Friday, December 21, 2012

Lakaran

Ini adalah tahun keempat aku bagi episod ulang alik
ulang alik dari airport kk ke KL kemudian terengganu atau kelantan
Dengan kadang2 dalam perjalanan itu,
aku terpaksa menjadi penunggu LCCT/KLIA pada waktu malam

waktu yang mana aku dapat bersendirian,
Tiada buku,study,kawan2,profesor yang dapat meningkatkan stress aku
tiada juga family,anak buah, aktiviti2 kampung yang dapat menarik perhatian aku
cuma aku,malam,segelas kopi dan laptop sebagai teman

Seperti kebanyakan orang,waktu berseorangan seperti inilah
yang mampu menarik kita kemana-mana sahaja dimensi waktu
ke masa-masa lalu,waktu gemilang mahupun waktu sedih dulu
mampu membawa siapa2 sahaja datang,
kesayangan atau manusia yang hanya datang berlalu pergi
dan juga
Kematian,kehilangan,perpisahan,
pilihan2 yang dibuat yang membawa aku kesini,
peluang2 yang aku tidak hiraukan lantas aku kesini

Tiap apa yang terjadi, tiap kesakitan,tiap kehilangan
tiap manusia yang aku jumpa dan tinggal
tiap manusia yang aku jumpa dan meninggalkan aku,
yang pernah pergi membawa pergi separuh semangatku,hidupku
yang datang membawa sinar,kebaikan
Yang meninggalkan dosa, yang membina pahala
Yang aku sedar mahupun tidak 

Dan,semua ini memang sudah ditakdirkan untuk aku
menjadikan aku adalah aku..

Saturday, November 24, 2012

orang cakap, benda yang kita tak rasa,kita takkan faham

member lama telefon 2 hari lepas
selesai bertanya khabar masing-masing aku bertanya

"sampai bila kau nak macam ini. dosa tetap dosa,
mohon tinggal semua benda2 yang tak elok tu, bina hidup baru,
jadi orang baru.."

selepas diam sejenak dia menjawab
" entah sampai bila, sekarang memang aku tak mampu untuk buat apa-apa,
tak mampu untuk jadi baik, tak mampu untuk buang semua bnde tu"

Allah kurniakan kita segala macam nikmat
dari sekecil nikmat yang kita tak pernah terfikir sampailah 
sebesar nikmat yang buat kita sedang buatkan kita senang..
Jadi perlu untuk kita bersyukur,
bersyukur bukan pada perkataan, ia pada perbuatan
tinggal apa yang di larang,buat apa yang disuruh.

tu je kan?

Hati manusia tu Allah y pegang.
jadi teman, moga Allah lembutkan hati kau.

jika susah,biar susah sekarang.. senang masa depan


sebenarnya,aku dari awal2 lagi aware dengan segala
perkara yang senior-batchmate-tu rasa sekarang
cuma aku dari awal,aku, tidak punya apa-apa ,pilihan kecuali untuk teruskan

mungkin ,mereka semua sudah hilang arah,
sudah hilang keyakinan dan keinginan
entah apa reason sebenarnya mereka berkata 'yang mereka rela' pada awal2 dulu
dan sekarang mula merasa yang ini adalah satu 'kesilapan'

kalau dari awal lagi niat aku cuma
untuk mencari redha Allah dengan membuatkan parents redha
aku rasa,aku hanya perlu bertahan 
kerana Allah akan membantu kan?

cuma sekarang,agak sesak
macam duduk dalam air yang paras hidung 
dan aku perlu menjengket untuk terus bernafas

aku leka-aku penat-aku lupa untuk berjengket... aku lemas


Wednesday, November 21, 2012

Maybe,it's not what u think

si Bongsu dah dapat result UPSR
walau ada satu B, umi dengan ayah bercakap 
pasal result si Bongsu sampai ke hari ini
ye lah kan, budak yang lambat bercakap
yang hampir dibawa berjumpa doktor pakar sbb lmbat bercakap
pada akhirnya dapat bercakap,dan belajar dengan bagus


Oh, ini pen yang aku dapat pada tahun 2002
masa aku dapat result UPSR dulu
Ayah,my hero bagi pen sebagai hadiah,
sampai sekarang aku masih guna untuk jawab exam

macam simbolik kalau exam tu susah,jadi bawak 'ayah' masuk exam sekali
kadang2 exam oral je pon,tapi nk jugak selit pen dekat lab coat

dah rosak,cat dah tanggal, lagi sentimental jadinya

Wednesday, November 7, 2012

hari ini orang yang azan subuh suara sayu


sejak 4 tahun yang lepas
setelah 'diajar' oleh dunia,
aku mula mengklasifikasikan segala pendapat manusia kepada dua

pendapat orang bukan islam
pendapat orang islam

pendapat orang bukan islam ni kadang2 bagus,
kerana datangnya dari mereka yang patuh pada agamnya
tapi kadang2 sebaliknya
dan pendapat orang islam juga begitu,
sangat bagus bila mereka sandarkan pada agama,
tapi ada yang sebaliknya, terus menerus mengangkat hal2 dunia

Agama kan
jadikan manusia hidup dengan punyai arah

Monday, November 5, 2012

Loving you, i have no limit


Memalam dengar MLTR memang masyuk
actually, 
kalau bukan malam pun, jiwa tengah nak bertenang
memang masyuk lah

Aku rasa segala macam 'underground-headbanging music"
yang dulu-dulu aku dengar dah boleh campak masuk recycle bin
dan erase

Manusia berubah, walau tak tahu macam mana dan bila
yang diketahui dia yang dikenali dulu bukan lagi
 dia yang didepan mata kita sekarang

doesn't matter,
this feelin will stay the same


Wednesday, October 31, 2012

Letih weh...

 perbualan masuk bab addiction,
alcohol and cigar
groupmate 1: kamu orang islam mmg tak boleh minum kan?
try sikit tak boleh ke? Rasa sekali je dalam hidup,
kita hidup sekali je, cuba lah rasa (sambil gelak-gelak)
Aku: hish, tak nak lah... tak boleh la
(dalam hati aku, setan betol lah budak2 ni)

groupmate 2: first time u minum , u akan rasa what's wrong wit this people,
it taste like shit, sure, u not gonna like it lah,
but then, second time, third time you try, u akan mula rasa, yang rasanya
makin lama makin sedap.for me, I prefer vodka, it's better than beer lah

Aku: oh, tak nak tak nak.. 
saya pernah jumpa orang eksiden under influence of alcohol
berdiri sebelah pun dah bau masam muntah arak tu.
tak suka lah

groupmate 3: minum sikit2 ok lah untuk kesihatan,
janganlah minum sampai mabuk muntah2, u minum sikit,u tido
heaven.. sangat selesa tapi kalau mabuk, bangun tido hangover lah

Aku: if islam bagi pon,saya tak nak lah.
tapi sekarang saya tak nak sbb agama saya tak bagi ..

dan seterusnya perbualan terus bersambung
tentang " perkahwinan antra non dengan muslim, dan kewajipan 
untuk menganut islam untuk berkahwin"

Haih, sabar lah.. lagi beberapa bulan je lagi 
menjadi golongan minoriti ni ye

mari sambung belajar,esok ada kelas lagi

^_^

Monday, October 29, 2012

my little world...

Beberapa tahun ini ramai yang tanya aku macam-macam
tentang 'seseorang' yang selalu aku sebut-sebutkan

sebenarnya ada 3 perkara yang aku mahukan
bila aku bercerita (di blog) tentang siapa yang aku maksudkan itu

pertama,
aku hanya mahu memberitahu yang dia wujud
yang perasaan aku padanya wujud
yang kami pernah wujud

keduanya,
yang kau patut tahu,
aku tidak hiraukan apa tanggapan manusia lain 
pada dia, pada aku pada kami


"mungkin cerita tentang aku dan 'seseorang' itu 
adalah cerita sejarah, 'seseorang' itu telah mati,
cuma perasaan aku padanya itu wasih wujud
mungkin 'seseorang' itu hanyalah sesorang y sudah menjadi milik orang lain
mungkin 'seseorang' itu pernah aku benci, cuma sekarang 
perasaan itu bertukar menjadi sebaliknya
mungkin 'seseorang' itu adalah manusia yang dekat,
dan kami sedang bersama membina hikayat

'seseorang' itu mungkin seseorang yang boleh menjadi mana-mana manusia dalam 
hidup aku, yang boleh memegang apa-apa watak sekalipun"


ketiganya,
sebenarnya, aku memang tidak pernah ingin memberitahu
manusia-manusia lain dan stranger
siapakah dia yang wujud dalam hidup aku

aku tahu, dia tahu,
yang aku bercerita tentangnya...

hidup aku ini kecil je sebenarnya,
Ianya hanya membabitkan kesayanganku dan yang menyayangiku

Friday, October 19, 2012

Pemikiran yang indah

Pernah beberapa waktu dalam hidup ini,
kita berharap pada sesuatu yang kita tahu,
tidak akan menjadi milik kita

kita berharap,
untuk menjadi sesorang bagi seseorang

atau,mempunyai beberapa kelebihan 
daripada pelbagai kelebihan 

atau apa-apa sahaja yang
 sedari awal lagi kita tahu,
 ianya mustahil menjadi kenyataan

Namun,harapan itu kadang-kadang menghidupkan kembali
beberapa jenis manusia yang seakan-akan sudah mati jiwanya

Jadi,
Biarkan aku terus berharap
 biarkan aku dengan harapanku itu




Sunday, October 14, 2012

Hidup ini adalah apa yang kita pilih

Sekarang hidup di Kota Kinabalu Kembali

dalam uni ini,aku ada beberapa tempat yang aku suka
tempat yang mendamaikan
tempat yang menarik dan lawa
(actually aku je rasa begitu, i guess)

first,ODEC, tak tahu ODEC tu apa maknanya
tapi sebab datang-datang je sini orang cakap tu odec,so odec lah jadinya
ianya adalah satu area pantai di dalam uni,
yang budak-budak perikanan gunakan kot.
so,ada tangki2 besar ikan, ada jeti ,ada bot dan batu2 yang ditambak

oh,ini gambarnya,
Ada ketikanya sewaktu laut surut, pelajar dan juga staff uni datang memancing
dan penduduk kampung yang tinggal di area pantai ini akan datang memukat
menyeret pukat menaiki sampan klasik buatan sendiri,
mendayung , melalui bawah jambatan 

Dan ada ketikanya,
datang staff,kadang-kadang orang luar membawa anak2 dan isteri
menghirup udara segar pada waktu petang sambil mengambil gambar kenang-kenangan
"gambar family kecil kita" kata mereka
seperti semalam,sewaktu sedang aku memerhati pakcik montel memancing
 datang seorang lelaki yang jelas nampak keletihan di muka,
namun dia tetap datang membawa putera dan puterinya 
berjalan-bermain pada waktu petang ditemani isterinya y tersayang

di satu sudut yang lain,
akan ada beberapa pasangan yang mungkin sedang menyimpul janji
atau mungkin juga sedang merancang masa depan mereka
diam mereka di sudut sana,cuma kadang2 kedengaran ketawa-ketawa kecil
Namun,
jelas terpancar kegembiraan dan kebahagian di wajah-wajah mereka

 pabila manusia dan alam bersatu,
ianya menerbitkan satu pemandangan yang indah di bumi Allah ini

pada waktu pagi sesudah subuh dan waktu petang sebelum magrib
langit, awan dan air laut bertukar warna perlahan-lahan
menghasilkan kombinasi warna yang mendamaikan
pertukaran warna yang  terjadi ini kerana datang dan perginya matahari

waktu pagi selepas subuh itu,kekadang air laut surut
menampakkan pasir putih dan ketam-ketam hitam berjalan ke sana kemari
waktu itu, laut itu,pasir putih itu dan ketam2 itu 
amat menggoda untuk aku, menanggalkan kasut dan menyertai mereka 
menjadi sebahagian daripada mereka di pagi hari


 second place adalah sini,
di belakang bangunan pentadbiran uni aku
ada satu taman tersembunyi yang jarang benar didatangi manusia
ya kan, semua orang senang untuk ke fun fair,ke mall ke konsert
dan melupakan ketenangan dan kecantikan disini

dari sini,
aku mampu melihat matahari jatuh diantara dua bukit
matahari yang jatuh membawa malam
yang jatuh bersama,
hilangnya kicauan burung-burung kecil yang ligat mencari makanan 
yang jatuh bersama,
kepulangan pemancing-pemancing ke kediaman
yang jatuh bersama,
waktu si ayah mendukung-membawa anaknya kembali ke kereta untuk pulang
yang jatuh bersama,
 terpisahnya pasangan-passangan kekasih pada hari itu

Thursday, October 11, 2012

Heal it,having scar is better than having untreated wound

Manusia tidak seharusnya berbangga pada
tiap dosa dan noda yang dilakukan
seharusnya tidak...

tetapi manusia yang belajar dari tiap 
kesalahan adalah manusia yang menghayati kehidupan

Yang bercerita hanya untuk berkongsi
tentang pada ketika mana, pada waktu yang macam mana
Allah turunkan bala, dan heret dirinya kembali
ke jalan kebenaran

mungkin,dia hantarkan beberapa manusia,
kematian, kegagalan dan beberapa kesedihan
atau apa-apa sahaja cara

sampai kau mula sedar,
kau hidup atas dunia tidak akan dapat lari dari NYA

hah
tak ada manusia yang berdosa yang tiada masa depan,
dan ingat Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang

nothing worth having comes easy

Akan ada manusia yang akan melakukan 
tiap kesalahan hanya untuk merasai kekesalan

they said,
don't talk about it, if you don't know,
Go,do it, feel it by yourself, 

dan,
kita akan mampu untuk bercerita 
tentang rasa itu dari habis isyak sampai subuh esok pagi


you again

Kesibukan kita mengejar cita-cita
kadangkala membuatkan kita lupa pada beberapa perkara

beberapa perkara yang dikisahkan oleh hati
yang diterjemahkan oleh minda
dan diberikan nafas oleh lidah

kita sibuk untuk membuktikan itu dan ini,
untuk menjadi seperti mereka dan dia
 untuk memenuhi kehendak dan keinginan hati

lalu,
kita lupa untuk membelai sekeliling,
kita lupa untuk berkongsi dengan yang melihat 
untuk bercerita pada yang selalu akan  mendengar

kita lupa pada semuanya
yang kita tahu hanya diri sendiri dan selesa

kita lupa bahawa 
dengan tidak punya apa-apa

kita mampu bahagia sebenarnya!

a little chit chat with budak2 tepi jalan


A note to you

Kamu tahu apa yang membuatkan 
manusia tidak berdendam walau disakiti?
ianya mengenai perasaan suka ,
yang melebihi perasaan dendam.

perasaan sayang,
yang melebihi perasaan marah.

tidak perlu kau tanya untuk beberapa kali..

waktu aku khabarkan bahawa aku suka,
beberapa tahun berlalu pun aku akan tetap suka,
beberapa peristiwa pahit berlaku pun,
aku akan tetap akan sentiasa senyum disisi mu.

Yang menentukan,bukan hanya perbuatanmu,
ianya lebih pada penerimaanku !

haih..
dengan cara apa lagi aku patut fahamkan kau

cuba bagitau,
apa lagi yang perlu?


Sunday, October 7, 2012

yang weird

Mood hari ni lain dari hari-hari biasa
so,cerita hari ini akan jadi lain berbanding hari-hari biasa

hari ni macam emo-emo sikit,
sebab mungkin stress dengan exam,
mungkin ini exam clinical yang pertama sorang-sorang
maknanya tak ada 'rumate' dan senior2
yang boleh tolong hiburkan hati,kejut pagi2 suruh study,
tak ada bau kopi 'salam exam' dari meja sebelah sana nun
tak ada yang paksa pergi mandi,tanya makan  minum waktu exam tu
tak ada semua tu exam kali ini

bercerita tentang housemate, yang dah dekat 4 tahun tinggal bersama
yang pernah terterasa, tersilap faham, terkasar, tertumbuk,
tertonyoh, tertendang
yang kadang-kadang terguling-guling gembira, gelak2 bersama,
gosip2 bersama, kongsi pendapat dan pandangan
berlari-lari dikejar anjing, trauma bersama 
hahahahahaha
actually, aku rindu rumate di Kota kinabalu
seriusly serius

walaupun, aku stress dengan rumate aku yang cepat stress, 
tapi bilamana mereka tidak stress,
aku pulak stress dan  jadi risau "kenapa mereka tidak stress"

dan yang  pasti 
mereka juga stress dengan perangai unexpected aku,
yang suka menyanyi secara kuat, berguling-guling di tempat yang rata
dan juga tido dimana-mana bahagian bilik yang aku mahu
tapi mereka sabar,dan aku pon sabar

sepanjang menulis blog, ini mungkin kali kedua
aku bercerita tentang rumate-rumateku comel
hahahahahaha

entah dalam beberapa tahun yang lepas tu
entah sejak bila aku mula sayang dengan rumate2 stress tu
entah sejak bila aku mula senang dengan mereka
entah sejak bila aku mula risau-risaukan mereka
sebab selalunya,aku tak kisah
kau nk terguling terbalik bukan masalah aku

yang kali ini menjadi tidak selalu,
dan aku mula kisah

so,gud luck exam rumate

Friday, October 5, 2012

things that you told me...

Aku sedang berehat beberapa bulan ini
Berehat sejenak sambil melihat manusia-manusia lain
disekeliling aku kalut mengejar impian mereka
mereka, yang berusaha keras untuk memenuhi impian mereka

aku masih lagi berehat,
sambil memandang kekalutan mereka ke hulu-kehilir

waktu mereka kalut mengejar impian itu
aku masih lagi melakar impian ku di kertas biru ini

aku masih..

Thursday, October 4, 2012

District posting

Exam lagi beberapa hari,
moga diberkati peperiksaan yang kali ini ni

Aku memang tak berapa nak tahan 
dah dengan apa yang aku buat sekarang

so, moga KAU yang MAHA kuat ,
terus menjaga aku yang serba lemah ini

hahahahahaha.
gila skema title kan?

Monday, September 24, 2012

yang banyak sangat aku bercakap ini sebab serabut lah...

Hari ini langit masih hujan
nak tak hendak walaupun masih hujan
baju masih juga perlu dicuci
study pun perlu diteruskan walaupun katil dan selimut 
sudah mula memanggil-manggilkuku "hai sayang,datang padaku"

aku ini manusia yang serba kurang
kurang rajin,kurang pandai dan kurang bernasib baik
tapi ini tak menjadikan aku manusia yang kurang beriman
kerana Allah telah memberi aku kekurangan
agar aku tidak lupa padanya

manusia yang selalu diuji, diberi segala macam kesusahan itu
kerana Allah sayang pada mereka
kerana fitrah insan itu,adalah mempunyai tuhan
yang mereka sanjung,yang mereka selalu meminta-minta
dan kesusahan itu telah membuka ruang dalam hati mereka
untuk selalu ingat kepadaNYA

kesusahan adalah ujian
dan 
kesenangan juga adalah ujian

dan sebenarnya ujian berupa kesusahan 
adalah lebih senang 
berbanding diuji dengan kesenangan dan kelebihan

kan..

note:
dua je: tak boleh berhenti bercakap, 
tak boleh bercakap...

Kerana aku memang percaya pada perancangan DIA

Andai kau adalah golongan yang bertuah
satu ketika dalam kehidupan kau,
kau akan berjumpa someone yang kau begitu senang,
yang kau begitu sukakan, yang selalu mampu buat kau senyum dan tenang
rasa yang hadir bersama hadirnya dia itu
tidak mampu digambarkan,tidak mampu dikatakan
mungkin bila kau mula membuka mulut untuk bercerita
manusia lain akan mengatakan kau gila,

kau juga dikira sebagai golongan yang bertuah,
andai satu ketika manusia yang kau terlampau cinta itu
hilang,hilang dari pandangan,hilang dari gengaman,
kau akan menjadi gila buat kali kedua
gila dalam menahan rasa

kedua-dua kegilaan perasaan ini wajar untuk 
dinikmati dengan sepenuhnya
kerana bukan semua yang punyai peluang sebegini.
hanya kita,
hanya kau dan hanya aku

Saturday, September 22, 2012

upside down


coldplay selalu menulis lirik-lirik lagu yang 
cantik 
dan ia selalunya berjaya  membuatkan 
aku tersenyum dan tergeleng-geleng kemudiannya

"Am I part of cure, or am I part of the disease"

jumpa kau lain kali,
aku mahu tanya soalan ini ya..

moga sempat kita berjumpa lagi

Friday, September 21, 2012

Andai aku..

Mungkin waktu ini adalah
waktu paling sukar dalam kehidupan aku sebagai seorang hamba

Maafkan aku,andai aku tidak mampu

Wednesday, September 19, 2012

do you think sedative is the right choice? please lah

Sementera menunggu isyak

Actually banyak perkara 'penting' terjadi beberapa kali dalam hidup ini
dan kita tak pernah sedar betapa 'penting'nya perkara itu
sampai lah.....sampai lah...

sehari yang lepas
setelah terlibat dalam eksiden kecil dalam perjalanan pulang dari KK
dan selepas itu mengalami insomnia yang dasyat
kemudian diikuti dengan dizziness yang terlampau keesokannya
 aku mula sedar yang ini bukan perkara kecil
ini perkara 'penting' yang bila direcall balik
dah beberapa tahun berlaku,cuma aku tidak pernah ambik serius
kesukaran tido dan tido secara berlebihan yang silih berganti
actually,what's happening kan?
Apa yang tidak kena ya sebenarnya ..sekarang ini

ok,isyak belum masuk lagi

pada yang akan bekerja nanti
tidak kiralah bekerja sebagai doktor,peguam,cikgu,tentera,cleaner,tukang kebun
atau apa-apa sahaja,
kita diberi tugas dan amanah,yang mana akan ditanya kelak nanti
sejujur mana,setekun mana kita melakukannya

pada yang akan jadi doktor 
bila dah jadi doktor nanti,
tak kira lah bagus atau tak,
 jadi psikitrik,anaesth,O&G specialist,cardiologist,
MO, pengarah hospital,atau public health specialist
kita masing-masing ada tanggunjawab masing-masing,
ada tugas masing2,ada kelebihan dan keupayaan untuk membantu masyarakat
dengan cara masing-masing...
tu je nak cakap.... cuma sebagai manusia
cuma perlu sanggup dan terus berusaha

isyak dah masuk dah masuk mungkin

Aku belajar banyak benda bila
aku datang kudat ini..seriusly
^_^



Saturday, September 8, 2012

Gud luck Udy

Gud luck untuk calon last UPSR dalam family

Dah september

Tahun ini adalah tahun yang agak sibuk
Tak pernah terfikir pulak hidup akan menjadi sesibuk ini
If tak ada android smart fon,memang tak bernyawa lah
facebook dengan twitter tu
Tak sempat jugak nak membaca berita-berita semasa
At least tiap hari sempat jugak scan Utusan Online

Ni belum final year lagi ni,
tengok senior final year punya life, 
balik dari hospital dah lah malam,malam time aku dah siap semua benda
terus  mereka terkam laptop, buat presentation untuk esok,
baju belum bukak,makan ke belum tak tahu,mandi pun jugak belum jugak tu
penat tak yah cakap lah
lainlah jika dekat hospital,kelas dalam bilik aircond duduk sambil silang kaki
Kelas tu jenis yang berdiri dan berjalan ke hulu ke hilir
sambil kepala terus berfikir

Pada beberapa waktu, aku suka kesibukan ini
yang membuatkan aku lupa  pada beberapa masalah yang memang tak nak selesai.
Buat aku kurang ingat pada certain-certain perasaan bangang.
yang kalau dilayan rasa tu,akan buat hidup aku tunggang langgang

tapi. pada beberapa ketika pula,
aku rasa penat,penat dengan kesibukan yang berpanjangan
yang, akan terus wujud dalam kehidupan aku
entah ,sampai bila akan berhenti, 

sebenarnya. kena terus hidup dalam keadaan seperti ini
sama ada aku akan develop tolerance. atau aku quit sebab tak tahan
tu je. ending pada kesibukan semacam ini

Macam sekarang, tiap minggu akan oncall 2 kali,
semua benda kena belajar sepanjang masa, dimana-mana sahaja.
jumpa benda baru,di explain oleh mana-mana orang yang berilmu
make sure, brain akan terus capture dan ingat sampai bila-bila
sampai bila-bila .sebab ntah bila akan jumpa lagi case seperti itu.



Thursday, September 6, 2012

post 0ncall,dasyat betul mengantuknya

bawalah aku pergi ke mekah
dan ajari aku untuk berubah


Wednesday, August 29, 2012

Terfikir olehku

5hari lepas ada banyak benda yang nak ditulis
tapi sekarang dah hilang semua benda tu
cuma mahu sampaikan satu mesej

Aku selalu berfikiran baik pada kau,
hanya pada kau,kerana aku tidak punyai cara untuk tidak
so, mungkin sekarang
adalah masa yang kau bagi,ruang yang kau cipta
agar aku pergi,agar kau juga mampu pergi
dan kita mula membina hidup masing2
dengan cara masing-masing

semua manusia yang pernah datang dalam hidup kau
sebenarnya membawa sesuatu 
dan kadang-kadang mereka memang datang dan stay
kadang-kadang mereka datang untuk pergi kembali

tapi seperti biasa,
aku ini manusia yang degil
dan aku akan tetap stay

Sunday, August 12, 2012

sesungguhnya aku berpuasa

14hb dan 15hb August ni saya exam
16hb pagi saya balik ke Kota kinabalu
18hb tengahari saya balik ke Kuala Lumpur
dengan belon
18hb malam saya balik ke  kuala Terengganu 
dengan bus mutiara
19hb/5 pagi i/Allah lah
saya balik ke setiu dengan kete ayah saya

saya tak pernah letak jadual harian saya dalam 
blog ni..
tak nak orang lain tahu apa yang saya buat

ni saya letak sbb awak lah
in case awak nak tahu,tapi saje je ego tak nak tanya

k lah..
doakan semua kami 4th year student 
dapat jawab exam dan selamat sampai
ke pangkuan keluarga masing2

Wednesday, August 8, 2012

melengkapkan tugas sebagai manusia,masing-masing ada cara sendiri kan?

selesai memberi syarahan,
"bagaimana untuk score dalam pelajaran"
tepukan gemuruh diberikan kepada dia,
 seorang pelajar contoh-best student-pelajar harapan-

aku disudut paling belakang dewan,
masih berusaha untuk menghabiskan komik naruto 
dengan bertemankan mp3 player di kedua belah telinga
dan lolipop tergantung di mulut

entah macam mana,nasib kurang menyebelahi bilamana
soalan telah ditujukan kepada aku yang tidak mendengar apa-apa ini
soalan mengenai cara pembelajaran effektifnya mengikut
caranya....

p-e-m-b-e-la-ja-r-a-n  effek-tif???

instead of memberi jawapan,aku bangun dan membuat satu penyataan

"kalau kau nak semua orang jadi macam kau,
siapa lah yang mahu jadi macam aku"
sambil angkat kening dan awang-awangkan lolipop di tangan

hahahahahahahaha...

ok,aku cari pasal waktu tu


Saturday, August 4, 2012

yang kita rasa kita faham,tapi sebenarnya kita tidak

tahun 1 adalah tahun pertama 
aku mula bersolat di sabah

di bilik,di masjid UNi, 

2 tahun lepas,aku berpeluang solat subuh di puncak gunung kinabalu
sujud di batu-bata yang sesejuk ais
di kelilingi manusia belbagai bangsa dan agama

setahun yang lepas,
mula bersolat di sandakan,rumah disandakan
di Hopsital sandakan, di masjid sandakan

waktu euro hari tu,
subuh aku di masjid terapung di kota kinabalu
beriman dengan 'imam suara sedap dan muda mungkin"
hahahahahahahaha

awal bulan lepas,
aku bersolat di sebuah masjid yang aku boleh klassifikasikan
sebagai 'masjid tinggal' di sebuah kampung di kudat

tadi,aku solat di belakang sebuah restoran atas air
setelah menggunakan air yang 'hidup segan mati tak mau ja' sebagai 
air wudhuk

dah terlalu  banyak tempat, 'hak Allah" di bumi ini
telah
menjadi bukti aku pernah sujud padaNYA

cuma terfikir je tadi ,antara solat-solat itu
yang mana aku betul2 khusyuk,yang betul2 aku 'solat'
semua kah  solat aku 'diterimaNYA'?

hmmmmm

Health promo yang sangat menduga 
kesabaran dan juga iman tadi

Thursday, August 2, 2012

most loyal friend : my alter-ego

pejam celik,pejam celik
walau kadang2 bila pejam tak nak celik2 (waktu lapang)
celik tak pejam2 (waktu busy dekat dengan exam)

dah nak habis posting second 
untuk tahun keempat

dah ada senior tahun 5 start mengira hari untuk 
mereka habis belajar,
hari mereka akan melangkah pergi dari uni ke alam pekerjaan
alam bekerja yang 
kau tak boleh-buat silap-kalau kau buat-mati lah kau 
kau kena dedicate seluruh hidup kau-pada pekerjaan ini-pada masyarakat

actually kan,
kadang2 aku memang tak faham
macam mana manusia jahat-dasyat-kepala angin macam aku ni
boleh tercampak masuk bekerja memberi khidmat pada masyarakat

mungkin,
kerana banyaknya dosa-dosa waktu lalu dalam hidup ini,
maka aku diberi peluang mengumpul pahala 
dengan menolong manusia pula utk hidup yang mendatang

kan........siapa tahu hal2 macam ni
kan?

Tuesday, July 31, 2012

sebagai manusia,aku sebenarnya tak tahu takdir aku itu macam mana

hari ini muhasabah diri
reflesi diri

keenganan aku bercakap,berbual,bercerita,berinteraksi
membawa aku pada satu keadaan
keadaan yang mana aku punyai banyak waktu untuk melihat 
melihat diri sendiri dan juga sekeliling,
melihat waktu lepas,waktu akan datang dan waktu sekarang

dosa,kekurangan,kesalahan,
pembaziran,penipuan-copy paste assigment-,
keenganan aku untuk berubah, apa yang aku pilih dan buang,
manusia-manusia yang datang dan pergi, manusia yang aku tinggal,
kawan-kawan y dah meninggal,saudara mara,
semua berlegar-legar dalam fikiran aku...

Yang sebetulnya ,aku sedang berfikir
tentang
waktu lalu yang suram,waktu sekarang yang memenatkan
dan waktu akan datang aku yang ntah apa keadaanya itu

dan aku kini
sedikit takut untuk hidup terus menerus dengan keadaan 
semacam ini,
aku takut nanti ada yang disalahkan,ada yang dikesalkan

mari,
bantu aku cari perjalanan dan destinasi yang selamat

Saturday, July 28, 2012

kalau nk kata dejavu pun boleh jugak

di kudat ini aku dah buat eksperimen satu
pernah dengar ayat ini
" talk to people to make them ignore you,
ignore people to make them talk to you"
memang betul-betul jadi lah,
menjadi kerana
 aku berada di kalangan manusia-manusia yang mudah dijangka

sampai,satu masa,aku mula merasa bosan
bosan kerana aku dapat menjangka apa akan jadi
apa yang akan mereka katakan,dan apa yang akan mereka rasai
kadang-kadang mahu jugak aku merasa kejutan
definasi kejutan,
kejutan:berlaku apabila sesuatu yang tak dijangka berlaku
secara tiba-tiba,
berlaku tanpa pernah dijangka
dan percayalah rasa terkejut itu superb
...........
macam dah lama tak merasa macam tu
macam dah lama aku mula membaca tindakan orang2 sekeliling

macam dah lama,
aku ambik tahu dan kisah hal-hal sekeliling
dan agak lama,
aku habiskan waktu aku,sugar dalam badan aku kasi supply utk otak
hanya untuk menjangka perasaan orang lain
hanya untuk mengenali orang lain

sebenarnya apa yang aku dapat?

tapi kan apa yang aku rugi?

tahun yang perlukan perubahan adalah tahun ini 2012

jangan sampai kita tak nak bergantung pada Allah
jangan sampai kita buang yang satu itu dalam hidup kita
 tak nak bergantung pada manusia tak apa
tapi jangan tidak dengan dia

berdoa tanpa ada usaha,itu bodoh namanya
tapi 
kalau berusaha tanpa doa,itu sombong pula orang kata




Monday, July 23, 2012

dslr kamera.... it doesn't make any sense actually

beberapa bulan ini,
aku memang merancang untuk menutup hidupku dari perkara luar
dari manusia-manusia luar
dari perasaan-perasaan luar,
dari yang tak sepatutnya ada dalam diri

dalam hidup, aku, selalu berada di satu sisi
sisi yang selalu cukup,yang selalu penuh
tidak pernah rasanya aku berada di sisi yang satu lagi 
yang selalu kekurangan

ianya kerana selalunya
aku berfikiran positif pada banyak perkara,
tetapi pada kali ini,aku tidak mampu lagi untuk melahirkan positif itu di dalam hati
jadi mungkin aku hanya perlu
menerima dan hidup dengan yang negetive itu

hidup positive didalam suasana yang negative
mungkin lebih kurang sama
dengan hidup gembira di dalam kesedihan
atau hidup aman di dalam peperangan

kan?

mungkin aku positif cuma tidak seperti positive yang kau fikirkan
so jangan rungsing,
aku akan tetap hidup dengan cara aku
tak kira macam mana pun..caranya itu akan tetap ada
aku...akan tetap ada.

Sunday, July 22, 2012

k

salam ramadhan
dari Kudat,Sabah

Friday, July 6, 2012

itu memang 'manis'

manusia yang berlalu pergi itu
akan datang kembali menjadi manusia yang baru
yang kadang-kadang banyak bezanya 
berbanding dengan yang dahulu

harapanku cuma satu,
permintaanmu juga begitu,hanya satu

ianya berkisar tentang kamu dan aku

kan?

Thursday, July 5, 2012

kerana cinta aku wujud di dunia

betul apa yang dikata
bahawa when we care too much,it will hurt much more
but then bagi aku

jika punya cinta,cintalah sepenuh hati
jika berkawan,berkawan dan setia lah sehabis mungkin
mungkin waktu kecewa ianya akan menjadi sangat pahit
dan menjadi kesedihan yang dasyat

tetapi tak salah
perasaan kan perlu dinikmati semaksima mungkin

hal ego-ego ni tolak tepi lah
masa tak boleh nak putar kembali

siapa yang ada mak ayah yang masih hidup
biasakanlah cium-peluk mereka
dulu waktu kecik2 mereka selalu buat begitu dekat kita anaknya
yang ada adik-kakak-abang
sayangilah mereka sedaya mungkin
sebelum waktu dan peluang itu dah tak ada 
dan bukan milik kita lagi

^_^
rindu keluarga actually

Wednesday, July 4, 2012

aku tidak dapat cari title untuk post yang ini

malam nisfu sya'aban kan malam ini
moga hari-hari esok menjadi lebih baik untuk kita

takdir kita cantik sebenarnya
andai kita cuba mencari kebaikan pada tiap musibah yang datang
actually, macam yang hlovate cakap dalam 
'contengan jalanan'.
kita berjalan-bekerja-belajar atas bumi Allah ini
kita mencari sesuatu
dan kadang-kadang kita terlalu focus pada apa yang kita cari
sampai kita ignore je apa yang kita jumpa

yang kita terjumpa
yang Allah izinkan kita jumpainya dalam perjalanan mencari itu
yang Allah hadirkan agar kita berfikir dan belajar
agar kita lebih faham dan lebih menhayati
agar manusia itu lebih mengenaliNYA
lebih dekat padaNYA

dan kadang-kadang apabila kita tidak dapat apa yang kita cari
yang kita usahakan,kejar-kejarkan itu
kita marah-marah,kita kecewa dan kesal 
sedangkan Allah dah bagi apa yang bagus untuk kita
apa yang paling  bagus untuk hambanya
dan sebetulnya untuk kita

kerana aku,
sebagai hamba memang percaya
yang Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang

note:
ini adalah post pertama di Kudat
dan hari ini Kudat hujan 
^_^

Saturday, June 30, 2012

seriusly tak mau

Akan ke kudat,
kudat itu adalah satu daerah di sabah yang agak jauh dan juga pedalaman lah
pernah menjadi kawasan 'glamour; dengan malaria
tetapi berita terbaru mengatakan ianya tidak lagi
ok lah kan kiranya
perjalanan ke kudat dari Kota Kinabalu biasanya 2-3 jam 

tahun ini akan berpuasa di Kudat
which is majoriti penduduknya Rungus-Kristian
tahun lepas berpuasa di Sandakan yang 
majoriti penduduknya Islam

Actually memang betol-betol tak nak lah pergi Kudat
reasonnya mungkin sbb tak semua kena pergi
1/3 daripada budak batch je akan sana
by rotation kemudianya yang lain akan menyusul

tu lah,tapi kena pergi jugak lah
yang severe sikit sbb aku kena time bulan puasa
lepas tu lepas raya pon masih akan di Kudat

siapa tak tahu kudat,sila goggle
disana ada satu kawasa pantai y agak menarik
ciptaan Allah yang pelik
tip of borneo orang kata
nanti lah,ada masa aku kesana.

hmmm...kudat kan

Wednesday, June 27, 2012

they gonna be a leader

actually saya  tak jumpa pak imam lain lagi
dan saya tak nak jumpa pak imam lain dah

 imam sorang pon dah cukup
dah boleh buat solat wajib dan sunat
dah boleh perbetulkan apa yang pincang
dan boleh buat macam-macam

pak iman cakap
sama-sama kita jaga ya.

hero saya malu-malu,
yang ini pon kena jadi imam yang bagus

aku perantau II

sambungan kisah water rafting.....

train yang aku naik itu berlalu melintasi rumah-rumah penduduk kampung
penduduk kampung akan naik membawa barang utk dijual di pekan
getah sekerap dan sayur-sayuran
berdasarkan pemerhatian,aku kira train itu sahaja pengangkutan bagi mrk
aku sedar,bahawa aku bertuah,
kerana di UNi ayah membelikan aku sebuah motosikal untuk ke kelas

aku bukak buku Hlovate bertajuk contengan Jalanan
memang  buku ni sangat bagus untuk dibaca di jalanan
menceritakan tentang manusia2 berjalan mencari kebenaran

aku tutup kembali buku selepas 3 helai aku baca,
dan mula mengira bilangan penduduk kampung y memakai tudung
mahu mengira berapa ramai yang Islam diantara mereka
1/10 mungkin yang memakai tudung,
dan aku harap bukan 1/10 itu sahaja yang Islam
aku mengharap bahawa semua di dalam train itu islam
cuma mereka tidak memakai tudung

manusia yang miskin harta tapi kaya jiwa dan agama
lain dari yang miskin segalanya
bahkan dapat juga dibezakan
dengan yang kaya harta tapi  miskin agamanya

bukan ke aku pernah cakap,
yang bahagia itu bukan pada harta didunia
ianya sesuatu yang ada didalam hati
yang terpancar pada diri,perbuatan dan pertuturan

hampir menagis bila mengenangkan
they (penduduk dalam train)
akan end up diorang punya life just like that
dalam kemiskinan harta dan juga agama

semoga satu hari terbuka hati mereka
pada kebenaran yang akan membawa mereka
pada kemuncak kehidupan 

pakcik y jual air 100plus dan carslberg.

Sunday, June 24, 2012

Aku perantau I

waktu-waktu yang menarik dan mengembirakan
akan tinggal menjadi satu kenangan yang indah
dan tanpa kita sedari kadang-kadang 
bukan yang hanya mengembirakan bertukar menjadi memori indah
bahkan yang tidak juga 

semalam pergi water rafting di sungai padas,
macam elok sangat lah aku tercampak di sabah ni,
banyak aktiviti lasak yang boleh dilakukan
so,I think i Should thank my ayah lah,
dia yang paksa aku datang sini ni

perjalanan ke sungai padas
mula-mula naik van putih-putih hijau tertulis BUSAT
Borneo Ultimate Sport Adventure Tours
and then after breakfast kopi dan biskut dalam van
kami sampai di beaufort dan menaiki train
yang gilak klasik-goyang2-lompat2 trainnya
but then still enjoy la

then sampai,then kayak
mandi mandi sungai sambil pakai life jacket dan topi
topi yang macam tentera pakai tu

so, I guess photo will tell everythin kan
bersama teman2 dan Busat van
train klasik
bersama pakcik guide Andiki


...hahahahaha..
second part of kayaking story akan menyusul
that one I'm gonna tell about the 'truth'

Sunday, June 17, 2012

deja vu

Ada seorang manusia yang muncul dalam kehidupan aku beberapa tahun lepas
yang selalunya berdiam diri almost sepanjang tahun
without saying anything to me..
but then,he still know what's happening
what;s happening to me and around me

Macam tahun-tahun sebelumnya
dia akan menjadi orang yang terawal 'datang'
mengucapkan selamat hari ulang tahun

dan tahun ini dia datang dengan beberapa patah perkataan sahaja

"selamat hari ulang tahun,
dan moga bertambah keimanan"

kemudian dia menghilang kembali.


Saturday, June 16, 2012

it's about your inner side.

.Gila.

lect dari Dr.Faris mengenai 'gila',
selalunya berlaku apabila  seseorang menerima musibah (life events)
yang tidak pernah terfikir olehnya,
atau multiple life events which are bad.
contohnya-kematian-perpisahan-bangkrup 
or sebagainya

Ianya lebih kepada ketidak upayaan untuk menerima kenyataan

So,sebagai seorang muslim
perkataan 'tidak dapat menerima kenyataan itu'
patut disingkirkan dalam kehidupan

Mengenai rukun iman yang terakhir,
iaitu menerima Qada dan Qadar Allah,
setiap dari kita wajar dan wajib mempercayainya

setiap yang buruk ada baiknya,
setiap yang sedih,ada gembiranya
setiap yang hidup,mati memang semestinya

Allah tidak membebani hambanya dengan sesuatu yang 
hambanya tidak mampu
kan?

cuma selalu bersangka baik pada pencipta kita
selalu meminta padanya
selalu percaya padanya
selalu bersyukur dengan apa yang ada
dan memandang sesuatu dari sudut postif
i/Allah....manusia akan lebih terbuka dalam menerima

hope,
tak ada antara kita yang akan menjadi gila

oh ya,saya sokong German untuk Euro ini


Friday, June 15, 2012

don't ask me why....

ketika sedang study dah menjadi kebiasan bagi aku
membawa mp3 sekali sebagai peneman
sewaktu sedang mendengar,datang teman yang agak rapat dan bertanya

teman:dengar lagu apa.(sambil terus mencabut earphone dari telinga?
aku hanya mendiamkan diri
teman: kau sakit eh,sejak bila ada kau dengar lagu nasyid jiwang2 cenggini,
bukan kau dengar eminem je dari sekolah dulu lagi
aku: ada orang bagi lah lagu ni,
teman: wargh,siapa lah yang bagi?
aku: kenapa kau tak tanya kenapa dia bagi?
teman: hahahahahahaha


sambil menyambung study yang tersekat seketika
senyum tak hilang dari muka aku

........hahahahahaha........
kawan,kadang-kadang antara cinta dan gila 
samar bezanya
-Andrea Hirata-

Monday, June 11, 2012

we created a huge problem together...

perasaan ini masih seperti dulu
mild ischemic pain which is localized to the right side of my chest
it suddenly appeared anytime-anywhere
when
I see you-hear your voice-or someone talked about you

Ada beberapa perkara dalam hidup aku
yang aku enggan untuk ceritakan kepada manusia lain
Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dia dan Tuhan kami

Kerana kesakitan,dan juga kegembiraan itu
terlalu sukar untuk dinyatakan
dan mungkin tidak akan difahami oleh sesetengah manusia

Mungkin juga aku enggan untuk menceritakan
kerana aku terlampau berkira
 aku tidak mahu berkongsi segala rasa itu dengan manusia lainnya
Biarlah hanya aku dan dia fahami dan rasai
disaksikan yang ESA

and to whom it my concern,
aku harap tiada penyesalan antara kita
dan aku tahu rasa semacam itu tidak akan ada,bukan?

kerana bersama masa kita telah belajar untuk percaya
yang Allah temukan aku dan kau
bersebab

so do you think
it's sweet to be remember?

Friday, June 8, 2012

it's not what you see

Aku agak bagus dengan patah kata-kata
maksud aku,aku mempunyai pengalaman berkata-kata
 yang diperolehi daripada pembacaan
aku tahu, how to say it clearly or make it unable to be understand

so,
bila waktu seseorang sedih...aku tahu untuk mengatakan sesuatu
sama ada membantu mereka memandang kesedihan itu dari sudut yang berbeza
atau menceritakan sesuatu yang lain,yang mampu mengalihkan perasaan itu

bila waktu gembira seseorang....aku tahu apa jenis kata yang perlu
agar mereka betul-betul merasai gembira seperti
mereka tidak punya waktu untuk tidak merasa gembira

waktu seseorang serabut memikirkan permasalahan
aku tahu untuk berkata bagi meringankan fikiran mereka
sama ada membantu mencari penyelesaian
atau membantu mereka untuk tidak terlalu memikirkannya

tetapi,
aku juga tahu untuk berkata sesuatu yang menikam
waktu aku mula kecewa dengan beberapa golongan manusia

and during that time,
I wish yang aku tak terlalu bagus menyusun patah2 perkataan

ianya hanyalah sesuatu dalam diri aku
yang kadang-kala banyak membantu diri sendiri dan juga manusia lain
dan kadang-kala ia juga mampu memusnahkan dan menghancurkan 

ya 
betul, kelebihan kadang-kadang mampu 
memeningkan

mungkin,
aku hanya perlu belajar cara untuk mengawalnya



Sunday, June 3, 2012

it's just the matter how you solve em'

"sabar lah,
boleh ke sabar sikit?
orang lain ramai lagi yang boleh buat awak happy
-lodz,Poland-

oh,ada rasa untuk beli mini compo
tak pun speaker setinggi lutut kasi sambung dekat laptop
paling kurang pon speaker setinggi botol air letak atas meja study
atau apa-apa yang boleh kasi kelam sikit bilik dengan bunyi
sebab 
my brain work best bila 'kelam' cenggitu

earphone,headphone bukan tak ada
cuma sekarang mula rasa tak cukup,tak cukup tenggelam dalam dunia sendiri
dunia yang aku bina sendiri

tapi,kalau rasa nak kena humban keluar bilik
oleh dua orang rumate aku tu
aku boleh lah fullfill segala rasa dan keinginan dunia ini
mereka serabut bila bising-bising
which is aku tahu normal je mereka rasa cenggitu

lepak luar bilik sejuk seh
lagipon buat apa dduk luar bilik semata-mata nak dengar lagu
kan..

tak ada pape...lepak ar

Friday, June 1, 2012

waktu ianya bermula

hooOOOrey..
dah habis exam yang pertama untuk tahun 4

tiba2 masuk belaja-tiba2 exam-tiba2 dah habis exam
semua bnde yang tiba2

actually sekarang baru perasaan
bahawa susah betul nak faham manusia yang bernama lelaki
haih

Wednesday, May 30, 2012

bagiku kau bintang....

start rindu semua manusia yang pernah hadir
dan meninggalkan sesuatu dalam hidup dan hati ini

dan ,mula ingat semua benda-benda menarik
yang pernah buatkan aku
tertawa gembira-senyum sampai ke telinga-atau mengeleng-ngeleng kepala tak percaya

dan juga teringat pada personaliti menarik kawan-kawan,
kata-kata daripada sesetengah mereka ,yang telah
membuatkan aku kadang-kala kagum,
"kagum kerana ada antara mereka mampu memberitahu sesuatu 
yang penting sebegitu begitu sahaja"
sempoi lah korang,serius sempoi

salah seorang daripada mereka 
telah menjadi sebab(setelah diizinkan yang Maha Esa)
sebab yang telah turn aku upside down
seseorang yang menjadi turning point dalam hidup aku ini
maybe I should say thank you doploh 4 kali untuk dia
 
dan yang lainnya,
walaupun tak pernah buatkan aku menjadi gelabah sebegitu
tapi yang seperti aku percaya
when we meet someone
get hurt or get love by them
kita masih belajar dan faham something dari tiap peristiwa itu
kan..
 
apa yang aku tahu, 
 if u meet someone yang menarik selepas dikenali
stay with him/her
sbb kehidupan akan bertambah menarik waktu dia kau mula fahami

Monday, May 28, 2012

exhausted...

sibuk tahap kritikal

baru je masuk belajar,dah kena exam
macam akan syahid je exam kali ni

haih