Tahun ini adalah tahun yang agak sibuk
Tak pernah terfikir pulak hidup akan menjadi sesibuk ini
If tak ada android smart fon,memang tak bernyawa lah
facebook dengan twitter tu
Tak sempat jugak nak membaca berita-berita semasa
At least tiap hari sempat jugak scan Utusan Online
Ni belum final year lagi ni,
tengok senior final year punya life,
balik dari hospital dah lah malam,malam time aku dah siap semua benda
terus mereka terkam laptop, buat presentation untuk esok,
baju belum bukak,makan ke belum tak tahu,mandi pun jugak belum jugak tu
penat tak yah cakap lah
lainlah jika dekat hospital,kelas dalam bilik aircond duduk sambil silang kaki
Kelas tu jenis yang berdiri dan berjalan ke hulu ke hilir
sambil kepala terus berfikir
Pada beberapa waktu, aku suka kesibukan ini
yang membuatkan aku lupa pada beberapa masalah yang memang tak nak selesai.
Buat aku kurang ingat pada certain-certain perasaan bangang.
yang kalau dilayan rasa tu,akan buat hidup aku tunggang langgang
tapi. pada beberapa ketika pula,
aku rasa penat,penat dengan kesibukan yang berpanjangan
yang, akan terus wujud dalam kehidupan aku
entah ,sampai bila akan berhenti,
sebenarnya. kena terus hidup dalam keadaan seperti ini
sama ada aku akan develop tolerance. atau aku quit sebab tak tahan
tu je. ending pada kesibukan semacam ini
Macam sekarang, tiap minggu akan oncall 2 kali,
semua benda kena belajar sepanjang masa, dimana-mana sahaja.
jumpa benda baru,di explain oleh mana-mana orang yang berilmu
make sure, brain akan terus capture dan ingat sampai bila-bila
sampai bila-bila .sebab ntah bila akan jumpa lagi case seperti itu.
No comments:
Post a Comment