hujan sedang mengila di luar rumah
dan aku sedang rungsingkan tentang baju dijemuran
moga-moga tidak basah dek tempias hujan
cerita pada hari ini,masih mengenai percaya
Dalam perhubungan tidak kira perhubungan dengan apa pun
percaya itu penting,
teras untuk jadikan ianya kekal dan berterusan adalah percaya
percaya tidak bermaksud menceritakan segalanya
segala sesuatu yang terjadi pada diri pada yang dipercayai
cukuplah percaya yang, dia ikhlas,
kerana dari dulu aku tahu dan faham
sebagus mana pun kau bercerita diiringi muzik latar,
probe atau alatan-alatan berteknologi bagi memahamkan orang kepercayaanmu
tentang situasi-perasaan-kemahuan kau
dia tidak akan faham exactly seperti kau
tidak akan ada yang dapat merasa seperti kau rasai 100%
dan kerana alasan yang satu ini
aku kurang bercerita tentang rasa-perasaan
namun,aku jenis yang percaya,dan jenis yang berhubungan
...hahahahaha...
kau tahu,
hujan jadikan aku gembira,seperti aku ni katak
yang selalu merayu-rayu hujan supaya datang, lantaran kerinduan yang tidak tertahan
No comments:
Post a Comment