Tuesday, June 28, 2011

Ku saksikan ia dengan hati penuh rindu yang syahdu :(

ni masa hobi aku dulu tangkap gambar,
sekarang bukan tak..cuma masa tak ada,,,sebenarnya macam tu lah
sebenarnya macam ini,
bila ada kesilapan atau apa-apa sahaja yang kita tidak suka
kita akan lebih suka jika kita tidak mengingatinya
kalau bole jangan langsung disebut tentang nya,sekali pon jangan

sebenarnya macam ini,
ianya bukan tentang perkara itu sahaja,ianya tentang penerimaan kita
penerimaan kita tentang sesuatu perkara
berlapang dada dan redha patut kita adakan
utk tidak sesekali menyesal,untuk tidak sesekali berdendam,utk tidak membenci
tiap tindakan dan tiap keputusan dan tiap kejadian yang terjadi
semuanya pelajaran bukan??

sebenarnya macam ni,
kita belajar tak hanya disekolah
tak hanya apa yang ditulis direkod,tak hanya pada gred yang ditandatangi prof itu,
sebenarnya proses pembelajaran itu yang lebih bermakna sebenarnya
apa yang kita faham,apa yang lekat dihati,dan apa yang diamalkan..

everythin happend for some good reason kan?
everyone come to your life utk ajar kamu somethin kan??

be a man dan terus berjalan...sama2 kita berjalan ye!

sebenarnya macam ini,
aku tengah serabut sebenarnya ini,fikir pasal hal rumah
pasal hal exam,pasal hal2 yang tak patut,pasal yang eh tiba2 ade...
fuyoo....

Sunday, June 26, 2011

kita teruskan tanggunjawab kita ya teman-teman

kalau kamu minat akaun..cuba kamu lepak belajar dalam kelas sains tulen
kalau kamu minat seni lukis atau seni muzik...cuba kamu masuk belajar kelas law
kalau kamu suka pasal perubatan ....cuba kamu masuk kelas budak mechanical engine jap
kalau kamu suka elektrikal engine....cuba kamu masuk kelas kulinari ..

cuba try untuk 2 bulan.....tengok apa akan jadi...
dan kau akan rasa apa yang aku rasa dalam 2 tahun yang berlalu..

kamu takkan pernah rasa apa yang dirasai seseorang itu
kecuali kamu...kamu berada di dalam situasi yang sama juga..
itu je caranya...

selamat study untuk miss outsiderz bagi exam pertama tahun 3..
aja aja fighting...

rasa yang datang bukan pilihan..untuk suarakan/tidak suarakan itu tetap pilihan...

makan-makan last di kafe yang pakcik popeye kerja
matrikulasi melaka 2008/2009 H1p8-kami budak belajar bio..

when I text you, that means I miss you.
when I don't text that just means
I'm waiting for you to miss me...

lebih kurang macam tu lah kiranya..
lebih kurang saya kata ...dan saya kata pada kamu ni..

note:
exam lah minggu depan.cuak dah ni...haih

Friday, June 24, 2011

tengok sunset paling kurang pon 10 minute tau..haih

dulu tengok sunset di pantai,dengan jeti dan lampu2 jalan.
sekarang dah berubah arah..melihat dari ketinggian dan permaidani hijau tuhan

blog...
(usha blog cikgu2,alumi sekolah dulu,kawan2,sedara mara,dan juga yang kenal tak kenal)
twitter...(apa kebenda pon aku tak tahu)
formspring...(ni aku suka,utk bertanya dan menanya)
forum dan baca paper online...

semua bnde2 di atas bole dibuka 2 kali sehari,macam makan ubat
dan tiap kali bukak tidak bole melebihi 20 minit..
dua kali maknanya 40 minit...
haih...masa..masa...

tetiba teringat pepatah arab yang belajar dengan ustazah
norzera dulu,siap kena halau dengan penyapu kerana kantoi ponteng kelas..

"masa itu ibarat pedang,kalau kita tidak memotongnya,
kita akan terpotong olehnya"

note:
semalam baru je baca blog kakak.merangkap senior dan juga
doktor bergelar Ho juga seorang isteri -bertajuk-
turn around while u still can-
and she wrote like she's regretting work as a doc in malaysia.

mereka selalu berkata-kata

hidup bermasyarakat yang punyai banyak ragam ni
memerlukan sabar yang tinggi
berfikir sebelum bertindak dan tidak perlu cepat melatah
just be brave dan pegang apa yang dijadikan pegangan kuat-kuat.

kalau jadi gadis tegap,yang berusaha untuk lakukan segalanya sendiri,
yang tidak terlalu menonjolkan diri dan tidak terlalu terbuka dalam pergaulan sehari2
akan tetap akan ada orang persoalkan.
"anti-sosial lah perempuan tu"
"macam alim,tapi aku tengok tak pon,hipokrit"..

tu kalau jadi baik....kalau jadi jahat..
"apa kes lah dia ni,dah macam setan dah aku tengok"
"dia ni tak ada perasaan ke??tak patut langsung"

jadi budak2 yang buat perkara-perkara yang patut dibuat je-
belajar,telefon mak,basuh baju,main sukan,makan,belajar lagi
"nerd lah dia"
"eh,kau tak ade rutin lain ke.bosan lah life kau"

pesan Luqman Al-hakim pada anaknya
"sesunggunhya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangan dalam tiap2 satu"

aku memilih untuk menjadi aku
bukan menjadi aku yang kau mahu
just respect orang lain,kalau itu pun tidak mampu kau adakan
apa lagi yang tinggal untuk kau ???

Thursday, June 23, 2011

self-explaination kan??

kira ok ke tak kalau esok aku pergi kelas bawak
bantal,selimut,cik panda aku...
dah ada plan nk tido je time kelas esok...

....
dia : kamu dengan dia gaduh ke?
aku: kenapa tanya macam tu
dia: tak lah,macam
aku: tanya dia,sebab kalau tanya saya...memang tak
dia: ha'ah?
aku: ye..
dia:hmmm...

main agak2 ni susah,tanya je lah kalau nk tahu
cakap je lah kalau nk dia tahu
fahamkan lah kalau nak suruh dia kisah

apa yang nak jadi lepas tu,tunggang terbalik atau kena langgar angin amarah
atau suasana jadi beku paras o celcius...lantaklah
at least......aku cuba ...
cuba menjernihkan yang keruh..
ade dua je...
1.jernih dan tidak berdebu
2.kotor dan tiada tempat tak ada debu..

note:
i'm talking about relation-ship...
dimana semua orang punyai dan jaga yang itu...
cuma cara 'menjaga' itu berbeza antara kau dan aku kan??
haih

Wednesday, June 22, 2011

mencuba untuk menekan tekanan yang sedang menekan aku..

ini lah tempat jogging lepas subuh dan waktu petang...

kerja-kerja menganalisi maklumat bukan susah sangat,cuma kena sabar

untuk menganalisa kata2 orang dan ditulis ke dalam buku tu .....bukan senang!
kalau setakat tulis bulat2 apa yang dicakapkan tak ade lah susah sangat kan??
ok,dia cerita rasa dia,bebanan dia,sakit dia
kita interpret,tulis balik melalui cara kita,gaya kita
mai seorang lagi tanya pulak si pesakit,
dia tulis setelah di'interpret'....of course mengikut gaya dia...
dah tu???

kalau dalam bab2 macam ni,bab2 rsa,beban ni
susah untuk bersetuju untuk tidak bersetuju
kan....??ketidak samaan dalam menganalisa akan
membuatkan ketidak samaan dalam menetukan rawatan

ini aku kongsi apa yang aku belajar tahun lepas..haih...
kappa statistic..


budak2 belajar statistic mesti terrer punya bnde2 ni,aku ni setakat belajar atas angin je
tau,faham,bole explain balik..kira orait..
nak cari yang expert...tempat lain lah..bukan aku

Monday, June 20, 2011

I'm.....I'm trying


aku sedar yang aku mula menjadi tak tentu hala
aku mula tak berdiri di bumi yang nyata
tak juga menimbangkan lojik semata
terlalu mengikut kata hati yang makin menggila

puas sudah aku mengawal dan menjaga,
puas aku berusaha dan terus berusaha,
mungkin aku belum lagi diuji dengan sepenuhnya,
kalau hendak dikira rasa seperti ini tidak patut ada
tapi entah lah....dah ianya datang ,dan terus datang. .

menghempap aku, lemaskan aku ..........................secara tiba-tiba.

Outsiderz
4:32 pagi waktu mesia

Sunday, June 19, 2011

yang tertinggal

ini senior2 ,tapi kak ema tk ade dlm photo,kak ila pon tak ade.
walau kalah teruk tarik tali dulu,aku tak kisah pon...hahaha
" bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuat keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia...
Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,retak hatimu
tapi mungkin itulah DIA mahu
kerana
DIA tahu hati sebeginilah lebih lunak,mudah untuk dekat denganNYA"
salam sayang
kak ila

note:
terima kasih pada kak ema untuk pencil case warna putih tu,
jenuh fikir nak letak apa dalam bekas2 besar camtu..
dan kak ila,tQ...macam kena,kelepek atas kepala saya je kad bufday tu

Saturday, June 18, 2011

bonding budak2 perempuan ni pelik sikit...maka sila faham wahai lelaki..

chronologically according to time...
1.Arkhatini Razak-uitm
2.En.hafizu abdullah-maktab
3.zahia atikah-upsi
4.faten khalilah-ums
5.tak tahu tapi siapa ,dia bagi hadis dari Ali utk aku-tQ
6.Asmak ramli-usim
7.Nurfatihah-maktab
6.tak tahu-dia terjah wish hepy bufday
7.faridah taib-ums
(yang wish ikut fon,kira betul2 ingat tarikh bufday aku ni lah...
haih
sayu betul lah korang,tapi sayang yang aku sediakan)..

**************************************************
pada secret admire, M.shafiy,tQ utk mawar merah y harum itu
dan juga patung rambut kerinting-
(tahu korang tk baca blog aku,kalau baca mesti bagi yang kaler putih,)

pada y belanja makan ikan 3rasa di pantai,
dan hadiah baju seram sejuk tu,tQ jugak
walaupun penat lepak hospital pagi petang,berdiri berjam-jam,
berjalan kehulu kehilir,tapi still tegap...
kita kan gadis2 taf....

(bab2 macam ni aku sukar sikit utk menunjukkan rasa....kaku jadinya)

*******************************************
yang hantar kad tandatangan ramai2 tu,tQ jugak
jenuh aku tenung handwriting sorang2,cuba recognize sorang2
haih.....mendera betul

pada yang tengah hadapi exam di Poland
tQ utk nyanyian hepy bufday skype video semalam..
sies terharu...nasib baik gelap kan semalam,
kalau tk ,,nampak kot muka aku berubah...bukan sikit..banyak..
haih...pandai je harukan aku..
budak2 medic poland tahun 2...gambateh utk exam physio yang last
best of luck...mintak Allah permudahkan segalanya.

Friday, June 17, 2011

nikmat hidup ....21


selama 20 tahun aku hidup
dan ya..... masuk tahun yang ke-21 tahun hari ini..
"8 tahun dari sekarang i/allah
aku dan umi ayah aku akan dapat berdiri di celah ribuan
manusia berbagai bangsa dengan satu tunjang akidah beriman pada Allah yang Esa
untuk tunaikan rukun yang penghabisan itu
i/allah tuhan permudahkan cita-cita aku yang ini".

..hepy bufday outsiderz..

Thursday, June 16, 2011

ditaip dengan emosi kacau bilau

cuti yang lalu....ya tentang yang telah berlalu

kelas yang kejap2 blackout,kejap2 ade balik,lepas tu black out balik
dengan lec dr doc punya lah classic,tulisan atas slide kecik2
dengan kaler hitam putih,suara senada..punya lah bosan lec
kelas pulak punya lah panas...aku main2 pon still bosan
tu tentang kelas..
balik kelas berlari2 lari melintas jalan dekat bulatan
dengan hujan manja turun dari langit tuhan
haih....
dalam kete,dengan mengantok dengan penat,
semua rasa mai,tersenguk-senguk dalam kete tahan mengantok
balik je p usha arshad,ada calar sikit..haih makin naik darah aku
naik bilik solat kejap,dan bukak laptop.
ni satu hal lagi..laptop pulak keluar blank kaler je..
usha punya usha....akhirnya dapat jugak aku menaip post ni
dan ianya ditaip dengan penuh emosi 'tak puas hati'...

***********************************************************
hari ni jumpa budak perempuan 13thn di wad (pneumonia)
yang mak bapak divorce sejak kecil,
tinggal dengan maksedara,mak sedara sekolahkan dia,
pergi kelas jalan kaki sejauh 1 jam,
jarang2 jumpa mak-ayah-adik beradik yang lain
yang nk cakap2 pon takut-segan-tak percaya
yang pernah tercicir pelajaran kerana tidak mampu dulu
yang tarik emosi aku waktu pagi2 lagi...bila aku tanya
'ni besar nanti ni nak jadi apa ni,ce cer ce cer...-sambil gelak2-??"
"saya nak jadi doktor,macam kakak-sambil sengih2-"..
".................-terus aku tersenyap-"

betapa aku ni adalah manusia yang bertuah,
yang punya macam2 yang kebanyakan yang lain tiada..
moga Allah akan tetapkan hati aku ni di jalan-NYA
percaya-mengharap dan yakin pada kuasa-takdir DIA..

Tuesday, June 14, 2011

aku bukan materialistik,tapi still memerlukan benda2 utk hidup..

nasi lemak punca kegemukan??
pe kes dengan jajan yang lain,coke,pepsi,
pizza,mcD dan segala macam fast food yang lain..
kalau nak tolong israel pun,kau punya pasal,tolonglah...
jangan lah kambus periuk nasi orang2 kita..
kerajaan oh kerajaan...
bila lah minyak,gula,ayam,tarif elektrik nak naik lagi??
lepas pilihanraya diharap turun lah
mahu duit utk preparation pilihan raya bukan..
haih.....biasiswa pon tak masuk lagi..

kau bole bezakan rasa teh boh dengan lipton?? ade boleh??

aku tenangkan air tasik y berkocak hebat untuk mendapatkan rasa tenang
kau kocakkan lagi..
aku tunggu lagi sampai air itu tenang kembali,dan aku nikmati rasa itu kembali
dan purposely kau lemparkan batu untuk kocakkannya lagi
dan aku ....
terus keringkan air tasik itu,
kau tidak dapat lagi kocakkan tenangnya tasik itu,
dan aku tetap akan cuba hadirkan tenang walau tanpa air tasik yang menghijau ..

tengok...kan da jadi..

Sunday, June 12, 2011

Dulu rasa ini menggelamkan aku,Kini aku tenggelamkan ia..


boy: aku betul2 ikhlas mencintai kau,kenapa kau tidak dapat menerima?
girl: aku tidak pernah cakap kau tidak ikhlas...
boy: tidak cukupkah segala apa yang aku telah berikan??
girl: cukup..lebih cukup utk aku letakkan percaya..
boy:dah tu? apa lagi sebab kenapa kau menjauhkan diri
girl: bukan ikhlas kau yang aku ragui,cara kita ini,
kita ada agama bukan? dan niat ikhlas kau itu tidak dapat menghalalkan cara ini
ini salah wahai lelaki ..
boy:..............
-tiada kaitan dengan mana2 manusia yang hidup/meninggal dunia-

mungkin sedari kecil lagi kita da tau cerita2 cinta 'abadi' konon ini.
romeo juliet,titanic,Qaisy dan laila,dan sebgainya..
maka kita mula menyalah tafsirkan kata 'cinta' itu..
kita mula meletakkan cinta itu teratas melebihi perkara-perkara lain..
haih...
kita lupa Tuhan itu melebihi segalanya...

cintailah sesorang itu kerana Allah,ya sayang!!
secebis rindu aku kirimkan pada si lelaki di sana...
moga kau berjaya menjadi seorang pemuda yang berdiri teguh atas tiang agama..
semoga Allah merahmati kau sentiasa...

-outsiderz-

fikirkan boleh....ceewah,,,

masa ni suka belajar...dan aku rasa belajar tu cool...
..permainan minda..
pernah fikir kenapa budak2 punk tu suka buat rambut cacak2 mcm anak burung
pakai baju hitam sendat2 gambar2 ntah apa2?
pernah fikir kenapa??? tu pasal dieorang fikir itu cool..
dulu,masa zaman dulu2,kau pakai seluar baggy, t-shirt besar2
atau kau suka pakai baju y ada bunga2..konon2 comel lah...
tapi kini kau da tak pakai dah...
kenapa???
kerana dulu rasa itu lawa,sekarang rasa kelakar atau menyampah dah..
tapi still ade je lagi orang pakai baju seluar baggy2 tu
kerana dia masih atau baru je rasa itu lawa..

itu dalam fikiran kita,pandangan kita
yang akan berubah ikut pengetahuan,surounding dan jiwa kita..umur kita..

ok sekarang aku kena fikir positif..
dan aku akan jadi optimis...

rapuh....gud luck final exam histo ye..

aku kecewa lagi.....

aku sentimental,sebab itu kecewa-gembira aku terang nampaknya....

kalau kau tidak mahu tolong aku selesaikan masalah aku ni..tak ape
aku tak pernah mintak tolong kau selesaikanya pun kan..??
kerana aku tahu masalah aku,aku je yang akan faham,rasa dan hadap
tapi tolong....
tolong jangan tambahkan lagi masalah aku
dengan menjadikan diri kau tu masalah bagi aku..
..really annoying tau..
sebanyak mana aku cuba bersangka baik,sebanyak itu juga kau matikan sangkaan aku tu
aku mencuba sedayanya,tapi aku tidak berjaya akhiranya
maaf untuk itu ....maaf kerana usaha aku itu tidak berjaya

masalah yang aku ade sekarang ni da cukup buat hidup aku tunggang langgang
tahu,yang datang dalam hidup aku tu memang diberikan tuhan utk aku
kalau kau juga datang kerana tuhan utk tambahkan masalah aku..apa bole buat
haih........(aku masih cuba bersangka baik pd kau)...
kau je yang tak pernah.....haih...

aku buat line sekarang...
kita jaga hal masing2,kita buat cara masing2...
kalau hormat pon kau tak bole adakan,percaya aku tak bole tumbuhkan.
setakat ini sahaja lah..
aku mengalah bukan kerana aku berputus asa..
cuma aku kini ade rasa kecewa...

untuk punyai rasa itu normal sebagai manusia,
normal kalau aku mula meluahkan rasa,
normal juga kalau aku menunjukkan ia....
kalau kau kata tak normal..... itu kau,bukan aku...

Friday, June 10, 2011

moga Tuhan kekalkan nikmat sihat tubuh badan...berpanjangan

hafiz syahidan..kecik2 lagi da jadi rebutan awek2..haih.

bila ade dua benda yang kita perlu pilih,
sudah tentu ade lebih dan ade kurang pada tiap2 benda..
pe kata kalau kita ignore y kurang..
kita ambik simpan y lebih tu..
kita memilih bukan
tentang lebih yang ada dalam yang tidak dipilih itu ..biarkan
kita juga sudah dapat kelebihan dari pilihan kita itu bukan??
jangan tamak...tak semua bnde boleh dimiliki
sekadar tengok dari jauh sahaja sudah memadai...kadang2

tk berpa betul jadi tidak tipikal sangat..

haih.

cerita kita-kita

-14/5/2011-
angin tu dah lama...
dah lama tiup pokok supaya goyang..
tapi pokok tu kuat....dari dulu sampai skrg tidak goyang2..
cuma baru2 ni..
angin makin kuat,,,,pokok makin lemah..
dan sekarang bukn takat bergoyang...
mungkin akan tumbang,,,
bukn salah angin yang goyangkn pokok..
sbb itu memang kerja dia ..sebagai angin
dan bukn juga salah pokok sbb tak kuat menahan angin
pokok itu hidupan y mmbesar,dan yang hidup-kuatnya dipengaruhi bnyk perkara...
tu lah...
secara kiasannya tentang rasa aku sekarang
masalah rasa yang dop tahu nk letak aras mane,pada sape dan gane..

6/6/2011
hidup je dengan yang sekarang..
mintak tuhan permudahkan segalanya....
kau bole rely pada tuhan je kau tahu..yang lain.....biarkan

Wednesday, June 8, 2011

bukan cerita antara merah dan biru

Iman hafez merenung masa depan-dia

masih blur2....walau da 2 hari lepak di ward
dan diharapkan selepas lect dari senior menerusi ym ni aku faham nanti
i/Allah...
demi dunia sekarang dan dunia selepas mati,kita terus melangkahkan kaki..
move move,,

ini bukan cerita antara merah dan biru
ianya lebih,lebih dari itu.

Monday, June 6, 2011

6/6/2011

kalau kau kata hari ini stress dan penat
aku akui itu..
dari dulu lagi stress ni ada,cuma kualitinya beza
oleh itu,
kualitikan pula sabar yang kita ada..

taf kan kawan...kita taf kan ??
haih...

pada senior di sekolah menengah dulu,
hepy bufday diucapkan


Friday, June 3, 2011

lab coat tebal panas lah...haih

lebih bagus mengetahui kebenaran dan merasa kecewa
daripada tidak tahu apa-apa dan tertanya-tanya

appiled utk diri sendiri,
kerana aku perlukan lebih masa utk menormalkan diri aku
lebih masa utk bangkit dari rebah
berhenti dari menangis,dan juga tersenyum selepas bersedih

cepat tahu,cepatlah elok balik
lambat tahu,lambat lah
kalau kira kaedah matematik,sama je.

haih...sama je..

Thursday, June 2, 2011

aku je

aku ni tak manis
cuma comelnya kalah arnab mata merah bulu putih2 kelabu
nak dibandingkan dengan sugar glider,memang aku menang
comel tu macam rasa nk picit-picit pipi,
comel lah,macam baby mcam tu

.....tapi tu lah....
aku tipu je

B..O..S..A..N

Wednesday, June 1, 2011

Encik.....ya encik

tidak mungkin kita bersama nanti
andai tiada tertulis sejak azali
andai itu kelaknya terjadi
tiada duka mahupun dendam dihati

-outsiderz-