Sunday, October 9, 2011

Feed the 'winner'...

tingkatan 4 tahun 2006,
aku dipanggil menghadap cikgu disiplin,yang mana ini adalah biasa bagi aku
dan dalam perjalanan ke sana
kepala aku ligat berfikir,..."kali ini kesalahan yang mana pulak ya?"

di bilik berhawa dingin cikgu disiplin
cikgu:saya dapat laporan yang kamu lompat pagar(fly) 3 malam lepas
aku:saya rasa cikgu silap orang,bukan saya tu...(sambil gelak2)
cikgu:kamu jangan main2,kamu bole diambil tindakan gantung sekolah
(muka dia da macam singa)
aku:cikgu mana bole main tuduh saja,cikgu ada nampak?ada saksi y nampak
cikgu: saya sendiri nampak kamu berdiri di tepi pagar sekolah tu,
aku:oh,masa tu..saya pon nampak cikgu...
tapi cikgu nampak saya berdiri saja kan,tak ada nampak saya lompat pagar
cikgu:ya,tapi apa kamu buat tepi pagar pada waktu macam tu
aku:saya tengok lukisan di pagar,saya kan suka melukis.

penghabisan cikgu disiplin give up sebab tidak dapat membuatkan aku mengaku kesalahan
honestly,malam tu memang aku fly kerana sebatang askrim pelangi walls
hahahaha...

selepas 5tahun aku belajar untuk 'bercakap' untuk hidup di sekolah
aku lebih "memahami"perkataan dan maksud2 dari setiap nada y dituturkan
by praktikal selama 5 tahun...orang lain pun akan pandai juga kalau jadi aku

dia:kau dulu posting macam mana lah
aku:oh,kiteorang selalu balik lewat
dia:ye k?aku call xxxx tengahari ada je dia dekat bilik
aku:.......(aku senyap je)

sebenarnya aku mahu jawab macam ini,tapi sebab dia y bertanya,
maka dengan rela hati aku lebih suka nampak bodoh,
aku lebih suka bagi dia menang...

dia:ye k?aku call xxxx tengahari dia ade dekat bilik je
aku:kau call tiap2 tengahri ke?
dia:(mungkin akan jawab) selalu lah,atau tak lah
aku: aku bukan tiap2 hari balik lambat,tapi selalu lah
sambil terus menyambung
dont' talk like u know everything when u just know nothing
sebab ia kedengaran sangat annoying

satu hari aku realize,yang bila aku bercakap dengan manusia2 yang suka menang
bukan dengan kalahkan mereka,aku akan berpuas hati,
mengalah dan bagi mereka kemenangan...kemenangan yang gemilang
dengan ,melihat senyum mengejek mereka,muka kemenangan mereka
ianya lebih memuaskan hati

"ya,mereke berjaya buatkan aku nampak bodoh kan??"
hahahaha
apa salahnya nampak bodoh bukan...??

dia suka sahaja bila dia menang dan berjaya memperbodohkan aku
dan aku juga senang melihat dia gembira bila dapat buatkan aku
kelihatan bodoh dan dia menang...
tiada yang salah bukan....tiada hati yang terasa kan???hahahah

lagipun,
malaikat sebelah kanan aku complain,buku tulisannya nipis sahaja
manakala,yang sebelah kiri sibuk2 cakap yang bukunya makin menebal
cukuplah dosa aku dengan
Tuhan aku,cikgu2 aku,kawan2 baik aku,mak bapak aku,keluarga aku
nak tambah dosa dengan sakitkan hati manusia lain..

nanti bila malaikat belah kanan aku cakap,buku dia da tebal,
mungkin aku bole consider untuk jatuhkan kemenangan korang2...

hahahahahah....
yang paling berbisa dalam dunia adalah kata-kata...
Rasulullah saw bersabda: Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka” – Riwayat at Tarmiziy dan al Hakim

aku tidak mahu ada siapa2 tersekat utk masuk syurga kerana kata2 dia pada aku
dan aku juga tidak mahu aku tersekat utk ke syurga kerana kata2 aku pada dia

note utk cikgu disiplin:
lepas saya habis degree,saya balik negeri,
saya akan ceritakan segala kesalahan saya...(dulu da mintak maaf kan selepas spm tu)
oleh itu...jangan mati dulu kalau mahu dengar cerita..

No comments: