Friday, November 28, 2014

I could give you love

Katanya hidup ini satu perjalanan
Yang punyai berbagai jenis jalan dan persimpangan
Dimana, setiap jalan dan persimpangan y dilalui
Akan menukar kita menjadi seseorang yang lain
Sama ada mau atau tidak, itu aturnnya
Sama ada sedar atau tidak, itu takdirnya

Katanya lagi,
Hidup ini adalah satu perjuangan  dan peperangan
Musuhnya itu terdiri daripada y nampak dan juga y tersembunyi
Adat berperang,
Terluka dan kalah akan diselang-seli dengan kemenangan juga kegembiraan
Oleh kerana, peperangan itu memerlukan senjata
Maka, kita harus mempersiapkan diri selengkapnya
Agar nanti jika terluka, lukanya itu tidak akan mematikan kita

Katanya juga,
Hidup ini adalah tanggunjawab
Roh yang dikandung telah berjanji pada Tuhan untuk taat
Maka, janji itu perlu dikota
Jadi, hidup ini macam mana dan lama mana pun
 ianya adalah untuk taat padaNYA

Dia ada juga berkata,
Hidup ini adalah sebuah cinta
Kamu dilahirkan dengan cinta Sang Pencipta
Waktu kecilmu, kamu adalah cinta ibubapamu
Waktu kamu meningkat dewasa, kamu menenali cinta disekelingmu
Setelah berkahwin kamu mencintai pasanganmu
Kerana dicintai, kamu mencintai
Kadang2, walau disakiti, kamu masih juga mencintai

Itu katanya, mengenai kehidupan

Katamu apa?



Sunday, September 7, 2014

my bad habit...???

Aku adalah manusia y tidak 
Konsisten..

Aku akan membaca 3 buku pada satu2 masa secara bergilir2
Buku pertama aku jadikan peneman di bilik tidur,
Yang kedua, aku buka terbentang di meja makan
Dan y terakhir, di kerusi ruang tamu ia aku tinggalkan

Tiada jadual, tiada time limit dan tiada peraturan apa2
Hanya,apabila ada mana2 buku aku berjaya habiskan
Akan kuganti dengan y baru..

Jika aku malas membaca di meja makan
Berbulan-bulan buku dimeja makan tiada kemajuan
Selepas berbulan2, bacaanku masih lagi dibahagian permulaan
Manakala
Dalam waktu sebulan, buku di  ruang tamu telah 2 kali berganti
Hanya kerana secara tiba2 aku merasakan bahawa
Ruang tamu adalah tempat yang paling selesa untuk membaca

"Tidak konsiaten, tidak berjadual dan tidak berdisiplin",
Kata adikku, kata mereka padaku

Tanpa mereka tahu, 
Aku masih konsisten, cuma dalam satu perkara...
Bertahun sudah berlalu, aku masih lagi konsisten "menjagamu"..

Kau tahu kan..... yang itu...
Nah, tidak perlu lagi ku ulang-ulang..



Thursday, September 4, 2014

little thing that's matter

Aku menyedup capucino latte y dibeli di 
"The coffee bean & tea leaf" perlahan-lahan
Berseorangan menghirup coffee di tepi pantai
Sambil memikirkanmu telah menjadi rutin hidupku

Sesudah kembali dari hospital, aku akan kepantai
Atau selesai sahaja kuliah di uni aku akan ke pantai juga
Atau waktu hari cuti, selesai saja solat asar,
Dengan berpakaian sukan aku akan ke pantai

Begitulah, sejak 5 tahun y lalu
Pantai seakan-akan telah menjadi medium untuk aku 
Mengingatimu, lantas merinduimu

Capucino latte "coffee bean & tea leaf"
Untuk membelinya,
Aku perlu bermotosikal sejauh 10km
Tapi tidak apa, coffea selalu menjadi kegemaranku
Seperti juga kamu...

Jadi 
jarak, masa dan wang tidak pernah menjadi penghalang
Untuk terus mengemarimu

uncertainty

Maybe we dont love each other enough...
We??
Or
maybe it's just you...




bangun dengan senyuman

Beberapa bulan telah berlalu
Aku kini mahu menulis lagi
Mungkin selepas ini, aku menulis dengan bahasa dan gaya yang 
lebih romantis
Kerana, romantis itu adalah sifat semulajadiku
(Jika kamu mahu percayainya).
Hahahahaha.

Ya udah, itu sahaja intro nya...

Jika suatu hari nanti kamu ditakdirkan menemui 
Seseorang yang membenci hidupnyanya,
Kamu akan mula belajar mencintai hidupmu sendiri..

Waktu itu,Kau akan mencintai 
Kisah cintamu y putus di tengah jalan
Cita2mu yang tidak kesampaian
Dan juga insan2 kesayangnamu yang telah diambil tuhan

Hidup dan bahagia
Bukanlah hanya berkisar tentang apa yang kau miliki
Ianya juga tentang apa yang kau telah lepaskan ia pergi














Saturday, June 7, 2014

The reason

Kali pertama semangat aku hilang adalah
pada tahun 2007
Ekoran peristiwa itu
Aku bangkit mencari kesalahan dalam kehidupan aku sendiri
di keramaian orang, di sunyinya malam 
aku terus berfikir dan mencari 
jawapan untuk satu persoalan dan permasalahan itu

7 tahun selepas tahun 2007,
semangat aku jatuh untuk kesekian kali lagi
dan pada kali ini
aku masih juga mencari jawapan untuk satu musibah ini
Dengan apa yang tersisa
harapannya, semoga
kesusahan ini tidak hanya berlalu begitu sahaja

Semoga ianya menjadi pengajaran untuk aku
dan juga untuk semua

Semoga kita tidak pernah lupa
yang Tuhan itu selalu ada
dimana-mana sahaja

DIA ada di  hati kita sentiasa...

Monday, May 19, 2014

Our battle

  setiap manusia mempunyai perjuangan mereka
Ada antara kita struggle dalam pelajaran,
ada yang struggle dalam mencari kasih sayang keluarga
ada yang struggle dalam mencari iman dan Tuhan
Ada yang struggle mencari diri yang hilang
Ada yang struggle memenuhi impian orang kesayangan

di sudut yang lain,
ada ayah yang struggle dalam mencari rezeki
Ibu yang struggle menyediakan kasih sayang
Ibubapa yang struggle mendidik anak-anak
Guru-guru yang struggle membina sahsiah murid2
Kawan-kawan yang struggle membimbing satu sama lain

Semua antara kita mempunyai 'perjuangan' kita sendiri
So,why don't we respect each other priority and efforts

Be awesome people.... be wonderful for each other

Kesetiaan bukan hanya waktu kita bersama.... Ianya selama-lamanya

Sekarang semua orang sibuk menceritakan tentang cinta
Bercakap hal cinta waktu exit exam hanya berbaki 14hari,
hah....


Rilex, exam akan tetap datang
cinta akan singgah, kemudian pergi
mati akan sampai jua nanti...
Bukan kah begitu putaran hidup ini??

Sudah terlampau banyak coretan puisi-puisi cinta
yang aku lakarkan dimerata-rata

Cuma hari ini ingin aku khabarkan ini sahaja,
Tidak kira kau dimana, tidak kira kau bagaimana sekarang
tidak kira kau masih mengingati aku ini atau sepenuhnya sudah melupakan,

sekali kau pernah datang dan singgah dihati,
tempat kau itu tidak akan dapat diganti oleh sesiapa lagi

Ianya hanyalah,
sama ada kau datang kembali mengisi tempat itu
atau
bahagian hati aku  yang pernah dihuni kau itu akan kosong selama-lamanya
menjadi tanda yang kita pernah bersama mencipta bahagia

Aku tidak pernah ingin mengulangi cinta aku dengan sesiapape
percintaan kau dan aku,percintaan  dia dan aku..
ianya akan terus kekal hanya antara kita

-Si pencinta Gila-

Friday, January 3, 2014

endless battle

Selamat tahun baru 2014
tahun yang baru, semestinya dengan azam yang baru

hah, biarkan sahaja
perkara-perkara yang tidak diselesaikan dulu
mimpi-mimpi yang tidak tergapai itu
harapan-harapan yang tidak tergapai itu
kita merancang, Tuhan yang menentukan
berusaha dan tidak berjaya
sama seperti berusaha dan berjaya
andai kita tidak meletakkan kejayaan itu sebagai sole reason kenapa kita berusaha

sebenarnya, 
perjalanan-usaha-kegigihan dalam mengejar kejayaan itu yang kekal,
yang kekal adalah attitude yang tercipta dalam diri itu
kejayaan/kegagalan adalah penilaian manusia lain pada diri ini
sedadngkan diri sendiri tahu, 
kejayaan yang sebenar adalah segala pengalaman-kesusahan yang
membawa kepada attitude yang lebih baik itu adalah kejayaan yang sebenar
kejayaan untuk tahun yang lalu (2013) adalah attitude yang sekarang

Jadi untuk tahun yang baru ini,
sekali lagi kita berdoa untuk dipanjangkan umur untuk
agar mampu memberi sebanyak yang mungkin
menjadi sebagus yang mungkin

semoga umur yang panjang itu
dibasahi keberkatan dari tuhan
agar apa sahaja yang berlaku , hati ini tenang dengan redha Tuhan

subtle kiss

Maybe 
it's time to say goodbye
to the love that's not even mine