Monday, October 29, 2012

my little world...

Beberapa tahun ini ramai yang tanya aku macam-macam
tentang 'seseorang' yang selalu aku sebut-sebutkan

sebenarnya ada 3 perkara yang aku mahukan
bila aku bercerita (di blog) tentang siapa yang aku maksudkan itu

pertama,
aku hanya mahu memberitahu yang dia wujud
yang perasaan aku padanya wujud
yang kami pernah wujud

keduanya,
yang kau patut tahu,
aku tidak hiraukan apa tanggapan manusia lain 
pada dia, pada aku pada kami


"mungkin cerita tentang aku dan 'seseorang' itu 
adalah cerita sejarah, 'seseorang' itu telah mati,
cuma perasaan aku padanya itu wasih wujud
mungkin 'seseorang' itu hanyalah sesorang y sudah menjadi milik orang lain
mungkin 'seseorang' itu pernah aku benci, cuma sekarang 
perasaan itu bertukar menjadi sebaliknya
mungkin 'seseorang' itu adalah manusia yang dekat,
dan kami sedang bersama membina hikayat

'seseorang' itu mungkin seseorang yang boleh menjadi mana-mana manusia dalam 
hidup aku, yang boleh memegang apa-apa watak sekalipun"


ketiganya,
sebenarnya, aku memang tidak pernah ingin memberitahu
manusia-manusia lain dan stranger
siapakah dia yang wujud dalam hidup aku

aku tahu, dia tahu,
yang aku bercerita tentangnya...

hidup aku ini kecil je sebenarnya,
Ianya hanya membabitkan kesayanganku dan yang menyayangiku

No comments: