|
KLIA-cuti raya 2011-
sekaran' aku homesick...damn sick |
3minggu dari sekarang ,aku ada peperiksaan
peperiksaan yang terakhir, sebelum peperiksaan besar
student dan exam kan,mana boleh dipisahkan
kan?
dan, lebih kurang sebulan dua lagi, peperiksaan besar itu akan tiba
untuk lebih accurate, lebih kurang,dalam 60 hari lagi
peperiksaan besar, yang mana akan merangkumi 3 tahun pengajian aku
3tahun,tak lama,tapi dalam masa yang tak lama ini
beberapa bijik buku tebal in the range of 1 to 2.5kg yang aku kena baca
yang patutnya aku baca,dan faham
bukan sekadar baca sahaja
ketika hari pertama memijak tangga kapal terbang airasia
di lapangan Terbang Sultan Mahmud dulu,
aku nekad, mahu menjadi anak yang baik-manusia yang baik
mahu hidup aku 5 tahun disabah nanti, lebih gemilang berbanding secondary school
aku mahu itu...
tentang manusia-manusia lain yang datang besama aku ke sini
aku tak kisah apa yang dieorang mahukan
antara kita, definasi bahagia-berjaya berbeza
kerana dari awalnya lagi, cita-cita kita berbeza, kan teman?
lagaknya manusia
diantara 3 tahun yang bersamaan dengan 36 bulan itu.
terkadang aku hilang arah,lupa tujuan,hanyut dalam perasaan..
antara 'aku di tangga kapal terbang airasia' dulu
dengan 'aku' yang sedang menaip cerita ini"
berapa banyak bahagian buruk dalam hidup aku telah berjaya aku buang?
berapa banyak iman aku bertambah pada Tuhan?
berapa banyak jenis tanggunjawab yang telah aku selesaikan?
berapa banyak yang aku berikan pada manusia?
berapa banyak yang Allah hitungkan?
antara
aku yang dulu,atau aku yang sekarang ini
mana yang lebih baik?
Tuhan, beritahu aku mana yang lebih ?