Aku adalah manusia y tidak
Konsisten..
Aku akan membaca 3 buku pada satu2 masa secara bergilir2
Buku pertama aku jadikan peneman di bilik tidur,
Yang kedua, aku buka terbentang di meja makan
Dan y terakhir, di kerusi ruang tamu ia aku tinggalkan
Tiada jadual, tiada time limit dan tiada peraturan apa2
Hanya,apabila ada mana2 buku aku berjaya habiskan
Akan kuganti dengan y baru..
Jika aku malas membaca di meja makan
Berbulan-bulan buku dimeja makan tiada kemajuan
Selepas berbulan2, bacaanku masih lagi dibahagian permulaan
Manakala
Dalam waktu sebulan, buku di ruang tamu telah 2 kali berganti
Hanya kerana secara tiba2 aku merasakan bahawa
Ruang tamu adalah tempat yang paling selesa untuk membaca
"Tidak konsiaten, tidak berjadual dan tidak berdisiplin",
Kata adikku, kata mereka padaku
Tanpa mereka tahu,
Aku masih konsisten, cuma dalam satu perkara...
Bertahun sudah berlalu, aku masih lagi konsisten "menjagamu"..
Kau tahu kan..... yang itu...
Nah, tidak perlu lagi ku ulang-ulang..