Wednesday, August 29, 2012

Terfikir olehku

5hari lepas ada banyak benda yang nak ditulis
tapi sekarang dah hilang semua benda tu
cuma mahu sampaikan satu mesej

Aku selalu berfikiran baik pada kau,
hanya pada kau,kerana aku tidak punyai cara untuk tidak
so, mungkin sekarang
adalah masa yang kau bagi,ruang yang kau cipta
agar aku pergi,agar kau juga mampu pergi
dan kita mula membina hidup masing2
dengan cara masing-masing

semua manusia yang pernah datang dalam hidup kau
sebenarnya membawa sesuatu 
dan kadang-kadang mereka memang datang dan stay
kadang-kadang mereka datang untuk pergi kembali

tapi seperti biasa,
aku ini manusia yang degil
dan aku akan tetap stay

Sunday, August 12, 2012

sesungguhnya aku berpuasa

14hb dan 15hb August ni saya exam
16hb pagi saya balik ke Kota kinabalu
18hb tengahari saya balik ke Kuala Lumpur
dengan belon
18hb malam saya balik ke  kuala Terengganu 
dengan bus mutiara
19hb/5 pagi i/Allah lah
saya balik ke setiu dengan kete ayah saya

saya tak pernah letak jadual harian saya dalam 
blog ni..
tak nak orang lain tahu apa yang saya buat

ni saya letak sbb awak lah
in case awak nak tahu,tapi saje je ego tak nak tanya

k lah..
doakan semua kami 4th year student 
dapat jawab exam dan selamat sampai
ke pangkuan keluarga masing2

Wednesday, August 8, 2012

melengkapkan tugas sebagai manusia,masing-masing ada cara sendiri kan?

selesai memberi syarahan,
"bagaimana untuk score dalam pelajaran"
tepukan gemuruh diberikan kepada dia,
 seorang pelajar contoh-best student-pelajar harapan-

aku disudut paling belakang dewan,
masih berusaha untuk menghabiskan komik naruto 
dengan bertemankan mp3 player di kedua belah telinga
dan lolipop tergantung di mulut

entah macam mana,nasib kurang menyebelahi bilamana
soalan telah ditujukan kepada aku yang tidak mendengar apa-apa ini
soalan mengenai cara pembelajaran effektifnya mengikut
caranya....

p-e-m-b-e-la-ja-r-a-n  effek-tif???

instead of memberi jawapan,aku bangun dan membuat satu penyataan

"kalau kau nak semua orang jadi macam kau,
siapa lah yang mahu jadi macam aku"
sambil angkat kening dan awang-awangkan lolipop di tangan

hahahahahahahaha...

ok,aku cari pasal waktu tu


Saturday, August 4, 2012

yang kita rasa kita faham,tapi sebenarnya kita tidak

tahun 1 adalah tahun pertama 
aku mula bersolat di sabah

di bilik,di masjid UNi, 

2 tahun lepas,aku berpeluang solat subuh di puncak gunung kinabalu
sujud di batu-bata yang sesejuk ais
di kelilingi manusia belbagai bangsa dan agama

setahun yang lepas,
mula bersolat di sandakan,rumah disandakan
di Hopsital sandakan, di masjid sandakan

waktu euro hari tu,
subuh aku di masjid terapung di kota kinabalu
beriman dengan 'imam suara sedap dan muda mungkin"
hahahahahahahaha

awal bulan lepas,
aku bersolat di sebuah masjid yang aku boleh klassifikasikan
sebagai 'masjid tinggal' di sebuah kampung di kudat

tadi,aku solat di belakang sebuah restoran atas air
setelah menggunakan air yang 'hidup segan mati tak mau ja' sebagai 
air wudhuk

dah terlalu  banyak tempat, 'hak Allah" di bumi ini
telah
menjadi bukti aku pernah sujud padaNYA

cuma terfikir je tadi ,antara solat-solat itu
yang mana aku betul2 khusyuk,yang betul2 aku 'solat'
semua kah  solat aku 'diterimaNYA'?

hmmmmm

Health promo yang sangat menduga 
kesabaran dan juga iman tadi

Thursday, August 2, 2012

most loyal friend : my alter-ego

pejam celik,pejam celik
walau kadang2 bila pejam tak nak celik2 (waktu lapang)
celik tak pejam2 (waktu busy dekat dengan exam)

dah nak habis posting second 
untuk tahun keempat

dah ada senior tahun 5 start mengira hari untuk 
mereka habis belajar,
hari mereka akan melangkah pergi dari uni ke alam pekerjaan
alam bekerja yang 
kau tak boleh-buat silap-kalau kau buat-mati lah kau 
kau kena dedicate seluruh hidup kau-pada pekerjaan ini-pada masyarakat

actually kan,
kadang2 aku memang tak faham
macam mana manusia jahat-dasyat-kepala angin macam aku ni
boleh tercampak masuk bekerja memberi khidmat pada masyarakat

mungkin,
kerana banyaknya dosa-dosa waktu lalu dalam hidup ini,
maka aku diberi peluang mengumpul pahala 
dengan menolong manusia pula utk hidup yang mendatang

kan........siapa tahu hal2 macam ni
kan?