Thursday, December 10, 2015

Nawaitu

jika wang mampu berimu bahagia, kejarlah ia
jika cinta mampu berimu bahagia, teruskan keghairahanmu denganya

aku hanya mahu kehidupan yang sederhana
jika wangku 1 ribu, aku akan hidup dengan 1 ribu
jika wang itu 10 ribu, dengan 1o ribu aku akan tunaikan kewajipanku

wang tidak pernah menjanjikan kebahagian
jadi kenapa wang yang kau jadikan sandaran

kenapa sayang??

Monday, August 31, 2015

Element of suprise

Hidup ini penuh dengan kejutan

Seperti yang pernah difahamkan padaku
Bahawa kejutan ini adalah rancangan Tuhan

Kau tahu, kau merancang
Dan Tuhan juga merancang

Dan kau tidak akan pernah mampu untuk menolak/meneka  rancangannya..

Tapi,kau masih lagi mampu untuk bergembira dengan kejutan ini..
It's depend on how you take it..

Ingin mati,mati lah.
Ingin meratap,merataplah sampai kepagi
Ingin menyerah , berserahlah..

Sebelum kau belum begitu selesa pada kejutan pertama..
Tuhan menghantarkan pula kejutan kedua dan seterusnya..

Dan kejutan yang terakhir nanti apabila datangnya Izrail memberi salam untuk membawa kau pergi..

Jadi begitulah.
Hidup ini adalah kejutan

Nota kaki:
dah 9bulan menjadi doktor,
Aku masih lagi ingin menjadi engineer
Tapi ini tidak bermakna aku bukan doktor y berjaya..