Saturday, January 21, 2012

: (

balik rumah bulan tiga nanti,
nak mintak umi masak ketupat sotong
nak mintak tokki sembelih ayam kampung buat gulai makan dengan pulut kuning
nak mintak cik yah buat nasik  minyak daging masak merah
mintak family ayah ngah buat sup daging 
mintak cik da buat rendang daging

nak pe kebun makan durian banyak-banyak
kalau ada manggis rambutan,nak kutip bawak balik rumah,makan sambil tengok tv
nak ikut umi pergi masjid dengar ustazah bagi ceramah

petang-petang boleh pergi tengok budak2 kampung main bola
boleh pergi ikut umi pergi lawat lembu
.boleh kejar ayam dengan itik tokki,kejar sampai masuk reban

weeknd boleh pergi lawat adik dekat asrama,
boleh main dengan sepupu-sepupu yang sedang membesar

andai aku balik bulan tiga nanti
semua benda yang aku  mahu buat aku tak dapat buat
tak apa...tak kisah

aku cuma nak balik rumah dan tinggal sama umi ayah je
---homesick-

2 comments:

Anonymous said...

owhh ..heheh...kita dah sampai dumah ...raya cina maa :)

Outsiderz said...

hahaahahaha...
syukur dapat 'lepak' dengan family...

form 4 ya?
sekoah mana?