aku adalah seorang ahli seni mempertahankan diri
bukan sekadar pernah..tapi masih
cuma, yang membezakan sekarang, aku tidak seaktif dulu
kerana
masih banyak lagi tanggunjawab lain yang perlu aku dahulukan
salah seorang instructor aku pernah cakap
yang melarikan diri juga adalah salah satu seni mempertahankan diri
setelah kau tahu kelebihan dan kekuatan lawan,
kau harus berkeptusan..
melawan secara berdepan,atau lari menyelamatkan diri
yang lari dari musuh dikatakn pengecut?
banyak beza antara pengecut dan juga manusia bodoh
salah satu novel yang bertajuk "kemana hatimu"
ditulis oleh Eyman haikal
ada menceritakan tentang silat kelibat,
dimana mereka merubah menjadi bayang-bayang
menyembunyikan diri dan datang kembali menyerang
mempertajamkan lagi deria-deria kurnian Tuhan itu
seperti kehidupan,
ketika diserang atau dihujani masalah-gangguan apa pun
melarikan diri salah satu cara penyelesaian
dengan syarat datang balik dan selesaikannya
secara berani dengan emosi yang lebih stabil,
dan bersandarkan ilmu
No comments:
Post a Comment