Thursday, October 20, 2011

cerita sebuah buku

aku sudah berada di sandakan dalam 3 bulan lebih
dan satu-satunya tempat yang aku suka pergi
untuk mencari segala macam keperluan adalah
...Giant...haih...

oh di pintu keluar Giant sandakan,
ada satu deret penjual yang menjual buku-buku ilmiah dan keagamaan
aku selalunya akan singgah seketika
buka sikit-sikit,usha2 pengarang dan harga buku
letak balik buku-senyum dekat penjual buku-dan blah

sepatutnya hari ini aku top4 fon klasik aku
tapi disebabkan aku punyai seorang along yang baik hati
dan dengan senang hati dia telah m'top4 kan' aku adiknya
hahahahaha...tQ along

dan kerana punyai duit lebih,
sejurus kelas habis-solat magrib-ambik duit-terus aku menuju ke giant
selepas 'berlari-lari' di dalam Giant aku terus ke deretan buku

dari jauh,kelihatan seorang lelaki akhir 20-an aku agak
sedang asyik dengan telefonnya,
dengan berbaju hitam,sedikit janggut dan berkopiah putih.
how sweet..kan?

aku angkat sebuah buku,yang selalu aku usha
yang bertajuk "Apa ertinya saya menganut islam"
selesai melihat isi kandungan aku baca sinopsis di belakang
kemudian terjadinya perbualan antara

aku (pembeli buku) vs abang janggut (penjual buku)

aku: abang,buku ni harga dia berapa
abang J: oh,RM8
aku: dalam hati(murah je,kenapalah aku tak pernah tanya)
oh...boleh kurang tak bang?
abang J: (nampak makin selesa berbual) oh,boleh,
berapa nak?
aku: kurang seringgit
abang J: boleh,boleh je,betul nak?buku ni lama,tinggal satu ni je
aku: nak,tapi bang,
sebenarnya kan,apa yang buku ni nak sampaikan
secara rumusannya,abang tahu?
(sambil angkat kening)
abang J: muka gelabah...hmm,dia cerita pasal islam...
hmmm...hmmm..orang islam patut tahu
aku: oh,terima kasih,saya ambik...salam abang

aku bertanya,selesai saja aku baca sinopsis di belakang buku
aku tak expect abang J akan baca semua buku yang dia jual
tapi sinopsis abang J bole baca 5 minit je bang
plus: yang saya perasan buku tu dah ada di atas meja bersama
buku-buku lain da dekat 3 bulan,takkan abang tak pernah terbaca..
plus: abang jual buku kan,mesti lah tahu sedikt sebanyak pasal barang jualan

aku sebenarnya tidak lah ingin permainkan abang itu
aku betul2 mahu membelinya
cuma aku harap lepas ni abang J lebih suka
untuk membaca buku-buku jualannya
untuk
dirinya,dan pengaruhi orang lain untuk membelinya (dia jual benda bagus)
dengan penerangan yang menarik mengenai sesebuah buku

oh,sebelum aku lupa,
rumusan yang abang J ceritakan
langsung tidak tertulis di belakang buku itu...
abang J nak tipu aku lah tu...hahahaha
dan aku tinggalkan abang j dengan tanda tanya
abang J takkan pernah tahu adakah
penerangan aci tibai dia mengena atau tak
sebab buku yang aku beli itu adalah yang terakhir dalam simpanan dia...

pengajaran hari ini
manusia berjanggut juga tidak terlepas dari
menipu bila terdesak...hahahahah...
(main-main je ni)

2 comments:

emy|farid said...

hehehe kesian abg J, so apa la isi kandungan nya? rajin baca ye. alhamdulillah

Outsiderz said...

baru sampai mukasurat dua belas..
dan kena stop sbb ada 4 perkara yang tidak faham...

kena cari guru dulu bagi penjelasan.

belajar seorang bukan tak bole,cuma mesti ada pembimbing agar tak menyimpang...
pemerhati mungkin