Sunday, February 26, 2012

belajar sampai habis next time ya


di tengah kesibukan aku belajar 
ada yang tengah sesat nun jauh di sana

Bala Tuhan itu,kalau nk datang sbb macam ini lah
ada yang buat,dan tak ada yang cegah
malah menyokongnya

oh..Malaysia negaraku

menghukum jangan terlalu awal

Pertamanya
Aku akan mendengar pendapat manusia lain tentang sesuatu
fikiran mereka pada sesuatu
kenapa mereka berfikiran seperti itu
'dalil-dalil' yang diketengahkan mereka akan aku
kaji sumbernya kemudian memilih.
untuk menerima atau membiarkan sahaja pendapat itu
Jika betul kata mereka,aku terima
jika tidak,aku biarkan,
dan biarkan mereka sama ada mahu menerima atau tidak penerimaan aku itu

Jadi bila aku mengatakan sesuatu 
aku juga mahu manusia lain mendengarnya
mahu terima atau tidak bukan masalah aku
Aku hanya memberitahu apa yang aku tahu
apa yang aku pegang dan percaya

kalau dari awal-awal lagi kau tidak mahu mendengar,
dengan cara apa lagi kau mahu tahu-kau akan tahu

eh,ini tidak dikira membincangkan sesuatu secara ilmiah ke?

dan perlukah?
aku memberitahu kamu semua yang aku buat
background study and re-study apa-apa yang 
telah kita perbahaskan ketika makan atau bermain bola itu

dan ....oh ya,quit talking rubbish la.

Saturday, February 25, 2012

play guitar and sing it out loud

Ya,manusia melakukannya apabila ianya dianggap betul
dan betulnya itu ditentukan oleh pengetahuan 
pengetahuan yang
 ditimba daripada pembacaan,pengalaman dan persekitaran

mengetahui sesuatu dari satu sudut akan menjadikan 
kau selalu merasa betul
lalu,perasaan selalu betul itu akan membuatkan kau 
merasakan manusia lain yang berada di utara/selatan/timur salah
yang selain dari kau adalah pesalah

Dan,pabila perasaan selalu betul ini ada 
kerana limited knowldege
kau buta,dan pekak dalam mendengar pendapat orang lain
terlalu susah untuk memberikan waktu bagi berfikir
tentang kata-kata yang manusia lain

kau tau ,orang bijak tak selalu merasa betul
because they know
there's always room for improvement


hmmmmm...kau kan.
bikin hangat

it doesn't speak

optimis,pessimiss,yakin atau ragu-ragu
semuanya telah menjadi pemenang pada diri dan hati aku
telah berjaya mendiami hati aku pada beberapa ketika
dan telah meninggalkannya pada sesuatu ketika yang lain

dan ianya masih begitu
mereka masih sesuka hati datang dan pergi

Am i doing it for HIM


10 hari lagi exam besar itu
lulus gagal KAU tetapkan untuk aku
jika dengan lulus aku akan dapat pulang dan mendekatkan diri dengan keluarga
luluskan aku,
jika gagal akan menjadikan aku lebih pandai, lebih mengenaliMU
maka aku terima kegagalan itu
gagal atau lulus...berkatilah hidup aku
: )

p/s:
Native deen datang malaysia
UIAM
mimpilah nak datang UMS kan?

Thursday, February 23, 2012

approval


Umi: tengah study ke?

Aku:ye,tengah study,umi tahu,ada kawan,budak cina,

5hari study,5hari makan roti je,5hari tu 10 kali je kuar bilik...dasyat kan?

Umi: biarlah dia,dia mana percaya Tuhan,tu mesti dia fikir kalau dop study dop lulus lah dia
Aku:betul ar tu.
Umi: Study,mintak dengan DIA bagi berkat,makan jaga,petang2 g lah jalan2..
Aku:beres2,umi...umi pon jaga makan lah,senam2 sikit


Dua tahun masa yang tinggal untuk
pujuk orang tua...

"meh lah kita stay sini umi,ayah,stay dekat sabah ni"

Sunday, February 19, 2012

hari yang lebih baik

mencari redha Allah melalui redha ibubapa

KAU campakkan aku dimana sahaja
aku sanggup menerima sebagai satu pelajaran
KAu berikan aku apa sahaja musibah
aku akan terima ,dan anggap ianya sebagai tanda kasih sayangMu pada aku

cuma,
mohon tetapkan hatiku pada tujuan yang satu itu
tetapkan hati aku hanya untukMU

seseungguhnya ..
aku yang teruambang-ambing dalam duniaMu
sesat tanpa hidayahmu

Saturday, February 18, 2012

any suggestion?

Salah satu perkara yang aku tidak boleh ubah
walaupun sedaya upaya aku cuba untuk ubahnya adalah
handwriting

it's not about my "handwriting" only,
it's about my "super terrible handwriting"

Kalau sampai doc tegur time di hospital dulu
,tak ke teruk tu

sekarang lagi teruk,time study week lagi teruk
haih

actually,aku penat  baca tulisan tangan sendiri...

bukan medical term

perasaan kita ini,perasaan aku pada kau
perasaan kau pada aku ini adalah

acute on chronic

cari definasi acute,kemudia definasi chronic
keadaan ini sebenarnya lebih teruk dari keadaan acute
dan lebih menyeksakan daripada yang chronic

dan kau akan faham
macam mana rasa acute on chronic tu

it takes two to make an accident

Kiranya aku beruntung 

kerana aku tidak jatuh suka pada manusia
kerana rupanya
dan tidak juga mula jatuh suka 
apabila mendengar ayat2 berbunga dari bibirnya
tidak juga suka apabila diberi 
hadiah-perhatian yang tidak "sepatutnya" itu
tidak juga kerana kekayaan anugerah Allah padanya itu

aku beruntung,
kerana Allah tidak campakkan rasa suka dalam hati aku
pada beberapa perkara yang berkenaan

kalau tak,
selain dari study,jogging,main game
bertukar-tukar pasangan akan jadi salah satu hobi aku juga
hahahahahaha

sungguh
aku rasa beruntung dan disayangi DIA


mangkin

Aku memang kurang sabar dalam beberapa perkara
tetapi
amat sabar dalam beberapa perkara yang lain



Friday, February 17, 2012

don't return it

study week berbaki lebih kurang 17 hari lagi
17 hari lagi untuk selesaikannya

entah mana silapnya
aku mengejar kesana kemari segala benda di dunia
sampai aku lupa
segala yang aku punyai sekarang 

kerana
 DIA izinkan untuk aku miliki
DIA izinkan ianya terjadi

: )

Monday, February 13, 2012

midlife crisis

Aku bukan suruh kau orang tinggalkan kehidupan duniawi,
tapi aku suruh kau orang tinggalkan dosa.
Untuk tinggalkan duniawi itu dikira terpuji,
tapi untuk tinggalkan dosa itu tanggujawab

Dan untuk tinggalkan dosa itu lebih penting 
daripada tinggalkan dunia

(Yahya ibnu Mu'adh)

Sunday, February 12, 2012

ini hanya ulangan sahaja

Aku hanya mahu ulang kembali apa yang pernah aku
khabarkan

"memberitahu satu dunia apa yang kau tahu,
apa yang kau rasa kau tahu-orang lain tak tahu,
itu bukan cara aku"

Dan
"hobi aku membaca segala macam buku-majalah-
komik-novel-blog itu,
Kau jangan ingat ia tidak memberi apa-apa pada aku"


satu kali lagi

back then
when I said that it didn't hurt

actually,I was lying to you
and also myself

I just want you to feel free

and then
we can live happily

 : ()

they want to talk,let them...

pukul 11:30 malam waktu malaysia
di bilik,tengah membaca biochemistry untuk pro exam 1
tetiba,beep,beep

1 mesej diterima
 salam,betul ke kamu dah bertunang?
(mesej daripada seorang kenalan 
lelaki  )

setelah berfikir seminit dua,aku campakkan telefon ke katil
dan menyambung bacaan yang tergendala

Oi,OOOiii,
ce cakap,siapa buat khabar angin yang 'menarik' ni?
time aku  nk exam pulak tu,memang menarik...
haih...

Thursday, February 9, 2012

yang memungkinkan

Kini aku mempunyai tubuh badan yang manja
Keselesaan penghidupan-makan-pakai yang cukup
buatkan manjanya bertambah-tambah

Sebagai seorang pelajar yang tidak punya pendapatan tetap
tidak punya pekerjaan tetap
tidak punya ilmu pengetahuan-pengalaman yang luas
aku tidak patut untuk mempunyai kehidupan yang begini cukup

kesusahan akan mengajar manusia untuk lebih berdikari
mengajar manusia agar lebih menghargai

maka.aku anggarkan aku kurang punyai nilai2 sperti ini
walau berpuluh-kali aku cuba terapkan dalam diri supaya lebih berdikari-menghargai
bukan tidak jadi,cuma ianya tidak kekal didalam diri

mengadakan benda yang tiada,
kau expect sampai bila perasaan itu akan kekal?

Tu lah kan,benda2 macam ni datang bila ada exposure

But i think i didn't get enough exposure
haih

Monday, February 6, 2012

Mood exam....


selagi tiada akad
antara lelaki dengan perempuan
mereka masih terbatas..

note:
sebulan lagi exam yang besar
BESAR

YOU are everything to me

Ada sebab kenapa Allah jadikan kita manusia 
yang bertuah..
punya harta didunia,iman didada walaupun tidaklah setebal mana
Punya laptop sendiri,moto,kereta,bilik,buku,pensil
dan segala  macam harta2 dunia itu

Dan memang itulah sebabnya kenapa kita perlu
terus kekal mempercayai Allah itu Esa
cuma,
Sebenarnya ianya tidak cukup dengan hanya mempercayai

beriman dari segi istilah bermaksud:
membenarkan di hati,mengakui dengan lidah
dan beramal dengan anggota

balik dari sandakan ke KK,diperdengarkan dengan cerita
seorang junior cina/kristian telah memeluk islam

out of family,agama yang asal,kawan2,kesenangan
dia tetap memilih islam

Apa yang dia nampak sebenarnya  apabila
memilih islam mengatasi segalanya
Apa rasa dia?....orang cakap ketenangan

aku juga mahu lihat dan rasa..
mahu tahu rasa  "tenang"  itu seperti apa...

Saturday, February 4, 2012

so,just blame me...

"mama we all go to hell 2x
I'm writing this letter and wishing u well.................
..........And when we go don't blame us
 we'll let the fires just bathe us,
you made us oh so famous"

oh,itu adalah lirik lagu dari MCR-my chemical romance yang bertajuk mama
sedang asyik mendengar lagu berkenaan,
aku dipanggil masuk untuk exam clinical year (turn aku da sampai)

dengar lagu camni,2 minit sebelum exam
lepas tu aku nak expect dapat jawab exam dengan betul

haih...apa lah kan