Thursday, March 31, 2011

aku tak suka kucing sebenarnya...

ni kami 6 adik beradik
yang kat tengah warna kuning tu-aku-
aku j yang selalu lain dari yang lain..
lain pon tak pe...aku tau..aku juga adalah mereka
mereka juga adalah aku

anak pertama
suka sangat beli baju,sikit2 nk baju baru,nk baju biru,nk baju hitam pulak
anak kedua
suka sangat hilangkan baju,tiba2 hilang,tiba2 ada balik yang da hilang tu
anak ketiga
selalu kena tukar baju....membesar kemudian mengecil,dan membesar balik
anak keempat
tak suka basuh baju,pakai,pakai,pakai.....basuhnya tak
anak kelima
sangat tidak suka gosok baju..mungkin takut iron kot
anak keenam
tak reti2 lagi nk cari,nak pakai baju sendiri

atas tu tentang baju,bawah ini tentang nasi kerabu

anak pertama:suka sangat makan nasi kerabu
anak kedua:makan,tapi lebih suka nasi minyak
anak ketiga:makan tapi lebih suka pulut
anak keempat:makan sikit..sbb memang selalu makan sikit j
anak kelima:suka makan kerabu j banyak,nasi tak
anak keenam: langsung tk suka....bosan sudah paksa..

pada ayah dan ummi y memang sabar melayan anak2 yang
akan-sedang-telah membesar.
setinggi penghargaan diberikan..
mohon limpahan rahmat utk mrk !!

Wednesday, March 30, 2011

popping dance


jerky movement punya tarian
macam2..

ramai yang suka mimpi sebab mimpi itu manis
manis dari alam nyata..
tapi kenyataan tetap kenyataan
dan mimpi ...hanya mimpi...

cekalkan


aku:rasa resah yang tak tahu kenapa datang ini,
tak juga hilang-hilang dan tak tahu nk buat macam mane utk limitkan..
aku hanya mahu hilangkan resah..
but how??
dia (kawan maya): [13:28]

bukan aku tak tahu [13:28]
aku cuma lupa yang aku tahu..aku lupa yang aku percaya
tQ ya teman...
kerana ingatkan aku kembali.

kongsikan apa yang bole dikongsi


aku: saya nk derma darah terus lah,sini kan banyak thalasemia ..
tapi penderma kurang,consumer ramai..susah betul
senior:betul,kat hospital sandakan kan,kalau guna darah
kena ganti balik...family member kena datang ganti balik darah y guna
aku:biar betul, tak pernah dengar pon.
senior:betul,itu memang prosedur sana,guna darah blood bank,
family member kena datang derma darah replaced darah y dah diguna
aku: amboi..sampai camtu

pada semua..
gudl luck exam final,

tidak tercipta kosong...

kehidupan yang mengandungi kesedihan,keperitan,tangisan
berselang-seli dengan gelak ketawa dan juga resah
adalah hidup yang nyata..
hidup kita

mungkin kerana terlalu lama tidak menjenguk kampung
tidak juga bercakap secara 4 mata
tidak tahu kedudukan betul atau tidak nya
maka aku resah

resah dengan exam..1 hal
resah dengan ...study satu hal
resah dengan....keadaan umi satu hal
resah dengan....tahun depan 1 hal

mungkin benar,perempuan itu adalah golongan
yang terlalu banyak berfikir
terlalu banyak merancang,terlalu banyak emosi

tika melakukan dosa.
rasa takut akan bertamu dihati,namun kelamaan
rasa itu mati dek dosa,..
dan kita mula merasakan bahawa kita jauh dari Sang Pencipta
hakikatnya..
Tuhan itu dekat,sedekat salur darah dalam tubuh manusia

Saturday, March 26, 2011

kita cuba apa yang dapat diusahakan

dalam masa yang memang aku sedar tak akan cukup ini
aku sedar juga dengan kerajinan aku yang makin menurun ni
dan juga keupayaan aku yang makin tk menentu

maka aku kena positif
..ok positif..

1 gelas sprite,1 gelas coke (orang belanja)
tu yang aku minum semalam sebelum tido.
kalau macam ni lah,macam cari penyakit j..
adohai..
diri sendiri tak leh jaga j "orang luar" oi.

ini je:
sayang yang membuatkan kita lebih,
lebih mengambil tahu,lebih beremosi,lebih ber-reaksi,lebih melindungi
dah sayang kan..
biasalah tu..

Thursday, March 24, 2011

semut kena kawin ke tak ar???

pembaris besi aku...

selfish
aku mengajak kalian memahami apa yang aku faham

selalunya mereka yang mementingkan diri ini,
tidak kisah dengan y lain
tidak akan pernh kisah tentang orang lain
"dia y tak lulus,bukan masalah aku"
itu y jelas...nyata terus bole diklasifikasikan
"golongan penting diri"

20 tahun aku hidup,aku mengenali satu lagi golongan
golongan y sebenarnya pentingkan diri,tapi sembunyi2..
erk...erk...
"kalau tak report,nmpak macam warden tak buat kerja pulak"
"kalau aku tak tunggu,nnti orang ckp apa pulak"

bila difikir-fikir balik,di ingat balik tiap patah kata itu
mrk menghulurkan tangan kerana menjaga nama mereka,
kelihatan seperti menjaga masyarakat sekeliling ttp mrk hanya menjaga diri mrk.

itulah...memanusiakan manusia bukan mudah
tambah2 zaman sekarang
adakah kemajuan y perlu disalahkan
atau pendidkan negara kita yang pincang
konfem2 didikan juga main peranan
apa pun y pencetusnya,kebanyakan manusia sekarang hanya tahu jaga diri sendiri

lihatkan kawan,aku tk tuding jari pada sesiapa
kita sama-sama tgk diri sendiri

we noe ourself better than other kan??

note:
ada 4 ekor semut atas meja study aku,aku syak kapel..
dah pukul 4 pagi ni buat apa tk tido2 lagi..
konfem kapel,tapi aku cuba ber "husnuzhon"
jangan buat benda tak senonoh sudah time aku tgh study (buat bnde baik) ni
nnti aku hempap dengan pembaris besi..
tk sempat bertaubat
mati dalam maksiat..

Tuesday, March 22, 2011

manusia tetap manusia

ya..
dan aku menjadi manusia sekarang..lebih pada sifat kemanusian itu
menjawab ke tidak jika aku ckap
aku pon tak tahu bila masa aku maafkan kau..
"february 2010"
tahun lepas lagi patutnya aku kongsikan cerita gembira ini
dan ini utk kau ye teman..

note:
kehidupan makin kejam..

Friday, March 18, 2011

kutip balik

dalam PC kat umah,ada satu game tembak2 jet pejuang y aku suka
tapi tk copy masuk dlm laptop.
kalau copy,aku tk buat kerja lain lah selain dari tekan tetikus nanti

dari semalam sampai lah ke tengah ari tadi
aku bazirkan masa aku
membaca balik segala macam contengan aku disini
sejak lahirnya blog ini sampai sekarang
aku cuba baca satu persatu dengan harapan
tiap patah y aku ulang itu,aku dapat selami rasanya dulu
rasa ketika aku menulisnya dulu..

aku mencari,aku y dulu,semangat yang dulu
cuba memujuk hati,
cuba mewaraskan fikiran agar tindakan aku hemah
agar tindakan aku tidak buatkan aku, atau mana2 pihak terkesan
bila sekali terluka,kesannya akan mungkin hilang
namun parutnya akan tetap ada
sebagai kenangan mungkin juga ingatan

note:
please,fighting!!

Thursday, March 17, 2011

aku betul2 maksudkan nya


bila kamu sudah memberikan segalanya
sudah berusaha sedayanya
bersabar sekeras-kerasnya
dan menerima seadanya dia
namun..
dia masih 'jauh' ketika dia dekat
dia 'mati' ketika dia hidup denganmu
dia 'senyap' dalam riuhnya dia
maka..lepaskan

she/he deserve a better person..mungkin
ataupun
someone else deserve u more than she/he does.

note:
asyik2 bercakap tentang cinta kan..
ye lah ianya adalah hidup,kerana lahirnya aku kedunia ini
kerana cinta ummi ayah
menjadi manusianya aku juga kerana rasa cinta mak ayah
menjadi hambanya aku kerana cinta Allah..
cinta itu fitrah,tertanam dalam dalam tiap insan.

hujan asid bukan sekrang??

apakah yang memanusiakan manusia??
if dikatakan diri mempunyai masalah y tidak pernh mahu putus
lihatlah y lain,
dalam senyum mrk,mrk juga punyai sesuatu y mereka sedang rungsingkan
hidup mesti diteruskan
usaha juga perlu dikekalkan
..move on..

Wednesday, March 16, 2011

berbaju hitam berseluar khakis cokelat 4

aku bukakan mata perlahan -lahan
seluruh kawasan itu berwarna putih,hanya putih
baju,cadar dan dinding tempat aku terlantar itu berwarna putih
aku cuba mengingati apa yang telah terjadi
sakit di belakang kepala membawa aku mengingati tiap2 detik itu
seribu macam persoalan mula menerjah fikiran aku

kenapa,bagaimana dan bila aku berada disini-monolog dalaman-

di dalam bilik yang berwarna putih itu
berdiri seorang lelaki
yang berbaju hitam,berseluar khakis cokelat
sejak bila dia berada disitu,aku juga kurang pasti
dan dia tersenyum pada aku,hanya kami berdua berada didalam bilik bersegi 4 itu

dia merapati aku dan meminta maaf atas apa yang berlaku
aku bingung....
siapa dia,kenapa dia disini,dia kenal aku k???-monolog dalaman-

"nama saya mamat,apa yang berlaku pada cik itu adalah rancangan saya"-En

"rancangan kamu,apa maksud kamu En.Mamat???"-aku-

"ya saya,dan saya harap kamu dapat memafkan pihak kami,kerana kecuaian
pihak kami kerana mengakibatkan kecederaan kepada cik"-En

"oh,saya masih tak faham,bole encik mamat terangkan??-aku

"oh,kami sedang melakukan pembikinan cerita sambungan komedi seram
dan tajuk nya hantu kak limah tersesat ke asrama"-En

"oh,sambungkan cerita itu,tak apalah,sampaikan salam saya pada kak limah ye"-aku

"i/Allah"-En

note:
ni adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana2 pihak.
semua watak adalah mainan fikiran aku sahaja.
sekian

-Outsiderz-
15:37 waktu mesia
16hb march 2011


berbaju hitam berseluar khakis cokelat 3

suasana yang gelita menambahkan rasa panik
yang sememangnya telah lama berbuku didada
justeru itu tanpa sempat berfikir lagi aku mula membuka langkah
yang aku mahukan sekarang adalah untuk lari dari suasana itu

lantai bilik air itu seperti berdendam dengan aku
aku tergelincir menyembah lantai putih itu.
kepala yang terhantuk menghadkan pandangan aku
aku mula rasakan cecair panas,pekat mengalir dari belakang kepala
pandangan aku juga mula kabur

aku mendengar hilaian dan juga suara beberapa manusia bercakap
butir percakapan mereka tidak dapat aku fahami
mungkin kerana kesan hentakan menjadikan aku tidak dapat berfikir
aku melihat beberapa batang tubuh yang kabur mengelilingi aku
namun aku tidak berupaya untuk melakukan apa2
dan aku hanya redha dengan apa yang bakal berlaku pada aku
aku hanya berserah

.............................................................

Tuesday, March 15, 2011

panas lah sabah sekarang ni

jangan lihat patah-patah kata yang diucapkan
selamilah cara ianya diungkapkan
bahasa tubuh tidak akan menipu,

..hmm..begitulah..

Sunday, March 13, 2011

bukan kerana dunia!!


aku tidak mengerti apa erti kata "istimewa"
yang aku tahu kata-kata
baik,manis,lucu
dan itu adalah ..
KAU

Friday, March 11, 2011

i'm not kidding

aku cuba me-makna-kan tiap y datang utk tempatkan
tiap sesuatu/sesorang di tiap tempat...ya tempat di hatiku

kalau aku dan kau-mcm hantu
tapi aku dengan dia-mcm hulubalang
dan aku dengan mereka-mcm komunis
itu adalah aku,aku memndang menerima sesuatu/seseorang
berdasarkan cara ia datang
keadaan ketika ia datang pada aku,dan juga keadaanya bersamaku

itu adalah titik rujukan-atau juga-sandaran utk tiap y aku lakukan

kalau aku berbeza pada lain tempat-orang-keadaan.
itu adalah aku,yang berubah mengikut persekitaran
lebih kurang mcm sumpah2 lah
sumpah2 tu fizikal appearance,aku ni....ntah lah

note:
bilik gila sunyi mcm tanah perkuburan (rumate tido kot)
yang bezanya,tk ade pohon kemboja-berbunga putih y merendang,dan tak ade juga nesan
sunyi tetap sama...tempat j y berbeza


Jepun dan tsunami

bangun je dikejutkan dengan apa y berlaku di Japan
ish...ish...seram

Wednesday, March 9, 2011

berbaju hitam berseluar khakis cokelat 2

......................................
selesai sahaja berwudhuk, aku memusingkan badan kebelakang,
sangat mengejutkan bilamana aku terpandangkan makcik itu sedang merenung aku
tajam ...dan ..menikam
antara aku dan dia hanya dipisahkan oleh beberpa sinki putih,
dan kerana adanya lampu kalimantan yang menerangi bilik air itu
maka saat ini aku dapat melihat mak cik itu dengan jelas

dengan kain batik lusuh dan baju kurung kedah kelabu berbunga merah pudar
jelas,aku mula merasa kesian
dimanakah anak-anak y tega membiarkan ibu mereka di luar
pada waktu begini,pada kesejukan begini

"terkejut saya mak cik,apa yang mak cik buat disini"
renungan y tajamnya menikam saja yang menjadi balasan pada persoalanku
aku masih mahu bertanya
"oh,ada apa2 yang saya boleh bantu mak cik"
masih tiada balasan, mak cik masih lagi merenung seolah-olah aku berdosa besar

mak cik melangkah setapak demi setapak mendekati aku
aku mula kaget
tidak tahu apa yang wajar aku lakukan ketika itu
aku hanya menunggu sambil cuba berfikir dengan waras
sedang aku menimbang-nimbang apa yang perlu aku lakukan...
wajar aku lakukan

tanpa diduga...
PAP
blackout
dan
kegelapan menyelungi suasana yang tadinya terang

bersambung....

berbaju hitam berseluar khakis cokelat..eh!!

sekrang ada satu perkataan y sinonim dengan aku
lapar.
asyik2 lapar,study sekejap lapa,tido sekejap lapa,kuliah sekejap lapa
tak buat apa2 pun masih lapar.

pagi tadi...
aku bangun pagi,lebih kurang pukul 2 macam tu
melangkah kaki keluar toilet utk ke bilik air,isyak belum ni
di pintu bilik air terjumpa sorang mak cik
dengan selamba badaknya aku tegur
"mak cik,buat apa pagi2 ni"...aku bertanya
'mak cik tunggu anak mak cik"....mak cik membalas
"oh,anak mak cik tinggal di bilik mana?"
"sana"...sambil tangannya lurus menuding ke bilik aku

monolog dalaman:bilik aku,ada 3 orang j lah dan semua orang semenjung
tapi mak cik ni orang sabah...aku da start seram dah..seram seram

"oh,bila lagi anak mak cik masuk universiti ini?"
"tahun 1994,mak cik bangga dengan dia,lama mak cik tunggu dia"
"oh............"

eh eh,mak cik dah hilang...magik betul

ini bukan kisah hantu,ini adalah kisah betapa kasihnya seorang mak pada anknya
dari tahun 1994 mak cik tu tunggu anak dia di depan pintu dalam hostel ini
sekrang da tahun 2011..
biasalah kan,mak tu bole j jaga berpuluh-puluh orang anak
tapi,anak belum tentu dapat jaga seorang mak

i/allah aku dikurniakan hati utk jaga ibu bapa aku

p/s:aku mengarut sbb terlalu lapar

Tuesday, March 8, 2011

bangang j buat kerja sia-sia

byk lagi y kena alter and touch up ni
banyak lagi

Monday, March 7, 2011

so take the chance and never look back

sekarang,aku mahu mempersiapkan diriku
utk satu perlawanan yang panjang dan jerih yang menanti aku di hujung itu
kalau tak aku y mahu memujuk-memaksa diri aku sendiri..siapa lagi
ya...aku lawan
ya..aku akan menang nanti...

note:
terima kasih pada yang datang
dan ajarkan tentang sayang
Tuhan mahu tunjukkan kita sesuatu agar kita belajar dan menjadi manusia
bilamana kita jumpa,
bersama,
dan berpisah
tiada kekesalan,hanya pelajaran
hanya pengalaman yang buat kita matang
matangnya sesorang itu bukan pada lamanya tahun dia hidup
itu bukan ukuran,
ianya pada pengalaman dan apa y dipelajari dari tiap satunya itu.

Sunday, March 6, 2011

asyik2 exam

baru je nak tido,tiba2 telefon be-bunyi-bunyi..

along: woi,bila lah balik semenanjung??
aku:penat dah aku jawab,bulan 5 lah ..bulan 5
along: wow,rasa dah macam 10 tahun tak jumpa tau.balik cepat sikit
aku:10 bulan pun tak lagi lah,poyo

hah,tanya lagi soalan tentang balik,aku dah tak bole nak tido dah..

note:
final da dekat,just around the tangga!!

Saturday, March 5, 2011

sun is shining everyday...maknanya??

note
jangan terlalu ghairah utk melengkapkan apa y tidak lengkap
dan terlalu taksub untuk menyempurnakan apa yang tidak sempurna
hingga terabai segala y melengkapkan kita
kerana
kadang2,kita sempurna dalam ketidaksempurnaan itu
kita lengkap dengan ada yang tidak lengkap itu!!

cuti y lepas time aku ke mount kinabalu
ada sekawan member bercuti ke labuan,di labuan tu ade 3 benda y murah
rokok-arak-dan cokelat
disebabkan sekawan member2 y pergi labuan tu pompuan islam
maka,mereka mengangkut balik cokelat y tk habis2 dimakan
aku...kurang suka cokelat,tapi makan j..sikit2
sekawan ???(mungkin aku silap guna penjodoh bilangan)
tu cokelat y dikasi utk dirasa ikhlas dari teman..
tengok tu aku siap ambik gmbr,upload dan buat entry lagi
betapa aku hargai pemberian korang...kan kan??
wuhahahaha...

esok jogging lagi,apa y sebenarnya y best bila jogging ni
aku pun tak tahu.
aku cuma mahu jadi macam dulu
berupaya keliling 10 round padang bola sepak non-stop
tu dulu...masa umur 12 tahun,sekarang da nk masuk 21
ni kena berlari dengan berstrategi...

hari ni da menjerit,tapi stress tak hilang semua lagi
masih berbaki
dan hari ni juga kurng kasih sayang sebab semua orang busy
esok lah,aku tuntut balik apa y tak cukup tu

bila makin tinggi risiko,makin bayak keuntungan kan..
eh,tetiba j cakap tentang risiko..
wuhahahaha

bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor

dinner dengan prof Tan

aku patutnya da belajar balik neuro ni
cerita pasal kepala, otak dan segala macam teori tentang part y menjadikan manusia itu manusia
penting tu,tapi tu lah buku neuro pon tak bukak lagi hari ni..
apa nak jadi dengan aku ni..
segala bagai benda yang aku kena tahu agar tak tersilap approach nnti tu banyak
tapi ari ni aku tak buat apa2 selain merenung diri sendiri..ceewah..
tentang tips2 nk lepasi exam,itu hal lain..itu sure boleh dapat

susah dan terbanyak neuro tu lah y buatkan aku mula malas..
maka hari ni end up dengan jogging,movie dan tido..
gaya macam dah habis buat degree j aku kan..??
tapi degree ni baru start j..

dari semalam lagi aku dah ajak rumate
"woi,jom lah tgk cite hantu,khurafat takut kan,meh ar tgk"
"ade k sape2 ade cite tu,"kata balik rumate aku.

bukannya apa,bukannya suka pon tgk cite hantu
menyusahkan hidup aku utk bangun study malam2,seram tu
tapi sebb kan nk menjerit,dan juga melompat2 maka itu adalah incuder y paling baguskan...
menjerit dan melompat adalah cara menangani strees y paling berkesan..aku lah..
bole j keluar toilet, aku jerit sambil lompat,still hilang strees
tapi kan nanti ade yang kata aku sewel pulak.

rumate tu memang perlu ade lah di tepi bila time tgk movie seram,buat benteng
lagipun jerit ramai2 lagi best dari jerit sorang2..
ade kesepaduan suara dalam jeritan itu.gema pun kuat.

pada rumate:esok kita tgk ye,da dpt dah movie khurafat tu..
jeng jeng jeng jeng

tentang tajuk entry y memang aku akui tiada langsung kaitan dengan isi entry
tu aku kagum sebenarnya dengan bahasa dan gaya percakapan orang2 dulu
tak percaya,cuba try tgk balik cite zaman2 dulu,pergh bahasa..
tgk bahasa budak2 zaman sekrang.
'mangkuk lah kau"
"sengallllll".....6 harakat
"ade aku kisah"
"whasup bro"...

aku melayu,dan aku akan jadi melayu sampai bila,rambut akan tetap jadi hitam
bahasa akan tetap melayu-cuma nk bawak balik bahasa zaman dulu tu susah lah
masalah utk orang lain faham satu hal,masalah utk interaksi dengan masayarakat satu hal
sebenarnya kita perlu mengikut peredaran zaman
aku tk cakap kena dduk kat belakang
tapi pada bnde2 y bernilai tu,contohnya bahasa
"maka kita perlu kekalkan"

aku:duhai makcik,bolekah hamba melihat-lihat tudung jualan makcik ni,kiranya
tidak keberatan.Andai ada yang berkenan,ingin hamba jadikan hadiah
tikamana pulang ke pangkuan ibu hamba
mak cik jual tudung:silakan,molek benar hajat aanak,bukan sahaja tidak keberatan,malah
di alu-alukan lagi,silakan.

tu dialog masa aku pergi beli tudung di sabah,dalam mimpi je..
ok..

Friday, March 4, 2011

mungkin lain hari


pukul 2 nanti ade exam...
blood/lmphatic/immune system
hak hak hak..
sies,bertimbun lagi bnde2 y tak baca
yang da baca i/allah lah akan ingat..

y atas tu nice kan??

note:
dari semalam 4 kali call umah,niat nk bercakap dengan ayah
da siap dah skrip nk cakap tu,tapi tk dapat2 lagi
mungkin lain masa.

Thursday, March 3, 2011

dedikasi untuk ayah


subuh yang hening dan sayu jugak
ya..dah 10 minit azan subuh-tapi aku belum solat lagi-

orang cakap kalau tiba2 kita teringkatkan seseorang
maknanya org itu juga sama-sedang mengingati kita.
sedang asyik membaca autoimmune disease punya slide
ingatan pada ayah tiba2 datang mencengkam kuat

dapat dirsakan, kehadiran ayah dekat dengan aku,
gambaran beliau sedang menghirup tea
y aku tangkap-semat-lakar dan gam dalam kepala bulan 9 tahun lalu
tidak pernh hilang dalam ingatan
kekal subur ia disitu,serasa masih baru semalam aku melihat dia menghirup tea itu

rasa sedih,rasa bersalah y aku cuba get rid datang tnpa halangan
rasa bersalah y aku tahu aku yang patut dipertanggunjawabkan

selama 21 tahun aku hidup,
segunung kasih sayang ayah taburkan,ayah sematkan
utk jadikan aku manusia y ada nilai.

almost 2 year aku disini
adakah apa apa y aku buat,y aku telah usahakn ini
berbaloi dengan usaha ayah utk sekolahkan aku..
usaha dia utk jadikan aku bernilai usaha beliau utk memanusiakan aku

sory and thanks for everythin u do for me ayah
saya dah cuba jadi anak y baik utk ayah
if tak cukup,itu adalah seadanya saya..

..rindu ayah damn much..

Wednesday, March 2, 2011

minggu lepas yang sibuk

bye Dr.Thiri
seawal 4 pagi,ke aiport MAS menghantar Dr.Thiri Tun
walaupun mengantuk tahap kritikal sebab tk ckup tido.
dengan bantuan coffea old town dapat lah bertahan sampai pagi
kang kalau aku tido kan,ada y drive masuk longkang kan.
nak harapkan y lain memandu,aku y tak harapkan mereka,kurang percaya
kan tertido time drive kan,naya j

sedih jugak,cuz Dr yang sorang ini bagus dan sabar j mengajar
tk paham,tanya lah banyak kali pun akan tetap dijawab
tapi...dia pun ade family dia y lebih perlukan dia..
so pada aku dan kawan2 y masih panjang lagi perjalanan ni
macam mane pun kena terus berjalan,berjuang
walau siapa2,apa2 dimana2 pun,tetap kena teruskan

geng2 futsal..
tahun lepas da masuk ,dan tahun ni ingat tak nak masuk,
mungkin kerana tak nak masuk-tapi masuk juga
balik j main futsal terus demam-selesema-pening2 kepala
terus kena bayar tunai kot..
jangan tertipu dengan pandangan dan keayuan mereka2 dalam gambar tu
brutal j bila dalam gelanggang dan bola dikaki
terkejut jugak lah dengan mereka2,,
tapi lepas main j,ayu tu datang balik.
dalam kelembutan seorang perempuan ada kerasnya

kan kan kan kan!!

dan minggu ni juga sibuk,dengan exam!!

Tuesday, March 1, 2011

selesema

sakit kepala-senget2-pening2
sebab selesema..
bila lah nak hilang ni,susah betul lah

ade test ..jumaat ni,
so memang tengah study lah ni.
walaupon agak lambt aku start belajar balik.
tapi ade aku kisah
better late than never kan
kan kan..