Monday, September 24, 2012

yang banyak sangat aku bercakap ini sebab serabut lah...

Hari ini langit masih hujan
nak tak hendak walaupun masih hujan
baju masih juga perlu dicuci
study pun perlu diteruskan walaupun katil dan selimut 
sudah mula memanggil-manggilkuku "hai sayang,datang padaku"

aku ini manusia yang serba kurang
kurang rajin,kurang pandai dan kurang bernasib baik
tapi ini tak menjadikan aku manusia yang kurang beriman
kerana Allah telah memberi aku kekurangan
agar aku tidak lupa padanya

manusia yang selalu diuji, diberi segala macam kesusahan itu
kerana Allah sayang pada mereka
kerana fitrah insan itu,adalah mempunyai tuhan
yang mereka sanjung,yang mereka selalu meminta-minta
dan kesusahan itu telah membuka ruang dalam hati mereka
untuk selalu ingat kepadaNYA

kesusahan adalah ujian
dan 
kesenangan juga adalah ujian

dan sebenarnya ujian berupa kesusahan 
adalah lebih senang 
berbanding diuji dengan kesenangan dan kelebihan

kan..

note:
dua je: tak boleh berhenti bercakap, 
tak boleh bercakap...

No comments: