuse utk terima...

kawan2 ada je bersepah..tapi .mereka pun sedang menolong diri sendiri ...
salah satu conversation tentang 'hidup' dengan kawan aku

"salah satu benda yang terus buat aku keep moving adalah biasiswa,
biasiswa yang JPA bagi ini duit rakyat,
duit sedara dan juga bukan sedara kau yang bayar cukai tiap2 tahun
kalau kau membazir,persiakan duit tu,tak amanah kan?
dengan sapa kau nak mintak maaf nanti,
dengan seluruh rakyat mesia???...hahahaha...
jadi belajarlah....tu memang tanggunjawab kau
benda ni sampai kat kau sebab Allah tahu kau mampu.
cuma kau kena usaha dan figure out camne nak buat,
camne nak selesaikan...
memang susah...tapi possible..."

note:
2minggu dihospital,2 patient meninggal..
putus jarilah,kena cucuk kat tangan kat tengkuk lah,darah situ sini,scary lah jugak
... dan aku stress lah... a bit....
lalalalalala....haih....lalalalalal

Tuesday, August 2, 2011

september 1

kalau kau ikhlas
Allah tau kau ikhlas...
dan i/Allah DIA permudahkan segalanya.
camne??
optimis dan move on

hari ini ada banyak benda yang jadi .....aku listkan'
1.sandakan panas,clinical year penat..damn penat
2.semua orang jadi emo,bad temper
3.kami tinggal kawasan gangster...so scary
4.lagi...da jumpa 2 masjid,
satu kosong tak berorang-sampai aku ingat masjid tu berhantu
satu lagi penuh sampai kena solat berbumbungkan langit,sies terbuka

note:
doa aku dari dulu moga Allah tetapkan hati aku
pada jalannya
payah atau mudah...belakang kira..
yang penting aku mintak...tetapkan hati aku

Tuesday, December 21, 2010

serasa mahu lompat kelangit memetik bintang !!

gambar y tenang tika hati y kurang tenteram

hari kedua kelas y aku harapkan akan berlalu tenang
dikejutkan dengan berita gempak..
"oi,result sem lepas dah keluar,list matric number di papan kenytaan"
gila kolot cara annouce result..
apa ingat ni cite 3 idiot k,semua berpusu-pusu nak tgk keputusan.
bagi y tak lulus, kekecewaan atas ketidaklulusan tu...satu penyakit
dan,rasa rendah diri dan malu tu...lagi satu hal.
ye lah kan,satu sekolah bole tau result,tak ke psiko tu...

apa y terjadi pada aku pada sem lepas
dengan rasa y makin tebal tak sukakan apa y aku belajar ni
aku langkah kaki juga,..
kdg2 nmpk aiskrim budk sebelah mcm best,dan rasa y aku punya tak best
bila aku pergi beli....alah..lagi tk best dari tadi.
seboleh mungkin,aku usirkan rasa itu...
kerana aku tahu rasa tidak bersyukur itu
tidak patut pernh diam dalam diri aku..
tidak sepatutnya ada dalam diri
orang lain lagi teruk..... tak ade kaki,
aku,???
bole joging hari2
dengan pelajaran y sush bagi aku y tidak expert hafal menghafal
aku jadi fed up,hafal lmbt,lepas tu senang lupa
nak sabarkn diri agar terus menerus
berusaha bilamana lupa..... tu satu lagi masalah,,malas,fed up.
lupa,ulang,lupa ulang,lupa ulang

aku kira dan congak semua soalan dan juga jawapan
dan aku yakin akan faild 2 paper,itu kiraan pada bulan lepas...
dan bulan ini,pagi tadi,result tadi di depan board akademik tadi
result aku
unexpected
dan aku perlu senyum girang..

aku:umi da dapt result exam
umi: dah,gane??
(sebak j tiba2),aku akan menangis sedih dengan hanya melihat
kekecewaan org tua aku dari mata mereka..dengar dari suara mrk.
itu adalah sebab y paling kuat y bole buat aku rebah
aku:ok lah.
umi:allhamdullilah

note:
sastera kadang2 tidk logik,
mana mungkin memetik bintang kerana kecilnya bintng y aku lihat sekrang ni
kerana jarak...
sebenarnya besar kot benda bintang tu..lawa pun kerana jauh
tinjau belukar j tu.