...hak...
mengenai point pertama dia,y bercakap dan menojolkan ketidakwarasan dia..
aku goggle tafsir..Tafsir Fi Zilalil Quran ..
ianya mengenai ayat ke-6 surah al-fatihah yang punyai 7 ayat!!
6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.  
Maksudnya kurniakan Taufik kepada kami untuk mengenalpasti jalan 
yang lurus dan selepas mengenalinya kurniakanlah pula Taufik kepada kami 
untuk mengikut jalan yang lurus itu dengan penuh kejujuran. Mengenal dan 
berjalan di atas jalan yang lurus  itu merupakan hasil dari hidayah, 
pemeliharaan dan rahmat Allah. Bertawajjuh kepada Allah dengan berdoa 
merupakan hasil dari kepercayaan bahawa Allah itulah satu-satunya Tuhan 
yang berkuasa memberi pertolongan. Hidayah inilah  merupakan perkara 
yang paling penting bagi seseorang mu'min. Ia merupakan perkara utama 
yang harus dipinta pertolongan Allah untuk mencapaikannya. Mendapat 
Hidayah ke jalan lurus itulah jaminan kebahagiaan hidup di dunia dan
Akhirat. Hidayah ke jalan yang lurus pada hakikatnya ialah Hidayah untuk 
memimpin fitrah manusia kepada undang-undang Allah yang mengatur dan 
memperseimbangkan di antara harakat manusia dengan harakat 'alam alwujud seluruhnya menuju kepada Allah Tuhan Semesta 'Alam. Ayat yang 
berikut menjelaskan sifat jalan yang lurus itu: ayat last al-fatihah
!!hati manusia tu Tuhan y pegang!!
No comments:
Post a Comment