laju aku berjalan
tanpa memadang ke kiri kanan,atas mahupun bawah
langkahku terhenti apabila ada yang menyapa di pertengahan jalan
pakcik: selamat pagi,doktor..doktor dari mana?
aku: selamat pagi pakcik, saya bukan doktor lah,
masih belajar,dari kelas..
setelah berbual beberapa minit,
berbual mengenai ward, dia bercerita mengenai anaknya, isu Lahad datu lagi
aku meminta diri untuk terus ke wad
aku tidak mahu terlewat
langkah kaki terhenti,pabila pakcik itu masih mahu bertanya
pakcik: doktor dah kawin ke belum?
aku: (sambil gelak-gelak), kenapa pakcik tanya?
saya ni nmpak mcm dah kawin ke?
pakcik: kalau belum, pakcik boleh tolong carikan calon,
ke dah ada calon?
aku: pakcik ni kelakar lah, mintak diri dulu..
bye
No comments:
Post a Comment