Bulan depan along akan datang melawat aku,
buat kali pertama selama 4 tahun aku disini ada yang datang melawat
selalunya perbualan aku dengan umiku di telefon
akan berkisar tentang adik2
Ianya mengenai masalah,pencapaian sekolah mereka
dan kadang-kala tentang 'apa harapan umi
pada mereka yang umi tidak khabarkan pada mereka"
selesai umi bercerita tentang adik-adik,
aku terus bertanya
aku: kenapa umi tidak mahu datang sabah bila along ajak,datang lah lawat saya?
umi: adik-adik kan masih sekolah, macam mana nak tinggal mereka,
siapa nak jaga mereka, nanti adik-adik besar boleh lah umi pergi sana..
aku: oh...budak2 tu memang manja.. hish hish..
itu adalah jawapan yang sama 7tahun lepas
waktu aku masih di asrama sekolah menengah..
bila aku telefon umi bertanya sama ada mahu datang atau tidak pada hari minggu
umi cakap "umi tak boleh datang lawat kamu,cuti hari jumaat
mahu pergi lawat adik lelaki di sekolah asrama baru, hari sabtu
perlu hantar yang UPSR ke asrama"
waktu aku tingkatan 4,ayah datang hantar hostel pada
awal tahun..
Kemudian, akhir tahun, ayah datang ambik..
Untuk sepanjang tahun itu, aku sendiri yang menjaga diri aku!
Tengok... apa yang jadi pada aku sekarang?
I'm strong..sure I am..
No comments:
Post a Comment