Wednesday, May 30, 2012

bagiku kau bintang....

start rindu semua manusia yang pernah hadir
dan meninggalkan sesuatu dalam hidup dan hati ini

dan ,mula ingat semua benda-benda menarik
yang pernah buatkan aku
tertawa gembira-senyum sampai ke telinga-atau mengeleng-ngeleng kepala tak percaya

dan juga teringat pada personaliti menarik kawan-kawan,
kata-kata daripada sesetengah mereka ,yang telah
membuatkan aku kadang-kala kagum,
"kagum kerana ada antara mereka mampu memberitahu sesuatu 
yang penting sebegitu begitu sahaja"
sempoi lah korang,serius sempoi

salah seorang daripada mereka 
telah menjadi sebab(setelah diizinkan yang Maha Esa)
sebab yang telah turn aku upside down
seseorang yang menjadi turning point dalam hidup aku ini
maybe I should say thank you doploh 4 kali untuk dia
 
dan yang lainnya,
walaupun tak pernah buatkan aku menjadi gelabah sebegitu
tapi yang seperti aku percaya
when we meet someone
get hurt or get love by them
kita masih belajar dan faham something dari tiap peristiwa itu
kan..
 
apa yang aku tahu, 
 if u meet someone yang menarik selepas dikenali
stay with him/her
sbb kehidupan akan bertambah menarik waktu dia kau mula fahami

Monday, May 28, 2012

exhausted...

sibuk tahap kritikal

baru je masuk belajar,dah kena exam
macam akan syahid je exam kali ni

haih

Saturday, May 12, 2012

bezanya banyak

rumah
rumah maknanya bagi aku adalah kampung
segalanya kampung

nak makan gulai ayam
ayam kena kejar,kena pegang ayam bila ayah sembelih
cabut bulu ayam dengan laju 
kelapa cari belakang rumah
bukak belah sendiri, kukur guna mesin yang laju dan scary
kalau dulu lagi dasyat,kena bersimpuh atas pengkukur tradisional
klasik habis....seksa habis

itu bab nak makan
suasana pun lain

malamnya sentimental,
bulan terang bintang bertaburan di langit
cahaya bulan yang hendak tak hendak menyinari itu,
berjaya hadirkan suasana tenang di hati,
ditambah dengan bunyi alam -cengkerik, malam terasa panjang
aku rasa aku je yang dapat borak melalui fon dengan background sound cengkerik
korang tahu cengkerik bunyi macam mane?

kunang-kunang,
pernah tengok kunang-kunang?
sekarang kunang2 sudah tak banyak
tak seperti waktu aku kecil
dulu,boleh tangkap banyak2,simpan dalam bekas,buat lampu suluh
menarik dan menghiburkan
dua hari lepas seekor kunang-kunang mendekati rumah
seekor kunang-kunang tanpa teman
aku tahu dia sunyi,macam aku

sungai,bunga-bunga yang menimbulkan wangian asli
lembu ayam dan itik
pokok-pokok getah,pokok-pokok hutan
kanak-kanak berlarian riang

bandar,kota raya memang moden dan mengasyikkan
dipenuhi hiburan dan kemudahan

tetapi kampung itu simple dan mendamaikan
simple dan memikat hati

actually,aku tak ada mood langsung nak balik KK
untuk sambung study