Friday, December 21, 2012

Lakaran

Ini adalah tahun keempat aku bagi episod ulang alik
ulang alik dari airport kk ke KL kemudian terengganu atau kelantan
Dengan kadang2 dalam perjalanan itu,
aku terpaksa menjadi penunggu LCCT/KLIA pada waktu malam

waktu yang mana aku dapat bersendirian,
Tiada buku,study,kawan2,profesor yang dapat meningkatkan stress aku
tiada juga family,anak buah, aktiviti2 kampung yang dapat menarik perhatian aku
cuma aku,malam,segelas kopi dan laptop sebagai teman

Seperti kebanyakan orang,waktu berseorangan seperti inilah
yang mampu menarik kita kemana-mana sahaja dimensi waktu
ke masa-masa lalu,waktu gemilang mahupun waktu sedih dulu
mampu membawa siapa2 sahaja datang,
kesayangan atau manusia yang hanya datang berlalu pergi
dan juga
Kematian,kehilangan,perpisahan,
pilihan2 yang dibuat yang membawa aku kesini,
peluang2 yang aku tidak hiraukan lantas aku kesini

Tiap apa yang terjadi, tiap kesakitan,tiap kehilangan
tiap manusia yang aku jumpa dan tinggal
tiap manusia yang aku jumpa dan meninggalkan aku,
yang pernah pergi membawa pergi separuh semangatku,hidupku
yang datang membawa sinar,kebaikan
Yang meninggalkan dosa, yang membina pahala
Yang aku sedar mahupun tidak 

Dan,semua ini memang sudah ditakdirkan untuk aku
menjadikan aku adalah aku..