Obstetric ward Hospital Duchess of kent,sandakan:
waktu melawat
Kelihatan seorang ayah yang mengenakan baju post-man
sedang mengeluarkan telefon 
dengan muka yang letih-baju yang basah dek peluh 
dan juga ku kira baju yang dipakainya tidak diseterika 
kerana tampak jelas kedutan-kedutan halus
tapi dia tersenyum....bahagia
didekatkan telefon rapat ke muka anaknya
yang mungkin berumur sehari dua,atau sejam dua itu
selesai,di belek-beleknye telefon...
oh,dia tidak berpuas hati......
maka diphoto kan lagi untuk kali kedua muka baru dalam keluarganya itu
dan masih dengan muka tersenyum-senyum
didekatkan mukannya ke nuka si kecil pendatang baru itu,
dan click,ianya gambar yang ketiga yang berjaya diphotokan 
dan kali ini
ianya photo seorang anak dengan seorang ayah
ianya photo kegembiraan seorang ayah 
dari jauh,aku tersenyum sebelum melangkah pergi,
lunch time kan,,,pergi makan la.
No comments:
Post a Comment