Saturday, December 31, 2011



Kepada,
2 orang budak lelaki dan dua orang budak perempuan dalam gambar

Selamat sekolah kembali,
dan selamat belajar,jaga solat dan nama family ya
jangan buat hal yang bukan-bukan,kontrol nakal korang tu

kalau buat hal bukan-bukan
terus saya lempar ke dalam sungai kampung Bintang

takut kena lempar kan??
hahahahahaha

we all in same sick little games

kamu tahu ,dan kononnya kamu kenali aku,
bertahun-tahun lama kau dengan aku,
jadi,kamu yakin kamu kenali aku luaran ,juga dalaman

kau tahu bukan?
aku tidak mudah percaya pada manusia
yang aku ceritakan pada manusia-manusia sekeliling aku
ianya hanya 2/10 daripada cerita-latarbelakang-full story aku 

pengalaman mengajar aku untuk tidak terlalu percaya,
kerana sakitnya rasa, bilamana ianya dikhianati ,bukan mudah untuk dihilangkan
bukan mudah untuk dilupakan

hanya 5 orang teman selama 21tahun kehidupan aku ini
yang tahu segala-galanya mengenai aku
5 orang yang berada di merata negeri
ya...mereka tahu sepenuhnya tentang diri aku

mudah,
aku percaya pada mereka waktu mereka tidak 
pernah mahu aku percayai pada mereka..

and they still treat me equal, after knowing who am I...
exactly,what am I

miss you all budy

note:
My second baby is baby boy,3.4kg at HDOK 3:00am 31/12/2011

Friday, December 30, 2011

Hope, one day you will

why you can't see,
it's not the way...

tell me buddy.

Thursday, December 29, 2011

supplementary

Oh!
ada orang ajar aku untuk menulis dengan lebih bagus
tanda baca,bahasa,perbandingan, rangkaian kata

...lagi...
pemilihan perkataan,kata ganti nama,imbuhan

...oh ya...
step pertama,pay attention bila menulis,
bila membaca balik, apa yang ditulis..

done ...kan...
hahahahahaha

I'm not afraid of messing up...

Once you fall in love
just stay still-strong and hold it-

if you still feel the same love after years
that yours

...hah...
bukan susah pun,
andai tidak dapat memilih-mati kutu
let it be,jangan pilih lagi

Do it,when you really mean it,when you really need it

Wednesday, December 28, 2011

bukannya seimbang semuanya....

Andai kita mampu gembira untuk perkara-perkara yang sederhana
bahagiakan, hidup ini selamanya...?

berita yang sederhana,kehidupan yang sederhana,
keputusan yang sederhana,manusia-manusia sekeliling yang sederhana
cinta yang sederhana,sayang yang sederhana

sederhana atau tidak ,itu adalah penerimaan 
jika kau anggap, itu biasa-biasa sahaja,dan kau gembira!
...itu sudah cukup,sederhana...

dan 
pabila kau gembira, untuk perkara-perkara sederhana sebegitu
bagi aku, itu menunjukkan kau seorang yang tahu bersyukur

kau hamba dan kau bersyukur

hah..

Thursday, December 22, 2011

aku mahu dekat dengan mereka...

aku: ya' (adik aku),abang(adik aku juga) mana?
ya' (adik aku): oh,dia g usrah dekat kuala terengganu
aku: aik,jauhnya,mau dua jam tu
ya': ntah dia,sekolah kot,tapi buat dekat masjid luar sekolah
aku: oh,usrah luar eh..ok,bila balik
ya':ntah la,esok lusa kot...

bilamana difikir-fikir balik,ditenung-tenung balik
keluarga kecil dan juga keluarga besarku
 bukan tergolong daripada manusia-manusia jahil agama
beberapa mereka belajar bertahun-tahun nun jauh di timur tengah,
di sekolah-sekolah agama,di pondok-pondok
bahkan ada yang telah menghafal 'kalam Tuhan"

dan segala ilmu yang dipelari mereka itu,dapat dilihat kerana
mereka mengamalkan dalam kehidupan mereka..

keluarga aku memang macam tu?

aku?

kan ke iman itu bukan benda yang boleh diwarisi ataupun
genetically inherited

kan?

Wednesday, December 21, 2011

gembira atau tidak,itu masih kau yang perlu tentukan

Obstetric ward Hospital Duchess of kent,sandakan:
waktu melawat

Kelihatan seorang ayah yang mengenakan baju post-man
sedang mengeluarkan telefon 
dengan muka yang letih-baju yang basah dek peluh 
dan juga ku kira baju yang dipakainya tidak diseterika 
kerana tampak jelas kedutan-kedutan halus

tapi dia tersenyum....bahagia

didekatkan telefon rapat ke muka anaknya
yang mungkin berumur sehari dua,atau sejam dua itu
selesai,di belek-beleknye telefon...
oh,dia tidak berpuas hati......
maka diphoto kan lagi untuk kali kedua muka baru dalam keluarganya itu
dan masih dengan muka tersenyum-senyum

didekatkan mukannya ke nuka si kecil pendatang baru itu,
dan click,ianya gambar yang ketiga yang berjaya diphotokan 
dan kali ini
ianya photo seorang anak dengan seorang ayah

ianya photo kegembiraan seorang ayah 

dari jauh,aku tersenyum sebelum melangkah pergi,
lunch time kan,,,pergi makan la.

aku mahu panggil dia sayang

Mengenai menjadi manusia dewasa 
Ia bukan hanya tentang kemampuan
untuk berkeputusan sendiri

tetapi untuk juga bertanggunjawab pada 
tiap-tiap keputusan yang telah diambil

heh,kau ingat itu senang?


Sunday, December 18, 2011

mungkin hati punyai alasan yang aku sendiri tidak mengerti

bilamana ianya telah diputuskan
itu adalah penentuan

yang bakal terjadi pada hari-hari mendatang
persetankan ia

kerana,terlalu takut pada hari-hari mendatang
takkan membawa kau kemana-mana

takkan ajar kau apa-apa

Friday, December 16, 2011

Apa yang lebih penting dari perasaan?

perasaan sayang atau benci aku 
itu milikku
aku memilih siapa yang aku mahu sayangi,atau yang perlu aku benci

jika engkau mahu menyanyangiku kembali
atau
membenci ku kembali
itu menjadikan kita seri, dan seimbang

"aku tidak sukai kau,kau tak suka aku"
"aku sayangi kau,kau sayangi aku"

andai,sayangku tidak berbalas,
benci ku tidak bersambut

biarkan saja aku terus menyanyangi atau membenci
kerana
rasa itu milik aku secara totalnya

kau faham itu sekarang?

kenapa aku dapat sayang-benci pada manusia,
berpuluh tahun lamanya

Thursday, December 15, 2011

benci dan juga sayang itu dua perkataan yang kuat..pada maknanya

bersangka baik pada semua perkara dan menerima kejadian seadanya
akan memberi ketenangan-kebahagian

dan,
tiada prasangka,tiada penyesalan,tiada rasa resah
akan hadir dalam diri

"dia memang macam tu,dia tidak sengaja,
biarlah dia nak marah,nanti dia sedar lah tu,
biarlah dia belajar dari silap dia"

"yang tak jadi tu biarlah,kita usaha lain kali
failed kan,takpe,DIA nak suruh aku pandai lah tu"

memaki hamun mengeluarkan kata-kata kesat,
menulis di fb,blog,twitter tentang rasa-rasa semacam ini
hanya memburukkan lagi keadaan

untuk mendatangkan kebaikan
itu ,jauh sekali

:)

Tuesday, December 13, 2011

gugur atau tidak 2

Salam
Alhmdullilah diberi kesempatan untuk menulis~

1)Perlu difahami selagi mana seorg perempuan belum selesai melahirkan ana,kefardhuan solat ke atasnya adalah WAJIB seperti biasa. 

2)Cuma timbul persoalan bagaimana;nk tunaikan solat dalam keadaan sakit?

~jawapan;ikut kemampuan,kalau ada org boleh bantu amikan wudhuk solat sperti biase tapi kalau mmg xleh gerak sekadar solat hormat waktu.cuma perlu qodho.

3)cth,wanita tu melahirkan anak pada akhir waktu zohor,awal waktu asar,kewajipan solat asar itu masih wajib baginye selagi mana belum selesai proses bersalin~so die kene ingat,qodho solat

note:
jawapan dari kawan saya,eh bukan kawan sangat pun,
lelaki yang belajar medic dan juga agama di timur tengah

Sunday, December 11, 2011

gugur atau tidak 1

Sudah lebih kurang seminggu aku di ward bersalin
satu kemusykilan timbul dalam kepala aku

mengenai solat ketika sakit hendak bersalin,
sebab sekarang sudah aku tahu sakit bersalin tu kadang2
mengambil masa satu hari satu malam (5 waktu solat)..

...ok...

untuk waktu sekarang,aku memang tidak tahu
gugur atau tidak tanggunjawab solat,
dan dalam keadaan apa tanggunjawab itu gugur
dan jika masih perlu solat,macam mana ia perlu dilakukan.

kau tahu kenapa aku concern sangat
sebab sakit bersalin itu seperti sakit jantung
bukan mainan sakitnya,,bukan mainan

..ok..
bilamana,Si ustaz menjawab dan memberi hukum berdasarkan dalil-dalil
nanti,aku akan ceritakan lagi disini

..nanti ya..

Friday, December 9, 2011

selepas 4 bulan lebih,hari ini baru aku katakannya

seperti mana manusia-manusia lain,
aku juga punya perasaan seperti mereka

dan pada sesuatu ketika yang entah macam mana
aku boleh menjadi setenang 
penjaga kandang buaya walau aku berisiko dimakan buaya hidup-hidup
tapi ada pula pada ketika yang lain,
aku ibarat puting beliung yang mampu memusnahkan bukan sekadar kampung bahkan bandar
( habis bahagian pendahuluan cerita malam ini)

semalam aku menyambut kelahiran seorang bayi perempuan seberat 3.15kg
pada pukul 11:44 malam waktu malaysia
-perasaan sedih,gembira dan segala macam rasa berbaur bilamana
si mama mengucapkan terima kasih kepadaku-

pagi tadi di klinik obs& gyne
seorang makcik datang dengan masalah ketulan di bahagian perut
tidak dapat menerima rawatan yang sepatutnya kerana 
dia non-local dan ketiadaan wang untuk biayai kos perubatan
-aku sedih,mahu marah tapi tidak tahu siapa yang patut dipertanggunjawabkan-
satu soalan timbul
jika wang kerajaan@cukai rakyat,digunakan untuk membiayai
manusia-manusia bukan warganegara ini atas dasar kemanusian
apa kau rakyat yang membayar cukai rela
atau kau lebih rela beberapa jenis pemimpin kerajaan menggunkan duit
untuk kempen-kempen politik,melawat@bersantai keluar negara
antara yang dua ini,mana lebih memerlukan?

petangnya ketika dalam perjalanan pulang kerumah,
seorang pakcik anggaran umur 70-80 an yang memakai pakaian lusuh
melintas jalan dan dilanggar lari oleh sebuah kereta,
kemana anak-anak/saudara-mara pakcik?
dan yang melanggar,sanggup biarkan pakcik terbaring berdarah di tepi jalan begitu aja
-aku penat dengan kehidupan yang selalu menagih simpati aku-

selepas jogging,aku telefon rumah bertanyakan khabar
selepas berehat seketika aku ke giant tanpa arah tujuan
selesai tiga pusingan aku melangkah dari rak ke rak
aku pulang ke rumah
dan malamnya,satu benda pon aku tidak dapat aku lakukan dengan betul.
dan perasaan aku kali ini melebihi
 perasaan ketika menyambut bayi
dan  melebihi juga perasaan aku pada pakcik dan juga makcik

Apa-apa pun yang jadi,expect atau tak,buruk atau tak
aku tetap kena hadapi.

kan?

Moga Allah akan selalu berikan aku kekuatan dan ilham
untuk menghadapi segalanya
memang kita boleh rely pada DIA je sebenarnya

Wednesday, December 7, 2011

Sunday, December 4, 2011

kerjakan apa yang disukai dan sukai apa yang dikerjakan

hidup dan memasang impian menjadikan 
kehidupan yang sesulit manapun indah
menjadikan hidup-hidup yang payah tidak terasa mencarik-carik
kerana mimpi-mimpi indah menutupi tiap carikan

Wednesday, November 30, 2011

berangkat menjadi dewasa ya.


TQ

kerana selain Along kesayangan aku,
tiada lagi manusia lain yang suka bagi aku benda-benda 
semacam ini.

semulajadi

aku adalah seorang ahli seni mempertahankan diri
bukan sekadar pernah..tapi masih
cuma, yang membezakan sekarang, aku tidak seaktif dulu
kerana 
masih banyak lagi tanggunjawab lain yang perlu aku dahulukan

salah seorang instructor aku pernah cakap
yang melarikan diri juga adalah salah satu seni mempertahankan diri

setelah kau tahu kelebihan dan kekuatan lawan,
kau harus berkeptusan..
melawan secara berdepan,atau lari menyelamatkan diri

yang lari dari musuh dikatakn pengecut?
banyak beza antara pengecut dan juga manusia bodoh

salah satu novel yang bertajuk "kemana hatimu" 
ditulis oleh Eyman haikal
ada menceritakan tentang silat kelibat,
dimana mereka merubah menjadi bayang-bayang
menyembunyikan diri dan datang kembali menyerang
mempertajamkan lagi deria-deria kurnian Tuhan itu

seperti kehidupan,
ketika diserang atau dihujani masalah-gangguan apa pun
melarikan diri salah satu cara penyelesaian
dengan syarat datang balik dan selesaikannya 
secara berani dengan emosi yang lebih stabil,
dan bersandarkan ilmu

I saw you laugh..

jaga kata-katamu kerana aku memahami,
juga tingkahlakumu kerana aku memerhati,

aku memahami kejadian-kejadian dan emosi-emosi 
manusia-manusia sekeliling aku

cuma pada satu-satu ketika,
aku diamkan,aku buat-buat tidak faham
aku buat-buat tidak mengerti apa-apa

heh
memberitahu satu dunia yang kau tahu segalanya
itu bukan cara aku

dan
aku memilih untuk stay cara aku ini

ada masalah?

It's in the making,.baby


 kau bercerita pada manusia lain 
tentang keburukan-kelemahan-ketidak elokkan aku

dan manusia lain mula membenci aku,
atau paling kurang punya rasa menyampah bila melihat aku berjalan
atau meluat bila mendengar aku bercakap..

it's fine for you?

jika ya
 It'll be fine for me



Tuesday, November 29, 2011

: (

I miss him

sikit je,
tapi tetap penat


Sunday, November 27, 2011

sederhana dan itu sempurna

teman aku seorang kaki perempuan

bercinta hanya untuk beberapa bulan-tahun 
kemudian berpisah.
beberapa bulan kemudian dia bercinta lagi
dan kali ini dengan perempuan lain pula..

....dia dan falsafah cintanya...haih

pernah aku bertanya padanya

Aku: Perempuan macam mana 
yang menarik minat kau...dan kenapa setelah beberapa tahun,
kau akan berpisah..apa kau main-main bila bercinta

Dia: Ntah,aku kadang-kadang suka je perempuan,
especially yang suka pada aku,
berpisah? aku bukan main-main,kalau sudah hati tak suka,
baik berpisah sahaja

Aku: kau tahu sekarang aku bersyukur

Dia: kenapa

Aku: kerana aku tak pernah sukakan kau

Dia: hahahaha

aku simpulkan yang mereka jenis semacam ini tidak matang,

seperti budak lelaki dan kereta mainan

seorang budak lelaki dibelikan kereta mainan,
untuk 2-3 bulan pertama,kereta mainan baru itu akan dibawa kemana-mana
di teliti,dimainkan sepanjang masa...dijaga sebagusnya

dan pabila budak lelaki itu sudah tahu seluruhnya tentang keretannya

dia mula bosan,tiada lagi yang mahu diterokai,
dia sudah tahu keburukan dan kelebihan barang kepunyaannya itu.
dan dia mahukan yang baru,
dia mahukan sesuatu yang baru

 untuk

..diterokai dan ditinggal lagi..

budak lelaki memang macam tu
so you better find a man
not a boy..

hak bercerita

sedang berlegar-legar di ruangan tidak berdimensi ini
 aku terjumpa satu penyataan

"open your mouth only if what you are going to say
is more beautiful than silence"

tentang bercerita hal manusia lain kepada manusia lain

kalau hal yang keburukan yang diceritakan itu betul..
itu mengumpat

dan kalau keburukan yang diceritakan itu tidak betul
itu namanya fitnah

sekarang bercakap hal keburukan orang part mana,
yang bagi manfaat

ce kau jawab..?

second ....

yang sedap2 bercerita hal orang tu,
ada ke pernah fikir orang yang dijadikan bahan bualan tu 
kisah atau tak,suka atau tak

memang lah dia takkan tahu,dan kalau dia tahu
dia bukan boleh buat apa-apa
Malaysia kan negara demokrasi,nak cakap apa,cakap je la

kamu boleh cakap

I'm not going to jail if I talked about everythin i want
ye betul..
But you're going to hell...

A very nice place man
damn nice..

Note:
hepy bufday for my lit sis
hari kelahiran yang ke-15.
moga hidup dipermudahkan Allah






second exam da tamat

penat..
minggu exam memang minggu yang penat

yang ni tak baca lagi,
yang ni dah baca,4 kali,tapi tak faham lagi
yang ni dah baca,tapi hafal belum lagi

penghabisan dengan benda yang banyak
tak baca-tak faham-tak hafal
aku masuk exam..

dan jawab pon kira aci tibai je

belajar benda yang aku belajar ni
bukan boleh dibuat dalam masa seminggu dua,
5tahun pun tak cukup 

ni kan seminggu dua

Monday, November 21, 2011

setiap penamat adalah permulaan cerita yang baru..kan?

berhenti baca buku
dan meh ikut aku baca muka-muka manusia

manusia-manusia weird macam aku ni 
memang macam ini
memang tidak boleh nak diajak ketengah-ketepi-ke atas

ajak banyak-banyak kali pun bukan aku kisah
nanti bilamana aku mahu ,
aku akan pergi kemana sahaja arah yang aku suka

dan bukan kerana ajakan siapa-siapa
bukan kerana mana-mana manusia

: )

tut tut...
inbox dibuka
"tis beli tepon dulu,lepas tu kak balik ,nak 
claimed,bayar ye"

aku tekan butang reply dan aku mula menaip
"hah,beli lah dulu,tapi kalau kak beli lagi bagus,
tapi lambat lagi"

1/2 saat kemudian tut tut...mesej diterima
"hmmmm...lambat lagi kan,bulan 3,
tis beli dulu,tapi kena bayar..ingat bayar balik"

aku  balas kembali
"hahahahaha,ok2...claimed-claimed lah pulok dia ni
hahahaha"

Nampaknya plan untuk aku beli camera pada kali ini,
terpaksa ditunda,lain tahun lah ye..
haih...adikku sayang

Sunday, November 20, 2011

Don't need to rush this..just take it slow

prof+student...farawel party Prof HMP singh
pertandingan berlari 2011...hahahaha
kan betul kan,
masa akan merubah banyak benda..
.."banyak benda"..

GUD LUCK EXAM TEMAN-TEMAN

kau memilih pilihan kau...be clever ya

minggu ini adalah minggu exam..
dan exam untuk minggu ni ada gap yang memberi ruang
pada semua orang untuk terus bernafas,
jadual exam kali ini,tidak mencekik kami yang memegang status pelajar

ya kan.
kadang-kadang yang kita perlukan hanyalah ruang

kadang-kadang,aku ignore beberapa perkara yang aku tahu
aku buat-buat tidak tahu,
aku buat-buat tidak faham,
buat-buat tidak nampak..

sebab?
aku tidak mahu involve dengan manusia-manusia itu dan masalah-masalah mereka
masalah kau cari.....kau lah yang selesaikan
sepatutnya....perlu diselesaikannya sendiri.

dan aku memilih.......
 dengan manusia mana dan masalah jenis apa
yang aku patut involve

paling aku tidak suka manusia yang mencari masalah,
dan tidak juga mampu menyelesaikan permasalah yang dicarinya.
contoh:
dah tahu kalau balik lewat akan jem,jangan lah balik lewat,
tambahan kalau dalam perjalanan balik lewat tu kau habiskan masa
menyumpah seranah semua benda di jalanan.
kau saja yang betul eh?

bab-bab yang sendiri cari penyakit macam ini,
aku memang tak bole tolerate....

ini cara aku,tak suka...kau boleh blah.
aku tak sekat mana-mana atau siapa-siapa untuk kekal disisi aku

kekal lama disisi orang macam aku.
apa yang kau dapat? 

Thursday, November 17, 2011

esok menjanjikan peluang....

gayanya seperti memanggil-manggil diriku 
pergi dekat padanya,

...tapi...
bila didekati,dia diam dan berlagak 
seperti tidak merelakan

seperti tidak pernah memanggilku datang
huh..

mahu ke tak ni??
tak mahu aku blah je...
hahahahahaha...

oh ya...
exam esok

Wednesday, November 16, 2011

children learn to smile from their parents

aku: ayah,ada orang nak curi moto saya..
(da nak nangis,kalau cerita dengan ayah memang senang nangis..aku tak tahu kenapa)
ayah saya: belum curi lagi kan? hahahaha
(sempat lagi dia gelak-gelak,saja je harukan aku)
aku: ye lah belum,tapi tadi dekat suiz tu da jadi  besar,
ada orang cuba masukkan suiz lain,dop suka,dop comel dah
(masih ada rasa nak nangis)
ayah saya: report guard lah,dekat hospital ke umah?
saya: hospital kot,pergi kelas kan tadi
ayah saya: baca doa pendinding ayah bagi,baca ayat kursi...
mintak jauh dari susah dengan DIA...
DIA yang kontrol segalanya...ada amal doa ayah bagi?
saya: erk....ok

my hero


Monday, November 14, 2011

Bila ianya datang dari hati,itu adalah kebenaran


17:37
Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini 
dengan sombong,karena sesungguhnya
engkau tidak akan dapat menembus bumi dan 
tidak akan mampu menjulang setinggi gunung
( 17:37)


..balaroh cantik kan kalam Allah ni..?

haih.
dulu aku selalu je tido time matapelajaran SPM
A-quran dan Sunnah tahun 2006/07

dengan tido...apa yang aku dapat?
hahahahaha

Sunday, November 13, 2011

well-behaved women? ye lah kan...

Pada mana-mana bahagian-perkara yang aku berhak
aku akan bersuara-bertindak
untuk mempertahankan hak aku

dalam mempertahankan hak,ianya tidak silap
bilamana ada yang tidak berpuas hati-marah-terasa
tapi,
se-elok-eloknya,perkara-perkara macam ini patut dihindari
tapi
jika tidak dapat dihindari,
aku berpendapat tidak apa,
yang terasa itu patut tahu yang 'aku' sedang mempertahankan hak aku

kau kena tahu,
menghormati hak orang lain itu penting.

kau juga kena tahu
tak semua orang macam kau,
dan tak semua orang menjaga haknya seperti kau menjaga hak kau
lain orang,lain caranya

dah jelas bukan sekarang?
hak aku,suka hati aku lah nak jaga macam mana pun
farewall party Prof HMP singh

Saturday, November 12, 2011

Aku rindukan senyuman kau,tapi aku lebih rindukan senyumanku

macam mana perlu aku mulakan cerita ini,

....hmmm....
esok lah aku bercerita

 atau esok,atau esok esok,

aku tidap punya kekuatan lagi untuk 
mengingati 'nya' sekali lagi

tidak kuat lagi untuk waktu ini




Thursday, November 10, 2011

It's in your hands now. ..

Intro: even 
aku tahu melalui pembacaan,pemahaman
bukan senang mahu terapkan  dalam penghidupan....
kan??

one word...superb

Asas rukun iman/islam yang kukuh,kenalnya manusia dengan pencipta
melalui sifat-sifat dan nama-namaNYA
akidah yang mantap-pengetahuan sirah yang meluas-berakhlak mengikut islam
menjadikan seseorang lengkap sebagai muslim

dan pengetahuan ini-pengetahuan 'apa maknanya menjadi islam',
diterapkan dalam keluarga,
ibubapa-sanaksaudara

permualaan sebuah keluarga dengan 
cara yang diredhai Allah menjamin keberkatan dalam penghidupan
melahirkan insan-insan yang i/Allah 
akan berjuang menegakkan islam  tanpa ragu-ragu 

Adanya keluarga-keluarga yang berpaksi atas nama agama
akan melahirkan masyarakat
yang takutkan Tuhan
dan kecurian-masalah sosial-penipuan-rasuah
akan hilang dalam kehidupan

ianya bermula dari diri sendiri
seperti rumah yang dibina dengan batu-bata
keteguhan rumah itu bergantung pada kekuatan asas binaanya

-ringkasan daripada buku dari abang Janggut untuk setakat ini-

note:
buku belum habis digest,sbb banyak yang tak faham
he (book) make some points,but I don't get it
haih


Tuesday, November 8, 2011

sorry for having feelings

..turning point..

ianya adalah sekarang
benda-benda bagus tak elok dilambat-lambatkan 
kan?

ini
bukan mengenai perkahwinan,
aku sudah tidak berminat untuk hidup berdua buat waktu sekarang

I'm asking about relationship not relation-shit

note:
kalau jiwa tengah kacau macam ni,
memang bahasa aku pun kacau macam tu

adapt and overcome...cakap,mudah kan?

Aidiladha tahun ni adalah aidiladha yang kedua aku
kedua kali aku jauh dari keluarga

takbir raya di masjid as-syakirin,
buatkan aku sebak-sebak-haru.

terengganu-sabah memang tak lah jauh sangat,
memang sabah masih malaysia
tapi suasana raya jauh bezanya.
..jauh dari yang aku pernah rasa..

manusia yang lambat terkesan seperti aku ini,
akan ambil masa yang tidak sekejap bilamana sudah terkesan
dan benda-benda macam ini 
luar kuasa aku untuk kontrolnya

oh ya...end posting exam lagi 2 minggu
around the tangga dah kan tu..?
macam kena study habis-habisan

Monday, November 7, 2011

apa-apa yang susah untuk dapat,susah untuk dilepaskan juga dilupakan


lagi musician dari kanada yang aku suka.
kanada...haih

oh ya..salam aidiladha semua,
moga kita rela berkorban seperti mana nabi-nabi kita
berkorban segalanya

kerana pada dasarnya segala yang kita miliki sekarang
adalah kepunyaannya
maka,seperti memberi balik apa barang pinjaman
pada yang berhak...DIA yang berhak

p/s:
pada student medic poland tu,
best of luck exam....

Saturday, November 5, 2011

satu pilihan yang mampu merubah separuh dari kamu

kau biarkan dia pergi
berjumpa dengan beratus-ratus manusia yang punyai beberapa
ratus jenis pesona,
bertahun-tahun lama kau biarkan dia pergi,
apa kau tidak takut andai dia bukan lagi manusia yang kau kenal dulu?
apa kau tidak rungsing dia berubah menjadi yang lain?

apa kau tidak mahu tahu macam apa keadaannya sekrang
sihat atau tidak dia,
senang atau susah dia,
sakit atau sihat dia?
apa kau tidak mahu ambik tahu?

aku tahu kau menyerahkan segalanya pada Allah bukan?
dan
aku juga belajar untuk menyerahkannya pada yang Maha itu

nice man.
you teach me a lot.
a lotttttttttt about berserah

Thursday, November 3, 2011

you have to get hurt,that's how you learn

sila refer pada post yang ini


dan aku ulang tulis disini,

ask permission before you do anything
because a man past is his business

belajar menghormati hak orang lain,
dan hak kau akan dihormati.
..

we don't close the book,we just turn the page

Bila kau katakan yang kau pergi
dan akan datang balik pada masanya nanti
aku percaya

aku percaya walau
seribu macam bisikan yang mengatakan
yang kepercayaan pada kau hanya sia-sia

aku masih juga mahu percaya

aku percaya pada hanya 1 sebab
bahawa kepercayaan itu akan terbalas
bila kau katakan, "bila tiba masanya".

aku percaya masanya ada,
dan ia akan tiba

lelaki chipsmore.......u better come back on time
dan bawakan saya sekali asam pedas

lapar lah

Wednesday, November 2, 2011

kesalahan itu adalah bukti yang kita pernah mencuba..

semua orang berlagak pandai ya sekarang
berebut-rebut mahu menonjolkan bahawasanya
"aku tahu lebih daripada kau"

berlagak seolah-olah mengetahui segala benda
dan mahu pula memberitahu satu 'dunia'
bahawa kau lah orang yang tahu itu..

bila ada kenalan yang kurang tahu
tidak dapat memberi jawapan yang tepat,
kau gelak-gelak,merendahkan
"itu pun tak tahu,benda senang tu"

ilmu Tuhan itu,kalau digunakan lautan pun sebagai tinta
untuk ditulis,dibukukan takkan habis

baru je belajar 21 tahun tentang ilmu dunia
dah nak berlagak-lagak macam tahu semua benda
21 tahun je kot...bukannya lama sangat

Oh,aku tak ingat,
kau tak percaya Tuhan kan?

jadi bila lah kau nak percaya?

NOte:
Aku sedang berkira-kira untuk berlagak bodoh,
bagi dua hari yang mendatang...
tengok apa yang akan jadi
bila manusia "yang berlagak bodoh"
berjumpa dengan manusia "yang berlagak pandai"

menarik kan

Sunday, October 30, 2011

haih

aku rasa kita patut baca yang ini


UNICEF
United Nations Children's Fund


ketakutan itu hanya wujud di dalam pemikiran

Try not to become man of success
but a man of value
-Albert Einstein-

berjaya bukan ukuran,jika berjaya bukan dengan cara
yang sepatutnya.
kan??

example,
manusia genius yang selalu tuang kelas akan
terus juga berjaya...sbb dia genius
sayang,dia ada otak,tapi sikap dia hancus..

bila aku sedar yang nilai-nilai murni dalam diri
itu adalah perkara yang paling penting,
paling susah untuk untuk dibina dan dikekalkan dalam diri
aku rasa aku patut bekerja untuk dapatkannya
sekarang

bila nilai-nilai murni itu ada dalam diri,
kejayaan juga akan datang
dan for sure, berjaya pada waktu itu akan
lebih menarik-berjaya, berbanding waktu2 sudah

-Outsiderz-

Friday, October 28, 2011

we're not here for nothing..dan kita tahu itu

comel kan....hahahahaha

sekarang ini
aku punyai ibubapa yang mengharap
sedara mara yang menanti aku pulang dan berjaya
adik adik yang menaruh percaya

dan nanti,
aku akan ada kerja yang menagih bukan sikit pengorbanan
akan ada pesakit yang aku perlu jagakan
dan akan ada ibubapa yang perlu aku bahagiakan
adik-adik yang perlukan perhatian
sedara-mara yang mengharap kunjungan

dan aku tahu, yang kamu juga punyai 'tanggungan'
yang sama seperti aku.
sekarang dan juga nanti..
kan??

sebab itu aku rasa aku perlu bertukar menjadi power ranger
dan kamu juga perlu bertukar jadi batman atau superman

tunggu,
sampai nanti kamu dan aku punya kekuatan untuk
menggabungkan tanggunganmu dan tanggunganku
menjadi satu..

kita menjadi satu..

note:
aku rasa kan,cuti seminggu ni
buat aku jadi 'macam-macam'

Sunday, October 23, 2011

entah kenapa aku terasa..

report:
seorang lelaki berumur 21 tahun
telah terlibat dalam kemalangan langgar lari seminggu yang lepas
patah paha kanan dan lengan kiri,
juga mengalami pendarahan di otak,
telah koma selama 5 hari di hospital sandakan
jantungnya berhenti berfungsi pada pukul 1:00 petang rabu lepas
dan dia di disahkan meninggal dunia pada pukul 1:35 petang

aku mimpi arwah fariz semalam
di hospital itu.
aku lihat arwah berdiri dengan kaki,tangan dan kepala berbalut
berjalan perlahan menuju pintu keluar,
sejenak arwah berpusing dan tersenyum pada aku yang masih memandang
sebelum arwah terus keluar dan menghilang

-al-fatihah untuk arwah fariz-

Saturday, October 22, 2011

It was....but now is different..

untuk waktu-waktu lepas aku
yang tidak seperti yang sepatutnya itu
kau tidak punyai hak untuk campur dengannya,
tidak punya hak untuk mengungkit-ungkitnya

walau aku tidak sebagus kau pada waktu sekarang,
tapi,kau masih tidak punya hak untuk
merendah-rendahkan aku
bukan??

sama ada waktu dulu atau waktu sekarang
ini adalah kehidupan aku
dan kau tidak punya kuasa untuk campur tangan dengannya,

berubah kepada kebaikan,sama ada banyak atau sikit
itu sudah cukup bagus,
tidak perlu diungkit dosa-dosa yang lepas,
tidak perlu terikat dengan masa yang sudah,
apa kau ingat aku suka untuk mengenang segala silap salah yang dulu itu?
apa kau ingat aku suka segala dosa aku?
apa kau ingat aku suka berdosa?

sejahat-jahat manusia atau
sebaik-baik manusia,
mereka semua mampu berubah menjadi yang sebaliknya
dengan izin Allah

apa kau lupa?
yang Allah maha berkuasa,melebihi segalanya

Thursday, October 20, 2011

cerita sebuah buku

aku sudah berada di sandakan dalam 3 bulan lebih
dan satu-satunya tempat yang aku suka pergi
untuk mencari segala macam keperluan adalah
...Giant...haih...

oh di pintu keluar Giant sandakan,
ada satu deret penjual yang menjual buku-buku ilmiah dan keagamaan
aku selalunya akan singgah seketika
buka sikit-sikit,usha2 pengarang dan harga buku
letak balik buku-senyum dekat penjual buku-dan blah

sepatutnya hari ini aku top4 fon klasik aku
tapi disebabkan aku punyai seorang along yang baik hati
dan dengan senang hati dia telah m'top4 kan' aku adiknya
hahahahaha...tQ along

dan kerana punyai duit lebih,
sejurus kelas habis-solat magrib-ambik duit-terus aku menuju ke giant
selepas 'berlari-lari' di dalam Giant aku terus ke deretan buku

dari jauh,kelihatan seorang lelaki akhir 20-an aku agak
sedang asyik dengan telefonnya,
dengan berbaju hitam,sedikit janggut dan berkopiah putih.
how sweet..kan?

aku angkat sebuah buku,yang selalu aku usha
yang bertajuk "Apa ertinya saya menganut islam"
selesai melihat isi kandungan aku baca sinopsis di belakang
kemudian terjadinya perbualan antara

aku (pembeli buku) vs abang janggut (penjual buku)

aku: abang,buku ni harga dia berapa
abang J: oh,RM8
aku: dalam hati(murah je,kenapalah aku tak pernah tanya)
oh...boleh kurang tak bang?
abang J: (nampak makin selesa berbual) oh,boleh,
berapa nak?
aku: kurang seringgit
abang J: boleh,boleh je,betul nak?buku ni lama,tinggal satu ni je
aku: nak,tapi bang,
sebenarnya kan,apa yang buku ni nak sampaikan
secara rumusannya,abang tahu?
(sambil angkat kening)
abang J: muka gelabah...hmm,dia cerita pasal islam...
hmmm...hmmm..orang islam patut tahu
aku: oh,terima kasih,saya ambik...salam abang

aku bertanya,selesai saja aku baca sinopsis di belakang buku
aku tak expect abang J akan baca semua buku yang dia jual
tapi sinopsis abang J bole baca 5 minit je bang
plus: yang saya perasan buku tu dah ada di atas meja bersama
buku-buku lain da dekat 3 bulan,takkan abang tak pernah terbaca..
plus: abang jual buku kan,mesti lah tahu sedikt sebanyak pasal barang jualan

aku sebenarnya tidak lah ingin permainkan abang itu
aku betul2 mahu membelinya
cuma aku harap lepas ni abang J lebih suka
untuk membaca buku-buku jualannya
untuk
dirinya,dan pengaruhi orang lain untuk membelinya (dia jual benda bagus)
dengan penerangan yang menarik mengenai sesebuah buku

oh,sebelum aku lupa,
rumusan yang abang J ceritakan
langsung tidak tertulis di belakang buku itu...
abang J nak tipu aku lah tu...hahahaha
dan aku tinggalkan abang j dengan tanda tanya
abang J takkan pernah tahu adakah
penerangan aci tibai dia mengena atau tak
sebab buku yang aku beli itu adalah yang terakhir dalam simpanan dia...

pengajaran hari ini
manusia berjanggut juga tidak terlepas dari
menipu bila terdesak...hahahahah...
(main-main je ni)

Tuesday, October 18, 2011

Do what really matters to you

waktu dulu
waktu ramai yang katakan aku ni jahat
jahat seperti berkawan dengan setan,seperti setan
tidak pernah aku hiraukan

dan waktu kini,
bila ada yang mengatakan aku ni skema,
selalu mengikut peraturan dan juga aturan
apa kau ingat aku akan hiraukan

Antara 'nickname' setan atau skema
mana yang akan jadi pilihan?

kalau dulu aku tidak pernah hiraukan,
apa sekarang aku akan melatah,marah-marah.

aku bukan lakukan apa-apa untuk memuaskan hati siapa-siapa
aku menjaga hati ibubapaku dan hatiku
dan aku lakukannya untuk hati-hati itu

satu lagi,mereka bagi nama dekat aku macam-macam
apa yang mereka dapat?

dan apa yang aku dapat?
..hahahahaha..

note:
kalau mahu harukan hati aku,
think about other things except dirty-insulting word ya

Saturday, October 15, 2011

just hold onto me...and i'll hold onto you

team futsal first year..


dari sekolah rendah aku memang jenis yang bersukan
tiap2 kali hari sukan,aku akan ambil bahagian
dari sukan olahraga sampailah lari dalam guni,aku suka untuk menyertainya

berlari-lari,bergelak ketawa,
mengatur strategi,merasai manis pahit pada
tiap kemenangan dan kekalahan
ini meninggalkan kemanisan dalam hidup aku

bola jaring,tampar,baling
hoki,badminton,pingpong semua sudah aku rasa

pinpong.....adalah permainan yang paling 'cool'..
lebih kurang 6 tahun aku memegang bat pinpong..

sebenarnya ,tajuk entry ini bukanlah....."apa itu pingpong"
ya ia still mengenai pingpong,
tapi apa yang sukan ini tinggalkan dalam diri aku..

form 1,aku adalah satu2 nya pelajar tingkatan 1 yang terpilih mewakili sekolah
yang selebihnya senior2..
aku hanya ikut mereka berlatih,segala macam latihan,lagak junior kan?
dan kapten pasukan memberi kami kata2 semangat,
mengajar segala macam trick..
kadang2 aku ingat ,kadang2 aku lupa..
hahahahah..bukan kadang2...
selalunya memang aku lupa

tahun demi tahun,
seorang demi seorang senior2 meninggalkan sekolah
tingkatan 4 hanya aku yang tinggal,
aku mula memcari pelajar2 baru untuk membentuk pasukan baru
cikgu???.....
cikgu serahkan pada senior kerana
cikgu pinpong itu bukanlah manusia yang pandai memegang bat pingpong...
bukan salah cikgu...aku tahu itu.

memang tiada cikgu yang pandai waktu itu...waktu itu lah
takdir bukan ?

disini aku mula merasa,
beban dan tanggunjawab senior dulu,
lihat junior2,bentuk team,tanamkan semangat pada mereka
pada yang punya kelemahan,bantu mereka mengatasinya

dan bila tibanya hari pertandingan,,,ya di perkampungan sukan
aku perlu belajar lagi untuk menyusun strategi,
perlu pandai menurunkan pemain mana..untuk melawan pemain mana
semuanya perlu diteliti,
ditimbang dan diperhalusi sebaik mungkin agar kemenangan itu pasti,

kalau dulu ,aku memang tidak langsung tahu mengenal pemain
sekarang,berkat latihan bertahun-tahun dan tunjuk ajar senior
aku tahu...pemain itu amatur,
pemain itu punya kelemahan di sebelah kiri,
pemain itu tidak tahan pada asakan mental,
pemain itu unpredictable..
pemain itu senang dimanipulasi,dia kurang cekap meneliti pemain lain
pemain itu bole dibawa 'berbincang',..hahaha

bila permainan double,
aku perlu mengajar junior2,aku perlu melatih mereka
seorang perlu menjadi aggrassive,berupaya melakukan offensive yang rumit
seorang lagi perlu bagus untuk defensive,
dan aku perlu serasikan mereka....aku perlu tukar jika tidak serasi...
dan bilamana aku tidak punya pilihan lain lagi
aku perlu lakukan apa sahaja agar mereka serasi

dan kerana itu mungkin..
mungkin kerana keterpaksaan aku untuk mengenali manusia
dari body language,percakapan dan juga semangat2 mereka,
aku kini lebih pandai menganalisa,
lebih pandai untuk mengasingkan apa yang perlu dan tidak
aku lebih tahu mana manusia yang punyai sifat y bagus dan tidak
aku lebih reti memahami perasaan mereka ...
aku lebih memahami perkataan mereka,bahasa badan mereka

dan entah bila,
dalam hidup seharian pun,
aku mula lebih memahami patah perkataan dan juga gaya ia diucapkan
dan mula memikirkan ...apa sebenarnya rasa 'dia'
cuma kadang2 aku buat tidak faham

sebab bukan best sangat
bila kau tahu "banyak" tentang mereka
dan mereka tahu kau tahu tentang mereka.
heh..

betul bukan,
manusia itu belajar dimana-mana sahaja.
bila-bila masa sahaja,

asal mereka sanggup...

Friday, October 14, 2011

yang telah berlalu..akan terus tinggal menjadi masa lalu

health promo 2010


hukum bukan membataskan manusia
bukan wujud untuk menyusahkan atau menjadi penghalang apa2
ia
menjaga perlakuan dan perkataan manusia

maka ikutlah yang telah diketahui ramai
hukum2 yang turun dari langit itu..

serius aku suka seni lukis,puisi,tulisan,
muzik juga
.................
Hai sekalian kita yang kurang
nafsumu itu lawan berperang
jangan hendak lebih baiklah kurang
janganlah sama dengan orang

Amati-amatilah membuang diri
menjadi dagang segenap diri
baik baik engkau fikir
supaya dapat emas sendiri
-Hamzah Fansuri-

note:
tentang hukum bermain gitar,
ramai yang haramkan,ada juga yang bolehkan,
benda-benda halal-haram ini
jika bercampur gaul.....??
haih..

no risk ,no reward...hahahaha

sudah masuk 2 minggu,aku sakit belakang
bukan pinggang, ...belakang
bawah rib tapi atas dari kawasan pinggang sebelah kanan

sejak 2 hari yang lalu,
severe sakit,sampai aku kena tido mengiring sebelah kiri
ya..lagi memberi tekanan pada jantung
rasullah tido mengiring sebelah kanan kan?
kenapa?sbb jantung terletak di sebelah kiri

aku hanya buat exercise kecil2 bagi menghilangkan sakit
aku lakukan movement dan aku tahu
apa jenis gerakan yang akan buatkan
sakit itu bertambah,berkurang atau gila sakit

lagi 2 minggu mungkin,
kalau sakit ini tidak mahu juga hilang
aku akan cari cara untuk hilangkan ia
lagi 2 minggu

tentang belajar,
sangat lah banyak lagi yang aku tidak tahu
macam mana lah ye nak buat??

Sunday, October 9, 2011

Feed the 'winner'...

tingkatan 4 tahun 2006,
aku dipanggil menghadap cikgu disiplin,yang mana ini adalah biasa bagi aku
dan dalam perjalanan ke sana
kepala aku ligat berfikir,..."kali ini kesalahan yang mana pulak ya?"

di bilik berhawa dingin cikgu disiplin
cikgu:saya dapat laporan yang kamu lompat pagar(fly) 3 malam lepas
aku:saya rasa cikgu silap orang,bukan saya tu...(sambil gelak2)
cikgu:kamu jangan main2,kamu bole diambil tindakan gantung sekolah
(muka dia da macam singa)
aku:cikgu mana bole main tuduh saja,cikgu ada nampak?ada saksi y nampak
cikgu: saya sendiri nampak kamu berdiri di tepi pagar sekolah tu,
aku:oh,masa tu..saya pon nampak cikgu...
tapi cikgu nampak saya berdiri saja kan,tak ada nampak saya lompat pagar
cikgu:ya,tapi apa kamu buat tepi pagar pada waktu macam tu
aku:saya tengok lukisan di pagar,saya kan suka melukis.

penghabisan cikgu disiplin give up sebab tidak dapat membuatkan aku mengaku kesalahan
honestly,malam tu memang aku fly kerana sebatang askrim pelangi walls
hahahaha...

selepas 5tahun aku belajar untuk 'bercakap' untuk hidup di sekolah
aku lebih "memahami"perkataan dan maksud2 dari setiap nada y dituturkan
by praktikal selama 5 tahun...orang lain pun akan pandai juga kalau jadi aku

dia:kau dulu posting macam mana lah
aku:oh,kiteorang selalu balik lewat
dia:ye k?aku call xxxx tengahari ada je dia dekat bilik
aku:.......(aku senyap je)

sebenarnya aku mahu jawab macam ini,tapi sebab dia y bertanya,
maka dengan rela hati aku lebih suka nampak bodoh,
aku lebih suka bagi dia menang...

dia:ye k?aku call xxxx tengahari dia ade dekat bilik je
aku:kau call tiap2 tengahri ke?
dia:(mungkin akan jawab) selalu lah,atau tak lah
aku: aku bukan tiap2 hari balik lambat,tapi selalu lah
sambil terus menyambung
dont' talk like u know everything when u just know nothing
sebab ia kedengaran sangat annoying

satu hari aku realize,yang bila aku bercakap dengan manusia2 yang suka menang
bukan dengan kalahkan mereka,aku akan berpuas hati,
mengalah dan bagi mereka kemenangan...kemenangan yang gemilang
dengan ,melihat senyum mengejek mereka,muka kemenangan mereka
ianya lebih memuaskan hati

"ya,mereke berjaya buatkan aku nampak bodoh kan??"
hahahaha
apa salahnya nampak bodoh bukan...??

dia suka sahaja bila dia menang dan berjaya memperbodohkan aku
dan aku juga senang melihat dia gembira bila dapat buatkan aku
kelihatan bodoh dan dia menang...
tiada yang salah bukan....tiada hati yang terasa kan???hahahah

lagipun,
malaikat sebelah kanan aku complain,buku tulisannya nipis sahaja
manakala,yang sebelah kiri sibuk2 cakap yang bukunya makin menebal
cukuplah dosa aku dengan
Tuhan aku,cikgu2 aku,kawan2 baik aku,mak bapak aku,keluarga aku
nak tambah dosa dengan sakitkan hati manusia lain..

nanti bila malaikat belah kanan aku cakap,buku dia da tebal,
mungkin aku bole consider untuk jatuhkan kemenangan korang2...

hahahahahah....
yang paling berbisa dalam dunia adalah kata-kata...
Rasulullah saw bersabda: Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka” – Riwayat at Tarmiziy dan al Hakim

aku tidak mahu ada siapa2 tersekat utk masuk syurga kerana kata2 dia pada aku
dan aku juga tidak mahu aku tersekat utk ke syurga kerana kata2 aku pada dia

note utk cikgu disiplin:
lepas saya habis degree,saya balik negeri,
saya akan ceritakan segala kesalahan saya...(dulu da mintak maaf kan selepas spm tu)
oleh itu...jangan mati dulu kalau mahu dengar cerita..

Saturday, October 8, 2011

demon's book..Ya-ha

no matter what path they take,
people without guts have nothing ahead of them
-Hiruma Youichi-

Friday, October 7, 2011

cukuplah bercakap,pada yang tak pernah mahu mendengar

aku: salam,sihat kawan
dia: salam kembali,sihat2 sahaja
aku:hahahahaha.....hidup macam mana
dia:tak pernah jadi mudah kan?hahahahah....pehal call?
dia: oh...kiss me??
.............
dia senyap untuk beberapa ketika sebelum aku dengar nafasnya dihela
...panjang...

dia: where and when?
aku: here and there..
dia: hahahaha..bila lah kau nk berubah,suka je main2 ye...
aku:hahahahaha..aku je,kau??
dia: so,mana datang kiss kiss ni
aku: oh,aku beli perfume yang ada tulis....kiss me...
dia:da agak...mesti ada benda2 macam ni..
aku:hahahahaha....mind reader eh kau ni
aku:maybe ya..

bukan mudah nak cari kawan yang dapat tembus perasaan aku
yang berlapis-lapis seperti kerak bumi ini,

maka..sekali dapat...
takkan aku sesekali persiakan..takkan walaupun sekali

Thursday, October 6, 2011

ini mampu hadirkan rasa sebak dan bersalah...

....
Ya.
hidup takkan selalu gembira,
tapi adanya insan mulia ini ,,,cukup mengembirakan
dan ini membahagiakan
tidak kira waktu gembira mahupun waktu duka
...

Tuesday, October 4, 2011

self learning package 3

because the abdominal organs are so close together,
the BRAIN
is often incapable of distinguishing
which of them is the source of pain.....
(pg -386 Browse's introduction the symptoms and signs of
surgical disease)

aku ulang baca dan aku senyum,kemudian aku gelak2

oh...kawan2 aku datang untuk solat zohor ..
aku sambil gelak2 bacakan untuk mereka
aku baca dengan penuh perasaan

lepas je aku bacakan untuk meraka,
aku diam.dan mereka juga diam,
kami saling memandang..

haih...haih

ok lah ok lah,
aku sorang je rasa benda ni kelakar

...damn ar korang...
aku cuma gelak bila brain tu dikatakan incapable..

korang diam sebab korang tak faham kan??
korang kan..