Sunday, November 27, 2011

sederhana dan itu sempurna

teman aku seorang kaki perempuan

bercinta hanya untuk beberapa bulan-tahun 
kemudian berpisah.
beberapa bulan kemudian dia bercinta lagi
dan kali ini dengan perempuan lain pula..

....dia dan falsafah cintanya...haih

pernah aku bertanya padanya

Aku: Perempuan macam mana 
yang menarik minat kau...dan kenapa setelah beberapa tahun,
kau akan berpisah..apa kau main-main bila bercinta

Dia: Ntah,aku kadang-kadang suka je perempuan,
especially yang suka pada aku,
berpisah? aku bukan main-main,kalau sudah hati tak suka,
baik berpisah sahaja

Aku: kau tahu sekarang aku bersyukur

Dia: kenapa

Aku: kerana aku tak pernah sukakan kau

Dia: hahahaha

aku simpulkan yang mereka jenis semacam ini tidak matang,

seperti budak lelaki dan kereta mainan

seorang budak lelaki dibelikan kereta mainan,
untuk 2-3 bulan pertama,kereta mainan baru itu akan dibawa kemana-mana
di teliti,dimainkan sepanjang masa...dijaga sebagusnya

dan pabila budak lelaki itu sudah tahu seluruhnya tentang keretannya

dia mula bosan,tiada lagi yang mahu diterokai,
dia sudah tahu keburukan dan kelebihan barang kepunyaannya itu.
dan dia mahukan yang baru,
dia mahukan sesuatu yang baru

 untuk

..diterokai dan ditinggal lagi..

budak lelaki memang macam tu
so you better find a man
not a boy..

No comments: