Wednesday, November 30, 2011

berangkat menjadi dewasa ya.


TQ

kerana selain Along kesayangan aku,
tiada lagi manusia lain yang suka bagi aku benda-benda 
semacam ini.

semulajadi

aku adalah seorang ahli seni mempertahankan diri
bukan sekadar pernah..tapi masih
cuma, yang membezakan sekarang, aku tidak seaktif dulu
kerana 
masih banyak lagi tanggunjawab lain yang perlu aku dahulukan

salah seorang instructor aku pernah cakap
yang melarikan diri juga adalah salah satu seni mempertahankan diri

setelah kau tahu kelebihan dan kekuatan lawan,
kau harus berkeptusan..
melawan secara berdepan,atau lari menyelamatkan diri

yang lari dari musuh dikatakn pengecut?
banyak beza antara pengecut dan juga manusia bodoh

salah satu novel yang bertajuk "kemana hatimu" 
ditulis oleh Eyman haikal
ada menceritakan tentang silat kelibat,
dimana mereka merubah menjadi bayang-bayang
menyembunyikan diri dan datang kembali menyerang
mempertajamkan lagi deria-deria kurnian Tuhan itu

seperti kehidupan,
ketika diserang atau dihujani masalah-gangguan apa pun
melarikan diri salah satu cara penyelesaian
dengan syarat datang balik dan selesaikannya 
secara berani dengan emosi yang lebih stabil,
dan bersandarkan ilmu

I saw you laugh..

jaga kata-katamu kerana aku memahami,
juga tingkahlakumu kerana aku memerhati,

aku memahami kejadian-kejadian dan emosi-emosi 
manusia-manusia sekeliling aku

cuma pada satu-satu ketika,
aku diamkan,aku buat-buat tidak faham
aku buat-buat tidak mengerti apa-apa

heh
memberitahu satu dunia yang kau tahu segalanya
itu bukan cara aku

dan
aku memilih untuk stay cara aku ini

ada masalah?

It's in the making,.baby


 kau bercerita pada manusia lain 
tentang keburukan-kelemahan-ketidak elokkan aku

dan manusia lain mula membenci aku,
atau paling kurang punya rasa menyampah bila melihat aku berjalan
atau meluat bila mendengar aku bercakap..

it's fine for you?

jika ya
 It'll be fine for me



Tuesday, November 29, 2011

: (

I miss him

sikit je,
tapi tetap penat


Sunday, November 27, 2011

sederhana dan itu sempurna

teman aku seorang kaki perempuan

bercinta hanya untuk beberapa bulan-tahun 
kemudian berpisah.
beberapa bulan kemudian dia bercinta lagi
dan kali ini dengan perempuan lain pula..

....dia dan falsafah cintanya...haih

pernah aku bertanya padanya

Aku: Perempuan macam mana 
yang menarik minat kau...dan kenapa setelah beberapa tahun,
kau akan berpisah..apa kau main-main bila bercinta

Dia: Ntah,aku kadang-kadang suka je perempuan,
especially yang suka pada aku,
berpisah? aku bukan main-main,kalau sudah hati tak suka,
baik berpisah sahaja

Aku: kau tahu sekarang aku bersyukur

Dia: kenapa

Aku: kerana aku tak pernah sukakan kau

Dia: hahahaha

aku simpulkan yang mereka jenis semacam ini tidak matang,

seperti budak lelaki dan kereta mainan

seorang budak lelaki dibelikan kereta mainan,
untuk 2-3 bulan pertama,kereta mainan baru itu akan dibawa kemana-mana
di teliti,dimainkan sepanjang masa...dijaga sebagusnya

dan pabila budak lelaki itu sudah tahu seluruhnya tentang keretannya

dia mula bosan,tiada lagi yang mahu diterokai,
dia sudah tahu keburukan dan kelebihan barang kepunyaannya itu.
dan dia mahukan yang baru,
dia mahukan sesuatu yang baru

 untuk

..diterokai dan ditinggal lagi..

budak lelaki memang macam tu
so you better find a man
not a boy..

hak bercerita

sedang berlegar-legar di ruangan tidak berdimensi ini
 aku terjumpa satu penyataan

"open your mouth only if what you are going to say
is more beautiful than silence"

tentang bercerita hal manusia lain kepada manusia lain

kalau hal yang keburukan yang diceritakan itu betul..
itu mengumpat

dan kalau keburukan yang diceritakan itu tidak betul
itu namanya fitnah

sekarang bercakap hal keburukan orang part mana,
yang bagi manfaat

ce kau jawab..?

second ....

yang sedap2 bercerita hal orang tu,
ada ke pernah fikir orang yang dijadikan bahan bualan tu 
kisah atau tak,suka atau tak

memang lah dia takkan tahu,dan kalau dia tahu
dia bukan boleh buat apa-apa
Malaysia kan negara demokrasi,nak cakap apa,cakap je la

kamu boleh cakap

I'm not going to jail if I talked about everythin i want
ye betul..
But you're going to hell...

A very nice place man
damn nice..

Note:
hepy bufday for my lit sis
hari kelahiran yang ke-15.
moga hidup dipermudahkan Allah






second exam da tamat

penat..
minggu exam memang minggu yang penat

yang ni tak baca lagi,
yang ni dah baca,4 kali,tapi tak faham lagi
yang ni dah baca,tapi hafal belum lagi

penghabisan dengan benda yang banyak
tak baca-tak faham-tak hafal
aku masuk exam..

dan jawab pon kira aci tibai je

belajar benda yang aku belajar ni
bukan boleh dibuat dalam masa seminggu dua,
5tahun pun tak cukup 

ni kan seminggu dua

Monday, November 21, 2011

setiap penamat adalah permulaan cerita yang baru..kan?

berhenti baca buku
dan meh ikut aku baca muka-muka manusia

manusia-manusia weird macam aku ni 
memang macam ini
memang tidak boleh nak diajak ketengah-ketepi-ke atas

ajak banyak-banyak kali pun bukan aku kisah
nanti bilamana aku mahu ,
aku akan pergi kemana sahaja arah yang aku suka

dan bukan kerana ajakan siapa-siapa
bukan kerana mana-mana manusia

: )

tut tut...
inbox dibuka
"tis beli tepon dulu,lepas tu kak balik ,nak 
claimed,bayar ye"

aku tekan butang reply dan aku mula menaip
"hah,beli lah dulu,tapi kalau kak beli lagi bagus,
tapi lambat lagi"

1/2 saat kemudian tut tut...mesej diterima
"hmmmm...lambat lagi kan,bulan 3,
tis beli dulu,tapi kena bayar..ingat bayar balik"

aku  balas kembali
"hahahahaha,ok2...claimed-claimed lah pulok dia ni
hahahaha"

Nampaknya plan untuk aku beli camera pada kali ini,
terpaksa ditunda,lain tahun lah ye..
haih...adikku sayang

Sunday, November 20, 2011

Don't need to rush this..just take it slow

prof+student...farawel party Prof HMP singh
pertandingan berlari 2011...hahahaha
kan betul kan,
masa akan merubah banyak benda..
.."banyak benda"..

GUD LUCK EXAM TEMAN-TEMAN

kau memilih pilihan kau...be clever ya

minggu ini adalah minggu exam..
dan exam untuk minggu ni ada gap yang memberi ruang
pada semua orang untuk terus bernafas,
jadual exam kali ini,tidak mencekik kami yang memegang status pelajar

ya kan.
kadang-kadang yang kita perlukan hanyalah ruang

kadang-kadang,aku ignore beberapa perkara yang aku tahu
aku buat-buat tidak tahu,
aku buat-buat tidak faham,
buat-buat tidak nampak..

sebab?
aku tidak mahu involve dengan manusia-manusia itu dan masalah-masalah mereka
masalah kau cari.....kau lah yang selesaikan
sepatutnya....perlu diselesaikannya sendiri.

dan aku memilih.......
 dengan manusia mana dan masalah jenis apa
yang aku patut involve

paling aku tidak suka manusia yang mencari masalah,
dan tidak juga mampu menyelesaikan permasalah yang dicarinya.
contoh:
dah tahu kalau balik lewat akan jem,jangan lah balik lewat,
tambahan kalau dalam perjalanan balik lewat tu kau habiskan masa
menyumpah seranah semua benda di jalanan.
kau saja yang betul eh?

bab-bab yang sendiri cari penyakit macam ini,
aku memang tak bole tolerate....

ini cara aku,tak suka...kau boleh blah.
aku tak sekat mana-mana atau siapa-siapa untuk kekal disisi aku

kekal lama disisi orang macam aku.
apa yang kau dapat? 

Thursday, November 17, 2011

esok menjanjikan peluang....

gayanya seperti memanggil-manggil diriku 
pergi dekat padanya,

...tapi...
bila didekati,dia diam dan berlagak 
seperti tidak merelakan

seperti tidak pernah memanggilku datang
huh..

mahu ke tak ni??
tak mahu aku blah je...
hahahahahaha...

oh ya...
exam esok

Wednesday, November 16, 2011

children learn to smile from their parents

aku: ayah,ada orang nak curi moto saya..
(da nak nangis,kalau cerita dengan ayah memang senang nangis..aku tak tahu kenapa)
ayah saya: belum curi lagi kan? hahahaha
(sempat lagi dia gelak-gelak,saja je harukan aku)
aku: ye lah belum,tapi tadi dekat suiz tu da jadi  besar,
ada orang cuba masukkan suiz lain,dop suka,dop comel dah
(masih ada rasa nak nangis)
ayah saya: report guard lah,dekat hospital ke umah?
saya: hospital kot,pergi kelas kan tadi
ayah saya: baca doa pendinding ayah bagi,baca ayat kursi...
mintak jauh dari susah dengan DIA...
DIA yang kontrol segalanya...ada amal doa ayah bagi?
saya: erk....ok

my hero


Monday, November 14, 2011

Bila ianya datang dari hati,itu adalah kebenaran


17:37
Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini 
dengan sombong,karena sesungguhnya
engkau tidak akan dapat menembus bumi dan 
tidak akan mampu menjulang setinggi gunung
( 17:37)


..balaroh cantik kan kalam Allah ni..?

haih.
dulu aku selalu je tido time matapelajaran SPM
A-quran dan Sunnah tahun 2006/07

dengan tido...apa yang aku dapat?
hahahahaha

Sunday, November 13, 2011

well-behaved women? ye lah kan...

Pada mana-mana bahagian-perkara yang aku berhak
aku akan bersuara-bertindak
untuk mempertahankan hak aku

dalam mempertahankan hak,ianya tidak silap
bilamana ada yang tidak berpuas hati-marah-terasa
tapi,
se-elok-eloknya,perkara-perkara macam ini patut dihindari
tapi
jika tidak dapat dihindari,
aku berpendapat tidak apa,
yang terasa itu patut tahu yang 'aku' sedang mempertahankan hak aku

kau kena tahu,
menghormati hak orang lain itu penting.

kau juga kena tahu
tak semua orang macam kau,
dan tak semua orang menjaga haknya seperti kau menjaga hak kau
lain orang,lain caranya

dah jelas bukan sekarang?
hak aku,suka hati aku lah nak jaga macam mana pun
farewall party Prof HMP singh

Saturday, November 12, 2011

Aku rindukan senyuman kau,tapi aku lebih rindukan senyumanku

macam mana perlu aku mulakan cerita ini,

....hmmm....
esok lah aku bercerita

 atau esok,atau esok esok,

aku tidap punya kekuatan lagi untuk 
mengingati 'nya' sekali lagi

tidak kuat lagi untuk waktu ini




Thursday, November 10, 2011

It's in your hands now. ..

Intro: even 
aku tahu melalui pembacaan,pemahaman
bukan senang mahu terapkan  dalam penghidupan....
kan??

one word...superb

Asas rukun iman/islam yang kukuh,kenalnya manusia dengan pencipta
melalui sifat-sifat dan nama-namaNYA
akidah yang mantap-pengetahuan sirah yang meluas-berakhlak mengikut islam
menjadikan seseorang lengkap sebagai muslim

dan pengetahuan ini-pengetahuan 'apa maknanya menjadi islam',
diterapkan dalam keluarga,
ibubapa-sanaksaudara

permualaan sebuah keluarga dengan 
cara yang diredhai Allah menjamin keberkatan dalam penghidupan
melahirkan insan-insan yang i/Allah 
akan berjuang menegakkan islam  tanpa ragu-ragu 

Adanya keluarga-keluarga yang berpaksi atas nama agama
akan melahirkan masyarakat
yang takutkan Tuhan
dan kecurian-masalah sosial-penipuan-rasuah
akan hilang dalam kehidupan

ianya bermula dari diri sendiri
seperti rumah yang dibina dengan batu-bata
keteguhan rumah itu bergantung pada kekuatan asas binaanya

-ringkasan daripada buku dari abang Janggut untuk setakat ini-

note:
buku belum habis digest,sbb banyak yang tak faham
he (book) make some points,but I don't get it
haih


Tuesday, November 8, 2011

sorry for having feelings

..turning point..

ianya adalah sekarang
benda-benda bagus tak elok dilambat-lambatkan 
kan?

ini
bukan mengenai perkahwinan,
aku sudah tidak berminat untuk hidup berdua buat waktu sekarang

I'm asking about relationship not relation-shit

note:
kalau jiwa tengah kacau macam ni,
memang bahasa aku pun kacau macam tu

adapt and overcome...cakap,mudah kan?

Aidiladha tahun ni adalah aidiladha yang kedua aku
kedua kali aku jauh dari keluarga

takbir raya di masjid as-syakirin,
buatkan aku sebak-sebak-haru.

terengganu-sabah memang tak lah jauh sangat,
memang sabah masih malaysia
tapi suasana raya jauh bezanya.
..jauh dari yang aku pernah rasa..

manusia yang lambat terkesan seperti aku ini,
akan ambil masa yang tidak sekejap bilamana sudah terkesan
dan benda-benda macam ini 
luar kuasa aku untuk kontrolnya

oh ya...end posting exam lagi 2 minggu
around the tangga dah kan tu..?
macam kena study habis-habisan

Monday, November 7, 2011

apa-apa yang susah untuk dapat,susah untuk dilepaskan juga dilupakan


lagi musician dari kanada yang aku suka.
kanada...haih

oh ya..salam aidiladha semua,
moga kita rela berkorban seperti mana nabi-nabi kita
berkorban segalanya

kerana pada dasarnya segala yang kita miliki sekarang
adalah kepunyaannya
maka,seperti memberi balik apa barang pinjaman
pada yang berhak...DIA yang berhak

p/s:
pada student medic poland tu,
best of luck exam....

Saturday, November 5, 2011

satu pilihan yang mampu merubah separuh dari kamu

kau biarkan dia pergi
berjumpa dengan beratus-ratus manusia yang punyai beberapa
ratus jenis pesona,
bertahun-tahun lama kau biarkan dia pergi,
apa kau tidak takut andai dia bukan lagi manusia yang kau kenal dulu?
apa kau tidak rungsing dia berubah menjadi yang lain?

apa kau tidak mahu tahu macam apa keadaannya sekrang
sihat atau tidak dia,
senang atau susah dia,
sakit atau sihat dia?
apa kau tidak mahu ambik tahu?

aku tahu kau menyerahkan segalanya pada Allah bukan?
dan
aku juga belajar untuk menyerahkannya pada yang Maha itu

nice man.
you teach me a lot.
a lotttttttttt about berserah

Thursday, November 3, 2011

you have to get hurt,that's how you learn

sila refer pada post yang ini


dan aku ulang tulis disini,

ask permission before you do anything
because a man past is his business

belajar menghormati hak orang lain,
dan hak kau akan dihormati.
..

we don't close the book,we just turn the page

Bila kau katakan yang kau pergi
dan akan datang balik pada masanya nanti
aku percaya

aku percaya walau
seribu macam bisikan yang mengatakan
yang kepercayaan pada kau hanya sia-sia

aku masih juga mahu percaya

aku percaya pada hanya 1 sebab
bahawa kepercayaan itu akan terbalas
bila kau katakan, "bila tiba masanya".

aku percaya masanya ada,
dan ia akan tiba

lelaki chipsmore.......u better come back on time
dan bawakan saya sekali asam pedas

lapar lah

Wednesday, November 2, 2011

kesalahan itu adalah bukti yang kita pernah mencuba..

semua orang berlagak pandai ya sekarang
berebut-rebut mahu menonjolkan bahawasanya
"aku tahu lebih daripada kau"

berlagak seolah-olah mengetahui segala benda
dan mahu pula memberitahu satu 'dunia'
bahawa kau lah orang yang tahu itu..

bila ada kenalan yang kurang tahu
tidak dapat memberi jawapan yang tepat,
kau gelak-gelak,merendahkan
"itu pun tak tahu,benda senang tu"

ilmu Tuhan itu,kalau digunakan lautan pun sebagai tinta
untuk ditulis,dibukukan takkan habis

baru je belajar 21 tahun tentang ilmu dunia
dah nak berlagak-lagak macam tahu semua benda
21 tahun je kot...bukannya lama sangat

Oh,aku tak ingat,
kau tak percaya Tuhan kan?

jadi bila lah kau nak percaya?

NOte:
Aku sedang berkira-kira untuk berlagak bodoh,
bagi dua hari yang mendatang...
tengok apa yang akan jadi
bila manusia "yang berlagak bodoh"
berjumpa dengan manusia "yang berlagak pandai"

menarik kan