Wednesday, October 31, 2012

Letih weh...

 perbualan masuk bab addiction,
alcohol and cigar
groupmate 1: kamu orang islam mmg tak boleh minum kan?
try sikit tak boleh ke? Rasa sekali je dalam hidup,
kita hidup sekali je, cuba lah rasa (sambil gelak-gelak)
Aku: hish, tak nak lah... tak boleh la
(dalam hati aku, setan betol lah budak2 ni)

groupmate 2: first time u minum , u akan rasa what's wrong wit this people,
it taste like shit, sure, u not gonna like it lah,
but then, second time, third time you try, u akan mula rasa, yang rasanya
makin lama makin sedap.for me, I prefer vodka, it's better than beer lah

Aku: oh, tak nak tak nak.. 
saya pernah jumpa orang eksiden under influence of alcohol
berdiri sebelah pun dah bau masam muntah arak tu.
tak suka lah

groupmate 3: minum sikit2 ok lah untuk kesihatan,
janganlah minum sampai mabuk muntah2, u minum sikit,u tido
heaven.. sangat selesa tapi kalau mabuk, bangun tido hangover lah

Aku: if islam bagi pon,saya tak nak lah.
tapi sekarang saya tak nak sbb agama saya tak bagi ..

dan seterusnya perbualan terus bersambung
tentang " perkahwinan antra non dengan muslim, dan kewajipan 
untuk menganut islam untuk berkahwin"

Haih, sabar lah.. lagi beberapa bulan je lagi 
menjadi golongan minoriti ni ye

mari sambung belajar,esok ada kelas lagi

^_^

Monday, October 29, 2012

my little world...

Beberapa tahun ini ramai yang tanya aku macam-macam
tentang 'seseorang' yang selalu aku sebut-sebutkan

sebenarnya ada 3 perkara yang aku mahukan
bila aku bercerita (di blog) tentang siapa yang aku maksudkan itu

pertama,
aku hanya mahu memberitahu yang dia wujud
yang perasaan aku padanya wujud
yang kami pernah wujud

keduanya,
yang kau patut tahu,
aku tidak hiraukan apa tanggapan manusia lain 
pada dia, pada aku pada kami


"mungkin cerita tentang aku dan 'seseorang' itu 
adalah cerita sejarah, 'seseorang' itu telah mati,
cuma perasaan aku padanya itu wasih wujud
mungkin 'seseorang' itu hanyalah sesorang y sudah menjadi milik orang lain
mungkin 'seseorang' itu pernah aku benci, cuma sekarang 
perasaan itu bertukar menjadi sebaliknya
mungkin 'seseorang' itu adalah manusia yang dekat,
dan kami sedang bersama membina hikayat

'seseorang' itu mungkin seseorang yang boleh menjadi mana-mana manusia dalam 
hidup aku, yang boleh memegang apa-apa watak sekalipun"


ketiganya,
sebenarnya, aku memang tidak pernah ingin memberitahu
manusia-manusia lain dan stranger
siapakah dia yang wujud dalam hidup aku

aku tahu, dia tahu,
yang aku bercerita tentangnya...

hidup aku ini kecil je sebenarnya,
Ianya hanya membabitkan kesayanganku dan yang menyayangiku

Friday, October 19, 2012

Pemikiran yang indah

Pernah beberapa waktu dalam hidup ini,
kita berharap pada sesuatu yang kita tahu,
tidak akan menjadi milik kita

kita berharap,
untuk menjadi sesorang bagi seseorang

atau,mempunyai beberapa kelebihan 
daripada pelbagai kelebihan 

atau apa-apa sahaja yang
 sedari awal lagi kita tahu,
 ianya mustahil menjadi kenyataan

Namun,harapan itu kadang-kadang menghidupkan kembali
beberapa jenis manusia yang seakan-akan sudah mati jiwanya

Jadi,
Biarkan aku terus berharap
 biarkan aku dengan harapanku itu




Sunday, October 14, 2012

Hidup ini adalah apa yang kita pilih

Sekarang hidup di Kota Kinabalu Kembali

dalam uni ini,aku ada beberapa tempat yang aku suka
tempat yang mendamaikan
tempat yang menarik dan lawa
(actually aku je rasa begitu, i guess)

first,ODEC, tak tahu ODEC tu apa maknanya
tapi sebab datang-datang je sini orang cakap tu odec,so odec lah jadinya
ianya adalah satu area pantai di dalam uni,
yang budak-budak perikanan gunakan kot.
so,ada tangki2 besar ikan, ada jeti ,ada bot dan batu2 yang ditambak

oh,ini gambarnya,
Ada ketikanya sewaktu laut surut, pelajar dan juga staff uni datang memancing
dan penduduk kampung yang tinggal di area pantai ini akan datang memukat
menyeret pukat menaiki sampan klasik buatan sendiri,
mendayung , melalui bawah jambatan 

Dan ada ketikanya,
datang staff,kadang-kadang orang luar membawa anak2 dan isteri
menghirup udara segar pada waktu petang sambil mengambil gambar kenang-kenangan
"gambar family kecil kita" kata mereka
seperti semalam,sewaktu sedang aku memerhati pakcik montel memancing
 datang seorang lelaki yang jelas nampak keletihan di muka,
namun dia tetap datang membawa putera dan puterinya 
berjalan-bermain pada waktu petang ditemani isterinya y tersayang

di satu sudut yang lain,
akan ada beberapa pasangan yang mungkin sedang menyimpul janji
atau mungkin juga sedang merancang masa depan mereka
diam mereka di sudut sana,cuma kadang2 kedengaran ketawa-ketawa kecil
Namun,
jelas terpancar kegembiraan dan kebahagian di wajah-wajah mereka

 pabila manusia dan alam bersatu,
ianya menerbitkan satu pemandangan yang indah di bumi Allah ini

pada waktu pagi sesudah subuh dan waktu petang sebelum magrib
langit, awan dan air laut bertukar warna perlahan-lahan
menghasilkan kombinasi warna yang mendamaikan
pertukaran warna yang  terjadi ini kerana datang dan perginya matahari

waktu pagi selepas subuh itu,kekadang air laut surut
menampakkan pasir putih dan ketam-ketam hitam berjalan ke sana kemari
waktu itu, laut itu,pasir putih itu dan ketam2 itu 
amat menggoda untuk aku, menanggalkan kasut dan menyertai mereka 
menjadi sebahagian daripada mereka di pagi hari


 second place adalah sini,
di belakang bangunan pentadbiran uni aku
ada satu taman tersembunyi yang jarang benar didatangi manusia
ya kan, semua orang senang untuk ke fun fair,ke mall ke konsert
dan melupakan ketenangan dan kecantikan disini

dari sini,
aku mampu melihat matahari jatuh diantara dua bukit
matahari yang jatuh membawa malam
yang jatuh bersama,
hilangnya kicauan burung-burung kecil yang ligat mencari makanan 
yang jatuh bersama,
kepulangan pemancing-pemancing ke kediaman
yang jatuh bersama,
waktu si ayah mendukung-membawa anaknya kembali ke kereta untuk pulang
yang jatuh bersama,
 terpisahnya pasangan-passangan kekasih pada hari itu

Thursday, October 11, 2012

Heal it,having scar is better than having untreated wound

Manusia tidak seharusnya berbangga pada
tiap dosa dan noda yang dilakukan
seharusnya tidak...

tetapi manusia yang belajar dari tiap 
kesalahan adalah manusia yang menghayati kehidupan

Yang bercerita hanya untuk berkongsi
tentang pada ketika mana, pada waktu yang macam mana
Allah turunkan bala, dan heret dirinya kembali
ke jalan kebenaran

mungkin,dia hantarkan beberapa manusia,
kematian, kegagalan dan beberapa kesedihan
atau apa-apa sahaja cara

sampai kau mula sedar,
kau hidup atas dunia tidak akan dapat lari dari NYA

hah
tak ada manusia yang berdosa yang tiada masa depan,
dan ingat Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang

nothing worth having comes easy

Akan ada manusia yang akan melakukan 
tiap kesalahan hanya untuk merasai kekesalan

they said,
don't talk about it, if you don't know,
Go,do it, feel it by yourself, 

dan,
kita akan mampu untuk bercerita 
tentang rasa itu dari habis isyak sampai subuh esok pagi


you again

Kesibukan kita mengejar cita-cita
kadangkala membuatkan kita lupa pada beberapa perkara

beberapa perkara yang dikisahkan oleh hati
yang diterjemahkan oleh minda
dan diberikan nafas oleh lidah

kita sibuk untuk membuktikan itu dan ini,
untuk menjadi seperti mereka dan dia
 untuk memenuhi kehendak dan keinginan hati

lalu,
kita lupa untuk membelai sekeliling,
kita lupa untuk berkongsi dengan yang melihat 
untuk bercerita pada yang selalu akan  mendengar

kita lupa pada semuanya
yang kita tahu hanya diri sendiri dan selesa

kita lupa bahawa 
dengan tidak punya apa-apa

kita mampu bahagia sebenarnya!

a little chit chat with budak2 tepi jalan


A note to you

Kamu tahu apa yang membuatkan 
manusia tidak berdendam walau disakiti?
ianya mengenai perasaan suka ,
yang melebihi perasaan dendam.

perasaan sayang,
yang melebihi perasaan marah.

tidak perlu kau tanya untuk beberapa kali..

waktu aku khabarkan bahawa aku suka,
beberapa tahun berlalu pun aku akan tetap suka,
beberapa peristiwa pahit berlaku pun,
aku akan tetap akan sentiasa senyum disisi mu.

Yang menentukan,bukan hanya perbuatanmu,
ianya lebih pada penerimaanku !

haih..
dengan cara apa lagi aku patut fahamkan kau

cuba bagitau,
apa lagi yang perlu?


Sunday, October 7, 2012

yang weird

Mood hari ni lain dari hari-hari biasa
so,cerita hari ini akan jadi lain berbanding hari-hari biasa

hari ni macam emo-emo sikit,
sebab mungkin stress dengan exam,
mungkin ini exam clinical yang pertama sorang-sorang
maknanya tak ada 'rumate' dan senior2
yang boleh tolong hiburkan hati,kejut pagi2 suruh study,
tak ada bau kopi 'salam exam' dari meja sebelah sana nun
tak ada yang paksa pergi mandi,tanya makan  minum waktu exam tu
tak ada semua tu exam kali ini

bercerita tentang housemate, yang dah dekat 4 tahun tinggal bersama
yang pernah terterasa, tersilap faham, terkasar, tertumbuk,
tertonyoh, tertendang
yang kadang-kadang terguling-guling gembira, gelak2 bersama,
gosip2 bersama, kongsi pendapat dan pandangan
berlari-lari dikejar anjing, trauma bersama 
hahahahahaha
actually, aku rindu rumate di Kota kinabalu
seriusly serius

walaupun, aku stress dengan rumate aku yang cepat stress, 
tapi bilamana mereka tidak stress,
aku pulak stress dan  jadi risau "kenapa mereka tidak stress"

dan yang  pasti 
mereka juga stress dengan perangai unexpected aku,
yang suka menyanyi secara kuat, berguling-guling di tempat yang rata
dan juga tido dimana-mana bahagian bilik yang aku mahu
tapi mereka sabar,dan aku pon sabar

sepanjang menulis blog, ini mungkin kali kedua
aku bercerita tentang rumate-rumateku comel
hahahahahaha

entah dalam beberapa tahun yang lepas tu
entah sejak bila aku mula sayang dengan rumate2 stress tu
entah sejak bila aku mula senang dengan mereka
entah sejak bila aku mula risau-risaukan mereka
sebab selalunya,aku tak kisah
kau nk terguling terbalik bukan masalah aku

yang kali ini menjadi tidak selalu,
dan aku mula kisah

so,gud luck exam rumate

Friday, October 5, 2012

things that you told me...

Aku sedang berehat beberapa bulan ini
Berehat sejenak sambil melihat manusia-manusia lain
disekeliling aku kalut mengejar impian mereka
mereka, yang berusaha keras untuk memenuhi impian mereka

aku masih lagi berehat,
sambil memandang kekalutan mereka ke hulu-kehilir

waktu mereka kalut mengejar impian itu
aku masih lagi melakar impian ku di kertas biru ini

aku masih..

Thursday, October 4, 2012

District posting

Exam lagi beberapa hari,
moga diberkati peperiksaan yang kali ini ni

Aku memang tak berapa nak tahan 
dah dengan apa yang aku buat sekarang

so, moga KAU yang MAHA kuat ,
terus menjaga aku yang serba lemah ini

hahahahahaha.
gila skema title kan?