Saturday, May 12, 2012

bezanya banyak

rumah
rumah maknanya bagi aku adalah kampung
segalanya kampung

nak makan gulai ayam
ayam kena kejar,kena pegang ayam bila ayah sembelih
cabut bulu ayam dengan laju 
kelapa cari belakang rumah
bukak belah sendiri, kukur guna mesin yang laju dan scary
kalau dulu lagi dasyat,kena bersimpuh atas pengkukur tradisional
klasik habis....seksa habis

itu bab nak makan
suasana pun lain

malamnya sentimental,
bulan terang bintang bertaburan di langit
cahaya bulan yang hendak tak hendak menyinari itu,
berjaya hadirkan suasana tenang di hati,
ditambah dengan bunyi alam -cengkerik, malam terasa panjang
aku rasa aku je yang dapat borak melalui fon dengan background sound cengkerik
korang tahu cengkerik bunyi macam mane?

kunang-kunang,
pernah tengok kunang-kunang?
sekarang kunang2 sudah tak banyak
tak seperti waktu aku kecil
dulu,boleh tangkap banyak2,simpan dalam bekas,buat lampu suluh
menarik dan menghiburkan
dua hari lepas seekor kunang-kunang mendekati rumah
seekor kunang-kunang tanpa teman
aku tahu dia sunyi,macam aku

sungai,bunga-bunga yang menimbulkan wangian asli
lembu ayam dan itik
pokok-pokok getah,pokok-pokok hutan
kanak-kanak berlarian riang

bandar,kota raya memang moden dan mengasyikkan
dipenuhi hiburan dan kemudahan

tetapi kampung itu simple dan mendamaikan
simple dan memikat hati

actually,aku tak ada mood langsung nak balik KK
untuk sambung study

2 comments:

minic0oper said...

mmg indah n bhagia bile duk umah,xtgk buku,xpandang lappy,..hehehe..
tapi..dun f0rget,kite adelah pejuang Islam..menntut ilmu kerana Allah..jgn berhnti mncari ilmu..ingt pejuangn kite lum selesai..finish iT dear,,u can d0 it..u r t0ugh girl..ingt balik missi0n n visi0n nape nak belajar tnggi smapi awan y ke-7..
miss ur smile,,

Outsiderz said...

Ada beberapa cerita
yang hanya kita (tuan empunya badan)
tahu betapa bermaknannya ia...

Dan ada beberapa rasa,
yang hanya kita (tuan empunya badan)
tahu betapa indahnya ia...

ok2....
balik study pulak...