ketika umur aku dipertengahan dulu
pertengahan antara kanak-kanak menginjak remaja
aku mengimpikan kehidupan yang bebas
kebebasan yang mutlak,
yang mana,aku tidak perlu hiraukan mana-mana peraturan
atau mana-mana adat,etika masyarakat
Aku percaya yang hidup seperti itu akan menjadikan aku gembira
akan menjadikan aku,aku yang sebenarnya
mana-mana perkara yang aku tidak persetujui,aku tidak perlu terima
yang aku suka dan persetujui,sesenang hati aku boleh membawanya dalam hidup aku
ya..selama beberapa tahun aku hidup 'bebas'
daripada kebebasan,hidup aku berubah menjadi terawang-awang,
terawang-awang dan kemudian aku keliru
aku sendirian, keseorangan
berputar-putar antara nafsu dan fitrah
sehingga seseorang menyedarkan,
bahawa hanya agama dan ilmu yang mampu jadikan manusia punya arah
mampu jadikan hati manusia bebas dipandui arah
1 comment:
tanpa agama dan panduan.... hidup tak kan terurus, hidup serba serbi tak kena
Post a Comment