Andai kau adalah golongan yang bertuah
satu ketika dalam kehidupan kau,
kau akan berjumpa someone yang kau begitu senang,
yang kau begitu sukakan, yang selalu mampu buat kau senyum dan tenang
rasa yang hadir bersama hadirnya dia itu
tidak mampu digambarkan,tidak mampu dikatakan
mungkin bila kau mula membuka mulut untuk bercerita
manusia lain akan mengatakan kau gila,
kau juga dikira sebagai golongan yang bertuah,
andai satu ketika manusia yang kau terlampau cinta itu
hilang,hilang dari pandangan,hilang dari gengaman,
kau akan menjadi gila buat kali kedua
gila dalam menahan rasa
kedua-dua kegilaan perasaan ini wajar untuk
dinikmati dengan sepenuhnya
kerana bukan semua yang punyai peluang sebegini.
hanya kita,
hanya kau dan hanya aku
No comments:
Post a Comment