Wednesday, November 2, 2011

kesalahan itu adalah bukti yang kita pernah mencuba..

semua orang berlagak pandai ya sekarang
berebut-rebut mahu menonjolkan bahawasanya
"aku tahu lebih daripada kau"

berlagak seolah-olah mengetahui segala benda
dan mahu pula memberitahu satu 'dunia'
bahawa kau lah orang yang tahu itu..

bila ada kenalan yang kurang tahu
tidak dapat memberi jawapan yang tepat,
kau gelak-gelak,merendahkan
"itu pun tak tahu,benda senang tu"

ilmu Tuhan itu,kalau digunakan lautan pun sebagai tinta
untuk ditulis,dibukukan takkan habis

baru je belajar 21 tahun tentang ilmu dunia
dah nak berlagak-lagak macam tahu semua benda
21 tahun je kot...bukannya lama sangat

Oh,aku tak ingat,
kau tak percaya Tuhan kan?

jadi bila lah kau nak percaya?

NOte:
Aku sedang berkira-kira untuk berlagak bodoh,
bagi dua hari yang mendatang...
tengok apa yang akan jadi
bila manusia "yang berlagak bodoh"
berjumpa dengan manusia "yang berlagak pandai"

menarik kan

No comments: