Monday, May 30, 2011

kongsi-kongsi ya!

orang selalu silap sangka
Aku bercakap/berdebat atau menegakkan prinsip bukan kerana aku ingin menang
Bukan kerana aku ingin katakan aku betul
Bukan ingin khabarkan yang kau salah
Aku dengar kata-kata kau,dan aku pegang pegangan aku,
Kalau tidak mahu bersetuju dengaku,tidak apa
Kalau tidak mampu buatkan aku bersetuju denganmu juga,tidak mengapa
Kita berbeza pendapat,namun kita tetap sama
usah panjangkan,usah jadikan itu alasan
cuma kita perlu bersetuju untuk tidak bersetuju
yang masam muka,gaduh segala bagai tu kerana apa?
salah satu
tak bole menerima pendapat orang lain
atau..tak bole orang lain tak terima pendapat dia
...haih...
ceritalah,berikan pendapat kamu,bentangkan yang kamu tahu
kerana aku berprinsip dengan apa yang aku tahu,kamu juga bukan?

yang aku tak tahu??yang kau tak pernah tahu??
siapa yang mahu khabarkan,siapa yang mahu fahamkan,
itu lah gunanya teman kan....haih

-Outsiderz-

Monday, May 23, 2011

unspoken pact

white rose.
...we'll meet again....
strive and keep moving ya!!..never give up and
thank Allah for what u have,trust Allah for what u need

dan ini..
"Shoot for the moon. Even if you miss, you'll land among the stars"

Q- alma mater

kantin sekolah berasrama penuh ingtegrasi batu rakit,kuala terengganu
zaman sekolah menengah tu zaman paling gemilang mungkinnya
selama 5 tahun,365 hari dalam 1 tahun lebih dari separuh aku di sekolah
walaupon busuk buruk,tetap sayang..
da jadi darah daging orang kata
mungkin berkat tempat ilmu tu yang buatkan kehidupan budak hostel meriah
meriah yang memang meriah.
bukan uni tak meriah,tapi uni ni manusia didalammya individualistik.
ya..tak semua begitu,tapi kebanykakannya
kontra dengan sekolah,yang mana
mandi ramai2 waktu pagi berrebut bilik air,
lepas tu semayang subuh ramai2 disusuli dengan tilawah sikit
breakfast pagi2 ramai2 dengan bebelan makcik dewan makan y tak pernh nk mahu berenti
berhimpun untuk baca al-quran sekali lagi di dewan,(dengan boy sekali..haih..)
tgh ari balik makan ramai2,solat ramai2,lepas tu study ramai2,
petang main atau tgk orang main juga ramai2..
malam jumaat,buat tahlil juga ramai2...lepas tu tgk tv ramai2....

kau tanya kehidupan uni macam mane??
macam tu memang tak ade...semua orang buat kerja sendiri
kadang2 u don't even noe nama budak aras korang..
sekolah dulu,semua student di 2 blok yang 4 tingkat tu bole diajak sembang ajak main

note:
pengalaman itu buatkan kan kita matang,.....
lakukan sepenuh hati,silap kita belajar,kalah kita usaha lagi,jangan pernh takut
satu-satunya tempat yang ajar aku taf,dan menjadi manusia yang ada pegangan...
adalah sekolah aku
sek.men.agama.atas sultan zainal abidin,kuala terengganu


Saturday, May 21, 2011

siaran TV

kurangnya agama dalam diri buatkan runtuhnya insitusi kekeluargaan
dan runtuhnya insitusi kekeluargaan membawa kepada banyak
permasalahan sosial.
bukankah Islam itu cara hidup...
dengan agama hidup mempunyai arah,
dengan agama
manusia tahu tujuan hidupnya,
dan tahu kemana pergi selepas matinya

anak-anak itu umpama kain putih,
ibu-bapa lah yang bertanggunjawab untuk mencorakkan anak-anak itu
tambahan di zaman sekarang,
dimana anasir2 luar yang mungkin akan berjaya memesongkan anak2 kita...banyak
disini,kekukuhan insitusi keluarga bersandarkan islam itu penting
kata2 ayah,nasihat kakak dan umi,larangan abang
itu akan menjadi benteng pada anak2 dari terjebak

pendapat aku,
anak-anak di malasyia ini berhadapan dengan masalah yang besar
bukan masalah malnutrisi,malaysia bukan negara perang,
malaysia aku ini negara y merdeka dengan hasil bumi dan minyak mentah,
minda...minda anak2 kita semakin hari semakin 'layu'
jangan terkejut jika makin ramai anak2 yang mempunyai cita2 'sementara'
'man nak masuk raja lawak'
"lia nk masuk Af,tak pon mentor"
"tak nak lah,nk masuk menari-nari tu"

sebulan dirumah,
aku usha-usha siaran television tempatan,
semuanya corrupt,
hiburan semata-mata,realiti tv yang ntah kemana
yang masuk pertandingannya bangsa kita,manusia seagama dengan kita
yang melihatnya,juga bangsa dan mereka yang seagama denganku,
macam mana mahu berperang kalau hanya tahu melawak
macam mane mahu mencipta roket jika hanya tahu menyanyi
macam mana mahu majukan bangsa/agama jika berlibur hari-hari

dulu aku pernah cakap,
tiap dari kita,tiap hari memberi sumbangan pada dunia dan isinya
sama ada sedar atau tidak tu je..
sumbanglah sesuatu yang berguna utk bangsa dan agama..

tu belum masalah homosexual (assignment aku dulu),akhlak,buang bayi,
murtad,keciciran belajar,lumba haram

pihak akhbar,tv,radio tak cakap sal masalah sosial bukan bermakna tak ade,
ade je,hari2 tengok ...
masalah pendidikan rakyat,masalah kesihatan,masalah agama,masalah pendatang asing
cuma dieorang lebih suka cakap pasal
'video sex ketua pembangkang" yang ntah betul,ntah tidak tu
haih....

note:
anak-anak kita=hanya kerana cintaku pada kanak2,pengganti aku nanti
(aku belum kawin,dan tidak ade anak)

angkatan 45

"kalau sampai waktuku
Ku mau tak seorang kan meraju
Tak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang djalang
Dari kumpulannja terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerdjang
Luka dan bisa ku bawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri.
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mahu hidup seribu tahun lagi

Friday, May 20, 2011

perilous

tangan kiri jari tengah .(.semalam..)
tangan kiri jari tengah dan jari antara ibu jari dan jari tengah..(hari ini)

berapa banyak lah darah yang terbuang ni
pedih ar jejari ini..
...haih...
agak lama dah tak kena pisau ni,
aku tahu pisau tu nk 'bermanja' dengan aku...manja betul...
haih

airport sultan mahmud memalam...memang camni

Thursday, May 19, 2011

pada cikgu-cikgu yang bertanggunjawab...selamat hari guru

Aku nekad,aku sudah tidak dapat bertahan lagi

Jika aku kekal, aku yakin aku tidak akan dapat apa-apa

Lantas aku kemaskan segala macam yang patut,

Letakkan kunci bilik di kocek baju kurung,ketatkan ikat tali kasut,betulkan tudung dan melangkah keluar perlahan

Aku pandang kembali ke belakang,

Beberapa pelajar perempuan sedang tekun bermesyuarat di belakang kelas

Beberapa pelajar lelaki sedang sibuk menulis

Tanpa kata,aku melangkah laju meninggalkan semua menuju destinasi

Sambil menyanyi riang di atas katil double decker kawan aku,aku membelek-belek novel ‘pilot cafĂ©’ karangan ahadiat akashah

Tiba2 dari sisi mata aku menangkap sekujur tubuh sedang berdiri..

“kamu disini ye,pergi balik kelas belajar”

“alah,teacher …malas lah….eh! kenapa teacher bole ada kat bilik saya ni”

“saya round2,bertugas minggu ni,saya da agak kamu memang ada kat bilik..cepat g kelas"

Sambung baca ahadiat akashah di kelas 4 sains…

"SPM tahun depan,tahun ni selesaikan masalah jiwa dulu"

Tuesday, May 17, 2011

tak tanya bukan bermakna tak kisah...kan??

semua yang ada dalam photo masih hidup..tu je..
macam pelik je...,
tetiba ade rasa nak study macam tahun 1 dulu
rasa nak study sampai aku bole lupa tarikh lahir aku sendiri

note:
something tells me I miss someone
haih
- - -

pantun

taman melati dirumah,
ubur-ubur sampingan dua,
kalau mati kita bersama,
satu kubur kita berdua.

ubur-ubur sampingan dua,
tanam melati bersusun tangkai,
satu kubur kita berdua,
kalau boleh bersusun bangkai.

tanam melati bersusun tangkai,
tanam padi satu persatu,
kalau bole bersusun bangkai,
daging hancur menjadi satu.

-sastera melayu lama dan baru-

Monday, May 16, 2011

selidik sebelum bertindak

didalam bilik air
"bisikan yang pertama,membawa arti utk selamanya"
sambil bernyanyi-nyanyi riang aku melagukan satu lagu,

"eh,pencuci muka siapa ni,kira orait lah,yang aku punya pun da habis.."
"wangi nye"

di depan tv
"sape punya pencuci muka dalam bilik air tu,yang safi,saya kebas,ha ha ha?
"abang punya?"
"eh ye ke"

itu pencuci muka dan cecair pencukur safi,dua dalam satu
habis lah..habis aku

Saturday, May 14, 2011

jun 2009

baik hidup seperti neraka
daripada
mati kekal dalam neraka kan??

haih
(sambil picit2 kepala,goyang2 sekali kepala ni)
penin

Wednesday, May 11, 2011

bayangan


lepaskan jika sudah tidak ada sekelumit sayang.
lepaskan jika sudah tidak ada rasa didada
lepaskan jika akal tidak dapat lagi menerima
lepaskan segala-galanya
jangan tinggalkan sedikit pon berbaki jika betul2 ingin lepaskan ia pergi..

sebenarnya,memang depend pada diri sendiri
it really depend on how we take it.
depend on how u take that thing.
ambik positif,positif lah..kalau negatif,takkan pernah jadi mudah

rasa yang datang tu kadang2 tak perlu dibuang
cuma perlu 'dijinakkan' agar tak menguasai diri
tak juga memudaratkan hati dalam hidup hari-hari
kan....kan..kan...

mempunyai perasaan itu normal sebagai manusia,
cuma biarlah berpada-pada

Sunday, May 8, 2011

don't talk...act ye..

miss X:
perempuan yang mempunyai seorang ayah yang sakit,emak yang
perlu menjalani rawatan dialysis saban hari,dan seorang adik
yang perlu disekolahkan
bekerja sebagai kerani di sebuah ofis pada siang hari
dan penghibur lelaki/pelayan di kelab pada malam hari
semuanya kerana duit utk ibu,ayah dan adik tercinta

memang miss X tewas kepada ujian hidup dan jadi begini,
tapi kita yang mengutuk perbuatannya adakah kita pernah diuji sepertinya??
dan kalau kita pernah diuji dan menang,kekuatan itu milik kita atau milik siapa?
tanpa rahmat dari Tuhan mampukah kita melepasi setiap ujian yang menimpa
Adam a.s pernah berkata kepada Musa a.s
bagaimana mungkin engkau mencelaku untuk apa yang telah tertulis untukku
sebelum aku diciptakan lagi
sesungguhnya maksiat itu mengandungi kebaikan kalau itu membawa kepada taubat
kadang2 hanya dengan mengetahui pahitnya maksiat
orang dapat merasai manisnya taat
-from Vandetta page 245-

aku ulang2 baca perenggan ni 3 kali untuk hari ni..
dan aku fikir sambil makan nasi dengan sup ayam tengahari tadi
ye lah kan....
tak kenal takkan tahu kan??
tahu pon takkan dapat rasa bukan??
kalau rasa pon....berapa kerat yang kisah dengan hidup yang lain??

come on babe...u all juga yang ajar aku...
kita yang bergelar islam adalah bersaudara..
jangan cakap saja,bikinnya tidak ada..
apa bila kau lihat saudara kau jatuh dalam lubang gelap,hitam pekat
adakah kau tengok lepas tu cakap..
'kau bodo,dah tahu gelap buat apa masuk'
bawak lah dia keluar,dia silap tu,ajar dia agar dia tak silap lagi
itu kan gunanya saudara..

tarik rambut dalam tepung lebih susah dari apungkan klip kertas dalam air...

sebelum habis exam lagi aku sudah fikirkan
buat kira2 dalam kepala-cuba tambah dan tolak
bila kepala sudah tidak mahu lagi mengingati-mencuba imaginasikan segala bacaan aku
maka aku alihkan...ke tempat yang lain.

aku cuba manipulasikan dan aku cuba predict apa yang akan terjadi
dan aku malarkan apa yang takkan berubah dalam diri aku
hish ...susah...ini masa depan...
aku perlu lebih mencintai masa depan tanpa aku perlu kurangkan cinta aku pada masa lepas
kan ke elok tu...berlaku adil dalam membahagikan cinta
yang menjadi persoalan sekarang ...mampukah aku..

oh...apa yang berjaya mengambik tempat dalam kepala aku
utk aku fikirkan dulu dan sekarang ni..ialah...
camne lah nk survive belajar apa yang aku tengah belajar.
jangka masa peeendek...tahun depan.
yang panjang sikit.......lagi 3 tahun
yang memang kena fikir trang tang tang.....seumur hidup aku..
camne tak nak mati sebelum tiba masanya..

haih...
kena lepak ni....sirap sejuk dengan apam balik sekeping
esok aku sambung fikir lagi..

Tuesday, May 3, 2011

050411

syukur dah lulus ..berat terasa menghilang

terima kasih pada
yang maha kuasa kerana beri aku peluang
juga pada ummi ayah yang tk jemu menadah tangan
pada along,adik2 yang dalam diam2 berisi-diam kamu push saya study tau
pada sedara-mara yang selalu mesej2 call2 beri semangat
pada dia di poland yang selalu teman study malam
jauhnya dimata,hati tidak ye

pada rumate yang selalu kejut-paksa-untuk terus study malam dan siang
pada kawan2 yang selalu berkongsi segala macam ilmu pelajaran
pada senior yang selalu bagi semangat-cerita-tips
pada prof-doc yang mengajar sesungguh-sungguhnya
pada semua yang memberi pada aku
dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar sumbangan
aku hargai tiap sumbangan itu

gagal atau lulus exam bukanlah ukaran yang sebenarnya
hati itu,kita tahu bukan hati itu segalanya

self learning package 2

dengar permintaannya, hormati pendiriannya, privacy hidupnya usah diolok-olokkan

tu je....sure berkawan tu akan sampai bila2
tapi make sure jugak dia tu yang reti tiga diatas ini
dua hala kan...??
bertepuk sebelah tangan-tepuk lantai-rebana-tabla memang bunyi
tapi lain bunyinya dari tepuk dua belah tangan ..
synchronize kan..
hati-jiwa dan perasaan dengan perbuatan dan juga perkataan.

kena bermusafir tengok negara orang macam ,baru aku rasa
apa yang tak cukup atau cukup dalam diri

Monday, May 2, 2011

erti hidup

I pray Allah makes it easy for me and also for you insyallah
-from Poland , Rapuh-
(i'll keep your word -outsiderz- )

ini bukan tentang nk skor spm straight A taun 2007 dulu
bukan cara nak menang dalam semua pertandingan yang diceburi
ini bukan mengenai degree kau atau degree aku yang susah nak mati tu
bukan nya tentang mencari rumah-kereta-duit yang membukit tingginya

...ianya tentang yang abadi dan berkekalan ye..
yang sepatutnya dulu lagi kita fikirkannya..

---

bawa aku pulang,jika kakiku melangkah ke dalam kesesatan


cinta itu berkembang dari masa ke semasa.kita tidak jatuh cinta.
cinta pandang pertama adalah mitos
lebih lama kita memahami dan mengenali seseorang itu
akan lebih dalamlah perasaan cinta

1.cinta pada allah
2.cinta pada rasul
3.cinta pada ibubapa
4.cinta pada ilmu
5.cinta pada diri sendiri dan orang lain

pada diri sendiri,pastikan kamu mencintai diri kamu sebelum mencintai orang lain
agar kamu tidak separuh gila cintakan manusia lain hingga mudarat diri sendiri

bukankah redha Allah itu terletak pada redha ibubapa??

moga dipermudahkan segalanya
moga diberkati penghidupan kita
moga hidup kita semua penuh dengan rasa cinta

note:
rumate sedang tido,sorang lagi mungkin juga tgh tido
malam yang sunyi tanpa bunyi ini hadirkan rasa tenang
ya..tenang

awan tambahkan indahnya suasana...


to love someone deeply,gives you strength
being loved by someone deeply
gives you courage
-Lao Tzu-
melihat matahari jatuh

kuat atau lemah nya manusia itu
bukannya pada fizikal semata-mata
hati,,hati yang kuat itu adalah hati yang penuh dengan rasa cinta
-Outsiderz-


Sunday, May 1, 2011

jika awan tidak dengkikan aku,esok aku akan tenung lagi mentari jatuh


ini adalah cara bagi aku untuk berkongsi rasa
semua rasa mungkin..gembira-sedih-kecewa
kecewa/sedih mungkin lebih banyak menjadi isi pati tulisan aku ini
kerana kau tahu,tak ramai yang ingin tahu kesedihan kau
ingin tahu itu mungkin ada,tapi yang faham tak ada bukan??
itu lah..

mana2 yang kamu tak faham,aku tak harap kamu faham
mana2 entry aku tuju-tujukan pada sapa2...tapi tak sampai..aku juga tak kisah
mana-mana permintaan aku yang aku tulis disini-tak tertunai,aku juga tak sedih
aku tulis disini,,,rasa2 yang penting bagi aku tapi tidak bagi orang lain

mungkin aku takut untuk lebih kecewa,atau takut untuk terima hitam putih perkara
biarlah,,tak semua bnde perlu diucap,dinyatakan hitam putihnya bukan?

aku hidup tak seorang,
aku hidup
ada yang sayang dan,dan ada yang aku sayang
ada yang tak suka dan,ada yang aku tak suka

note:
aku tak mencari persamaan antara aku dan kau
aku mencari perbezaan,
dan aku belajar mencintai kau kerana perbezaan itu