Saturday, July 17, 2010

Salam sayang semua kepada makhluk di muka bumi ini..dan diharapkan kamu semua bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus menyedut udara yang disediakan free oleh Allah Taala...

Dan aku juga..sedang mengingati nya..kebaikan yang diberikan padaku dan ketidak setiaan ku padanya sebagai balasan...kerana aku adalah insan y banyak kurangnya...

Hmmm..bilamana aku merenung waktu kecil2ku di zaman persekolahan dan juga bilamana aku berjalan menyusuri jalan melihat kehidupan,aku terfikir dan teringat cerita zaman dahulu kala,dan cerita yang sama masih lagi berlaku pada ketika ini pada generasiku ...

Ketika kesekolah aku sering ditanya,kawan2ku juga sering bertanya...mahu jadi apa bila sudah besar???

maka banyak lah jawapan yang timbul dengan alasan2 yang berbagai,Jika ditanya pada kebanyakan mereka,why u study??because i want to be a doctor@pilot@cikgu@bla bla bla...jawapan yang selalu didengar dari mulut2 si kecil bilamana ditanya kenapa kamu nak belajar bersungguh,,

dan si bapa juga si ibu dan guru akan mengukir senyuman,,,

Dan aku,mereka ,dan juga kita semua membesar ...dengan membawa harapan dalam diri,,aku harus belajar betul2 if aku nak jdi org yang bagus,,punyai hidup yang sempurna dan juga kedudukan yang bagus..

dan

akhir cerita...setelah berusaha sepenuh hati,,dengan menghabiskan wang ringgit dan juga tenaga ,masa maka lahirlah seorang doctor,maka lahirlah seorang pemimpin,maka lahirlah seorang tentera dan juga lahirlah seorang guru,,

Dan ketika itu banggalah ibunya,bapanya dan juga gurunya...mereka bangga bahawa si kecil itu tadi,,aku dan juga mereka telah berjaya mencapai apa yang dicita-cita kan ,,,dapat merealisasikan apa yang di harapkan tanpa mereka sedari tanpa siapa2 pon menyedari...

Menjadi seorang doktor,polis,tentera pemimpin tidak membawa makna pada Allah jika hati mu tidak padanya. Maka membesar lah si kecil tadi sebagai seorang doctor yang dedikasi dengan tugasnya,yang sayang pada pekerjaanya,tapi tiada ketenangan dalam hidupnya,,tiada keberkatan pada perbuatannya..di ceritakan dan ditanya pula pada anaknya...ditanam kan juga dalam jiwa si anak ..

Kamu perlu belajar betul2 if nak jadi macam papa...

Maka belajar lah si anak dengan harapan untuk menjadi seperti papanya...menjadi kaya dihormati dan juga dikenali macam papanya...

Mereka semua telah melupakan bahawa hidup,jiwa dan raga mereka adalah untuk Allah,berusaha ,belajar,makan juga tidur untuk mencapai keredhaannya...mengingatinya setiap masa...

Dan aku merasa sedih pabilamana ketika bertanya kan kawan2 ku,,

Kenpa nk jadi engineer@cikgu@tentera@doctor,,jawapan yang ku perolehi dri mulut mrk itu membuat kan ku berfikir....mereka2 yang bijak dan juga genius ini tidak cukup bijak untuk memikirkan knpa manusia diwujudkan oleh Allah di atas muka bumi ini...

Tiada pernah ku mendengar jawapan yang ku fikir boleh membuatkan ku tersenyum...i want to be a rich person,,,cuz i like to diseccete people,,,hmm,,,,why not ???i’m intelligent enouht to take this kos..

Yap...mereka semuanya betul,,,tahukah mereka.,.kebijaksanaan itu bukan satu kelebihan tapi satu tanggunjwab,,

Dimana ketika Allah mahu memilih insannya untuk diberi tanggunjwab itu,telah diketahui bahawa hambanya itu mampu untuk menunaikan tanggunjwab itu,,tapi ramai yang lupa dan juga alpa...sebagaimana juga aku..

Tahukah mereka bahawa mereka akan dipersoalkan kelak,bagaimana mereka menggunakan kelebihan yang diberikan ,adakah di jalan yang betul atau hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja.

Peringatan untuk diriku juga....salam sayang dari negeri org.


2 comments:

Anonymous said...

btol3...huhu...
peringatan utk diriku juge,slm syg dr jay bee..........=))

Outsiderz said...

oh..salam jgk dari KK