Hal-hal lepas menjadikan aku kurang mempercayai manusia,
ada beberapa perkara yang kau boleh ceritakan pada semua orang
ada beberapa perkara lain,
yang hanya boleh diberitahu pada beberapa jenis orang sahaja
dan beberapa perkara yang lain,
sangat elok agar tidak diberitahu langsung
tidak perlu disebut langsung
manusia akan memandang serong
apabila mereka mengetahui manusia jenis apakah aku dulu
memberitahu manusia lain segala silap salah kau
apa mereka boleh buat?
jadi
Kukira, aku perlukan hanya aku dan tuhan agar aku dapat mencari jalan pulang