Wednesday, March 6, 2013

He didn't tell me how to live or love.. he lived and loved, and let me watch him do it

lelaki pertama yang aku sukai adalah ayah aku

waktu usiaku dalam 5-6 tahun aku selalu menunggu waktu petang
waktu petang adalah waktu ayah pulang dari kerja
sesudah bunyi engin kereta ayah padam,
kami adik beradik akan berlari untuk bersembunyi di belakang pintu..
mencuba sehabis mungkin untuk tidak mengeluarkan apa2 bunyi
supaya ayah tidak sedar yang kami ada di situ...
dan waktu ayah melangkah ke dalam rumah
kami akan terus menyergah ayah, 
kami: WARGHHHHH,....
adik lelakiku akan cuba untuk memanjat naik ke belakang ayah
dan ayah akan terkejut
"argh,,, ada orang rupanya di balik pintu, terkejut ayah"
dan kami akan ketawa kerana dapat buatkan ayah terkejut

tapi
kadang-kadang ,ayah tidak pulang waktu petang
jadi selepas mengaji quran pada waktu malam 
kami akan mula tunggu ayah di ruang tamu, sambil menonton TV,
bila mendengar saja kereta ayah memasuki parkir rumah 
kami akan menarik selimut dan pura-pura tidur
tetapi,waktu ayah melangkah masuk, kami akan mengintip dari balik selimut 
sambil menahan ketawa


ayah:ummi, anak-anak ayah dah tidur? ayah bawak balik sate ni
umi: dah tido tu, banyak sate ni, sedap baunya...
budak-budak dah tido jadi ummi dengan ayah je lah makan sate ni.....


adik lelaki aku yang sangat suka sate akan bingkas bangun
dan berlari ke arah ayah..
sambil menjerit. "adik belum tido,adik belum tido,kakak yang ajak buat-buat tido"

ayah: oh, tipu ayah eh.. pandai pura-pura tidur ya..ingatkan tido betol betol..

bila dah besar baru tahu,
ayah tahu je anak2nya ada belakang pintu,
tunggu dia balik nak terkam nak naik atas belakang..
tapi saje je buat-buat terkejut bila kami sergah

ayah tahu je,
yang anak-anaknya hanyalah pura pura tidur waktu tu
dan aku tahu je, yang  waktu ayah balik terlalu lewat,
 ayah akan belikan sumethin,
sebagai penghargaan pada anak-anak yang sanggup menunggunya hingga larut malam

 my ayah,my hero



No comments: