Sunday, February 26, 2012

menghukum jangan terlalu awal

Pertamanya
Aku akan mendengar pendapat manusia lain tentang sesuatu
fikiran mereka pada sesuatu
kenapa mereka berfikiran seperti itu
'dalil-dalil' yang diketengahkan mereka akan aku
kaji sumbernya kemudian memilih.
untuk menerima atau membiarkan sahaja pendapat itu
Jika betul kata mereka,aku terima
jika tidak,aku biarkan,
dan biarkan mereka sama ada mahu menerima atau tidak penerimaan aku itu

Jadi bila aku mengatakan sesuatu 
aku juga mahu manusia lain mendengarnya
mahu terima atau tidak bukan masalah aku
Aku hanya memberitahu apa yang aku tahu
apa yang aku pegang dan percaya

kalau dari awal-awal lagi kau tidak mahu mendengar,
dengan cara apa lagi kau mahu tahu-kau akan tahu

eh,ini tidak dikira membincangkan sesuatu secara ilmiah ke?

dan perlukah?
aku memberitahu kamu semua yang aku buat
background study and re-study apa-apa yang 
telah kita perbahaskan ketika makan atau bermain bola itu

dan ....oh ya,quit talking rubbish la.

No comments: