baru sahaja selesai menjalani majlis bertunang
iya, bertunang
ianya masih lelaki yang sama
yang terus menerus aku puisikan didalam blog ini
ianya masih lelaki yang sama
yang pada satu ketika sangat kubenci
dan pada satu ketika yang lain sangat kusukai
semoga pertunangan ini
membawa kebaikan kepada kami
dan semoga jodoh kami berkekalan hingga syurgawi
2018 yang membahagiakan
aku berada di jabatan pembedahan plastik HSNZ
pertama kali didalam hidup aku ini
aku memulai sesuatu dengan buruk
iya, kedatangan ku ke jabatan bedah plastik
tidak disukai..
tapi persetankan semua,
persetankan segalanya
aku bukan hidup untuk mereka
dan seperti y aku jangkakan
aku menyukai apa yang aku lakukan
2018 yang membahagiakan
pada tahun ini juga
adik kesayangan akan berkahwin (majlisnya serentak denganku)
dan adik yang berada di luar negara akan pulang
kepulangan yang dinanti
kepulangan anak pada ibunya, pulangnya adik pada kakaknya
kepulangan yang akan diingati
semoga selamat kembali
kembali melihat kami disini
mungkin selepas ini akan ada lagi cerita tentang
rasa-rasa yang berbaur
mungkin ...
No comments:
Post a Comment