ada beberapa perkara yang berlaku
yang aku tidak mahu kesalkan,
ianya aku yang tidak mahu ,walau sebenarnya aku berasa kesal
kenapa?
ianya kerana kegagalan untuk aku mencari hikmah,
melihat kebaikan pada kejadian itu
membuatkan terbit perasaan kesal dihati
ya...kegagalan aku untuk melapangkan hati pada ketentuan
ini adalah kegagalan aku
aku terkadang pening memikirkan
adakah betul untuk tidak punyai rasa menyesal?
atau
betul untuk punyai rasa menyesal bagi mengelakkan ianya terjadi lagi?
atau
mempunyai rasa menyesal itu adalah perlu bagi manusia?
dari dulu lagi berapa banyak cerita yang kita tahu
mengenai manusia yang menyesal?
banyak bukan?
manusia yang melakukan kejahatan, menyesali kejahatan
kesal itu adalah pencetus untuk dia berpaling kembali ke jalan Tuhan
manusia yang menyesal
kita semua pernah menduduki tempat sebagai manusia itu
bukan?
No comments:
Post a Comment