Saturday, June 7, 2014

The reason

Kali pertama semangat aku hilang adalah
pada tahun 2007
Ekoran peristiwa itu
Aku bangkit mencari kesalahan dalam kehidupan aku sendiri
di keramaian orang, di sunyinya malam 
aku terus berfikir dan mencari 
jawapan untuk satu persoalan dan permasalahan itu

7 tahun selepas tahun 2007,
semangat aku jatuh untuk kesekian kali lagi
dan pada kali ini
aku masih juga mencari jawapan untuk satu musibah ini
Dengan apa yang tersisa
harapannya, semoga
kesusahan ini tidak hanya berlalu begitu sahaja

Semoga ianya menjadi pengajaran untuk aku
dan juga untuk semua

Semoga kita tidak pernah lupa
yang Tuhan itu selalu ada
dimana-mana sahaja

DIA ada di  hati kita sentiasa...