kehalusan tangannya memegang erat bahu kananku...kejap disitu
dan kasar tangannya terasa memberat di bahu kiriku..
aku hanya memandang mereka tanpa kata
menuturkan bahasa mata,
kerana ianya lebih indah berbanding percakapan y nyata
dan buat seketika,kelam menyelubungi suasana y terang
bunyi bising yang berturutan mengambil alih suasana sepi semalam
ya Allah...aku bermimpi
subuh sedarkan aku kembali...kembali pada realiti
selepas salam aku doakan kesejahteraan pendatang2 mimpi aku semalam
doa y selalu dituturkan
ya Allah ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibubapaku
dan kasihanilah mrk keduanya sebagaimana mrk memelihara
dan mendidikku masa di kecil..
tapi subuh ini berlainan..
syahdu mengiringi tiap patah kata yang dilafazkan
No comments:
Post a Comment