Thursday, December 10, 2015

Nawaitu

jika wang mampu berimu bahagia, kejarlah ia
jika cinta mampu berimu bahagia, teruskan keghairahanmu denganya

aku hanya mahu kehidupan yang sederhana
jika wangku 1 ribu, aku akan hidup dengan 1 ribu
jika wang itu 10 ribu, dengan 1o ribu aku akan tunaikan kewajipanku

wang tidak pernah menjanjikan kebahagian
jadi kenapa wang yang kau jadikan sandaran

kenapa sayang??

Monday, August 31, 2015

Element of suprise

Hidup ini penuh dengan kejutan

Seperti yang pernah difahamkan padaku
Bahawa kejutan ini adalah rancangan Tuhan

Kau tahu, kau merancang
Dan Tuhan juga merancang

Dan kau tidak akan pernah mampu untuk menolak/meneka  rancangannya..

Tapi,kau masih lagi mampu untuk bergembira dengan kejutan ini..
It's depend on how you take it..

Ingin mati,mati lah.
Ingin meratap,merataplah sampai kepagi
Ingin menyerah , berserahlah..

Sebelum kau belum begitu selesa pada kejutan pertama..
Tuhan menghantarkan pula kejutan kedua dan seterusnya..

Dan kejutan yang terakhir nanti apabila datangnya Izrail memberi salam untuk membawa kau pergi..

Jadi begitulah.
Hidup ini adalah kejutan

Nota kaki:
dah 9bulan menjadi doktor,
Aku masih lagi ingin menjadi engineer
Tapi ini tidak bermakna aku bukan doktor y berjaya..

Friday, November 28, 2014

I could give you love

Katanya hidup ini satu perjalanan
Yang punyai berbagai jenis jalan dan persimpangan
Dimana, setiap jalan dan persimpangan y dilalui
Akan menukar kita menjadi seseorang yang lain
Sama ada mau atau tidak, itu aturnnya
Sama ada sedar atau tidak, itu takdirnya

Katanya lagi,
Hidup ini adalah satu perjuangan  dan peperangan
Musuhnya itu terdiri daripada y nampak dan juga y tersembunyi
Adat berperang,
Terluka dan kalah akan diselang-seli dengan kemenangan juga kegembiraan
Oleh kerana, peperangan itu memerlukan senjata
Maka, kita harus mempersiapkan diri selengkapnya
Agar nanti jika terluka, lukanya itu tidak akan mematikan kita

Katanya juga,
Hidup ini adalah tanggunjawab
Roh yang dikandung telah berjanji pada Tuhan untuk taat
Maka, janji itu perlu dikota
Jadi, hidup ini macam mana dan lama mana pun
 ianya adalah untuk taat padaNYA

Dia ada juga berkata,
Hidup ini adalah sebuah cinta
Kamu dilahirkan dengan cinta Sang Pencipta
Waktu kecilmu, kamu adalah cinta ibubapamu
Waktu kamu meningkat dewasa, kamu menenali cinta disekelingmu
Setelah berkahwin kamu mencintai pasanganmu
Kerana dicintai, kamu mencintai
Kadang2, walau disakiti, kamu masih juga mencintai

Itu katanya, mengenai kehidupan

Katamu apa?



Sunday, September 7, 2014

my bad habit...???

Aku adalah manusia y tidak 
Konsisten..

Aku akan membaca 3 buku pada satu2 masa secara bergilir2
Buku pertama aku jadikan peneman di bilik tidur,
Yang kedua, aku buka terbentang di meja makan
Dan y terakhir, di kerusi ruang tamu ia aku tinggalkan

Tiada jadual, tiada time limit dan tiada peraturan apa2
Hanya,apabila ada mana2 buku aku berjaya habiskan
Akan kuganti dengan y baru..

Jika aku malas membaca di meja makan
Berbulan-bulan buku dimeja makan tiada kemajuan
Selepas berbulan2, bacaanku masih lagi dibahagian permulaan
Manakala
Dalam waktu sebulan, buku di  ruang tamu telah 2 kali berganti
Hanya kerana secara tiba2 aku merasakan bahawa
Ruang tamu adalah tempat yang paling selesa untuk membaca

"Tidak konsiaten, tidak berjadual dan tidak berdisiplin",
Kata adikku, kata mereka padaku

Tanpa mereka tahu, 
Aku masih konsisten, cuma dalam satu perkara...
Bertahun sudah berlalu, aku masih lagi konsisten "menjagamu"..

Kau tahu kan..... yang itu...
Nah, tidak perlu lagi ku ulang-ulang..



Thursday, September 4, 2014

little thing that's matter

Aku menyedup capucino latte y dibeli di 
"The coffee bean & tea leaf" perlahan-lahan
Berseorangan menghirup coffee di tepi pantai
Sambil memikirkanmu telah menjadi rutin hidupku

Sesudah kembali dari hospital, aku akan kepantai
Atau selesai sahaja kuliah di uni aku akan ke pantai juga
Atau waktu hari cuti, selesai saja solat asar,
Dengan berpakaian sukan aku akan ke pantai

Begitulah, sejak 5 tahun y lalu
Pantai seakan-akan telah menjadi medium untuk aku 
Mengingatimu, lantas merinduimu

Capucino latte "coffee bean & tea leaf"
Untuk membelinya,
Aku perlu bermotosikal sejauh 10km
Tapi tidak apa, coffea selalu menjadi kegemaranku
Seperti juga kamu...

Jadi 
jarak, masa dan wang tidak pernah menjadi penghalang
Untuk terus mengemarimu

uncertainty

Maybe we dont love each other enough...
We??
Or
maybe it's just you...




bangun dengan senyuman

Beberapa bulan telah berlalu
Aku kini mahu menulis lagi
Mungkin selepas ini, aku menulis dengan bahasa dan gaya yang 
lebih romantis
Kerana, romantis itu adalah sifat semulajadiku
(Jika kamu mahu percayainya).
Hahahahaha.

Ya udah, itu sahaja intro nya...

Jika suatu hari nanti kamu ditakdirkan menemui 
Seseorang yang membenci hidupnyanya,
Kamu akan mula belajar mencintai hidupmu sendiri..

Waktu itu,Kau akan mencintai 
Kisah cintamu y putus di tengah jalan
Cita2mu yang tidak kesampaian
Dan juga insan2 kesayangnamu yang telah diambil tuhan

Hidup dan bahagia
Bukanlah hanya berkisar tentang apa yang kau miliki
Ianya juga tentang apa yang kau telah lepaskan ia pergi