seperti mana manusia-manusia lain,
aku juga punya perasaan seperti mereka
dan pada sesuatu ketika yang entah macam mana
aku boleh menjadi setenang
penjaga kandang buaya walau aku berisiko dimakan buaya hidup-hidup
tapi ada pula pada ketika yang lain,
aku ibarat puting beliung yang mampu memusnahkan bukan sekadar kampung bahkan bandar
( habis bahagian pendahuluan cerita malam ini)
semalam aku menyambut kelahiran seorang bayi perempuan seberat 3.15kg
pada pukul 11:44 malam waktu malaysia
-perasaan sedih,gembira dan segala macam rasa berbaur bilamana
si mama mengucapkan terima kasih kepadaku-
pagi tadi di klinik obs& gyne
seorang makcik datang dengan masalah ketulan di bahagian perut
tidak dapat menerima rawatan yang sepatutnya kerana
dia non-local dan ketiadaan wang untuk biayai kos perubatan
-aku sedih,mahu marah tapi tidak tahu siapa yang patut dipertanggunjawabkan-
satu soalan timbul
jika wang kerajaan@cukai rakyat,digunakan untuk membiayai
manusia-manusia bukan warganegara ini atas dasar kemanusian
apa kau rakyat yang membayar cukai rela
atau kau lebih rela beberapa jenis pemimpin kerajaan menggunkan duit
untuk kempen-kempen politik,melawat@bersantai keluar negara
antara yang dua ini,mana lebih memerlukan?
petangnya ketika dalam perjalanan pulang kerumah,
seorang pakcik anggaran umur 70-80 an yang memakai pakaian lusuh
melintas jalan dan dilanggar lari oleh sebuah kereta,
kemana anak-anak/saudara-mara pakcik?
dan yang melanggar,sanggup biarkan pakcik terbaring berdarah di tepi jalan begitu aja
-aku penat dengan kehidupan yang selalu menagih simpati aku-
selepas jogging,aku telefon rumah bertanyakan khabar
selepas berehat seketika aku ke giant tanpa arah tujuan
selesai tiga pusingan aku melangkah dari rak ke rak
aku pulang ke rumah
dan malamnya,satu benda pon aku tidak dapat aku lakukan dengan betul.
dan perasaan aku kali ini melebihi
perasaan ketika menyambut bayi
dan melebihi juga perasaan aku pada pakcik dan juga makcik
Apa-apa pun yang jadi,expect atau tak,buruk atau tak
aku tetap kena hadapi.
kan?
Moga Allah akan selalu berikan aku kekuatan dan ilham
untuk menghadapi segalanya
memang kita boleh rely pada DIA je sebenarnya