Wednesday, March 16, 2011

berbaju hitam berseluar khakis cokelat 3

suasana yang gelita menambahkan rasa panik
yang sememangnya telah lama berbuku didada
justeru itu tanpa sempat berfikir lagi aku mula membuka langkah
yang aku mahukan sekarang adalah untuk lari dari suasana itu

lantai bilik air itu seperti berdendam dengan aku
aku tergelincir menyembah lantai putih itu.
kepala yang terhantuk menghadkan pandangan aku
aku mula rasakan cecair panas,pekat mengalir dari belakang kepala
pandangan aku juga mula kabur

aku mendengar hilaian dan juga suara beberapa manusia bercakap
butir percakapan mereka tidak dapat aku fahami
mungkin kerana kesan hentakan menjadikan aku tidak dapat berfikir
aku melihat beberapa batang tubuh yang kabur mengelilingi aku
namun aku tidak berupaya untuk melakukan apa2
dan aku hanya redha dengan apa yang bakal berlaku pada aku
aku hanya berserah

.............................................................

No comments: