Monday, January 31, 2011

tiada tajuk utk entry ini

Ini bukan lagu justin bieber atau bruno mars
............................
"the ink to my paper
where my pen is to my pad,
the moral,the very fiber,the whole substance to my rap
u r my reason for being
the meaning of my existence
if it wasn't for you,i would never be able to spit it
these sentences I do and the irony
is u rely on me as much I rely on u to inspire me like u do
u provide me the lighterfluid to fuel my fire,
u're my entire supply,gas,the match ,the igniter
the only way that I am able to stay so stable
is u're the legs to my table
if u were to break i'd fall on my face
but I'm always goin to make u feel I don't need u as much I really need u
so u don't use it to ur advantage
but u're essential to me,u'r the air I breathe
I believe if u ever leave me,I'd have no reason to be,
u're the word I am looking for when I'm trying to describe
how I feel inside and the right one just won't come to my mind"
............
ini eminem yang nyanyikan

semenjak dua menjak ni,bahasa aku.
kurng sopan jadinya,
yang aku kuarkan dalam medium bunyi tu satu hal,memang tak sopan
yang aku ckp sorang2 dalam hati juga satu hal,tak sopan juga
masalah...masalah

baru letih/terasa sikit dah mula tk bole fikir dengan tenang
even,senyuman pun tak bole nk dibuat dan dimaniskan..
cam ne ni?

aku mahu kongsikan ini



Saturday, January 29, 2011

haluan itu

sometimes the best way to stay close
to someone u love is being
Just a friend..

i'm doing it..
so??

bukakan telapak tangan dan tekan kan kepala..

haluan yang dipilih oleh insan itu pada 1 peringkat dalam hidupnya
banyak dipengaruhi oleh persekitarannya,
mungkin juga hatinya,(pada y mengikut hati),
ada yang mengikut pertimbangan akalnya,
tak kurang juga yang mengikut pendapat mereka-mereka y lebih tua.
apa pun keputusan y dibuat pada peringkat itu
mungkin akan,dan mungkin juga tidak akan berubah
bilamana hidup itu telah beralih kepada fasa yang lain

aku tidak pernah beralih arah walaupun telah 3 fasa kehidupan aku tempuhi
aku tidak pernah lupakan yang aku usahakan
dan...untuk fasa yang akan datang,aku akan tetap pertahankan.

untuk menjamin kekekalan???
itu aku tidak dapat katakan....aku bukan tuhan kawan.
aku bukan abadi

the harder u try to forget something
the more u think about it unconsciously

bila ar mau hujan y lebat lagi??

the saddest quote ever created by the
funniest man in the world

"I love walking in the rain cause no
one can see me crying"
Rowan Atkinson a.k.a Mr.Bean

sometimes no matter how happy a person outside,
there's a pain he hides inside
there is .....

kau dan aku banyak persamaan.
namun,sorry ye...kita tidak sehaluan..

jangan cakap kau faham tentang aku,kalau aku sendiri tidak fahami aku!!

aku banyak cita2 atau impian.
dan ianya aku bahagikan pula pada dua bahagian besar.
yang tidak bole dicapai,atau impossible utk dicapai
dan satu lagi yang perlu dan bole dicapai

aku tak ckap mereka y membina impian tapi tidak cuba untuk
merealisasikan apa y dicita-cita itu
seorang y penakut,malas atau kurang motivasi diri!!
kerana aku punyai satu impian y aku tidak mahu usahakan

jangan lihat,dan terus membuat konklusi
pandangan awal atau pendapat pertama tentang sesuatu itu
kadang2 betul dan kadang2 180 darjah berbeza daripada y sebenarnya..

macam aku,,,
aku punya impian yang aku tidak akan cuba realisasikan walaupun sedikit
malah aku tidak mahu ianya ditunaikan pun
jika ada yang hulurkan bantuan,nescaya aku hanya akan gelengkan kepala
ianya akan hanya kekal sebagai impian
aku hanya membinanya,tapi tidak mahu merealisasikannya

impian aku hanyalah,
aku tidak mahu berada disini

-OutsiderZ-
00:29 waktu mesia

Friday, January 28, 2011

00:06 waktu mesia

aku ramai kawan y bole dibuat teman
utk minum ais cendol,dengan keropok lekor pada waktu petang
yang dikira bole bergelak ketawa sambil layan perasaan.
aku bercerita,dia ketawa..
dia bercerita,aku tergelak-gelak riang
beribu manusia yang aku jumpa dan aku tertawa riang dengan mereka

3 tahun y lepas,
waktu aku menangis dan dan lemah utk berdiri
hanya ada 3-4 orang y memaut aku erat utk terus kekal teguh
3-4 out of ribu-ribu...

hidup ini hanyalah pelajaran,
anythin happend ,itu lah pelajaran dalam bentuk pengalaman.
dan pada 3 tahun y lepas,aku belajar 1 benda y aku tak pernah rasa aku akan lupa
aku takkan pernah lupa..

11:56 waktu mesia


cuti seminggu adalah masa marathon,
marathon tido,marathon lepak,marathon anime,marathon lah apa2 pon.

sekarang aku marathon berblog..


11:33 PM waktu mesia

pada benda2 yang kau terangkan,
aku cuba faham.
aku sekerasnya mencuba memahami sebagaimana gigihnya cubaan kau utk memahamkan
aku bukannya bengap utk tidak paham
gunalah kiasan setinggi mana pun,aku akan tetap faham
akan tetap mengerti..

dan bila berkali-kali engkau terangkan dan aku masih
termangu dan diam.
tika itu,aku bukan tidak mampu utk faham
aku hanya tidak mahu memahami..
aku yang memilih utk tidak memahami..

aku tak suka ambik tahu hal mrk2 y tak ada kaitan dengan aku
dan aku juga kurang selesa bila yang tiada perkaitan dgn aku
ambik tahu tentang aku..
comfort zone babe,comfort zone
takkan berjaya masuk university masih bengap kot...
cubalah faham sebagaimana aku faham kamu..


holiday 1 minggu start from today!!

1benda da habis,exam..
exam da habis
dan aku juga HABIS
habis ar exam neuro,soalan y unexpectd,

bila kau decide utk bercinta dengan kawan
automatik ..automatik kau kehilangan kawan kau itu
love is friendship dalam fire..
bila kau kehilangan cinta itu,u'll lose your friend jugak..
hilang dua-dua sekaligus
sadiskan??

makan nasi arab y digaul dengan daging kambing utk dinner malam ni
tQ pada rumate y memasak..
dan sekrang aku da penin-penin lalat sebab ....allergic dgn kambing
alahai..

tak payah lah mengerjar cinta,
kalau ianya milik kita,kalau ianya memang tertakdir utk kita
ianya akan kita gengam..satu hari nanti..
...penat tahu...
mengejar dan dikejar..
bole tak dduk diam2...dan tunggu...

optimis:
kesusahan yang dipikul oleh seseorang itu adalah
latihan baginya
latihan dan juga pengajaran utk menjadi lebih matang
takkan takut kot..??

Thursday, January 27, 2011

aih

tarik nafas dalam2,
dan tahan.....penuhkan oksigen ke otak..

esok.aku lepaskan

sehari sebelum exam

bahana tido lepas subuh y jadi aku punya habit semnenjak dua menjak ni..
selalu mimpi y bukan2..
aku ade symptom hypersomnia..
aduhai lagi penyakit melanda..

mimpi hari ini
"menjadi ejen rahsia,mcm james bond,tapi y peliknya
aku tak pakai smart2 mcm james bond,
pakai track suit dan guna senapang patah-
maka aku anggarkan aku ejen rahsia pada zaman
tuah bersaudara..

selamat pagi diucapkan pada dunia
we have to move on..


Wednesday, January 26, 2011

aku masih mencari

aku mahu semua y aku mahu aku dapat gengam
aku mahu semua y aku sayang dapat aku tatap dan tatang
aku mahu tiap apa y aku lakukan hasilnya adalah kejayaan
aku mahu tiada rasa benci sedikit pon dalam hati
aku mahu tiada y negatif dalam diri
aku juga mahu cinta aku 'putih' serta suci
aku mahu segalanya lengkap utk gembira didunia ini..

perancangan Tuhan itu maha hebat,dan aku tidak dapat segalanya
ianya hebat apabila tentukan apa y perlu dan tidak utk aku

bukan aku tentukan begitu....DIA y tentukan..DIA sebagai pencipta
dan aku hanya orang suruhan..

note:
kalau dah semua bnde tak bole nk jalankan kepala,
dah tak bole nk pujukkan hati..
sebenarnya ianya tetap ada..
tapi susah sikit lah..
cari lah

Tuesday, January 25, 2011

aku memang tk patut cakap, bnde2 tak patut..


kalau percintaan kamu itu harus berakhir di pelamin biru
sesudah si DIA dan SI KADi sama2 tajam merenung

ianya sangat berbeza dengan perjalanan cinta aku.
percintaan aku akan bermula tika cinta kamu itu berakhir..


amacam ???

damn jiwang!!
damn sesak nk exam!!

Monday, January 24, 2011

1-1-7-6

wanita yang baik adalah
yang tidak memandang dan tidak dipandang
-saidatina Aisyah-

note:
suka j tenung rumate lama2..
kasi psiko sikit..

kerana ianya akan tetap susah,maka aku y perlu senangkan ia!!

diambik pada tahun lepas,
masa pergi kampung utk buat health promotion..
tak pernh terfikir akan berpeluang jejak kaki atas gunung tu
ekpedisi mendaki gunung pada 2hb february 2011
so,kalau aku tak angkt fon,atau tk layan korang harap maklum ye!!
masalahnya skrg..
this week exam ar,dan aku skrg in lost lost situation.
wargh..who said neuro tu senang??
meh sini,nak tabik spring,kasi korang bangga..

note:
kegembiraan itu bukan benda y bole dibuat,dimanipulasi dan
di gerakbalaskan..
ianya kadang2 hadir tanpa dibuat-buat.
dan kadang-kadang ianya hilang tanpa di pinta2..
masalahnya kalau da hilang,susah nk datang balik..

a bunch of limau di kebun tokki,
ada masam,ada manis,ada tawar,ada y tak ada rasa langsung.
ianya bukan salah tokki aku bila limau y dia tanam....mcm2 rasa ada..
baja semua dikasi sama,air,penjagaan dan juga racun juga sama.
tak ada pilih kasih pada limau itu..
but result itu selalu beza.
ianya bukan salah mak bapak bila ada anak y jadi orang dan ada y tak.
rumit rumit..




Sunday, January 23, 2011

Bila byk berfikir,ia akan buatkan kau terlebih diam atau terlebih cakap!!

ketidakpedulian aku selalunya timbul ekoran dari 2 rasa
satu,sama ada aku tidak suka
kedua,jika kepedulian akan buatkan aku lara.
maka jangan salahkan aku jika aku memilih utk
duduk dan tidak buat apa2..
jika aku memilih utk melintas tanpa menolehkan kepala.

it hard for me to admit..
and it hard for them to accept ..
aku diam,tanpa mengakui apa2,dan mereka tenang tanpa perlu menerima apa2
tu j

kepedulian aku juga muncul kerana bberapa sebab y ketara hadirnya.
satu, rasa tanggunjawab y mengikat aku utk terus peduli
dua, rasa sayang y tiba-tiba ada dalam hati
tiga, minat y buatkan aku tak berhenti menerokai..

masa sukar itu selalu ada,
sebagai peperiksaan dalam kehidupan,
menguji..kuat atau lemah manusia itu ....
bila tiba2 calamity datang..
kelepuk,,,menghempap diri, dan buatkan kita terkial-kial mencari tempt berpegang
satu pegangan untuk kentalkan hati
agar terus teguh dalam ribut kencang
pegangan y dijadikan topang
utk bangkit meneruskan perjalanan kehidupan..

kira bintang,main sembunyi dengan bulan,lompat2 tali di padang,jogging waktu petang
main ombak kaki ayam,baca buku sin chan,main buih sabun
tengok kartun dan gelak sorang2,ym dengan kawan,
........
buat j lah apa2 pon untuk stay enjoy dalam detik2 y menekan ini..
..aku akan terus hidup..
kalau aku nk idup,aku y perlu hidupkan..

ok...aku penin..!!

don't look back!!

i will grow through this pain..i will
just don't give up..just don't let me give up everything that i have.
just don't let me fall.

it getting harder,and i getting weaker..
argh..damn hurt..

it's a lot easier to say you're mad
than to admit that you're hurt.
try ar.it really work..

smile through the tears..
don't just cry,we are here to fight...so fight ar.

waktu join taekwondo dulu
pesanan senior buat aku takut dan berani sekaligus
"masuk gelanggang,jgn takut,
kalau kau tk pukul orang,orang akan pukul kau,so pilih ye
memukul atau dipukul"..

Allah tidak bebankan hambanya dengan sesuatu y hambanya tidak mampu

berlari bersama,mengheret hati y parah,kaki y patah,tangan y hilang
mencari bantuan dan juga rawatan
atau tunggu hingga bantuan tiba,mengharap bantuan datang,kalau datang....!
kalau tak???..

lari lari lari...

note: this post,tiada editting,tiada tengok2 balik,tmbh tolak juga tak dibuat
dan ditulis tika miz outsiderz rasa sebak,dan memberat tekanan di dada..
dan si outsiderz tahu,dia kena jaga diri sendiri..

Saturday, January 22, 2011

wish u all best of luck ye!!


semalam tido dengan berjaya,8 jam ..
ada henti2 sbb terngigau tertendang dan tertonyoh kawan..
sory ye my sleeping partner..
kalau nk tidur dengan berkesan memang kena mcm tu..
bebaskn fikiran dan segala apa y ada difikiran
dah kira bagus,aku tak nyanyi time tido..

pada miss sakinah fadzil
buat lah blog sebijik,bole lah saya merayau-rayau pulak..
asyik kamu j y merayau-rayau,saya juga mahu merayau-rayau
kita tak pernh berkenalan secara formal bukan..??
tak yah formal lah..leceh

dulu aku tak ikut peraturan sbb aku tk nk ikut,tak ade sbb lain
dan sekrang aku ikut sb aku nk ikut,tk ada sbb lain jugak.
sebenarnya ada..
dulu,aku fikir sal aku j
sekarang ,aku byk fikir sal orang lain.
argh...tu sbb kedua..
(yang lain tu bukan yang lain sangt pon)

5 tahun lepas..bnde y aku selalu bincangkan
aku:hensem kot fahrin ahmad ni,auw auw
mrk kwn aku: mana ada,dia biasa j lah
********************************
aku: camne ar,aku nk keluar petang ni,nk mkn nasi bawah stesen bus
mrk kwn aku: dapat tak dapat permission,redah j lah keluar

tahun 2010 dan 2011
aku: kau,kenapa???lelaki tk bole menangis
mrk kawan aku: aku,aku sayang gila dia,aku betul2 nk kawin dengan dia,
tapi skrg kan masih belajar,so aku tk nk kehilangan dia
aku: erk,kau ni,,,,sabar2 j lah,kalau jodoh ada lah..mcm tk percaya tuhan j
mrk kawan aku: aku tahu...
aku:dah tu,ok.... aku tak faham,tak faham
***********************************************
aku:kau betul2 tak ni??bnde ni bukn bole main undo,aci nk...lepas tu tak nak j
mrk kawan aku:betul,aku betul2 bersedia,
aku:tanya lah mk bapk dulu,lepas tu kawin lah..
******************************************
aku:biar betul kau,baik jangan main api
mrk kawan aku: aku suka betul2 dgn dia,aku tk main2
aku:mak ayah kau??
mrk kawan aku: mungkin tak setuju kot,aku tk rasa mrk stuju
aku: dah tu,stop lah,cari lain,mak bapak tu penting
mrk kawan aku: tapi aku betul2 suka dia
aku: dah tu aku bole buat ap???,aku tak faham ar dgn korang berdua,
memang org bercinta low IQ eh??

aku pon tak faham apa y telah berlaku selama 5 tahun y lepas,
but look ar,,more than half aku punya kawan2 act weird.
weird kot..weird gile
adakah we become more mature??
mature lah sangat??

wish me gud luck utk neuro exam..
la la la la.
..stop lah tido miss outsiderz oi...

wish to all my friend y telah kawin,nk kawin,tunang,in relationship,
in relationship tapi ada masalh,atau apa2 aja lah
moga kekal selamanya..
korang ar..suka kawin awal2,da berapa majlis kawin aku lepas.
lepas ni sape2 y nk kawin sila panggil aku..
kalau tak panggil dan aku tahu,siap,aku culik mak andam korang
la la la la la

Friday, January 21, 2011

tentang yang lain-lain...itu lebih penting!!

ketika malam datang,
bukan hanya pekat mengambil alih terang
bukan hanya bulan mengantikan matahari petang
bukan hanya bintang muncul mengelamkan birunya awan..
ianya lebih dari itu..

dalam situasi sekarang,
aku memilih utk matikan seseorang utk menghidupkan y lain-lain.
bukan senang bilamana ianya tentang pilihan.
dia,dia atau dia y perlu dimatikan.
dan seyakin manakah aku,
bahawa pilihan aku ini menjanjikan kebahagian
menjanjikan kesejahteraan.
bahagia y aku mahukan ialah,,bahagia dan sejahtera sepanjang kehidupan
dan juga selepas kematian.

aku tidak punyai banyak waktu y tinggal..
aku belum sempat bertanya
belum sempat berfikir dengan tenang
belum tahu cara y betul utk mematikan
belum berfikir utk menerangkan
belum bersedia menghadapi kesedihan atau kekesalan
tapi aku sudah ditekan utk mmbuat keputusan
ianya adalah sekarang..

jangan kacau aku,aku mahu tidur
dan aku mahu bangun kembali menjadi manusia y lebih berani..
aku memang penakut..
so??

dia y aku matikan itu akn kembali bernafas kelak
akan kembali tersenyum kelak
akan kembali teguh kelak..
itu y aku yakin dengan pilihan aku..
dia itu adalah aku..

tentang cinta manusia,aku kejar sekarang.... cinta mak bapak aku
aku mahu pegang erat2 dan ketat2..
tentang cinta Tuhan aku,
dia mencintai aku lebih aku mencintaiNYA..
aku j yang tak pernh cukup syukur dengan cintaNYA..


Thursday, January 20, 2011

aku nk tulis lain,tapi jadi lain.

tanya sorang pensyarah bilamana kiteorang bising tahap delapan tika gap antara class.
"are u going to be professional or street vendor??"
hak,kalau street fighter ok gak..
mereka2 y pernah jadi budak jalanan j tahu apa rasa di diskriminasi
yang dduk dalam istana kaca dan lengkap segalanya takkn pernh tahu..
aku ingat aku tak ada manner,sbb byk dduk tepi jalan
rupanya ramai lagi y tak ada manner,dan mrk tu dduk dalam istana kaca..
erk..

sound is result of vibration in form of longitudinal waves.
asal-asal aku study sal sound,
n then aku mula fikir,dari vibration kan,
goggle2...lepas tu keluar wave and then type of waves?
knp longitudinal??sbb medium??lagi??

so aku stop...byk lagi bnde y berkaitan y kena belajar..
tk payah lah sampai kena belajar 1 buku sal waves..melampau tu
do a right thing at the right time

dunia bukn hanya utk mereka y pndai dan kaya..
ianya bukan hanya utk mereka y mampu dan superior,
hidup kita,kita masing2 tentukan apa y kita mahukan dan tak mahukan
aim kita lain2 bukan??cara kita lain2 juga bukan??

aku paling menyampah kalau orang suka banding-bandingkan
kerja aku,cara aku,reaksi aku..
aku adalah aku dan takkan pernah jadi kau..
kau hanya perlu hormati aku dan mereka2 di sekeliling kau.
mudah j bukan??
just,don't look down pada siapa2..


bukan susah pun nak jaga diri sendiri tanpa kacau hal orang lain,
lagi susah kau bercerita,simpn dalam kepala,dan membuat kesimpulan tentang orang lain
don't waste ur time ar..
just taking care of yourself..
aku pon tak faham kenapa sesetengah orang suka jaga hal orang lain.
dah tak ade kerja sangat lah tu kot

aku dgn 1 kerja,1 family,1 masalah pon da rasa nk pitam!!

Monday, January 17, 2011

ini quote orang,bukan aku!!

apakah???
kenyataan pertama............aku tak setuju.
yang kedua juga.................. aku tak setuju..
bukan semua bnde y aku tulis,catit,upload sini aku suka..
kadang2 aku saja j..
kadang2 aku nk cakap y aku tak suka..
kadang2 aku nk upload sbb aku menyampah..
kadang2 aku tulis sbb aku mlas nk ckp dgn sape2 y aku meluat..

prof aku cakap,human is a bunch of chemical..(ye lah tu)
aku ckap ,perempuan tu penuh dengan emosi y mcm2..
aku lah tu.

note:
module test, epidemiology in clinical praktis aku faild..
neuro lagi 2 minggu??? kita tgk lah nanti..

please do not go away....semangat!!

it's killin me when my mom said..
"bila balik???adik da kira hari dekat kalendar dah tunggu kakak dia balik"

dalam 5 tahun y lepas..
ya ...5 tahun y lepas...
10 waktu aku menangis..
5 kali kerana kau,dan 5 kali kerana familyku sayang..

tiap tangisan itu..
ianya bukan utk diriku,bukan kerana sakit parah aku
bukan kerana kecewa aku,bukan kerana kesal aku
ianya kerna kau dan
kerana family aku!!
dan kau masih ragu dengan sayang aku??
bila aku katakan,aku sayang...
aku memang maksudkan!!

note:
...keadaan sekarang y menekan aku,... dalam2
membunuh aku secara perlahan2 dan ianya menyakitkan...

segalanya matikan diri aku satu demi satu,hari demi hari,
aku selalu disuruh memilih dan bertanggunjawb dengan tiap2 pilihan
...rumate....

Sunday, January 16, 2011

moga cepat sembuh

liyana...dua dari kanan.

dia:akak deman,da 2 minggu,lepas tu gusi berdarah,da pergi klinik,
doktor bagi ubat,tapi demam tak elok2 lagi..
aku:kalau deman lagi,pergi lah jumpa doktor lagi
***********************************************
dia:akak di wad,doktor masuk darah,tapi darah tak juga naik2,
doktor kata dia nk ambik tulang nak check sakit apa,
akak rasa sakit akak ni mcm hidup tak lama j..
aku: jgn ckp camtu,tak pe,kita tunggu dulu doktor cakap apa,
apa2 pon tu takdir Tuhan
**************************************************
dia: doktor da ambik tulang sikit,kat belakang,sakit..
masa dia buat tu separuh sedar,tapi rasa lagi sakit
aku: sakit sikit tu,kena sabar,nnti sihat lah..
bila keputusan keluar???
dia: next week doktor cakap..rasa-rasakan, akak ni sakit ape ye??
aku: mana lah saya tahu,saya kan budak baru bljr,
baru 2nd year,tk masuk hospital pon lagi..
***************************************************
note:sebenarnya aku suscpect dia kena leukemia,
sebb dari matrik lagi,muka dia pucat2,dan dia letih2..
demam y berterusan,dan masa tahan di wad dia ckp doktor keep
bagi blood,plus gusi2 berdarah..
aku sangat berharap,andaianya aku salah...
aku sangat berharap yang aku memang tak pandai menganalisa..

sekalung doa untuk si teman,moga cepat beransur sembuh
dan moga dia tabah menghadapi ujian Tuhan..
amin

Saturday, January 15, 2011

Aicha -outlandish

his voice kan.???wargh..mendayu-dayu
tapi lagu ni bukan y ori....
2 2 penyanyi bawak,ada kelebihan dan kurang pada part masing2..
tak kisah...asal sedap

Khaled - Aicha

this uncle ar...have a strong voice..
ni lagu asal aisha by khaled,and then isam nyanyi pulak.
rupa, memang pak cik ni tak ada,tapi kalau bakat...
tak mcm y ada skrg,rupa ada,tapi bakat tak!!hampeh

khaled-glemer around tahun 1990 lebih2 camtu..

note: tak letih sangat,tapi mood swing ar!!

Friday, January 14, 2011

I like to be single


niat asal nk study pulun semua benda sebelum
esok iaitu hari letih bermula..
tapi..segala benda yang dibaca tak juga masuk..
so..i'm going to sleep lah..
therapy y paling bagus time letih,time sedih,time marah,time mati akal..
solat,bercakap2 dgn orang dan tido!!
kalau tak ok2 jugak..
memang ada masalah lah tu,,,
mungkin ubat barbiturate atau benzodiazepine leh kontrol ..

bipolar disoder make some people more creative,
this kind of illness lead them to succes..
masalah mental dan berjaya....comel kan
salah seorangnya ernest hemingway,dan dia mati bunuh diri..

hari ni 40 hari mohd hafiz shahidan lahir,
tapi gambar pon aku tak pernh tengok,semua orang bz
sampai nk hntar gmbr sekeping pon tk sempat..
nasib aku ....dduk jauh dari semua orang!!

jambatan atas tu bukan apa2,tengok gambr mcm tu malam2
rasa macam senang dan tenang

note: aku memang suka buat tajuk entry y tak ada kaitan dengan isi kndungan
entry,blog aku..suka hati aku lah nk tulis apa!!


nota rindu:
pada y ada di lodz,di mesir(tanta),di terengganu,di kedah,di shah alam,
di beijing,di US,di KL,di serdang, di gombak, atau dimana sahaja
kamu berada...miss u!!
emosi memang tidak stabil semenjak dua menjak ni..

semua benda tu milik Allah

mengenai apa2 yang bukan menjadi milik aku pada ketika ini
aku berusaha utk dapatkannya,,
dapat atau tak,itu Tuhan aku y akan tentukan
sama ada ianya utk aku atau tidak.

aku mempunyai masalah dengan ingatan sekarang
bende2 kecik,dan juga benda2 besar
it's not the 1st time aku lupa-lupa
dan,i'm not joking

utk segala macam aktiviti y buatkan aku rasa cam tercekik.
aku harap cepat2 berjalan,cepat2 habis
aku mahu hidup yang sempoi

aku tahu adik2 aku rindu aku,
tiap kali call terengganu,mesti akan keluar soalan.
'bila nak balik"..
dan aku akan tetap jawab walaupon aku tahu mrk da tau jawapan tu..
psikologinya
ianya buat aku rasa tak sabar2 nk balik..
adik2 aku bukan bodoh,at least kalau tak berapa pandai dalam pelajaran
dia pandai dalam psiko kakak dia.....oii korang memang!!
aku sudah berkira-kira hari utk balik..

note:aku selalu merasakan seperti outsider
dan setelah sekian lama,aku rasakan aku memang suka menjadi outsider
ianya bukan senang utk allow mana2 orang utk masuk bermain dalam "kawansan aku"
dan aku juga tahu aku tidak akan sesenangnya masuk dalam "kawasan mereka"..
sebenarnya,semua orang tu suka berahsia...

Wednesday, January 12, 2011

walaupun tk banyak,ingatan itu da jadi rahmat!!

kalau degil2,tak dengar kata dan juga selalu buat kerja luar alam
natural tu..i just can't help myself...

selain solat,makan mandi dan belajar
salah satu rutin aku sebagai seorang student y malas...tepon ummi...
at least once a day..

"ummi da beli baju k awak,nnti along beli satu lagi"
"warna nape mie??"
"kan suka biru,umi beli biru,tgh jahit tu"..
"hak,hak,hak"

note: aku tak rasa aku dah tunaikan tanggunjawab aku sebagai
seorang anak pada ummi..
dah buat tapi belum lengkap....
i'm trying..chaiyok chaiyok

sebagaimana ummi tak pernah lupakan anak2 dia,
aku juga tiap saat tidak pernah lupakan dia..

Tuesday, January 11, 2011

111

ianya getting harder...
yap
aku tak ragu-ragu...

Monday, January 10, 2011

macam subuh pertama tahun ini!!


...hak...

mengenai point pertama dia,y bercakap dan menojolkan ketidakwarasan dia..
aku goggle tafsir..Tafsir Fi Zilalil Quran ..

ianya mengenai ayat ke-6 surah al-fatihah yang punyai 7 ayat!!

6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.
Maksudnya kurniakan Taufik kepada kami untuk mengenalpasti jalan
yang lurus dan selepas mengenalinya kurniakanlah pula Taufik kepada kami
untuk mengikut jalan yang lurus itu dengan penuh kejujuran. Mengenal dan
berjalan di atas jalan yang lurus itu merupakan hasil dari hidayah,
pemeliharaan dan rahmat Allah. Bertawajjuh kepada Allah dengan berdoa
merupakan hasil dari kepercayaan bahawa Allah itulah satu-satunya Tuhan
yang berkuasa memberi pertolongan. Hidayah inilah merupakan perkara
yang paling penting bagi seseorang mu'min. Ia merupakan perkara utama
yang harus dipinta pertolongan Allah untuk mencapaikannya. Mendapat
Hidayah ke jalan lurus itulah jaminan kebahagiaan hidup di dunia dan
Akhirat. Hidayah ke jalan yang lurus pada hakikatnya ialah Hidayah untuk
memimpin fitrah manusia kepada undang-undang Allah yang mengatur dan
memperseimbangkan di antara harakat manusia dengan harakat 'alam alwujud seluruhnya menuju kepada Allah Tuhan Semesta 'Alam. Ayat yang
berikut menjelaskan sifat jalan yang lurus itu: ayat last al-fatihah

!!hati manusia tu Tuhan y pegang!!

Sunday, January 9, 2011

ahad y bagus...aku harap j ni...

my group utk tahun ini,
budak2 sengal dengan seorang ketua y skema!!hancus!!

rasa mcam dah lama tak post entry kat blog..
padahal tak sampai seminggu pon lagi..
tahu..perasaan j tu...

sedar tak sedar,dalam mahu-tak -mahu,dan juga,
semangat y turun-dan-naik,dan rasa kesal-berganti -dgn rasa syukur-lepas tu kesal balik
dah nak habis 2 tahun di sabah ini..
rasa cam sekejap j kot,dah kurang ingat dah macam mane 1st time
feelin bila 1st time jejak sabah sorang2 tanpa kenalan dan tanpa teman2..
dah aku memang dah tahu,
apa2 pon,aku tetap seorang!!
lantas aku tekadkan azam...
mak bapak dan adik2 tu adalah painkiller,
y mana aku bole adakan senyuman dalam keperitan
dengan hanya cerita-cerita mereka..
itu adalah kelebihan punyai adik2 y degil dan macam2..
at least semangat aku ada pada mereka...

dan dah macam setahun lebih aku punyai keluarga angkt di sabah ini
program y dianjurkan oleh sekolah.
maka dengan berat hati,ikut je lah,pergi j lah..
walaupon berbeza bangsa,agama dan adat,aku cuba bina rapport
dan aku tahu,ianya bukan tentang bangsa atau agama yang jadikan
sesebuah bangsa itu kurang adat atau kurang peka..
ianya tentang generasi..
generasi dulu,tk kira apa bangsa mereka,kaya dengan adat,
mematuhi agama dengan sepenuhnya
tapi kini,adat ditinggalkan,dan agama juga hanya pada pengenalan sahaja.
tu j..
pada si mak angkt y sanggup bentangkan tikar y terbaik utk aku duduk,
y sanggup beli buah2an,walau duit tak ade,
y sanggup turun jumpa walaupon masih sakit2,
aku hargai itu..aku hargai tiap apa y dia lakukan..
damn ar..dia buat aku rasa terharu..

note: this month sibuk,preparation naik gunung,belajar subjek killer,
program2 luar lagi,harap2 tak sakit lah utk waktu y sibuk ini
physical and mental,moga selalu sihat..

Thursday, January 6, 2011

mungkin ini kesimpulan....

ada dua pilihan..
study and keep studying until u die..lepas tu jadi smart lah..
or
u not study and u will die..mati tnpa batu nisan dalam dewan exam
still mati lah..study tak study mati juga!

hari ni belajar cycle of sleep,aku baca material sambil suap nasi!!
gila hectic hidup
!!!
pesanan utk diri sendiri ni y suka tido berbelas-belas jam lamanya!!
tiap patah kata ini adalah penaik semangat dan penitip azam
ye lah kan,sorang2...kena lah sendiri2 naikkan semangat y tengah jatuh merudum

tentang semangat atau semua bnde y subjektif itu susah utk discalakan
semua benda y subjektif,faham kan apa y subjektif itu??
yang ada sekarang ialah
sandaran pada benda lain y bole nampak ada atau tiadanya
...mensuratkan y tersirat...
"sayang aku pada kau seluas lautan",pergh,jadi hamba cinta manusia
"semangat aku berkobar-kobar semarak api obor olimpik",harap beginilah
"susah ye neuro skala 8 out of 10",skala 8 tu camane??
"atau sedihnya aku macam lepas hilang kaki",still tak dapat beza kan
dan pada y buat andaian,sandaran atau perbandingan
sebenarnya dia j yang tahu quantity pada tiap apa y dia rasa..
pada apa yang dia bandingkan
aku cakap "aku sayang kau seluas lautan"
apa mungkin bila kau cakap "kau juga sayang aku seluas lautan"
aku anggarkan kita sama sayang dan sejiwa
eh eh,lepas tu kau blah...
patutlah,, lautan kau tu lautan mainan yang kau buat pakai tangan guna pasir pantai
dulu aku heran,, kata sama2 seluas lautan,
tapi sekarang,, tak dah,dah tau lautan kau lain,aku juga lain!!
situasi kedua..sama j ni.utk lebih pahamkan
aku cakap "susah kot exam,aku rasa aku tkkan lepas lah"
kau jugak cakap "betul susah,aku rasa aku pon mati jugak lah"
eh eh...bila keluar result,kau lepas aku tak,atau aku lepas kau tak
beza kan..??beza kan...??

tu pasal aku malas nk dengar perbandingan..sastera kadang2 spoil
fakta sains itu adalah yang bole diukur dan dibukti kewujudannya,
bukn sekadar teori,ianya fixed
dan bole dibuktikan secara experimental..bukan main agak2
yang kau kata A,akan jadi A..kau tunjukan cara,buktikan dan ianya akan jadi fakta..
kalau ukur,kau bentang,dan aku percaya
tu pasal aku suka sains lebih aku suka sastera!!

...dan..
manusia itu adalah campuran dua itu
sains pada fungsi dan reaksi chemicalnya,dan subjektif pada perasaan dan jiwanya
...aku kan manusia..
aku tahu lah
kalau kau cakap kau sedih sangat2,aku tk rasa sedih sangat2 kau itu,
tapi aku tahu kau sedih sangat2..
maaf ye,benda2 y subjektif tu bukan aku tidak tahu,tapi takkn tahu!!
i'm the black sheep of my family..aku sedar,
sama ada aku je y terasa atau memang betul..itu aku juga tidak tahu..
kurang senang utk tahu,
out of place,out of group,out of land,out of color,
yang out out tu aku lah!!

that why nama aku OUTSIDERz
hik hik hik...

101

6 Jan 2011
sabah negeri bawah bayu
outsiderz karat
dan sekarang da polish,tak karat lagi..
....damn ....

books and friends should be few but good!!


nilai seorang lelaki itu letakknya pada kesabaran..
kesabaran yang dia ada..
yang dia dapat kekalkan dalam apa jua keadaan y menekan..
dan aku bukan lelaki...dan sabarku juga kurang!!
emo,.ya itu lebih sesuai utk dilabelkan dinamakan utk aku

biasanya mereka y berbadan besar sensitif,
dan normal jika perempuan itu senang terasa
tambahan pula kalau perempuan itu dipanggil emak di pangkal namanya.
aku???tak jadi ummi lagi pon da cukup sensitif tahap delapan..
sengal!!!

bila ada y main hentam j cakap,tanpa menimbang atau mengagak
ianya buatkan roma aku menegak tiba-tiba
itu memang spoil..
apa yang di dalam hati dapat dilihat di mata,di percakapan dan juga tindak tanduk
usah lah kata tak,,,,jika ianya memang Ya!!

kalau kau cakap "tak" dulu...pastikan sekarang juga "tak".
aku tak akan persoalkan kalau pertukaran jawapan "tak" kepada "ya" kerana
rasa hati y suci,kerana kau rasa aku ini berarti
tapi kalau ianya kerana diri sendiri..memang korang haram!!
haram utk dipanggil kawan atau teman!!
teruskan dengan hidupmu,dan lihatlah aku menjalani hidupku
aku lakarkan garisan..jangan rentasinya ya teman!!

Wednesday, January 5, 2011

lepak lepak!!

at least ade usaha kan...
usaha menyelamatkan kawan!!

ni memang,aku pon mcm tak faham macam mane bole
pergi lepak masa exam belum habis,
dari pagi membawa ke malam.
dari satu tempat ke satu tempat..
oh tak ingat
aku bukan budak nerd!!

Tuesday, January 4, 2011

teladan tu ada j dimana-mana...nampak atau tak j masalahnya!!

untuk apa2 yang tak lengkap,tak sempurna dan
tak mengikut apa yang kamu harapkan dari saya
sorry untuk itu..i tried my best
dan apa yang tak sempurna dan yang tak lengkap yang kamu berikan pada saya
dan yang tak mengikut apa y saya mahu dari kamu
terima kasih untuk itu
i noe,u also tried ur best!!

kalau seseorang itu tidak mencintai kamu seperti mana yang kamu harapkan
ianya tidak bermakna dia tidak mencintai kamu!!

dan aku bercakap tentang cinta Tuhan,mak bapak dan kawan2 aku

note: panjatkan doa pada kawan di melaka yang suffer dengan
penyakit y belum diketahui jenisnya...
moga.. penyakit itu bukan jenis y membahayakan dirinya
dan moga dirinya,tabah hadapi segalanya!!

done!!

rasa marah tapi bukn pada siapa-siapa

Tumblr_l67ku5mrow1qav2avo1_500_large
cilok dari tumblr member kepada member

aku suka belajar,kalau ianya tak terlalu rigid
tak ade lah terlalu menekan,
atau aku tak rasa paksaan itu bole mengetuk ngetuk hati aku
macam petang tadi,enjoy j belajar
sampai ada orang tnya soalan spoil,
"which part will come out for exam,important part for the exam"
cikgu tu jawab
"all this really important for u to be a good doc"
kau belajar pasal medic,kau belajar mcm mane nk jaga orang lain,
nak ubati orang lain...
balik2 tanya pasal part mane nk masuk exam,ye lah kan,nk jadi bdk dean list
esok2 kalau patient kau sakit,kau angkt lah slip result tu
dan cakap..
"saya dean list,saya doctor y pandai"

tu lah,balik2 tanya pasal exam..balik2 nk jadi budak paling pandai,
result paling gempak,nak semua orang pandang
"baru tanya sal kenapa white matter kaler putih
dan grey matter kaler grey pon tk bole nk jawab"
apehal???
"tanya bila tsunami kat kuala muda kedah tu berlaku,"...pon tak tahu

ok...sini kita laraskan...
menang total atau kalah total itu y aku tetapkan..
kalau nak ikut ketetapan korang , lain hari,lain tahun,aku juga yang akan jaga diri aku..
memang tidak dinafikan bahawa peperiksaan penentu kecemerlangan
penentu satu kejayaan,
tapi bila da keluar university dah bekerja...
result dean list kau tu jadilah mcm result SPM..
dalam almari,,,
y perlu adalah,skill,pengetahuan meneyeluruh,kosep,bukan takat hafal lect note,
kesudian,prihatin,
sebut pasal prihatin,cakap j konon prihatin,cakap j konon nak berbakti pada msyrkt
tapi,tanya sal isu semasa,masalah semasa ,haram tak tahu
prihatin korang memang berbeza kot..
atau lebih prihatin pada diri sendiri...!!selfish ar tu

aku hanya mahu nikmati hidup ini,no tension2,
belajar apa yang menarik minat,belajar dengan tenang dan gembira
belajar enjoy..kan best!!

note: first time aku datang sini,aku ada tanya bberpa orang
kenapa kau ambik medic??
jawpannya semua pasal dunia (duit,nama,kedudukan,)..
bole bawak mati lah tu kot!!

moga,aku juga ditetapkan hati untuk melakukan segala sesuatu hanya kerana DIA!!
aku juga mula jumpa arah selepas 2 dekad hidup

moga Tahun ini Tahun y banyak berkatnya!!

bangun pagi dikhabarkan dgn berita gembira
m.teh da selamt operate,baby girl 3.15 kg..
wuhahaha...sepupu pertama tahun ini ye..
syukur..ni kena buat pulut kuning ni..

ok,baca y semalan belum habis,yang hari ini belum start
miserable life kan....tunggang langgang-mcm baru kena langgar dgn toufan
plus dengan mood y kejap2 ok-kejap2 tak-lepas tu malas nk ckp-lepas tu nk ckp banyak
haru biru jap hidup..
sebenarnya da mula rasa homescik..
ceh ceh,sejak tinggal jauh dari femily bermula tahun 2002,
baru terasa macam mane rasa rindu keluarga!!bukan sebelum ni tak rindu
tapi tak melimpah..tu y bezanya...quantity..

lepas exam kan nk beli buah epal,so semalam da habis exam.
dan aku tak terbeli buah epal,sebb sibuk kejar bende lain kt pasaraya tu..
balik2 j bilik,rumate bgtw.
"erk,m*** bagi buah tadi,tu dalam plastik"
aku senyum dalam hati sambil belek2 plastik
ada mangga,limau,dan juga buah y sama species dgn epal tapi lain sikit..
hahahah...rezeki tu kalau Tuhan nk bagi,,,dia bagi je
kadang2 dengan cara yang kita tak pernh fikir...
cuma kita sebagai manusia kena sabar,
da usaha,da mintak dengan dia,kalau dia bagi itu memang hak kita
kalau dia tak bagi,dia nk bagi bnde lain lah tu..
atau bila jadi hak kita,kita akan jadi makin sesat dari jalan dia..
tu lah....

note: selain daripada buah-buahan,
semalam aku dapat bende lain lagi,cerita dari seorang pakcik y berpengalaman
tQ utk itu...walaupon basah dalam hujan...
apa yang dikongsikan bersama aku,akan aku jadikan panduan.

Monday, January 3, 2011

fight for better life!!

ada juga negara y nama mcm ni kan...
walaupon rasa macam tak ade guna aku heboh satu dunia...
aku tetap nak cakap...
sekarang module neuron,dan module ni adalah module paling killer
senior2 ramai yang kena repeat tahun dua sebab module ni lah.
ok..lub dup..lub lub dup!!

hari ni belajar dgn perumal,dia cakap sal sierra Leone
ok,first time aku tahu sal adanya kewujudan republik ni bila baca buku
Gurindam Jiwa,buku ni da lama tapi aku j yang baru baca,,
baru 3 minggu lepas kot..
dan sal sierra leone tu bukan hlovate y tulis,tapi second cerita dalam buku tu
dan ada lah dia ceritakan sal sierra leone ni,tahun 2002 baru habis perang.
ish ish ish...

dan dalam cerita itu juga ada satu cerita sal negara,
y mana samar2 saja penerangannya,so mmg tak tahu negara mana
mengenai sebuah negara republik,yang mana pentadbiran da hancus
kerajaan keep sogok rakyat dengan segala macam hiburan
untuk mengaburi mata rakyat,buat rakyat leka,dan si pemimpin y rakus
terus berkuasa tanpa memberi apa2 kebaikan pada sejagat.
hampeh bukan
ni lah masalahnya,kata sanggup berkorban,susah payah untuk rakyat
tapi,penghabisan semuanya atas dasar penting diri sendiri

aku ni sebiji buku belum pon dibaca,dan baru jejak kaki ke bilik.
PENAT kuasa 2!!
maka untuk mencari maklumat sal sierra leone ni tak sempat lah..
silaha baca buku untuk tahu mengenai dunia ya..
kalau diingat balik kenapa kita diajar sejarah(ini dalam sylbus sejarah form 1)
ianya untuk dijadikan iktibar dan pengajaran agar semua tu tak berulang
dan sejarah tentang negara orang bole juga diambik pakai agar negara kita tak jadi mcm tu
takkan baru terhantuk nak terngadah,
dan nak cari punca kenapa jatuh terhantuk tu..
c'mon..pilihanraya umum tahun ni..
fight for better life..
betul juga apa y prof cakap,budak medic memang hanyut.
dengan dunia dia,dengan study dia,dengan cerita dia, dengan nerd dia.

ayat glemer ni,sapa y mengakui bahawa dia bijak/pandai
maka saat itu dia telah terbukti bodoh
nah ambik kau...ilmu tuhan nak ceduk,belum tentu habis

terasa nak belajar bahasa

dah dekat bulan2 aku cuba ikut2 dan faham2 apa y dia sebutkan
ok..terbelit-belit kot lidah..
sies terbelit,tapi cool ar slang russian

note: exam hari ni hancus,1 jam masa exam ,1 minit pon aku tk bazirkan
utk tengok lampu atau tengok stokin orang sebelah...
tapi sebenarnya,semua y aku tulis non-stop w/out angkt kepala tu raban semuanya
tu lah...semalam rumate study,aku tido lepas list menu nak makan
2hari lepas time dieorang study...aku tgk sin chan
hari-hari lepas masa dia study,aku lepak di fs.
hari-hari sudah sebelum hari-hari lepas,dieorang membaca,aku jadi stalker
ok...sekarang memang aku malas..sesangat malas..
ok...done!!

Sunday, January 2, 2011

evolusi

gambar ni ,secubit pun tak ade kaitan dengan entry

keadaan y mendesak dan menghimpit akan buatkan kau
bersusah payah untuk terus kekal berdiri..
tanpa kau sedari,dengan segala macam susah itu
kau jadi seseorang y banyak tahunya..

keadaan y mendesak tika zaman penjajahan jepun
buatkn orang dulu2 tegap pada pendiriannya
bersusah payah utk satu kemerdekaan,
kreativiti timbul pabila
mula mereka cipta berbagai barang baru utk kegunaan dan keselesaan hidup
ye lah kan..
susah skala 8 pun hidup perlu diteruskan..
budak sekrang y buka mata aja terus ada lmpu air
biasa hidup dalam kesenangan,biasa tersedia sekala keperluan
lembik,lemau manja dan etc ...

"pak guard akan lalu tempat ni dlm angaran pkul 11 malam,
dan pada waktu malam guna jalan depan kurang selamat,senang di cam
tapi belakang lagi tk selamat,byk budak punk
dan sbb tu kita keluar time orang tak akan sangka kita akan keluar.
time study,time orang tgh sibuk2 ,time tu kita keluar
dan make sure jejak kaki di asrama before semua orang balik dari study,
malam ni biasanya tk ade cikgu y akan datang
dan bonus sbb orang tkkan perasan kita ada ke tak
sbb selalu j pindah2 tempat study
cover muka,jgn buak muka cuak,buat biasa j
kadang2 orang tak tahu pun kita buat salah,tapi dia tahu by tgk muka kita"
penerangn sebelum misi terlaksana
silap langkah,menyesal tak sudah,kerana itu plan itu perlu kemas.

kalau bab2 plan nk fly,memang terrer
ini juga kemahiran y muncul bilamana aku sesak di dalam sekolah
ye lah kan,malam lepas study
menu supper= biskut senyum
manalah kenyang,so fly ar,cari nasi goreng ikan masin di pantai
betul kan,,,,kesusahan akan buat manusia lebih kreatif dan tough lagi
walaupon kerja y aku selalu buat ni tk berapa elok,
niat aku nk mkn nasi goreng j.
dan ..aku selalu dahulukan dgn bismillah..
sbb itu kot,tak pernh tertangkap!!

skrg lapa pon aku makn j biskut mcam skrg
tapi bukan biskut senyum tapi biskut tiger dan hupp seng!!

Saturday, January 1, 2011

kira syukur aku lahir selepas Graham Bell lahir

hari ni panggilan masuk dan keluar lebih kurang 5 kali dari family
cakap lebih kurang setengah jam setiap panggilan
monday aku exam..
bila sebut ianya tentang keluarga, mak sdara-sepupu-adik-mak
ayah-tokki...
priority mereke tu tinggi...

pasal darah dan daging y aku ingin leretkan hari ini,
aku tiada masa sebnarnya..
masa y ada 24 jam itu lebih bermakna utk dihabiskan pada tempat selain di sini.
lepas exam mungkin!!

aku dah banyak baca azam tahun baru para blogger,
dan aku tidak punyai satu pun.
aku tidak perlukan tahun baru,tarikh lahir ,atau tarikh2 keramat utk lakarkan 1 azam
ada rasa,ada niat,ada kemahuan,maka azam aku akan muncul..
dan buat masa sekarang tiada lagi... kiranya tiada lagi..

oh..jangan hanya letakkan dunia dalam azam tu ye
tak kira lah countdown semalam kau pergi menari atau
kutip dosa dimana-mana sahaja,sertakan sama dunia y kekal dalam azam tu ye

note:aku hanya ada satu family besar,satu tanggunjawab besar,
satu masalah besar...dah kelam kabut hidup
tu baru satu...


2011

kalau da jadi darah daging,bukan senang mahu usir pergi..
especially kalau daging itu hati

esok,atau lusa aku mahu mengulas tentang frasa di atas
malam ni,aku malas dan penat

sambungan entry lalu..

dia: budak kristian group aku
aku: aku lah,budak muslim group dia

aku: eh,pinjam bibble kau jap.
dia: (dgn muka heran),kau nk buat apa??
aku: erk,aku nk tgk ayat,kau punya old k new testament??
dia: aku ada dua2..
aku: mana bole aku dapat bibble ni,aku nk beli lah
dia: ntah,aku kan orang srawk,ni pon (old testement),orang bagi
aku: oh,tQ ye...(sambil senyum n blah).
aku nampak muka dia heran tk bole blah

sebenarnya,aku malas nk ambik kisah pasal agama diaorang,walaupon major sini kristian
tapi mereka y bertanya,mendorong aku mengkaji
ni adalah tindakan susulan aku bila Prof Tan (kristian),
bertanyakan,mengapa alcohol tidak bole dalam islam.

Proverbs 20:1,
"Wine is a mocker, strong drink is a brawler, and whoever is led astray by it is not wise."

Ephesians 5:18
And be not drunken with wine, wherein is riot, but be filled with the Spirit.

macam kristian pon tidak galakkan arak,salah satu rukun iman adalah percaya
pada kitab,aku percaya utk lengkapkan rukun iman..
tak semua ayat dalam bibble itu asli dan tak semua tk asli..!!da diubah
tapi turunya al-Quran memansuhkan dan juga melengkapkan segalanya..


berat,berat,berat!!