Monday, September 24, 2012

yang banyak sangat aku bercakap ini sebab serabut lah...

Hari ini langit masih hujan
nak tak hendak walaupun masih hujan
baju masih juga perlu dicuci
study pun perlu diteruskan walaupun katil dan selimut 
sudah mula memanggil-manggilkuku "hai sayang,datang padaku"

aku ini manusia yang serba kurang
kurang rajin,kurang pandai dan kurang bernasib baik
tapi ini tak menjadikan aku manusia yang kurang beriman
kerana Allah telah memberi aku kekurangan
agar aku tidak lupa padanya

manusia yang selalu diuji, diberi segala macam kesusahan itu
kerana Allah sayang pada mereka
kerana fitrah insan itu,adalah mempunyai tuhan
yang mereka sanjung,yang mereka selalu meminta-minta
dan kesusahan itu telah membuka ruang dalam hati mereka
untuk selalu ingat kepadaNYA

kesusahan adalah ujian
dan 
kesenangan juga adalah ujian

dan sebenarnya ujian berupa kesusahan 
adalah lebih senang 
berbanding diuji dengan kesenangan dan kelebihan

kan..

note:
dua je: tak boleh berhenti bercakap, 
tak boleh bercakap...

Kerana aku memang percaya pada perancangan DIA

Andai kau adalah golongan yang bertuah
satu ketika dalam kehidupan kau,
kau akan berjumpa someone yang kau begitu senang,
yang kau begitu sukakan, yang selalu mampu buat kau senyum dan tenang
rasa yang hadir bersama hadirnya dia itu
tidak mampu digambarkan,tidak mampu dikatakan
mungkin bila kau mula membuka mulut untuk bercerita
manusia lain akan mengatakan kau gila,

kau juga dikira sebagai golongan yang bertuah,
andai satu ketika manusia yang kau terlampau cinta itu
hilang,hilang dari pandangan,hilang dari gengaman,
kau akan menjadi gila buat kali kedua
gila dalam menahan rasa

kedua-dua kegilaan perasaan ini wajar untuk 
dinikmati dengan sepenuhnya
kerana bukan semua yang punyai peluang sebegini.
hanya kita,
hanya kau dan hanya aku

Saturday, September 22, 2012

upside down


coldplay selalu menulis lirik-lirik lagu yang 
cantik 
dan ia selalunya berjaya  membuatkan 
aku tersenyum dan tergeleng-geleng kemudiannya

"Am I part of cure, or am I part of the disease"

jumpa kau lain kali,
aku mahu tanya soalan ini ya..

moga sempat kita berjumpa lagi

Friday, September 21, 2012

Andai aku..

Mungkin waktu ini adalah
waktu paling sukar dalam kehidupan aku sebagai seorang hamba

Maafkan aku,andai aku tidak mampu

Wednesday, September 19, 2012

do you think sedative is the right choice? please lah

Sementera menunggu isyak

Actually banyak perkara 'penting' terjadi beberapa kali dalam hidup ini
dan kita tak pernah sedar betapa 'penting'nya perkara itu
sampai lah.....sampai lah...

sehari yang lepas
setelah terlibat dalam eksiden kecil dalam perjalanan pulang dari KK
dan selepas itu mengalami insomnia yang dasyat
kemudian diikuti dengan dizziness yang terlampau keesokannya
 aku mula sedar yang ini bukan perkara kecil
ini perkara 'penting' yang bila direcall balik
dah beberapa tahun berlaku,cuma aku tidak pernah ambik serius
kesukaran tido dan tido secara berlebihan yang silih berganti
actually,what's happening kan?
Apa yang tidak kena ya sebenarnya ..sekarang ini

ok,isyak belum masuk lagi

pada yang akan bekerja nanti
tidak kiralah bekerja sebagai doktor,peguam,cikgu,tentera,cleaner,tukang kebun
atau apa-apa sahaja,
kita diberi tugas dan amanah,yang mana akan ditanya kelak nanti
sejujur mana,setekun mana kita melakukannya

pada yang akan jadi doktor 
bila dah jadi doktor nanti,
tak kira lah bagus atau tak,
 jadi psikitrik,anaesth,O&G specialist,cardiologist,
MO, pengarah hospital,atau public health specialist
kita masing-masing ada tanggunjawab masing-masing,
ada tugas masing2,ada kelebihan dan keupayaan untuk membantu masyarakat
dengan cara masing-masing...
tu je nak cakap.... cuma sebagai manusia
cuma perlu sanggup dan terus berusaha

isyak dah masuk dah masuk mungkin

Aku belajar banyak benda bila
aku datang kudat ini..seriusly
^_^



Saturday, September 8, 2012

Gud luck Udy

Gud luck untuk calon last UPSR dalam family

Dah september

Tahun ini adalah tahun yang agak sibuk
Tak pernah terfikir pulak hidup akan menjadi sesibuk ini
If tak ada android smart fon,memang tak bernyawa lah
facebook dengan twitter tu
Tak sempat jugak nak membaca berita-berita semasa
At least tiap hari sempat jugak scan Utusan Online

Ni belum final year lagi ni,
tengok senior final year punya life, 
balik dari hospital dah lah malam,malam time aku dah siap semua benda
terus  mereka terkam laptop, buat presentation untuk esok,
baju belum bukak,makan ke belum tak tahu,mandi pun jugak belum jugak tu
penat tak yah cakap lah
lainlah jika dekat hospital,kelas dalam bilik aircond duduk sambil silang kaki
Kelas tu jenis yang berdiri dan berjalan ke hulu ke hilir
sambil kepala terus berfikir

Pada beberapa waktu, aku suka kesibukan ini
yang membuatkan aku lupa  pada beberapa masalah yang memang tak nak selesai.
Buat aku kurang ingat pada certain-certain perasaan bangang.
yang kalau dilayan rasa tu,akan buat hidup aku tunggang langgang

tapi. pada beberapa ketika pula,
aku rasa penat,penat dengan kesibukan yang berpanjangan
yang, akan terus wujud dalam kehidupan aku
entah ,sampai bila akan berhenti, 

sebenarnya. kena terus hidup dalam keadaan seperti ini
sama ada aku akan develop tolerance. atau aku quit sebab tak tahan
tu je. ending pada kesibukan semacam ini

Macam sekarang, tiap minggu akan oncall 2 kali,
semua benda kena belajar sepanjang masa, dimana-mana sahaja.
jumpa benda baru,di explain oleh mana-mana orang yang berilmu
make sure, brain akan terus capture dan ingat sampai bila-bila
sampai bila-bila .sebab ntah bila akan jumpa lagi case seperti itu.



Thursday, September 6, 2012

post 0ncall,dasyat betul mengantuknya

bawalah aku pergi ke mekah
dan ajari aku untuk berubah